ASTRO GEGARKAN KACA TV DENGAN “THE CHOSEN ONE XTRA” DAN DRAMA KOMEDI “JUTAWAN EKSPRES”

Dua Program Baharu Sarat Hiburan & Pengajaran, Pembuka Tirai Jelajah Astro Home of Kids 2025

Astro terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju hiburan keluarga nombor satu negara dengan mempersembahkan dua program terbaharu yang bakal menceriakan semua lapisan penonton. Sebagai pembuka tirai kepada kempen Astro Home of Kids 2025, dua naskhah eksklusif bakal dilancarkan iaitu musim baharu program realiti “The Chosen One XTRA” serta drama komedi “Jutawan Ekspres”.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, kedua-dua program ini membuktikan komitmen Astro untuk menghasilkan kandungan berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut sarat dengan nilai dan sesuai untuk seisi keluarga. “Kami menghasilkan dua program berbeza genre, namun kedua-duanya membawa mesej yang positif, menampilkan bintang ternama bersama bakat baharu, dan boleh dinikmati oleh semua peringkat umur,” katanya.

Jutawan Ekspres: Komedi Keluarga Dengan Sentuhan Realiti

Disiarkan bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611), “Jutawan Ekspres” mengetengahkan kisah lucu dan menyentuh hati tentang sebuah keluarga yang tiba-tiba menjadi kaya selepas lama berdepan kesempitan hidup. Kekayaan mengejut itu mengundang perhatian saudara-mara oportunis dan jiran-jiran yang ingin menumpang senang, sekali gus menguji kekuatan dan kesatuan keluarga mereka.

Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza, nama di sebalik kejayaan siri popular seperti “Keluarga Iskandar” dan “Dr. Pontianak”. Ia dibintangi barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Bell Ngasri, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman dan Sazzy Falak, bersama bakat baharu seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya dan Syafiq Irfan.

The Chosen One XTRA: Pentas Pelbagai Bakat Cilik

Kembali untuk musim baharu, “The Chosen One XTRA” tampil dengan format lebih segar yang memberi tumpuan bukan hanya kepada nyanyian, tetapi juga bakat-bakat lain seperti tarian, muzik, akrobatik dan seni persembahan. Program ini akan mula ditayangkan pada 25 Julai 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (611) dan Astro Ria (104).

Menariknya musim ini, selebriti terkenal seperti Namie, Achey, Naqiu, Nikki Palikat, Bunga, Usop, Tuju dan Loca B akan bertindak sebagai ‘coach’ dan berduet bersama peserta dalam persembahan mingguan mereka. Turut menyerikan pentas ialah pengacara terkenal Nabil Ahmad yang akan ditemani anak perempuannya, Nayla Mikayla sebagai hos bersama.

Barisan juri pula terdiri daripada legenda rock tanah air Dato’ Awie dan pelakon serta pelawak terkenal Sharifah Shahirah.

Juara “The Chosen One XTRA” akan membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi sumbangan Astro, manakala tempat kedua hingga keempat masing-masing akan menerima RM30,000, RM20,000 dan RM10,000. Anugerah khas seperti “Coach Terbaik” dan “Persembahan Terbaik” turut akan diberikan, termasuk satu kategori berdasarkan undian penonton di laman web rasmi www.thechosenone.com.my.

Astro Home of Kids Kembali!

Sebagai pelengkap kempen hiburan keluarga ini, Astro bakal menjelajah seluruh negara menerusi Astro Home of Kids sebuah siri acara yang membawa karakter kartun kegemaran kanak-kanak seperti dari Cartoon Network, Nickelodeon, Moonbug, Les’ Copaque, Disney+ Hotstar dan banyak lagi. Siri jelajah ini akan bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, sebelum edisi utamanya berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025 di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre sempena cuti sekolah.

Strim Tanpa Henti di Astro GO dan sooka

Kedua-dua program ini boleh ditonton secara on demand melalui Astro GO dan sooka. Pelanggan boleh melanggan Pek Astro One serendah RM49.99 sebulan, atau menikmati pengalaman penstriman lancar bersama Astro Fibre 500Mbps dan Pek Hiburan pada hanya RM139.99 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, langganan atau naik taraf pakej, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.