Selepas hampir sedekad menyepi, program anugerah hiburan paling ikonik negara kembali dengan nafas baharu! Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) bukan sekadar meraikan selebriti popular, tetapi menyambut gelombang perubahan dunia hiburan moden dari skrin kaca ke skrin telefon pintar.
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, AMT 2025 tampil dengan wajah segar, kategori trending dan yang paling penting undian 100% daripada peminat menerusi platform Tonton. Dengan tagline “Hangat Bukan Beshe-Beshe”, anugerah ini mengiktiraf selebriti dan karya yang bukan saja popular, tetapi mencetus perbualan hangat dan impak sosial sebenar.
Antara kategori yang paling dinanti-nantikan termasuk Selebriti Couple Goals Terhangat, Selebriti Trending Terhangat, dan Tonton Original Terhangat. Tidak cukup dengan itu, Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat bakal dinobatkan kepada figura yang benar-benar memberi impak besar dalam dunia hiburan sepanjang tahun ini bukan hanya dari segi prestasi, tapi juga momen tular yang mencetus fenomena nasional.

Menariknya, tahun ini juga menyaksikan kemunculan Anugerah Pilihan X50 Superstar bersama PROTON, di mana selebriti dan pencipta kandungan akan bertarung kreativiti menghasilkan video paling ‘lit’ bersama All-New PROTON X50! Pemenang? Bukan trofi tapi satu unit kereta baharu!
AMT 2025 bukan sekadar anugerah, tapi cerminan bagaimana peminat hari ini menentukan siapa benar-benar relevan, berpengaruh dan trending. Ia meraikan transformasi hiburan daripada panggung ke platform, daripada skrip ke ‘stream’, dan daripada penonton pasif kepada peminat berkuasa.
Undian kini dibuka hingga 31 Julai 2025! Daftar dan langgan pelan TontonUP hari ini di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat untuk beri 500 hingga 2,500 undi kepada bintang kesayangan anda. Ini masa untuk anda tentukan siapa paling terhangat tahun ini!
