Author: Helmi Aziz

  • Tinggalkan Pentas CSOIAM, Perjalanan Rezza Shah dan Alya Mardien Terhenti

    Tinggalkan Pentas CSOIAM, Perjalanan Rezza Shah dan Alya Mardien Terhenti

    Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) episod keempat menyaksikan dua peserta tersingkir. Seorang daripada mereka, Rezza Shah, terpalit isu disiplin, manakala Alya Mardien terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas menerima undian terendah. Walaupun keputusan ini dijangka oleh ramai pihak, ia tetap meninggalkan kesan kepada perjalanan pertandingan ini.

    Rezza Shah, yang memulakan pertandingan dengan persembahan gabungan lagu Kembali Merindu dan Seragam Hitam, gagal mempamerkan tahap disiplin yang diharapkan. Teguran keras daripada juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, menjadi kemuncak episod apabila isu disiplin Rezza mendapat perhatian. Rezza mengakui kelemahannya dan menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka, namun peluang untuk meneruskan perjuangan sudah terlepas. “Saya akui ada masalah disiplin, tetapi saya jadikan kritikan itu sebagai pengajaran. Dunia seni ini tidak mudah, dan teguran itu sangat bermakna untuk masa depan saya,” katanya.

    Bagi Alya Mardien, persembahannya yang menggabungkan lagu Bukan Lagi Kita dan Jangan Mati Rasa Itu turut tidak cukup untuk mengatasi undian rendah yang diterimanya. Meskipun memiliki mutu vokal yang baik, perjalanan seni Alya di CSOIAM terhenti pada minggu keempat. Namun, pada usia 19 tahun, masih banyak peluang menanti untuknya mempelajari selok-belok industri seni.

    Di sebalik penyingkiran dua peserta ini, episod keempat turut menyaksikan detik-detik hebat daripada peserta lain. Marygrace mencipta sejarah apabila berduet bersama legenda Papa Rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, menyampaikan lagu Nyanyian Serambi dan Doa Buat Kekasih. Persembahan penuh penghayatan itu mendapat pujian juri dan menjadi bualan hangat.

    Jimi pula meneruskan momentumnya sebagai Juara Terpaling Fizz selepas memberikan persembahan memukau bersama Aina Abdul pada minggu ketiga. Kali ini, Jimi akan bergandingan dengan Misha Omar, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu ikonik seperti Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan.

    CSOIAM terus menjadi fenomena di platform digital. Dengan lebih 4 juta tontonan setiap episod, perbincangan hangat meliputi isu penyingkiran, persembahan peserta, dan kritikan juri seperti yang dilontarkan kepada Rezza Shah. Episod kelima bakal menyaksikan tema Evolusi AJL, di mana enam peserta yang tinggal—Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva—akan membawakan lagu-lagu ikonik dari pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Undian penonton menjadi faktor penting kerana ia menyumbang 40% keputusan akhir, sementara 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

    Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million setiap Ahad, jam 9 malam, hanya di TV3 atau strim secara HD melalui Tonton. Jangan lupa, anda juga berpeluang memenangi hadiah sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!

    Untuk kandungan eksklusif dan sorotan mingguan, tonton Fizz Journal setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama mencipta fenomena!

  • Roborock Unveils New Brand Stores at Sunway Pyramid and The Starling

    Roborock Unveils New Brand Stores at Sunway Pyramid and The Starling

    Roborock, renowned for revolutionizing home cleaning technology, has officially unveiled its Roborock Brand Store at Sunway Pyramid and The Starling, marking a new chapter in bringing cutting-edge smart cleaning solutions to Malaysian consumers. This exciting launch also introduced the Roborock Saros 10R, the latest model that promises to transform the way we clean our homes.

    A Next-Level Shopping Experience

    The newly opened Roborock Brand Stores aim to redefine how Malaysians experience smart home technology. These stores offer more than just a retail space—they provide an immersive experience where customers can interact directly with Roborock’s range of products. From the latest models to essential accessories, shoppers can make informed choices while discovering the possibilities of a smart home. Additionally, these stores serve as dedicated service centers, ensuring expert assistance and offering peace of mind for all Roborock users.

    The Revolutionary Saros 10R

    One of the main highlights of this launch is the introduction of the Roborock Saros 10R. This advanced robotic vacuum cleaner is equipped with the next-generation Starsight Autonomous System 2.0, which features dual-light 3D Time-of-Flight (ToF) technology and an AI-powered RGB camera. With this cutting-edge system, the Saros 10R delivers highly precise 3D mapping and superior obstacle detection, offering a highly efficient and adaptable cleaning experience.

    The Saros 10R is also designed with an ultra-slim 7.98 cm profile, making it capable of reaching hard-to-access areas while maintaining powerful cleaning capabilities. Its advanced mopping system mimics manual scrubbing techniques, delivering a spotless clean that surpasses traditional robotic vacuum standards. Plus, with seamless app integration, users can easily customize and control their cleaning experience, making this model an ideal choice for modern homes.

    Roborock’s Commitment to Smart Home Innovation

    Having established itself as a leader in the home robotics market, Roborock continues to push boundaries with its innovative cleaning solutions. Operating in over 40 countries, the brand has earned recognition for its ability to simplify everyday life with next-generation robotic technology. The launch of the Roborock Brand Stores reflects the company’s dedication to making premium, efficient, and user-friendly cleaning solutions easily accessible to consumers across Malaysia.

    The Roborock Saros 10R exemplifies this commitment to innovation, offering a glimpse into the future of home cleaning technology.

    Available Now with Exclusive Discounts

    The Roborock Saros 10R is now available for purchase at the Roborock Brand Stores and authorized retailers nationwide, priced at RM 6,399. To celebrate the opening of the two new stores, Roborock is offering an exclusive 15% discount on the first 200 purchases, including the Saros 10R. For more information on Roborock products and store updates, visit their Facebook and Instagram pages.

    About Roborock

    Roborock is a global leader in intelligent cleaning solutions, specializing in robotic vacuums, cordless vacuum cleaners, and washer-dryers. The brand’s commitment to R&D and user-centered design has earned it a loyal following in over 170 countries. Headquartered in Beijing, Roborock continues to innovate in smart home technology to provide customers with efficient, convenient, and powerful cleaning solutions.

    For more details, visit the official website at https://my.roborock.com/ or follow Roborock on Facebook and Instagram.

  • HONOR Magic7 Pro Menyusuri Kecanggihan AI di Jerayawara Sunway Pyramid!

    HONOR Magic7 Pro Menyusuri Kecanggihan AI di Jerayawara Sunway Pyramid!

    HONOR kembali mencuri perhatian dengan telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic7 Pro, yang menampilkan teknologi AI terkini dan inovasi canggih. Bagi meraikan pelancarannya, HONOR bakal menganjurkan jerayawara selama lima hari di Sunway Pyramid dari 15 hingga 19 Januari 2025. Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, tawaran eksklusif, dan hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan mencecah RM65,000!

    Peluang Memenangi Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai RM65,000

    Semasa jerayawara ini, pengunjung yang membelanjakan lebih RM1,000 untuk pembelian HONOR Magic7 Pro atau mana-mana peranti HONOR lain layak menyertai cabutan bertuah. Hadiah utama berupa HONOR Choice Robot Cleaner R2 untuk 10 pemenang bertuah, diikuti HONOR Haylou Watch untuk tiga pemenang kedua, dan HONOR Earbuds X3 untuk 30 pemenang seterusnya. Tidak ketinggalan, hadiah sagu hati seperti Beg Sandang HONOR, kipas elektrik mini, dan payung turut menanti para pengunjung.

    Rasai Kehebatan Teknologi AI Terkini

    Pengunjung jerayawara berpeluang meneroka Zon Pengalaman, di mana mereka boleh mencuba ciri-ciri unggul HONOR Magic7 Pro seperti AI Deepfake Detection, AI Interpreter, dan AI Falcon Camera. Demonstrasi lain termasuk AI Super Zoom untuk imej jarak jauh yang lebih jelas serta ketahanan lasak peranti ini. Menariknya, pengunjung yang menyertai semua aktiviti di jerayawara akan menikmati ais krim percuma sebagai ganjaran.

    Prapesanan HONOR Magic7 Pro Masih Dibuka

    Prapesanan HONOR Magic7 Pro masih boleh dilakukan sehingga 16 Januari 2025 di jerayawara ini. Pembeli akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM2,096 yang merangkumi jam tangan pintar HONOR Watch 5, pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, serta Penggantian Satu Sama Satu selama 180 hari. Tambahan pula, rebat segera RM200 turut ditawarkan untuk pembelian sepanjang tempoh ini.

    HONOR Magic7 Pro tersedia dalam dua varian, iaitu RAM 12GB dengan storan 512GB berharga RM4,599 dan RAM 16GB bersama storan 1TB pada RM5,199. Warna premium seperti Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black menambah daya tarikannya.

    Berikut senarai promosi telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai semasa jerayawara tersebut:

    ProdukHarga RuncitHarga PromosiHadiah Percuma
    HONOR Magic7 Pro (512GB) RM4,599HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja)
    HONOR Magic7 Pro (1TB) RM5,199HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja)
    HONOR Magic V3 RM6,999RM6,499Perlindungan Skrin 365 Hari, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge dan Pakej Hadiah Premium HONOR 
    HONOR 200 Pro (512GB)RM2,699RM2,499HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR 
    HONOR 200 (512GB)RM2,100RM1,799HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR
    HONOR 200 (256GB)RM1,899RM1,599HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR
    HONOR 200 LiteRM1,299Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR 
    HONOR 200 SMARTRM1,099
    HONOR X9c 5G (512GB)RM1,699HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR 
    HONOR X9c 5G (256GB)RM1,499HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR
    HONOR X9c SMARTRM1,099RM999Beg Kanvas HONOR 
    HONOR X7c 4GRM699Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR
    HONOR X6b 4GRM599RM499
    HONOR MagicPad 2RM2,799Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR MagicPad 2 Smart, HONOR Magic Pencil 3 dan Beg Sandang HONOR 
    HONOR Pad 9 5GRM1,799RM1,699Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR
    HONOR Pad 9 WiFiRM1,499RM1,399Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR 
    HONOR Pad X9 (256GB)RM1,199RM1,099Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR
    HONOR Pad X9 (128GB)RM1,099RM899Papan Kekunci Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR 
    HONOR Pad X8aRM799RM749HONOR Pad X8a Flip Cover dan Pemegang Telefon HONOR 
    HONOR Pad X8a Kids Edition Wi-FiRM699Sarung Pelindung Kanak-kanak bersama Drawing Stick 
    HONOR MagicBook Art 14RM5,999Waranti Lanjutan 1 + 2 Tahun, Beg Galas HONOR dan Langganan 1 Tahun Percuma Microsoft 365 
    HONOR Watch 5RM599Tersedia pada 17 Januari 2025
    HONOR Earbuds OpenRM699Tersedia pada 17 Januari 2025

    Kecanggihan Teknologi HONOR Magic7 Pro

    HONOR Magic7 Pro memperkenalkan sistem operasi MagicOS 9.0, lengkap dengan aplikasi Google Gemini pra-pasang. Flagship ini menawarkan pelbagai peningkatan melalui ciri AI seperti Magic Portal 2.0, AI Notes, dan AI Super Zoom. Dari aspek fotografi, peranti ini dilengkapi Sistem Kamera AI Falcon dengan kamera utama 1/1.3 inci, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera ultra-telefoto 200MP untuk imej lebih menawan.

    HONOR juga mengutamakan kesihatan mata dengan teknologi Paparan Keselesaan Mata Pencahayaan Semula Jadi AI, termasuk Pemalapan PWM 4320Hz dan paparan bebas kerlipan yang diiktiraf oleh TÜV Rheinland. Bateri karbon silikon 5850mAh yang menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 100W berwayar dan 80W tanpa wayar memastikan peranti ini tahan lebih lama dengan prestasi terbaik.

    Destinasi Seterusnya Jerayawara HONOR Magic7 Pro

    Selepas Sunway Pyramid, jerayawara HONOR Magic7 Pro akan diteruskan di IOI City Mall, Putrajaya dari 5 hingga 9 Februari, sebelum menuju ke Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 19 hingga 23 Februari.

    Jangan lepaskan peluang untuk mengalami kehebatan HONOR Magic7 Pro secara langsung dan dapatkan tawaran istimewa di jerayawara ini. Ikuti perkembangan terkini melalui laman Facebook dan laman web rasmi HONOR Malaysia di HONOR Malaysia.

  • MDEC Empowers SMEs with Malaysia Digital Grants

    MDEC Empowers SMEs with Malaysia Digital Grants

    The Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), operating under the Ministry of Digital, has launched an ambitious initiative to accelerate the digital transformation of small and medium enterprises (SMEs) across the nation. This week, the focus is on Penang, as part of efforts to empower SMEs with the tools, resources, and expertise necessary to thrive in the digital economy.

    Announced earlier today by the Minister of Digital, YB Gobind Singh Deo, the programme aims to foster collaboration and drive innovation among SMEs. It includes an engagement session with SME associations based in Penang, held at the recently inaugurated Zon Utara Office of the Ministry of Digital in George Town.

    This programme is tailored to address specific challenges faced by local industries in adopting digital transformation and scaling operations. It is designed to co-create actionable solutions with key stakeholders, foster a conducive ecosystem for digital enterprises, facilitate knowledge-sharing through dialogue sessions, and strengthen partnerships that accelerate digital adoption.

    In his remarks at the event, MDEC CEO Anuar Fariz Fadzil emphasised the importance of leveraging technology for business growth, competitiveness, and sustainability.
    “Technology is no longer optional—it is essential in today’s fast-changing world. By embracing digital tools and innovations, SMEs can enhance their operational efficiency, expand their market reach, and build resilience for the future,” said Anuar.

    He further stated that MDEC remains committed to equipping SMEs with practical and effective digital solutions to boost their productivity and competitiveness.

    The initiative reflects the shared commitment of the Ministry of Digital and MDEC to building a robust digital economy that benefits all segments of society, from businesses to the rakyat. To date, RM30.96 million in Malaysia Digital (MD) grants has been awarded to Penang-based recipients, with 173 companies in the state already attaining MD status.

    “We are eager to see more businesses achieve MD status, which paves the way for innovation and contributes to the state’s growth and competitiveness,” Anuar added.

    MD status provides numerous benefits, including tax incentives, access to grants and funding, business-matching opportunities, and enhanced networking capabilities. These benefits aim to foster a dynamic environment that supports digital and technology-driven enterprises.

    To encourage more companies to pursue MD status and reap its benefits, the Ministry is planning to launch a new initiative that will offer tailored digital solutions to SMEs. This programme is expected to help businesses cut operational costs by up to 20% while addressing their unique challenges and aligning with their specific industry needs.

    “We are committed to identifying SME pain points and delivering customised digital solutions to meet their operational goals,” Anuar explained.

    The event also saw the presence of key dignitaries, including Penang Deputy Chief Minister II, YB Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, Digital Penang CEO YBrs Ts. Kwang Ming Ng, and leaders from various Penang SME associations.

    For more information on MDEC’s initiatives and programmes related to the digital economy, visit mdec.my or send your enquiries to clic@mdec.com.my.

    Penang-based businesses interested in these initiatives can also visit the Ministry of Digital’s Zon Utara Office at Bangunan U.A.B., Gat Lebuh China, George Town, Penang.

  • Shiha Zikir Bangkit dengan Lagu Pop Balada Baharu ‘Lebih Baik’

    Shiha Zikir Bangkit dengan Lagu Pop Balada Baharu ‘Lebih Baik’

    Shiha Zikir, penyanyi dan pelakon berbakat besar, kembali mencuri perhatian peminat muzik tanah air dengan single terbaharunya berjudul Lebih Baik. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi Shiha bersama komposer terkenal, Shazee Ishak, dan penerbit prolifik, Audi Mok, di bawah naungan Alternate Records & Talents.

    Mengangkat genre pop balada, Lebih Baik mengetengahkan tema self-love yang mendalam. Lagu ini mengisahkan tentang kekuatan yang diperoleh daripada cinta, perpisahan, dan perjalanan untuk menjadi versi diri yang lebih baik. Dengan mesej bahawa kebahagiaan sejati bermula dari dalam diri, Lebih Baik mengajak pendengar merenung semula makna cinta dan penyembuhan jiwa.

    Lirik lagu ini penuh emosi, dengan frasa seperti “Aku akan lebih baik” dan “Perpisahan kita menjadi pengajaran” menggambarkan proses penyembuhan selepas kehilangan. Lagu ini menyeru kepada keberanian untuk menerima perpisahan sebagai satu pengajaran hidup, serta pentingnya mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

    Menurut Shiha, lagu ini memberi peluang kepada pendengar untuk merenung nilai diri. “Saya percaya kisah dalam Lebih Baik sangat dekat dengan hati pendengar, terutamanya dengan tema swacinta yang diangkat. Lagu ini memberi peluang untuk setiap individu menemui semangat baharu dalam diri mereka,” kata Shiha.

    Shiha juga mendedahkan bahawa proses rakaman lagu ini berjalan lancar dan hanya mengambil masa dua jam. “Shazee sangat membantu sepanjang proses rakaman. Lagu ini memerlukan penghayatan emosi yang tinggi, dan saya memastikan setiap bait lirik disampaikan dengan penuh perasaan,” jelas Shiha.

    Shazee pula menyatakan keyakinannya terhadap Shiha sebagai penyanyi lagu ini. “Shiha adalah pilihan yang tepat kerana dia sangat profesional dan berbakat. Dia berjaya menjiwai watak dalam lagu ini dan memberikan persembahan vokal yang luar biasa,” katanya.

    Menambah nilai kepada karya ini, Lebih Baik kini menjadi runut bunyi (OST) rasmi untuk drama popular Wanita Milik Kaiden yang bersiaran di slot Akasia TV3. Lagu ini turut membawa suasana emosi yang mendalam dalam setiap babak, menjadikannya semakin dekat di hati penonton.

    Shiha berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh peminat muzik. “Saya ingin Lebih Baik menjadi penyuntik semangat kepada mereka yang sedang bergelut dalam perjalanan kehidupan mereka. Lagu ini penuh dengan mesej harapan dan kekuatan,” ujarnya.

    Lebih Baik kini boleh didengarkan di pelbagai platform penstriman seperti Spotify, YouTube Music, dan iTunes. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya indah ini yang pasti akan menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

    Untuk berita terkini mengenai Shiha Zikir dan perkembangan dari Alternate Records & Talents, ikuti mereka di platform media sosial:

    Jangan lupa untuk sokong dan hayati karya terbaru Shiha Zikir, Lebih Baik, yang kini memukau jiwa pendengar di seluruh Malaysia!

  • Perjuangan Terus Memuncak di Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)

    Perjuangan Terus Memuncak di Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)

    Sudah empat minggu berlalu sejak Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) memulakan siarannya, dan kini persaingan semakin sengit apabila hanya enam peserta yang tinggal untuk mara ke peringkat seterusnya. Dari kelompok Top 20 hingga ke Top 6, episod keempat menyaksikan banyak drama dan kejutan, membuktikan bahawa CSOIAM bukan hanya soal bakat tetapi juga keupayaan menyeluruh untuk menjadi yang terbaik.

    Dengan hanya empat minggu lagi menuju ke pentas akhir, para penonton semakin tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara pertandingan berprestij ini.

    Barisan juri tetap, Dato’ Yusry dan Ziana Zain, semakin tegas dalam memberikan kritikan membina, manakala Hael Husaini sebagai juri jemputan episod keempat mencuri perhatian dengan pujiannya yang bersahaja namun penuh makna. Salah satu momen paling panas adalah kritikan terhadap Rezza Shah, peserta yang sebelum ini diberikan imuniti pada episod pertama tetapi gagal memanfaatkan peluang tersebut. Persembahannya yang kurang memuaskan menerima kritikan pedas daripada para juri.

    Sebaliknya, peserta seperti Zazleen berjaya mencuri perhatian dengan persembahan penuh emosi yang membuatkan Ziana Zain sebak hingga menitiskan air mata. Episod ini turut menampilkan Marygrace yang berpeluang berduet dengan legenda Datuk Ramli Sarip, mempersembahkan lagu-lagu ikonik seperti “Nyanyian Serambi” dan “Doa Buat Kekasih”. Persembahan Marygrace menerima pujian melambung daripada barisan juri, membuktikan kemampuan beliau untuk terus bersinar.

    Episod keempat menyaksikan dua peserta meninggalkan pertandingan, iaitu Rezza Shah dan Alya Mardien. Walaupun ramai bersetuju bahawa Rezza Shah wajar disingkirkan, penyingkiran Alya mencetuskan perdebatan hangat apabila warganet merasakan beliau layak mara ke peringkat seterusnya. Namun, undian rendah daripada penonton menjadi penentu nasib mereka. Kini, hanya enam peserta yang tinggal – Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva.

    Untuk minggu kedua berturut-turut, Jimi diangkat sebagai juara Terpaling Fizz. Pada episod ketiga, Jimi memikat hati penonton dengan duet bersama Aina Abdul, manakala pada episod keempat, beliau berkolaborasi dengan Misha Omar. Dengan cabaran minggu kelima bertemakan “Evolusi AJL”, mampukah Jimi mengekalkan prestasinya.

    CSOIAM terus menjadi topik hangat di platform X, TikTok, dan Instagram, mencatatkan lebih 4 juta tontonan setiap episod. Antara isu yang trending termasuk persembahan hambar Rezza Shah, keputusan penyingkiran Alya, dan komen tegas daripada juri.

    Pada episod kelima, peserta akan menghadapi cabaran besar iaitu menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Tema ini bakal menguji kemampuan mereka untuk memberi nafas baharu kepada lagu-lagu yang sudah menjadi legenda.

    Saksikan Calpis Soda One In A Million setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda kerana undian penonton menyumbang 40% kepada keputusan keseluruhan.

    Penonton bertuah juga berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!

    Dapatkan sorotan eksklusif dan pengalaman belakang tabir melalui Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus mencipta fenomena luar biasa bersama CSOIAM!

  • St Giles Boulevard Hotel Presents the “Selera Bonda Buffet Dinner” at Wildrice Restaurant

    St Giles Boulevard Hotel Presents the “Selera Bonda Buffet Dinner” at Wildrice Restaurant

    The St Giles Boulevard Hotel invites you to an unforgettable culinary experience at the Selera Bonda Buffet Dinner, hosted daily at the Wildrice Restaurant, located on level 9 of the Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur. From March 4th to 28th, 2025, indulge in a delightful journey through traditional flavors, beautifully reimagined by the hotel’s renowned Chef Radzi.

    The Selera Bonda Buffet features a wide variety of mouth-watering dishes, celebrating the rich flavors of Malaysian heritage. Among the highlights, you’ll find the succulent Selera Bonda Kambing, a choice of tender lamb dishes, and the delectable Gulai Kawah, a flavorful Malaysian curry. Also not to be missed is the traditional Lemang, a dish that brings a unique and authentic taste of Malaysian culture.

    Chef Radzi’s dedication to preserving traditional recipes while adding a contemporary twist ensures that each dish is both nostalgic and exciting for the palate. Whether you’re a fan of bold spices or delicate flavors, the Selera Bonda Buffet offers something for every taste.

    As you enjoy your meal, the evening will be filled with live entertainment by talented performers Kelly Azman and Ani Mayuni. Their vibrant performances will keep you entertained, ensuring that your dinner is as much about the experience as it is about the food.

    At the St Giles Boulevard Hotel, we aim to create memorable experiences that celebrate the rich cultural tapestry of Malaysia. The Selera Bonda Buffet Dinner is more than just a meal; it’s a celebration of the country’s diverse culinary traditions, crafted with care and passion by our culinary team.

    Don’t miss out on this exciting culinary adventure! Join us every day from 6:30 PM to 10:00 PM for an evening filled with flavorful dishes, cultural delights, and live entertainment. To make a reservation, call our team at +6012-4008691 or visit our website at www.stgileshotels.com.

    Join us at the Boulevard for the Selera Bonda Buffet and let your taste buds experience a true celebration of Malaysian culinary heritage!

    Event Details:

    • Dates: March 4th – 28th, 2025
    • Time: 6:30 PM – 10:00 PM (Daily)
    • Location: Wildrice Restaurant, Level 9, St Giles Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur
    • Reservations: +6012-4008691 / www.stgileshotels.com

    We look forward to seeing you there!

  • EsportsCon @ ESI Hub: Peluang Emas untuk Pemain Industri Esukan dan Peniaga

    EsportsCon @ ESI Hub: Peluang Emas untuk Pemain Industri Esukan dan Peniaga

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) akan menganjurkan EsportsCon @ ESI Hub yang dinanti-nantikan, satu konvensyen esukan utama yang bakal menyediakan platform inklusif untuk peminat dan pemain industri esukan serta permainan video di seluruh Malaysia. Acara yang bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 di ESI Hub, Spacerubix, Puchong ini bertujuan untuk menghubungkan pelbagai pemegang taruh dalam industri esukan sambil merayakan minat dan sumbangan dalam dunia permainan video.

    EsportsCon @ ESI Hub merupakan sebuah konvensyen esukan yang bukan sahaja memberi peluang kepada peminat esukan untuk berinteraksi dan membina rangkaian, tetapi juga berfungsi sebagai tempat untuk mengeksplorasi potensi kerjasama antara pelbagai entiti dalam industri ini. Konvensyen ini menyasarkan untuk menghubungkan pemain, peminat, pencipta kandungan, pasukan esukan, serta pengeluar produk dan teknologi dalam ekosistem permainan yang berkembang pesat.

    “EsportsCon @ ESI Hub adalah ruang yang terbuka untuk semua peminat, pempamer, dan pemain industri untuk berkongsi minat dan meneroka peluang kerjasama dalam esukan. Kami percaya acara ini akan membawa manfaat besar kepada ekosistem esukan dan meningkatkan lagi sokongan terhadap perkembangan industri ini di Malaysia,” ujar pihak penganjur.

    EsportsCon @ ESI Hub tidak hanya akan menampilkan pameran daripada jenama esukan terkemuka, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi perbincangan bersama tokoh-tokoh terkenal dalam dunia esukan, sesi podcast bersama pempengaruh terkenal, serta cabutan bertuah yang pastinya akan menambah kemeriahan konvensyen ini. Selain itu, acara ini juga akan menyediakan platform bagi perbincangan tentang perkembangan terkini dalam teknologi permainan dan industri esukan.

    “Bersama-sama dengan pameran, kami berharap para pengunjung dapat menghubungkan diri mereka dengan rangkaian dan sumber yang dapat membantu mereka dalam mengembangkan perniagaan serta memperkenalkan produk atau perkhidmatan terbaru mereka,” tambah pihak penganjur.

    Bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam EsportsCon @ ESI Hub sebagai pempamer atau peniaga, pelbagai peluang menarik terbuka bagi jenama dalam industri esukan dan permainan. EsportsCon @ ESI Hub mengalu-alukan penyertaan daripada pelbagai jenis perniagaan termasuk:

    • Perkakasan dan aksesori permainan (PC, konsol, peranti permainan)
    • Pasukan esukan, penganjur acara, dan pempengaruh
    • Pembangun permainan dan penerbit kandungan
    • Alat penstriman dan teknologi penciptaan kandungan
    • Pakaian, barangan eksklusif dan koleksi permainan
    • Produk kesihatan dan kesejahteraan pemain
    • Makanan dan minuman
    • Peluang penajaan dan kerjasama

    Sebagai pempamer atau peniaga, anda akan berpeluang berinteraksi secara langsung dengan komuniti pemain dan peminat esukan, memperkenalkan produk baru, dan meningkatkan kesedaran jenama melalui penajaan serta liputan media yang akan menjangkau khalayak yang lebih luas.

    Pendaftaran untuk menyertai EsportsCon @ ESI Hub kini dibuka dan mereka yang berminat untuk menjadi pempamer atau peniaga diminta untuk menghantar permohonan sebelum 17 Januari 2025. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi:

    Pegawai: Junaidi Al-Johary, Esports Integrated
    E-mel: eddy@esportsintegrated.com
    Telefon: +6012-927 3497

    Dengan lebih daripada 500 peminat dan profesional yang dijangka hadir, EsportsCon @ ESI Hub bakal menjadi acara yang tidak patut dilepaskan bagi mereka yang ingin mengembangkan rangkaian, memperkenalkan produk, dan berkolaborasi dalam industri esukan yang semakin berkembang di Malaysia.

    EsportsCon @ ESI Hub adalah langkah penting dalam memacu pertumbuhan industri esukan di Malaysia, memberi ruang untuk perkongsian ilmu, peluang perniagaan, dan kerjasama yang memberi manfaat kepada ekosistem ini. KBS dan ESI komited untuk terus menyokong perkembangan esukan, menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi aktiviti dan perniagaan berkaitan permainan dan esukan di rantau ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada EsportsCon @ ESI Hub, dan sertai kami dalam memacu kejayaan industri esukan Malaysia pada 25 Januari 2025!

  • Sokongan Padu MyBHA terhadap Tahun Melawat Malaysia 2026: Peluang Besar, Cabaran Industri Perlu Diatasi

    Sokongan Padu MyBHA terhadap Tahun Melawat Malaysia 2026: Peluang Besar, Cabaran Industri Perlu Diatasi

    Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) memberikan sokongan penuh terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2026 yang merupakan salah satu inisiatif terbesar negara dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global. Menyokong VMY2026, MyBHA turut menekankan beberapa cabaran yang perlu diatasi agar kempen ini berjaya memberikan impak yang maksimum kepada sektor pelancongan Malaysia.

    VMY2026 adalah peluang besar untuk mempamerkan kekayaan budaya, alam semula jadi, dan kemajuan industri hospitaliti Malaysia. MyBHA menegaskan pentingnya merangkumi kepelbagaian jenis penginapan yang ada di negara ini, dari hotel lima bintang hingga penginapan bajet. Dengan menyediakan pelbagai pilihan kepada pelancong, Malaysia boleh menjadi destinasi yang menarik bagi pelancong dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai bajet. Ini juga akan memastikan bahawa Malaysia mampu menarik pelancong dari seluruh dunia, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka.

    MyBHA menggesa agar semua negeri di Malaysia mengambil bahagian aktif dalam mempromosikan tarikan budaya dan alam semula jadi masing-masing. Pendekatan yang menyeluruh ini akan membolehkan setiap negeri menonjolkan keistimewaannya dan membantu memperkaya pengalaman pelancong yang datang. Oleh itu, adalah penting agar segala usaha pemasaran ini diselaraskan dan dipadukan dengan strategi VMY2026 yang lebih luas.

    MyBHA menyarankan agar kerjasama erat antara sektor swasta dan kerajaan, khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) dan Tourism Malaysia, lebih diperhebatkan. Melalui kerjasama yang erat ini, sektor pelancongan Malaysia akan dapat mencapai tahap pertumbuhan yang lebih pesat. Selain itu, MyBHA juga menegaskan bahawa hanya pengusaha yang berdaftar dan berlesen yang harus mendapat manfaat daripada kempen ini. Dengan memastikan kepatuhan terhadap peraturan dan standard yang ditetapkan, integriti sektor pelancongan Malaysia dapat dipelihara.

    MyBHA juga menyarankan agar semua ahli industri hotel bajet dan bisnes mengintegrasikan elemen penjenamaan VMY2026, termasuk penggunaan logo rasmi, lagu tema, dan bahan promosi yang selaras dengan kempen ini. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa semua usaha pemasaran di dalam dan luar negara berada dalam satu arah yang konsisten dan efektif. Lebih daripada itu, latihan untuk pekerja dalam menghadapi pelancong harus menjadi keutamaan. Penggunaan modul “Mesra Malaysia” yang mendorong nilai kasih sayang terhadap negara serta semangat perpaduan dan keharmonian harus diterapkan dalam interaksi dengan pelancong, menjadikan mereka merasa disambut dengan baik.

    MyBHA juga memberi sokongan penuh terhadap keputusan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing untuk meninjau semula video promosi VMY2026. Video promosi ini adalah medium penting untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia, dan MyBHA berharap ia akan menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni. Memasukkan elemen-elemen seperti penginapan bajet dalam video promosi akan menunjukkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang mudah diakses oleh semua pelancong, tanpa mengira demografi atau kedudukan kewangan mereka.

    MyBHA memandang VMY2026 sebagai peluang yang amat bernilai bagi sektor penginapan bajet untuk menonjolkan peranan mereka dalam ekosistem pelancongan Malaysia. Dengan menyokong inisiatif ini, MyBHA berharap dapat memperkasa industri hotel bajet di Malaysia, yang merupakan pilihan penginapan utama bagi pelancong bajet dan mereka yang mengutamakan pengalaman pelancongan yang lebih autentik dan berpatutan.

    MyBHA komited untuk terus menyokong usaha-usaha yang mengembangkan industri pelancongan Malaysia. Dengan kerjasama semua pihak, termasuk sektor swasta, kerajaan, dan masyarakat setempat, Malaysia mampu mencapai kejayaan yang besar melalui VMY2026. Inisiatif ini tidak hanya akan meningkatkan kedatangan pelancong, tetapi juga memberi impak positif kepada ekonomi tempatan serta memperkukuhkan diplomasi budaya negara.

  • ‘Kahar : Kapla High Council’ Terus Menggempak di Astro First dan Temui Pasaran Antarabangsa

    ‘Kahar : Kapla High Council’ Terus Menggempak di Astro First dan Temui Pasaran Antarabangsa

    Selepas kejayaan luar biasa di pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei dengan kutipan melebihi RM13 juta, filem aksi ‘Kahar : Kapla High Council’ akan terus menyinari layar melalui akses eksklusif di platform Astro First dan sooka. Filem ini akan mula disiarkan di saluran Astro bermula 16 Januari 2025, sementara penonton sooka dapat menikmati filem ini mulai 23 Januari 2025.

    Menariknya, filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw ini turut mengorak langkah ke pasaran antarabangsa dengan tayangan pertama di Kemboja pada 24 Januari 2025. Ini membuka ruang kepada lebih ramai penonton di luar Malaysia untuk menikmati karya tempatan ini, seterusnya mengangkat filem Melayu ke persada global.

    Untuk penonton di Malaysia yang terlepas peluang menyaksikan filem ini di pawagam, mereka kini boleh menontonnya secara eksklusif melalui Astro First dengan harga RM29 (tidak termasuk cukai) selama 48 jam. Penonton boleh memilih untuk menonton filem ini di saluran Astro atau melalui aplikasi sooka, yang boleh dimuat turun di pelbagai peranti.

    Sebagai tanda penghargaan kepada penonton, dua peraduan menarik telah disediakan. Peraduan pertama, #ChillKaplaAtHome, membolehkan penonton yang melanggan filem ini di Astro First berpeluang memenangi sesi bersama pelakon-pelakon filem ini di rumah mereka. Untuk menyertai, penonton perlu merakam video kreatif dan memuat naiknya di media sosial dengan menandakan akaun rasmi Astro First.

    Sementara itu, peraduan #DateWithKudratBoys memberikan peluang kepada peminat untuk makan malam bersama pelakon-pelakon filem ini. Caranya adalah dengan merakam video kreatif di pameran ‘Diorama Display Kahar : Kapla High Council’ di KL Eco City Mall dan memuat naik video di media sosial.

    Pameran ‘Diorama Display’ ini mempamerkan miniature watak utama Kahar dan Beja dengan tiga gaya berbeza yang membawa mesej utama filem iaitu #StopViolence. Pameran ini boleh dilihat di KL Eco City Mall bermula 16 Januari 2025. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kekerasan dalam masyarakat dan pentingnya nilai kekeluargaan.

    Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, filem ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah karya yang menyentuh isu-isu kritikal seperti kekerasan rumah tangga dan buli. “Kami berharap filem ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya mengenai isu-isu yang melibatkan kekerasan dan institusi kekeluargaan,” ujar beliau.

    ‘Kahar : Kapla High Council’ mengisahkan perjalanan Kahar pada tahun 2005, setahun sebelum kejadian dalam siri sebelumnya, Project: High Council. Kahar adalah seorang pelajar yang pendiam, sering tertekan dengan harapan tinggi yang diletakkan oleh ayahnya. Filem ini memfokuskan kepada pergolakan Kahar dalam menghadapi cabaran sebagai ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat.

    Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, skrip filem ini ditulis oleh Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, dan banyak lagi, yang turut menyampaikan mesej penting mengenai peranan kepimpinan, kekeluargaan, dan kesedaran sosial.

    ‘Kahar : Kapla High Council’ boleh disaksikan menerusi Astro First bermula 16 Januari dan di sooka pada 23 Januari 2025. Saksikan bagaimana filem ini menggabungkan aksi menarik dengan isu sosial yang relevan. Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman menonton dengan menggunakan hashtag #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully di media sosial anda.

    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian dan cara-cara menonton, layari www.support.astro.com.my atau muat turun aplikasi sooka melalui Apple Store atau Google Play Store.