KUALA LUMPUR, 5 Mac 2025 – HONOR mengumumkan sokongan tujuh tahun kemas kini Android dan keselamatan untuk siri flagship HONOR Magic, bermula dengan HONOR Magic7 Pro di pasaran Eropah. Sokongan ini akan diperluaskan ke Malaysia secara berperingkat.
Sebagai sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN, langkah ini membuktikan komitmen jenama terhadap pengguna. HONOR kini menjadi antara tiga jenama utama yang menawarkan sokongan jangka panjang ini. Inisiatif ini dijangka mendorong lebih banyak syarikat lain untuk memberikan sokongan serupa.
Kelebihan jenama honor ini adalah dinyatakan seperti di bawah:
Jangka hayat peranti lebih panjang – Kurang keperluan untuk menggantikan peranti baru.
Keselamatan terjamin – Kemas kini keselamatan memastikan data pengguna selamat.
Akses kepada inovasi AI terkini – Prestasi optimum sepanjang tempoh penggunaan.
Mesra alam – Mengurangkan sisa elektronik sejajar dengan kelestarian global.
Menurut James Li, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, sokongan ini akan meliputi telefon flagship berbentuk bar dan boleh lipat.
Pada masa hadapan, lebih banyak model HONOR flagship akan menerima manfaat ini.
Untuk maklumat terkini, ikuti Facebook HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my
