JAFF Market 2026 Bawa Karya Pembikin Filem Asia ke Pentas Global
Pasaran filem terkemuka serantau, JAFF Market 2026 dikuasakan oleh Amar Bank, bakal kembali untuk edisi ketiganya dari 28 hingga 30 November 2026 di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta bagi memacu karya dan harta intelek (IP) pembikin filem Asia ke pentas antarabangsa. Penganjuran tahun ini turut diperkukuh dengan pembabitan strategik Media Prima Berhad sebagai Rakan Media Serantau (Regional Media Partner), sekali gus membuka ruang pendedahan lebih luas buat bakat tanah air serta mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekosistem kandungan kreatif Asia Pasifik.
Program Teras JFP, JIPCon dan Producers Exchange di JAFF Market 2026
Sebagai hab pertemuan profesional, JAFF Market 2026 menawarkan peluang besar menerusi dua program teras iaitu JAFF Future Project (JFP) yang membariskan 11 projek filem terpilih termasuk karya pengarah tersohor seperti Boo Junfeng, M. Raihan Halim, dan Sidharta Tata serta JAFF IP Connection (JIPCon) yang mengetengahkan 10 IP daripada komik dan animasi untuk diadaptasi ke layar perak. Edisi kali ini turut memperkenalkan program sulung Producers Exchange yang menghimpunkan 14 penerbit antarabangsa termasuk wakil Malaysia, Wong Kew Soon, bagi sesi padanan perniagaan secara terus bersama delegasi dan rakan industri global.
Peluang Produksi Bersama dan Pembiayaan Global di JAFF Market 2026
Menurut Pengarah Pasaran JAFF Market, Linda Gozali, acara tiga hari ini dirangka untuk menterjemahkan penemuan bakat dan cerita baharu kepada jalinan kerjasama jangka panjang. Bagi penggiat filem serta pembekal kandungan Malaysia, platform ini menjadi pintu masuk strategik untuk meneroka potensi produksi bersama (co-production), memasarkan katalog kandungan sedia ada, dan menjana pembiayaan luar negara, dengan maklumat lanjut boleh didapati di https://jaff-market.com/.












