Astro dengan kerjasama TVS mempersembahkan sebuah persembahan istimewa, ‘Konsert MeleTOP TVS’, yang bakal berlangsung buat kali pertama di luar Semenanjung Malaysia. Konsert dengan tema “Nang Champiyen Nang Lagend” ini akan diadakan pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dan disiarkan secara langsung di TVS (Saluran 122), jam 9.00 malam, selain boleh distrim di Astro ONE dan sooka. Siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Konsert ini menjanjikan gabungan mengagumkan antara warisan kebudayaan Borneo dan muzik pop masa kini, diserikan dengan persembahan barisan artis terkemuka seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, serta Noki, Francisca Luhong, dan ramai lagi. Turut mengemudi pentas adalah gandingan pengacara popular dari MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, bersama wajah TVS seperti Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.
Menurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, “Konsert ini adalah simbolik kepada kolaborasi mantap antara dua jenama besar – MeleTOP dan TVS. Ia bukan sahaja meraikan muzik, tetapi menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dan latar budaya dalam satu acara penuh warna. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak termasuk TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri serta warga Sarawak dan Sabah atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.”

Konsert MeleTOP TVS turut dibawakan oleh U Mobile selaku penaja utama, serta Super Kopi™ sebagai Kopi Rasmi. ERA Sarawak pula bertindak sebagai Geng Radio yang menyemarakkan promosi konsert.
Sebagai pemanas suasana, Astro turut menganjurkan acara Hello Miri dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, lokasi rakan penaja rasmi. Program ini memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk berinteraksi secara dekat bersama selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit, Shahrul Kamal, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, dan ramai lagi. Turut memeriahkan acara ialah kehadiran pelakon antarabangsa dari drama “Little Nyonya” – Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.
Menambah keterujaan, ujibakat Kilauan Emas 2025 akan diadakan pada 9 Mei dari 10 pagi hingga 10 malam. Orang ramai juga berpeluang mengunjungi booth Astro selama 3 hari bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai produk dan promosi eksklusif.
Para peminat boleh strim Konsert MeleTOP TVS menerusi Astro ONE atau aplikasi sooka. Dengan pakej Astro ONE, nikmati lebih 95 saluran dan penstriman serentak sehingga 4 peranti. Tingkatkan lagi pengalaman dengan Astro Fibre 500Mbps serendah RM90 sebulan. Untuk melanggan, layari www.astro.com.my.
