TONTON & MENANG: Hantu Puasa Bawa Anda Terbang ke Seoul!: Hanya Strim & Berpeluang Menang Pakej Percutian 6H4M ke Korea!
4 min read
Kuala Lumpur, 4 Mac 2026 – Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan suasana penuh keberkatan, refleksi diri serta peluang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada selepas berbuka puasa mahupun menjelang waktu sahur, ramai mengambil kesempatan untuk berehat sambil menikmati maraton drama dan filem kegemaran. Menghidupkan lagi kemeriahan ini, Tonton tampil dengan kempen istimewa “Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul” yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026. Kempen ini bukan sahaja menawarkan pengalaman tontonan yang mendebarkan, malah membuka peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah percutian menarik. Sepanjang tempoh kempen, penonton boleh menikmati pelbagai judul thriller serta siri original pilihan yang sarat dengan elemen suspen, misteri dan plot twist yang tidak dijangka, menjadikan setiap sesi tontonan lebih mengujakan sepanjang Ramadan.
Untuk menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada poster kempen atau melayari laman web rasmi sebelum menekan pilihan “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”. Pengguna boleh log masuk menggunakan akaun sedia ada atau mendaftar terlebih dahulu sebelum mula menonton mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist. Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada markah pengguna dalam leaderboard kempen. Pada masa sama, pengguna juga berpeluang memantau kedudukan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung, manakala pengumuman pemenang akan dibuat melalui media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.

Sebagai kemuncak kempen ini, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang pakej percutian selama enam hari empat malam ke Seoul, South Korea. Lebih menarik, pemenang juga boleh membawa seorang rakan sebagai teman perjalanan untuk berkongsi pengalaman tersebut. Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selesa serta beberapa pengalaman menarik di kota metropolitan itu. Ganjaran ini pastinya menjadikan kempen Ramadan kali ini lebih bermakna, selain memberi peluang kepada peminat hiburan digital menikmati pengalaman percutian antarabangsa yang sukar dilupakan.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga saat akhir kerana tempoh penyertaan hanya berlangsung sehingga 19 Mac 2026. Dengan hanya menonton dan menstrim kandungan pilihan di Tonton, setiap sesi hiburan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan, malah berpotensi membawa penonton lebih dekat ke destinasi percutian impian mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.