Author: Helmi Aziz

  • Samsung Knox Native Solution: Revolutionizing Mobile Security for Government and Enterprise

    Samsung Knox Native Solution: Revolutionizing Mobile Security for Government and Enterprise

    Samsung Electronics has unveiled the Knox Native Solution, a cutting-edge platform that delivers robust, government-grade security directly integrated into Samsung Galaxy devices. Designed to meet the needs of enterprises and government authorities, this solution eliminates reliance on third-party tools, simplifying secure communication while ensuring compliance with the world’s most rigorous security standards.

    Certified for Global Confidence

    The Knox Native Solution has earned certification from the German Federal Office for Information Security (BSI), a milestone that underscores Samsung’s commitment to security excellence. This certification joins a growing list of endorsements from key global authorities, including Australia, Canada, the Netherlands, the United Kingdom, and the United States. These achievements solidify Samsung’s leadership in providing secure mobile solutions for critical industries.

    “With the BSI certification, Samsung is setting a new standard for secure mobile communication,” said Tuncay Sandikci, Director of MX B2B at Samsung Electronics Germany. “This recognition reflects our dedication to delivering trusted solutions that empower governments and enterprises with advanced, user-friendly security.”

    Knox Native Solution redefines secure mobile communication by incorporating Samsung’s embedded Secure Element (eSE), a hardware-based security feature certified at the industry-leading Common Criteria Evaluation Assurance Level (CC EAL) 6+. This technology ensures real-time threat protection, encrypted data storage, and tamper resistance.

    The platform’s integrated approach eliminates the need for additional hardware or software, streamlining deployment. A single PIN secures core functions such as email, contacts, and calendars, enabling organisations to enhance security without complicating user workflows.

    Simplified Security for Enterprise Deployment

    Samsung Knox’s built-in protections for data-at-rest, data-in-use, and data-in-transit provide a seamless experience for both administrators and users. The Knox Native Solution SDK allows enterprises to integrate custom applications effortlessly, while Knox Suite offers centralised control for managing large device fleets with ease.

    “Knox Native Solution allows organisations to deploy secure devices with minimal steps,” Sandikci added. “It’s a game-changer for industries that demand reliable, scalable, and efficient security solutions.”

    The BSI certification signals Samsung’s intent to expand Knox Native Solution to additional regions, offering industries such as public infrastructure, healthcare, and transportation a proven security platform. By simplifying development, deployment, and maintenance, Samsung is helping organisations adapt to the demands of an increasingly connected world.

    Trusted Security for a Connected Future

    As cybersecurity threats evolve, Samsung Knox Native Solution provides a trusted framework for protecting sensitive information. By delivering robust security in an integrated and user-friendly package, Samsung continues to empower enterprises and governments to thrive in today’s hyperconnected era.

    Samsung’s commitment to innovation and collaboration ensures that Knox Native Solution will remain at the forefront of mobile security for years to come.

    For more information about Samsung Knox, please visit samsungknox.com. 

  • KRU Bakal Kembali Menggegarkan Konsert GENKRU di Axiata Arena 3 Mei 2025!

    KRU Bakal Kembali Menggegarkan Konsert GENKRU di Axiata Arena 3 Mei 2025!

    Laungan “ke tepi… ke tepi… gergasi sudah kembali!” kini bergema sekali lagi. Selepas bertahun-tahun dinantikan peminat, trio legenda KRU — Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim — bakal menggoncang pentas mega melalui KONSERT GENKRU yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei 2025.

    Memiliki reputasi sebagai ikon muzik yang mencetuskan revolusi pop dan hip hop tempatan, KRU bukan sekadar sebuah kumpulan muzik biasa. Sejak mula menapak dalam industri pada 1992, mereka terus mengukir nama dengan barisan lagu-lagu hits sepanjang zaman seperti “Mengerti”, “Apa Saja”, “Fanatik”, “Generasiku”, “Awas”, “Gadis Jelita”, “Terhangat Di Pasaran”, “Janji Tinggal Janji”, “Oh La La” dan “Di Dalam Dilema”. Lagu-lagu ini kekal segar dalam ingatan peminat dan sering diputarkan di bilik karaoke, kamar mandi mahupun pentas nyanyian santai.

    Namun, kali ini, penggemar KRU tidak perlu sekadar berkhayal atau bernostalgia. Sebaliknya, mereka bakal berpeluang menyaksikan sendiri trio legenda ini beraksi secara langsung di pentas konsert berskala besar. Lebih istimewa, KONSERT GENKRU ini adalah persembahan bersatu semula KRU selepas hampir 6 tahun sejak Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada 2018.

    Penganjuran KONSERT GENKRU bukan sekadar konsert biasa. Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, yang bertindak selaku penganjur, berkongsi kisah di sebalik tabir perjalanan panjang dalam merealisasikan konsert ini.

    “Adalah satu penghormatan buat ICON ENTERTAINMENT mempersembahkan KONSERT GENKRU kerana KRU bukan sekadar kumpulan muzik biasa. Mereka adalah sebuah legenda sepanjang zaman yang telah mencipta gelombang muzik Malaysia dari era 90-an hingga kini,” jelas Iman Tang.

    Iman mendedahkan bahawa proses rundingan dengan KRU bermula seawal 1 November 2022, tetapi hanya pada September 2024 ketiga-tiga beradik ini akhirnya bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Beliau juga memberi amaran bahawa peminat yang terlepas menyaksikan konsert ini akan berasa rugi besar kerana ia bakal mencipta sejarah sebagai konsert yang paling epik pada 2025.

    “Kami tidak mahu memberi janji yang berlebihan, tetapi percayalah, anda akan rugi besar jika tidak menghadiri KONSERT GENKRU. Ini adalah peluang yang sangat berharga kerana KRU kini berada di tahap yang lebih matang dan bersedia memberikan 200% dalam setiap persembahan mereka,” tambahnya dengan penuh semangat.

    Mengulas penglibatan mereka, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim menyatakan bahawa KONSERT GENKRU bukan sekadar acara hiburan biasa. Sebaliknya, konsert ini adalah sebuah manifestasi sejarah perjalanan mereka dalam industri muzik yang telah bertahan selama lebih 30 tahun.

    “Kami menerima cadangan ini kerana visi dan misi ICON ENTERTAINMENT seiring dengan matlamat KRU. KONSERT GENKRU bukan sekadar hiburan, sebaliknya ia adalah peluang untuk kami memperlihatkan bagaimana KRU telah berkembang dari era 90-an hingga ke hari ini,” jelas mereka.

    Bagi KRU, konsert ini juga akan memberikan penonton peluang untuk menyaksikan transisi muzik dan evolusi mereka dari genre pop dan hip hop era 90-an kepada muzik yang lebih matang dan moden. Lebih menarik, konsert ini juga akan menggabungkan elemen nostalgia dengan teknologi canggih, sekali gus mewujudkan pengalaman audio dan visual yang epik.

    “Kami akan pastikan KONSERT GENKRU menjadi konsert yang tidak akan dilupakan. Ia akan membangkitkan kenangan lama dan mencipta memori baharu buat peminat,” kata Yusry, penuh keyakinan.

    Walaupun butiran konsep dan persembahan masih dirahsiakan, peminat dijanjikan dengan satu pengalaman visual dan bunyi yang luar biasa. Setiap elemen dari susunan lagu, pencahayaan hingga elemen visual akan direka untuk memastikan “setiap detik menjadi kenangan terindah buat semua peminat KRU”.

    Sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah KRU? Tiket untuk KONSERT GENKRU akan mula dijual pada 20 Disember 2024 jam 11 pagi di laman sesawang rasmi www.ticket2u.com.my/KRU

    Penganjur telah memperkenalkan pelbagai kategori tiket, bermula dari harga paling berpatutan hingga yang premium:

    • OOH!LA!LA! – RM258
    • AWAS – RM358
    • MENGERTI – RM478
    • TERHANGAT DI PASARAN – RM508
    • APASAJA – RM548
    • FANATIK – RM588

    Jangan tunggu hingga saat akhir, kerana peminat KRU pasti akan berpusu-pusu mendapatkan tiket. Ingat, peluang menyaksikan Norman, Yusry dan Edry bersatu di atas satu pentas bukan datang setiap hari. Jika anda seorang “Fanatik”, jangan sampai terlepas konsert ini. Jika terlepas, anda mungkin akan berasa “Di Dalam Dilema” sepanjang tahun 2025!

  • Dugem Festival Countdown 2025: A New Era for Malaysia’s Dance Music Scene

    Dugem Festival Countdown 2025: A New Era for Malaysia’s Dance Music Scene

    The excitement is building as Malaysia prepares to host its first-ever Dugem music festival, the Dugem Festival Countdown 2025 (DFC 2025), set to take place on December 31st, 2024, at The Landing, KL Base in Bandar Malaysia, Sungei Besi. This event is poised to be a game-changer for the country’s nightlife and music scene, offering a platform for both local and international Dugem artists to showcase their talents, while also providing an unparalleled experience for music lovers.

    Dugem, an Indonesian-originating dance music genre that combines elements of electronic beats with soulful melodies, has steadily grown in popularity across Southeast Asia over the past decade. Known for its intense rhythms and mesmerizing grooves, Dugem music has found its way into Malaysia’s underground scene, particularly in niche dance clubs and private parties. However, the Dugem Festival Countdown 2025 marks a historic moment: the first large-scale, dedicated Dugem music festival in Peninsular Malaysia.

    En Muhammad Adnan bin Mohd Dicky, the spokesperson for the Dugem Festival Countdown 2025, expressed his excitement about the event during the press launch: “This festival is not just a celebration of music, but a celebration of unity and cultural exchange across the Nusantara region. We are bringing together people from all backgrounds and nationalities to experience the energy of Dugem music and the spirit of togetherness,” he said.

    The festival will not only bring together local Dugem fans but will also attract party-goers from neighboring countries like Indonesia, Singapore, Brunei, and East Malaysia, creating a vibrant multicultural atmosphere.

    With an impressive lineup of both local and international artists, DFC 2025 is set to offer a diverse musical experience. The festival’s headliners include two of Indonesia’s top Dugem stars, Cipydot and Icha Kharoline. These powerhouse performers have gained a massive following with their unique sound that blends Dugem with elements of house, trance, and techno, delivering high-energy performances that leave crowds in a state of euphoria.

    On the local front, the festival will showcase some of Malaysia’s most prominent Dugem DJs, including Yonn, DJ Alyph, Kent Wukong, DJ Ajijie, Debi Echa, Alongputra, Manz, Mirul Twin Tech, and Baeby. These artists have carved their niche in the local EDM and underground scenes, infusing Dugem beats with regional and global influences.

    In addition to these acts, the organizers are expected to reveal another international artist closer to the event, further increasing the anticipation surrounding the festival.

    The Dugem Festival Countdown 2025 will take place in an open-air setting at The Landing, KL Base in Bandar Malaysia, which offers a spacious venue that can accommodate thousands of party-goers. The event will kick off at 3:00 PM and continue until 1:00 AM, ensuring ample time for attendees to fully immerse themselves in the music and the high-energy festival atmosphere.

    One of the key features of the festival is the dedication to providing a comfortable and safe environment for all attendees. With multiple food and beverage booths, food trucks, portable toilets, and even a mosque for prayer, the organizers are ensuring that every aspect of the festival experience is covered. The event will also have security personnel on-site, along with RELA and police officers, to maintain safety and order throughout the day.

    Tickets for the Dugem Festival Countdown 2025 are available for purchase through the official ticketing platform at www.ticketmelon.com/dfc/dugemfestivalcountdown and through authorized ambassadors starting from November 27th, 2024. With a range of ticket options, including both General Admission (GA) and VIP access, festival-goers can choose their desired experience:

    General Admission (GA):
    – Early Bird: RM 88
    – Phase 1: RM 108
    – Phase 2: RM 128
    – Door Price: RM 188

    VIP Admission:
    – Early Bird: RM 128
    – Phase 1: RM 158
    – Phase 2: RM 178
    – Door Price: RM 228

    The organizers have also ensured that parking will be available at the venue, with rates set at RM 10 per car, while motorcycle parking will be free of charge.

    One of the main goals of the Dugem Festival Countdown 2025 is to foster a sense of unity and community across the Southeast Asian region. With its inclusive atmosphere and focus on a shared love of music, the event aims to transcend cultural and geographic boundaries, offering a space where people from all walks of life can come together to celebrate the infectious power of Dugem.

    “This festival is for everyone — from long-time fans of Dugem to those experiencing it for the first time. We want people to come and enjoy the music, dance, and connect with others who share the same passion for the music scene,” said En Abu Bakar bin Ramlan-Abu, one of the festival organizers.

    The Dugem Festival Countdown 2025 is set to be an unforgettable celebration of music, culture, and unity. With its star-studded lineup, vibrant atmosphere, and inclusive spirit, this inaugural event is more than just a party — it’s a movement that will define the future of Dugem music in Malaysia and beyond. So, mark your calendars for December 31st, 2024, and prepare to usher in 2025 with a night of electrifying beats and unforgettable memories.

    For the latest updates and ticket information, follow the Dugem Festival Countdown on Instagram and stay tuned for more announcements.

  • Membangun Ekonomi Bersama, Malaysia-China Raikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik

    Membangun Ekonomi Bersama, Malaysia-China Raikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik

    Grand Ball Room, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada sebuah acara penuh bermakna yang menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Acara yang bermula pada jam 8.30 malam yang lalu merupakan hasil kerjasama strategik antara Shenzhen Government Procurement Association dan Malaysia Promas International Business Society (PROMAS), serta diuruskan oleh ES International Event Management Sdn Bhd.

    Acara ini akan menghimpunkan pemimpin perniagaan dan industri dari kedua-dua negara dengan tujuan untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China. Sejak sekian lama, China telah memainkan peranan penting sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, dengan sumbangan besar dalam sektor pelaburan langsung asing (FDI), eksport, dan kerjasama teknologi.

    Bersempena dengan perayaan separuh abad hubungan diplomatik ini, acara tersebut juga akan menyoroti kepentingan kerjasama ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara. Ia menyediakan platform yang ideal untuk membincangkan strategi-strategi baharu yang berpotensi memperkasa hubungan ini, dengan fokus utama pada teknologi hijau, pembuatan pintar, logistik, dan perdagangan digital, yang kesemuanya adalah sektor-sektor utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi mampan.

    Namun, acara ini bukan sahaja memfokuskan pada aspek ekonomi, tetapi juga mengambil kira nilai kemanusiaan yang penting. Sebagai sebahagian daripada agenda majlis, Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pantai Timur 2024 turut dilancarkan sebagai kempen kutipan dana untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. Ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara bukan sahaja dalam perdagangan, tetapi juga dalam menjalankan tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang terjejas oleh bencana alam.

    Kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia dan China telah membawa banyak manfaat kepada ekonomi Malaysia, antaranya melalui penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, dan peningkatan daya saing perusahaan tempatan. Dengan inisiatif seperti ini, Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan yang menarik di kalangan pelabur asing.

    Acara ini juga membuka peluang besar bagi syarikat-syarikat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan pelabur dan rakan strategik dari China, menyediakan platform untuk rundingan perniagaan, penubuhan usahasama, dan pengembangan rangkaian perniagaan. Dialog ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan kolaborasi yang berterusan antara kedua-dua negara dan membuka jalan kepada kejayaan ekonomi yang lebih besar di masa hadapan.

    Dengan semangat kerjasama dan solidariti yang tinggi, majlis ini berpotensi untuk memperkukuh lagi hubungan Malaysia-China dan membawa kepada pencapaian lebih banyak kejayaan dalam kerjasama ekonomi dan kemanusiaan di masa akan datang.

  • ‘Cinta Bukan Milik Kita’ Kisah Cinta Terlarang Kini di Slot Samarinda TV3

    ‘Cinta Bukan Milik Kita’ Kisah Cinta Terlarang Kini di Slot Samarinda TV3

    Apabila cinta diuji dengan perbezaan darjat, mampukah dua hati bersatu mengharungi ranjau kehidupan? Itulah persoalan yang diangkat dalam “Cinta Bukan Milik Kita”, sebuah drama baharu yang bakal menemui penonton melalui Slot Samarinda TV3 bermula 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Dengan barisan pelakon hebat seperti Khai Bahar, Sharifah Rose, Putri Delyna, Marc Saddique, dan Syahmie Thsaqeef, drama 14 episod terbitan Zeel Production ini pasti menjanjikan jalan cerita penuh emosi dan konflik cinta yang menyentuh jiwa.

    Di bawah arahan pengarah berpengalaman, Emi Suffian, “Cinta Bukan Milik Kita” mengangkat kisah cinta terlarang antara jejaka kampung dan wanita bandar yang terhalang oleh jurang perbezaan status sosial. Kisah ini mengisahkan Redza (lakonan Khai Bahar), seorang pemuda gigih yang membesar dalam kehidupan serba sederhana di kebun harum manis milik keluarganya. Sejak kecil, Redza telah dididik dengan nilai tanggungjawab dan kesungguhan. Walaupun dia terpaksa meninggalkan persekolahan demi mengusahakan kebun tersebut selepas kehilangan bapanya, semangatnya tidak pernah luntur.

    Namun, tidak semua perjalanan hidup berjalan lancar. Robiah (Lydiawati), ibu saudara Redza, muncul dengan niat jahat untuk menjual kebun harum manis tersebut, sekaligus menguji kesabaran Redza. Demi mempertahankan legasi keluarga, Redza sanggup berkorban segalanya, meskipun keuntungan kebun itu sering kali dibolot oleh ibu saudaranya yang tamak dan licik.

    Dalam dunia yang penuh dugaan ini, kehadiran Manis (lakonan Sharifah Rose) membawa sedikit sinar kebahagiaan dalam hidup Redza. Bermula dengan pertemuan yang tidak disengajakan apabila Redza menyelamatkan Manis daripada menjadi mangsa buli, persahabatan mereka bertukar menjadi cinta sejati. Hubungan ini bagaimanapun tidak direstui oleh Sazali (lakonan Esma Daniel), bapa tiri Manis, yang memandang rendah terhadap status Redza sebagai “anak kebun”. Malah, Sazali sanggup memisahkan mereka dengan membawa Manis ke Jakarta dengan alasan ingin memberi kehidupan lebih baik untuknya.

    Tetapi cinta mereka tidak mudah goyah. Sebelum berpisah, Redza dan Manis mengikat janji untuk bertemu semula di bawah pokok harum manis yang mereka tanam bersama — simbol ikatan cinta mereka yang abadi. Janji ini menjadi nadi kepada perjalanan cinta mereka, walaupun berdepan dugaan besar dan jarak yang memisahkan.

    Khai Bahar, yang kembali ke dunia lakonan selepas berehat seketika, mengakui bahawa peranan Redza memberikan cabaran baharu dalam kerjayanya. “Saya sangat teruja untuk membawakan watak ini, terutamanya selepas lama berehat dari set penggambaran. Pada mulanya, memang ada rasa gementar, tetapi rakan-rakan pelakon dan kru produksi banyak membantu saya menyesuaikan diri,” katanya. Lebih istimewa, penggambaran drama ini dilakukan sepenuhnya di Perlis, yang merupakan negeri kelahiran Khai Bahar sendiri. “Sebagai anak Perlis, saya rasa bangga dapat membawakan watak yang dekat di hati saya. Malah, lokasi kebun harum manis ini mengingatkan saya tentang kampung halaman, dan saya percaya ramai penonton akan dapat mengaitkan drama ini dengan realiti kehidupan mereka,” tambahnya lagi.

    Keistimewaan “Cinta Bukan Milik Kita” terletak pada gabungan pelakon muda berbakat dan pelakon senior berpengalaman. Watak antagonis Robiah dilakonkan dengan penuh penghayatan oleh Lydiawati, manakala Esma Daniel membawakan watak bapa tiri yang tegas dan penuh pengaruh. Putri Delyna, Marc Saddique, dan Syahmie Thsaqeef turut memberikan sokongan hebat kepada barisan pelakon utama.

    Dengan tema cinta, kekeluargaan dan perjuangan, “Cinta Bukan Milik Kita” dijangka akan mengundang air mata penonton. Kisah perjuangan seorang lelaki mempertahankan warisan keluarganya sambil menggapai cinta sejati pastinya akan mengusik hati ramai. Adakah janji di bawah pokok harum manis itu akan ditunaikan? Adakah Redza dan Manis akhirnya bersatu semula? Semua jawapan akan terungkai dalam episod-episod mendatang.

    Untuk mereka yang tidak mahu ketinggalan, anda boleh menyaksikan episod “Cinta Bukan Milik Kita” 24 jam lebih awal secara eksklusif melalui Tonton. Strim di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini tentang drama ini di @TV3Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram, serta @dramasangat di Instagram rasmi Drama Sangat.

    Nantikan detik penuh emosi, cinta yang tak terduga, dan pengorbanan yang penuh makna dalam “Cinta Bukan Milik Kita”, bermula 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Slot Samarinda TV3. Pastikan anda bersedia dengan tisu kerana kisah ini dijangka akan mengalirkan air mata!

  • Samsung Expands Mobile Security Rewards Program with $1 Million Payouts to Strengthen User Protection

    Samsung Expands Mobile Security Rewards Program with $1 Million Payouts to Strengthen User Protection

    Samsung Electronics has introduced significant updates to its Mobile Security Rewards Program, including an increase in the maximum reward amount to $1 million for reporting high-risk security vulnerabilities. This expansion highlights Samsung’s ongoing commitment to improving mobile security by fostering a deeper partnership with cybersecurity researchers, ethical hackers, and security experts worldwide. The program now covers a broader spectrum of vulnerabilities, including critical scenarios that could jeopardize users’ data and privacy, offering enhanced incentives for responsible disclosures.

    Since its initiation in 2017, the program has been central to Samsung’s strategy to stay ahead of rapidly evolving cyber threats. It encourages the global security community to identify weaknesses in Samsung’s mobile devices and services, helping to ensure that vulnerabilities are addressed before they can be exploited. With the rise of increasingly sophisticated cyberattacks, the updated program reflects Samsung’s dedication to proactive, collaborative efforts to secure its products and protect user data.

    The newly enhanced Important Scenario Vulnerability Program within the Mobile Security Rewards initiative focuses on the most severe vulnerabilities, such as those that enable unauthorized access to privileged system components, arbitrary code execution, or data extraction. For these high-impact issues, Samsung now offers rewards up to $1 million, underscoring the importance of swift action to resolve the most dangerous security risks.

    “We understand that the cybersecurity landscape is becoming more complex and harder to defend against,” said Justin Choi, Corporate Vice President and Head of the Security Team at Samsung Electronics. “By working closely with the security community, we can identify potential threats earlier, giving us the best chance to mitigate risks and protect our users.”

    These rewards not only encourage ethical hackers to participate but also align with Samsung’s overarching goal to ensure that its devices remain resilient against sophisticated attacks. The expanded program aims to quickly address vulnerabilities that could have a significant impact on users, from device protection bypasses to the potential exposure of sensitive personal data.

    Samsung has also made significant improvements to its Mobile Security Risk Classification system. This updated system now offers a more comprehensive and transparent framework for categorizing vulnerabilities, ensuring that the severity of each issue is evaluated based on its potential impact on user security.

    The classification system now includes five categories: Critical, High, Moderate, Low, and Ineligible. It also incorporates new factors such as downgrade criteria, which can lower a vulnerability’s risk level depending on the circumstances, and an Ineligible classification for vulnerabilities with minimal security impact. This added clarity enables both researchers and the broader security community to better understand how their findings are assessed and how they align with Samsung’s security priorities.

    This more structured approach also ensures that rewards are distributed based on the severity of the vulnerability and the level of risk posed to users, helping to streamline the entire process of vulnerability reporting and resolution.

    In addition to expanding the rewards program to include critical vulnerabilities in devices, Samsung has extended the scope to cover its growing suite of services. These include popular offerings like Samsung Wallet, Samsung Account, and Bixby, which are increasingly integrated into users’ everyday lives. As more users rely on these services for managing payments, personal information, and daily tasks, ensuring their security has become more important than ever.

    By covering vulnerabilities in both devices and services, Samsung is ensuring a holistic approach to security that protects the entire mobile experience, from hardware to cloud-based services. This approach allows Samsung to stay ahead of emerging risks in a rapidly changing digital landscape.

    The Mobile Security Rewards Program has proven to be a highly effective tool in strengthening Samsung’s cybersecurity. To date, the company has awarded over $4 million in rewards to researchers, with $800,000 allocated to 113 researchers in 2023 alone. These rewards reflect Samsung’s commitment to fostering collaboration and recognizing the value of external security experts who contribute to the company’s ongoing efforts to safeguard its products.

    By incentivizing the discovery and responsible reporting of vulnerabilities, Samsung has been able to address critical issues swiftly, reducing the potential for exploitation and improving the overall security of its devices and services.

    As the threat landscape continues to evolve, Samsung is determined to keep enhancing its Mobile Security Rewards Program. The company remains committed to collaborating with cybersecurity experts, ethical hackers, and security researchers worldwide to ensure its devices and services remain resilient against emerging threats. This partnership with the global security community is vital to maintaining the highest levels of protection for Samsung users.

    “Collaboration with the ethical hacking community has been instrumental in helping us identify and address vulnerabilities quickly,” said Choi. “Moving forward, we will continue to strengthen these partnerships to create a safer and more secure mobile environment for our customers.”

    By continually expanding its rewards program and making it more transparent, Samsung is setting a new standard for mobile security, one that emphasizes the importance of collaboration, proactive threat identification, and responsible vulnerability disclosure.

  • HONOR Magic7 Pro Revolusi Teknologi AI untuk Pengalaman Pengguna Lebih Cekap dan Selamat

    HONOR Magic7 Pro Revolusi Teknologi AI untuk Pengalaman Pengguna Lebih Cekap dan Selamat

    HONOR mengumumkan bahawa telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic7 Pro, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Januari 2025. Dikenali sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro memperkenalkan pengalaman teknologi AI yang dipacu oleh inovasi terkini.

    Berbeza daripada jenama lain yang menggunakan AI awan atau AI peranti secara berasingan, HONOR mengambil langkah lebih jauh dengan memanfaatkan gabungan kedua-dua teknologi AI ini secara serentak. Ini memberikan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan, cekap dan lebih selamat, menjadikannya pemimpin dalam pasaran telefon pintar berteknologi AI.

    HONOR Magic7 Pro menampilkan beberapa ciri AI yang canggih, termasuk Deepfake Detection pertama di dunia dan Magic Portal 2.0. Fungsi Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan ini menawarkan pengalaman yang lebih pintar dengan memahami keinginan pengguna dan membawa mereka kepada aplikasi yang relevan untuk dilancarkan dengan lebih lancar.

    Selain daripada teknologi AI, HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan tahan lama. Peranti ini kini lebih kalis air dan debu, lebih tahan lasak terhadap kejutan dan dapat beroperasi dalam suhu tinggi tanpa menjejaskan prestasi.

    Jangan lupa untuk menandakan 9 Januari 2025 di kalendar anda dan saksikan pelancaran HONOR Magic7 Pro yang bakal membawa perubahan besar dalam pengalaman penggunaan telefon pintar. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

  • Dukes Tampil Dengan Single Terbaharu ‘Benci Jadi Cinta’

    Dukes Tampil Dengan Single Terbaharu ‘Benci Jadi Cinta’

    Kumpulan indie rock yang semakin mendapat perhatian, Dukes, kini tampil dengan single terbaru mereka berjudul “Benci Jadi Cinta”. Lagu ini merupakan hasil kerjasama mereka dengan Alternate Records dan penerbit terkenal, Jipie. Mengisahkan tentang perjalanan cinta yang bermula dengan kebencian namun berkembang menjadi cinta yang indah, lagu ini membawa tema yang mudah diterima dan begitu dekat dengan perasaan pendengar.

    Lagu “Benci Jadi Cinta” turut dipilih sebagai runut bunyi untuk drama digital terbaru TV3, bertajuk Benci Jadi Cinta. Drama ini menampilkan pendekatan baru dalam bentuk drama bersiri vertikal pertama di Malaysia, yang boleh disaksikan di platform TikTok Drama Sangat. Bermula pada 9 Disember 2024, Benci Jadi Cinta akan disiarkan dalam format episod pendek, dengan setiap episod berdurasi dua minit. Drama ini, yang dibintangi oleh Syahmie Thsaqeef dan Harissa Adlynn sebagai pasangan utama, menawarkan jalan cerita yang segar, hiburan ringan, dan hubungan romantik yang memikat sesuai dengan citarasa penonton muda masa kini.

    Bagi Dukes, bekerjasama dengan Jipie adalah pengalaman yang sangat bermakna. Mereka menghargai tunjuk ajar yang diberikan oleh Jipie, yang bukan hanya memahami visi mereka, tetapi juga bertindak sebagai mentor yang sabar sepanjang proses rakaman. Dukes mengakui bahawa lagu ini adalah satu cabaran besar buat mereka kerana ia mempunyai tempo yang lebih pantas berbanding lagu mereka sebelum ini, Laila. Selain itu, lagu ini juga dilengkapi dengan pelbagai lapisan muzik, seperti vokal latar dan permainan gitar yang mendalam, menjadikannya sangat kompleks untuk dimainkan secara langsung. Namun, hasil akhirnya adalah sebuah karya yang unik, dengan gabungan elemen muzik klasik dan moden yang mempunyai irama yang ceria dan menarik.

    Jipie, yang telah berpengalaman dalam industri muzik sejak 2005 melalui band seperti Pesawat dan Meet Uncle Hussain, berkongsi kegembiraannya bekerjasama dengan Dukes. Menurutnya, semangat dan bakat besar yang dimiliki oleh kumpulan ini amat mengagumkan, dan mereka sangat terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Proses penghasilan lagu ini, walaupun mencabar, berjaya diselesaikan dalam masa hanya tiga hari. Jipie berharap lagu “Benci Jadi Cinta” diterima dengan baik oleh pendengar, terutamanya generasi muda yang aktif di media sosial. Beliau juga berharap Dukes akan menjadi kumpulan yang membantu mengembalikan kegemilangan muzik rock di Malaysia dan menginspirasi lebih ramai anak muda untuk bermain dalam band.

    Dukes turut menyatakan betapa teruja mereka untuk mempersembahkan lagu ini kepada peminat. Mereka berharap agar “Benci Jadi Cinta” diterima dengan baik dan dapat dinikmati oleh semua. Lagu ini merupakan refleksi usaha dan dedikasi mereka untuk membawa sesuatu yang segar kepada industri muzik tempatan.

    Lagu “Benci Jadi Cinta” kini boleh didengar di platform penstriman popular seperti iTunes, Spotify, dan YouTube Music. Dukes berharap peminat akan terus menyokong mereka dan menikmati lagu ini sepertimana mereka menikmati proses menciptanya. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini mereka di media sosial bagi mendapatkan info terbaru tentang persembahan mereka yang akan datang.

    Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records & Talents, ikuti mereka di media sosial melalui akaun rasmi Facebook, Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena Google Trends 2024, Catat Sejarah Dalam Top 5!

    ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena Google Trends 2024, Catat Sejarah Dalam Top 5!

    Drama Aku Bukan Ustazah sekali lagi mencipta sejarah! Selepas mencetuskan fenomena pada pertengahan 2024, drama yang pernah menghiasi slot Akasia TV3 ini kini mengukir nama sebagai satu-satunya drama Melayu yang berjaya menembusi Top 5 rancangan TV paling popular di Google Trends 2024. Lebih membanggakan, ia berjaya menduduki tangga keempat, bersaing sengit dengan rancangan antarabangsa, terutamanya dari Korea yang sering mendominasi carta.

    Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kehebatan industri drama tempatan, tetapi juga membuktikan bahawa karya tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan produksi antarabangsa. Ia turut menjadi bukti sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap kisah yang penuh dengan pengajaran, nilai kekeluargaan, dan mesej islamik yang mendalam.

    Mengangkat tema kekeluargaan dan kehidupan, Aku Bukan Ustazah berjaya menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat. Kisah ini mengupas realiti hidup yang kadangkala penuh liku dan cabaran, dengan membawa penonton menelusuri perjalanan watak-watak utama seperti Aminah, Adam, dan Omar. Drama ini bukan sekadar hiburan, malah turut mengajak penonton merenung erti sebenar kasih sayang, kesabaran, dan keikhlasan.

    Uniknya, setiap episod dipenuhi dengan babak penuh emosi yang membuatkan penonton tidak keruan. Plot twist yang mengejutkan, konflik keluarga yang menyentuh hati, serta pengajaran moral yang diselitkan dalam setiap babak menjadikan drama ini sebagai sebuah karya yang sukar dilupakan. Tidak hairanlah mengapa ia kekal relevan dalam perbualan penonton walaupun sudah berbulan-bulan berlalu sejak episod terakhirnya disiarkan.

    Kejayaan Aku Bukan Ustazah tidak hanya terhad kepada kaca televisyen. Di media sosial, drama ini menjadi topik hangat dengan lambakan video reaksi yang dihasilkan peminat. Penonton dari Malaysia hingga negara jiran seperti Singapura, Indonesia, dan Brunei turut terpikat dengan jalan cerita yang menyentuh emosi.

    Setiap episod penuh dengan babak yang mengundang kemarahan, sedih, dan keterujaan, membuatkan netizen tidak ketinggalan menghasilkan klip video reaksi yang menjadi viral. Malah, ramai yang memuat naik status dan ciapan di Twitter, berkongsi perasaan tertekan melihat watak-watak tertentu bertindak di luar jangkaan. Nama Aminah, Adam, dan Omar kembali menjadi sebutan ramai, mengimbau kenangan detik-detik mendebarkan sewaktu mereka menonton drama ini buat kali pertama.

    Lebih menarik, drama ini berjaya merapatkan jurang generasi. Dari remaja, ibu bapa, hingga “geng abang motor” pun terjebak menonton drama ini! Dengan jalan cerita yang relatable dan penuh keinsafan, Aku Bukan Ustazah berjaya mengumpulkan penonton dari pelbagai lapisan umur, bangsa, dan latar belakang.

    Sudah tentu, kejayaan sesebuah drama tidak akan lengkap tanpa barisan pelakon yang cemerlang. Aku Bukan Ustazah menampilkan deretan pelakon berbakat yang berjaya menghidupkan watak masing-masing. Antaranya:

    • Erysha Emyra sebagai Aminah – watak utama yang menjadi simbol kekuatan wanita.
    • MK K-Clique sebagai Adam – karakter yang mencetuskan perasaan benci, geram, tetapi tetap mencuri perhatian penonton.
    • Zahiril Adzim sebagai Omar – watak yang penuh teka-teki, menjadi elemen penting dalam mencorakkan jalan cerita.
    • Syad Mutalib, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, dan Fikhree Bakar – mereka ini membawa watak-watak sokongan yang turut mencipta impak besar dalam drama ini.

    Setiap watak, sama ada utama atau sampingan, mempunyai peranan tersendiri yang memperkaya naratif. Emosi penonton turut “diaduk” apabila melihat watak-watak ini bertindak di luar jangkaan. Ternyata, keupayaan pelakon-pelakon ini untuk mencipta emosi sebenar adalah salah satu kunci kejayaan Aku Bukan Ustazah.

    Seiring dengan populariti yang semakin meningkat, para peminat kini sudah mula membuat spekulasi tentang kemungkinan musim baharu untuk Aku Bukan Ustazah. Desas-desus mengenai kesinambungan drama ini semakin rancak diperkatakan. Ramai yang berharap agar TV3 atau penerbit memberikan lampu hijau untuk musim kedua.

    Walaupun tiada pengumuman rasmi setakat ini, peminat tetap setia menantikan sebarang info terkini. Harapan mereka hanya satu – mahu melihat kisah Aminah, Adam, dan Omar disambung semula. Jika ini menjadi kenyataan, pastinya ia akan mencetuskan fenomena lebih besar!

    Untuk mereka yang terlepas menonton drama ini, berita baik menanti anda! Aku Bukan Ustazah kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. Anda boleh menontonnya pada bila-bila masa menerusi laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

    Jika anda ingin mendapatkan berita terkini tentang drama-drama popular, termasuk sebarang kemas kini tentang Aku Bukan Ustazah, pastikan anda mengikuti akaun rasmi TV3 dan Drama Sangat di media sosial. Anda boleh ikuti platform Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia dan Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

    Kejayaan Aku Bukan Ustazah dalam carta Google Trends 2024 adalah pencapaian besar untuk industri drama tempatan. Ia membuktikan bahawa karya Melayu mampu bersaing dengan produksi antarabangsa, malah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

    Populariti drama ini tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada peminat yang terus memperjuangkan karya tempatan. Barisan pelakon, jalan cerita penuh emosi, dan kerjasama kru produksi – semuanya memainkan peranan penting dalam mencipta sebuah fenomena.

    Jika anda masih belum menonton Aku Bukan Ustazah, inilah masanya untuk menyertai ribuan peminat lain yang sudah jatuh cinta dengan drama ini. Adakah kita akan melihat musim baharu pada 2025? Sama-sama kita nantikan!

  • Ejen Ali & TNB Satukan Kuasa! Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2 Bakal Menggegarkan Pawagam Anda!

    Ejen Ali & TNB Satukan Kuasa! Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2 Bakal Menggegarkan Pawagam Anda!

    Ejen Ali kini bersiap sedia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan kerjasama epik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Perikatan luar biasa ini membawa dimensi baharu kepada Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), yang bakal membawakan pengembaraan penuh aksi dan inovasi tenaga pada tahun 2025. Pelancaran teaser rasmi terbaru turut membuka lembaran baru bagi siri kempen kreatif yang dijanjikan penuh kejutan.

    Teaser kedua memperlihatkan kemunculan Neonimus, musuh lama yang kembali dengan misi menggemparkan di kota futuristik Cyberaya. Sebagai seorang penggodam yang mendapat inspirasi daripada permainan video, Neonimus mencipta kekacauan besar dengan motif rahsia yang masih menjadi tanda tanya. Untuk menangani cabaran ini, agensi rahsia MATA menghantar ejen terbaik mereka, Ejen Ali, yang kini dilengkapi sut perisai canggih bernama SATRIA. Persediaan ini menjanjikan pertempuran epik yang bakal menggamit perhatian peminat.

    TNB sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai penyokong utama Ejen Ali The Movie. Dengan reputasi sebagai pembekal tenaga utama Malaysia, TNB memanfaatkan peluang ini untuk memperkenalkan teknologi dan solusi tenaga masa depan mereka di dunia Cyberaya. Ini termasuk aset penjanaan kuasa TNB yang serba canggih dan melambangkan kemajuan masa depan. Kolaborasi ini merupakan kesinambungan kejayaan mereka pada filem pertama pada tahun 2019.

    Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, menyatakan, “Kami amat berbangga atas sokongan TNB. Dunia inovatif Ejen Ali adalah platform terbaik untuk memperkenalkan teknologi tenaga TNB yang sebenar, memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengamalkan gaya hidup lestari dan pintar.”

    Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, turut menyuarakan penghargaan kepada TNB, “Kolaborasi ini bukan hanya menghidupkan kembali Ejen Ali dengan penuh gemilang, tetapi juga menyampaikan mesej penting tentang tenaga mampan. Kami amat teruja untuk membawa mesej ini kepada penonton.”

    Lebih daripada sekadar filem, kerjasama ini menjadi platform untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang peralihan tenaga dan gaya hidup lestari. TNB akan melancarkan siri kempen khidmat masyarakat yang menyentuh isu kecekapan tenaga, keselamatan elektrik, dan tenaga boleh baharu, dengan sentuhan kreatif daripada dunia Ejen Ali.

    Rakan maskot TNB, Si Kucing Jero, juga akan kembali dalam versi animasi sebagai pakar tenaga di Cyberaya. Gabungan dinamik antara Jero dan Ejen Ali dijangka mencetuskan kandungan informatif yang menghiburkan serta memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menggunakan tenaga secara bijak.

    Encik Samsul Ariffin Zainuddin, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, menegaskan, Kuasa penceritaan boleh mencetuskan perubahan. Kolaborasi dengan EATM2 adalah langkah strategik untuk meningkatkan kesedaran mengenai teknologi tenaga masa depan. Bersama, kita memperkasakan masa depan yang lebih lestari.”

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton teaser rasmi kedua di saluran YouTube Ejen Ali di www.youtube.com/ejenali. Nantikan Ejen Ali The Movie 2 di pawagam pada tahun 2025 dan sertai misi epik ini bersama TNB untuk membentuk masa depan Cyberaya yang penuh inspirasi!

    Cyberaya Memanggil… dan Kuasa TNB Menanti Anda di Masa Depan!