Year: 2023

  • Program Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma di Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur

    Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dijalankan pada 8 Julai 2023 di Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur beralamat: 2, Jalan 4/153A, Off Jalan Puchong, Taman Puchong Indah, Kuala Lumpur.

    Ahsana dengan kerjasama Viimen TV buat julung-julung kalinya mengadakan aktiviti sihat bersama dengan komuniti menerusi program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada sabtu lepas. Selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma, terdapat juga booth yang membuat jualan amal untuk membantu Insan Istimewa dan komuniti juga berpeluang untuk menyantuni mereka.

    Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang dan kesedaran kepada komuniti terutama golongan belia akan kepentingan kesihatan diri. Malah, ini adalah titik permulaan kepada komuniti untuk lebih mendekati dan membantu golongan Insan Istimewa yang memerlukan.

    Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur (PKAKL) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia. Ahsana KL ialah NGO yang memfokuskan rumah kebajikan dan aktiviti/program khusus untuk INSAN ISTIMEWA.

    Ahsana KL memfokuskan untuk membantu insan istimewa yang dihantar oleh Pihak JKM, Gelandangan yang tiada waris atau kehilangan ibu bapa atau mereka yang terlahir dari fakir miskin. Sumbangan yang diterima 100% daripada Pihak Komuniti malah terdapat beberapa platform yang digunakan.

    YB Theresa Kok juga hadir bagi meluangkan masa untuk hadir ke rumah Ahsana menyantuni dan membantu Insan Istimewa Ahsana.

    Semoga program yang telah berlangsung ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kita untuk membantu dan menaikkan lagi nama Insan Istimewa.

     

     

     

  • Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke 50, lancar Kempen ‘Together for Tomorrow’

    Keselesaan, Keprihatinan, Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan. Dan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai.

    “Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia telah menunjukkan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami, “kata Encik Yoshihiro Hasabe, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kao Corporation. “Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”

    Keindahan Kehidupan Menyeluruh

    Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya. The Kao Way yang merangkumi prinsip seperti “Kami bertindak dengan berani.” Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahlarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air. Setakat ini, Kao Berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai.

    Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Biore Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’. Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

    Memperkasa Wanita Muda Malaysia

    Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman terutamanya peranan Wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja.

    Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.

    Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan Kerjasama Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai factor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM 1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

    Menyambut 50 Tahun Menjaga Rakyat Malaysia

    Di Ketika Kao Malaysia merikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’ nya kepada pengguna.

    Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang Berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.

    Kao juga komited meneruskan Kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hajat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buahan sehingga kepada pelupusan sisa.

    Untuk maklumat lanjur tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/

     

     

  • INFINIX MALAYSIA’S BEYOND LIMITS CHAMPIONSHIP TOURNAMENT CROWNED ITS CHAMPION

    Infinix Malaysia has partnered with Mobile Legends Bang Bang (MLBB)  for their Beyond Limits Championship online tournament that was held from 20 June 2023 to 25 June 2023. This groundbreaking tournament was a spectacular celebration of the recent Infinix NOTE 30 Series launch, marking a new era of exhilarating gaming experiences.

    Beyond Limits Championship tournament attracted an elite group of talented gamers where participants were challenged with intense battles,  and nerve-wracking gameplay strategies. The grand finale of the Beyond Limits Championship brought electrifying moments as the top contenders battled head-to-head for the ultimate glory.

    ‘’We are thrilled by the overwhelming response to the Beyond Limits Championship and the remarkable support we received from the local esports community. It was truly inspiring to witness the passion and dedication exhibited by all participants. As a brand dedicated to empowering our users, the Beyond Limits Championship was a perfect opportunity to celebrate our latest release, the Infinix NOTE 30 series powered by All-Round FastCharge technology,” said Jackie Chen, Country Manager of Infinix Malaysia.

    A deserving champion emerged from the fierce competition as the tournament ended on 25 June 2023. Infinix Malaysia extends its heartfelt congratulations to Vampire X Esports for their remarkable achievement. They were rewarded with a grand prize of RM1,200 in cash, along with a customised gift box containing five (5) units of NOTE 30 PRO. The runner-up team, Aespada, was awarded a cash prize of RM1,000, while IMPERIAL GEOSH1, the third-place winner, received RM800. Furthermore, all three winning teams were honoured with five (5) MLBB T-Shirts, further commemorating their exceptional performance in the competition.

    Infinix Malaysia would like to extend gratitude to all participants, partners, and gaming enthusiasts who made the Beyond Limits Championship an extraordinary success. This event not only served as a testament to Infinix Malaysia’s commitment to innovation but also as a platform for e-sports enthusiasts to showcase their immense skill and talent. By pushing the limits of what was thought possible, Infinix Malaysia established itself as a pioneer in the gaming industry, elevating the gaming experience to new heights.

    Xfans who are interested in purchasing the MLBB T-Shirt are entitled to an exclusive discount of up to RM40 with the promo code ‘MLBBINFNX’ at MLBB’s Official Shopee Store.

    Stay tuned to Infinix Malaysia’s official website, Facebook page, Instagram page and  TikTok channel for more information about upcoming products and events in Malaysia.

  • Bank Islam Pertingkat Kempen Al-Awfar

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank)  melancarkan versi akaun pelaburan eksklusifnya, Al-Awfar, yang ditambah baik dan  didatangkan dengan lebih ganjaran buat para pelanggan baharu dan sedia ada. Al Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! menawarkan pelbagai hadiah menarik yang  berjumlah lebih RM18 juta dan memperkenalkan sepuluh (10) kategori baharu.

    Pelanggan Al-Awfar kini berpeluang memenangi hadiah dalam 15 kategori yang  merangkumi tiga (3) kategori cabutan bulanan dan suku tahunan, lima (5) kategori  cabutan setengah tahun dan empat (4) kategori cabutan tahunan dengan  penambahbaikan tersebut. Lebih menarik lagi, pemenang Cabutan Bonus Tahunan Al

    Awfar kini berpeluang membawa pulang satu (1) kilogram jongkong emas atau dua (2)  motosikal Harley Davidson.

    Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam, Mizan  Masram, berkata, “Sejak Al-Awfar dilancarkan pada tahun 2009, produk ini terus  menunjukkan pengukuhan. Sehingga 30 Jun 2023, kami telah merekodkan jumlah dana  melebihi RM5 bilion daripada 1.2 juta akaun.

    “Bersempena ulang tahun ke-40 Bank Islam tahun ini, sudah tiba masanya kami  mempertingkatkan produk popular ini agar pelanggan mempunyai lebih banyak  peluang untuk menang. Penambahbaikan ini juga merupakan penghargaan kami  kepada mereka atas sokongan padu dan memberangsangkan terhadap Bank dan Al

    Awfar selama ini,” ujar beliau.

    Pada 25 Mac 2009, Bank Islam mencipta sejarah dalam industri perbankan Islam apabila  melancarkan Al-Awfar, satu produk akaun pelaburan berisiko rendah yang inovatif  berdasarkan konsep Mudarabah. Dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio  Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap (HFA) sedia ada Bank Islam untuk memastikan  pelaburan yang mampan.

    Bank Islam meraikan jutawan Al-Awfar ke-39, Dato’ Md Adnan Sulaiman, bersempena  pelancaran Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! di IOI City Mall, Putrajaya

  • Lagu Duet Terbaru ‘Sejuta Kata’ dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra

    Bertempat di Royal Chulan The Curve, telah berlangsung Sidang Media bagi perasmian single terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra iaitu penyanyi dari Singapura.

    Pasangan sahabat dari Singapura – penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra – telah acap kali merancang untuk merakamkan lagu duet bersama, namun dek kesibukan masing-masing, keinginan mereka ini sentiasa tertangguh.

    Maka tidak hairanlah apabila Hazrul Nizam yang mula menerima pelawaan untuk merakamkan lagu setelah dikenali semula melalui rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-9, bertindak untuk menghubungi Diana Nazyra bagi menzahirkan hasrat mereka yang telah lama tertunda ini.

    Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, dan ini menemukan mereka dengan Hazama dan Omar K, dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia.

    Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba.

    SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.

  • JAYA GROCER DAN GRAB MALAYSIA TAWARKAN TIGA INISIATIF PAYUNG RAHMAH

    Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia yang diadakan di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur.

    Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KPDN dan kedua-dua syarikat tersebut. Untuk makluman, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia berikutan peningkatan kos sara hidup

    Menerusi kerjasama ini, Jaya Grocer dan Grab Malaysia akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga (3) inisiatif di platform Grab:

    • Pakej RAHMAH – Tawaran pakej “Mix & Match” dari serendah RM18 di GrabFood.
    • Jualan RAHMAH – Diskaun sehingga 40% untuk barangan keperluan harian, eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.
    • Bakul RAHMAH – Menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas.

    Pada masa yang sama, sebanyak hampir 1,000 perniagaan telah mengambil bahagian dalam Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia, peniaga dan rakan kongsi penghantaran juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan permintaan dan peluang pendapatan tambahan.

    KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

    Di bawah Program Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Program Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

    KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

     

  • NOSTALGIA 40 TAHUN DALAM KONSERT

    Penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, Anuar Zain telah mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak berumur 13 tahun. Lagu ‘Kain Pelikat’ yang didendangkan Anuar dan Ellina pasti menimbulkan perasaan nostalgik pada sesiapa yang mendengarnya.

    Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak (1983) sehinggalah menjadi penyanyi solo lelaki berprofil tinggi. Nama Anuar Zain sudah mempunyai tempat yang utuh dan khas di hati peminat dan penggemar muzik beliau.

    Empat dekad membina legasi dalam industri muzik tempatan, Anuar Zain; vokal merdunya, senyum manisnya, aura dan pesonanya yang kuat, serta untaian lagu-lagu miliknya yang cukup popular dan turut menerima pelbagai pengiktirafan di sepanjang karriernya, terus kukuh menjadi antara penyanyi yang disanjungi sehingga kini dan berada didalam liganya yang tersendiri.

    Beliau menjadi penghibur yang disegani dimana setiap kemunculannya dinanti – nantikan, biar dalam majlis korporat, majlis berprofil tinggi dan eksklusif atau terkadang hanya untuk melihat persembahan beliau mendendangkan beberapa buah lagu di acara terbuka.

    Lantas saat penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik beliau yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

    Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

    Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan ANUAR ZAIN didalam karrier seninya.

    “Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat  dan penggemar muzik beliau.

    “Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng  dari JioBuddy.

    Sementara itu bagi Anuar Zain pula, beliau berharap pada mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert  Anuar Zain 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu dan juga pada yang masih belum berkesempatan untuk turut hadir bersama pada “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”.

    “Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.

    Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert

    bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.

    Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai. Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.

    Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di  www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188  (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

    Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

    Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena  Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.

    INFORMASI

    Acara: Anuar Zain 40th Anniversary Concert

    Tarikh: 28 Oktober 2023

    Lokasi: Malawati Indoor Stadium, Shah Alam

    Masa l: 8.30 malam

    Penganjur: JioBuddy

    Rakan Kolaborasi: Altus Prohouse

    Pengurusan Artis : Anuar Zain Network

    Harga tiket:

    VIP 1 RM1188

    VIP 2 RM888

    Diamond RM488

    Paltinum rm388

    Gold RM188

    Ticket website: www.jiotix. Asia

    Ticketing hotline: 011 51003111

    Rakan Radio Rasmi: Sinar FM

    Disokong Oleh : ERA FM

    Rakan Digital Rasmi: Astro Gempak

  • INTRODUCING THE MESMERIZING SUNSET GOLD EDITION OF INFINIX NOTE 30, AVAILABLE NOW IN MALAYSIA

    Infinix Malaysia, a prominent player in the smartphone industry, renowned for its cutting-edge technology, elegant designs and competitive prices, delighted to share another beautiful news with Malaysians. Recently, they unveiled its latest Infinix NOTE 30 series to reaffirm their commitment in surpassing the expectations of fans around the world. Today, Infinix walked the talk as they introduced the captivating Sunset Gold colour variant for Infinix NOTE 30.

    Infinix NOTE 30 Sunset Gold sets it apart from competitions with its sleek design and premium finish. Malaysians can feel the device overflowing with joy, happiness, energy and optimism just by looking at the beautiful colour.

    Apart from the stunning design, the device is powered by the MediaTek Helio G99 Ultra Power processor, offering fast performance and efficient multitasking. Its 6.78-inch 10-bit AMOLED display delivers vibrant colours, exceptional clarity, and a smooth 120Hz dynamic refresh rate.

    The stunning Sunset Gold is available now at only RM699 at Infinix Malaysia official stores on Shopee, Lazada and TikTok as well as Infinix Authorised Dealers nationwide. Malaysians can now indulge in a wider range of captivating colours, including Obsidian Black, Interstellar Blue, and the latest edition of Sunset Gold.

    Check out the NOTE 30 to learn more about its impressive features and visit Infinix Malaysia’s official website, Facebook page, Instagram channel

  • ETIKA EMPOWERS INDIGENOUS COMMUNITY WITH RENEWABLE ENERGY AND HEALTHCARE SUPPORT

    Etika Sdn Bhd (“Etika”), one of the leading halal beverage manufacturers in the country, has demonstrated its unwavering commitment to societal and environmental well-being through its recent CSR initiative, “Solar Project X Medical Camp for the Orang Asli” at Koa, Kedat. This impactful initiative was organised under the umbrella of Etika’s global community outreach program, “RE-CONNECTION for the EARTH,” aligning with World Environment Day and aimed at promoting environmental conservation and fostering sustainable communities.

    The successful execution of this endeavour showcased Etika’s dedication to making a positive impact on society and the environment, reinforcing its position as a responsible corporate entity. Through the “Solar Project X Medical Camp for the Orang Asli,” Etika powered 19 homes of the Orang Asli community in Koa, Kedat with solar electricity, while also providing a medical camp for 54 homes with 60 families. This initiative not only enhances the well-being of the indigenous community but also addresses their energy needs in a sustainable manner.

    “At Etika, we believe in the power of connection – connecting people, communities, and the environment. The ‘Solar Project X Medical Camp for the Orang Asli’ perfectly aligns with our RE-CONNECTION for the EARTH campaign, as it promotes sustainable energy solutions and supports the indigenous community,” shared Santharuban Thurai Sundaram, Chief Executive Officer of Etika Group of Companies (Malaysia, Singapore and Brunei).

    “We chose to focus on the Orang Asli because we recognised their close connection to the environment. Through this campaign, we aim to empower the Orang Asli community, enhance their quality of life, and contribute to a sustainable future for all.”

    Etika’s partners for this initiative, SOLS 24/7, MUC Healthcare and Muhibbah FoodBank, played a pivotal role in the event’s success. SOLS 24/7 installed and commissioned solar panels for the 19 ‘Orang Asli’ homes. Previously, these homes had limited access to consistent electricity for lighting, relying on generators or oil lamps. The provision of solar panels now enables the community to enjoy a reliable and sustainable source of energy.

    Additionally, in collaboration with MUC Healthcare, comprehensive health screenings were conducted for the community members, including checks on blood pressure, SPO2 levels, and BMI. Health education booths were also set up, providing valuable information on first aid at home, nutritious food, and basic hygiene practices. Muhibbah FoodBank – NGO partner, generously contributed essential supplies and other items to complement the

    initiative. Their involvement ensures that the Orang Asli community received a comprehensive range of support beyond beverages, further enhancing their well-being.

    For more information about Etika’s CSR initiatives and future events, please visit www.etika.com.my

     

  • Gabungan 8 Lagenda Rock dalam Konsert Semangat Zaman

    Peminat tegar industri muzik tanah air tentunya masih mengingati akan album kompilasi Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004.

    Album terbitan komposer LY ini menggabungkan enam orang penyanyi rock popular Malaysia iaitu Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Muss dan Joey BPR.

    Sambutan hebat peminat menyaksikan projek ini diteruskan dengan album Semangat Zaman 2 pada 2005 yang menyaksikan gabungan artis yang sama hebat.

    Sempena Ulang Tahun Ke-20 album ini, Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary akan berlangsung pada 29 September 2023 di Zepp, Kuala Lumpur.

    Konsert itu akan menampilkan Datuk Nash (Lefthanded), Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), Muss dan Artis ahli baharu, Bandi (Amuk).

    Manakala Rahim Maarof (White Steel), artis pertama yang bersetuju untuk turut serta tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan.

    Mengimbas kembali, konsep Projek Semangat Zaman telah diilhamkan pada 2004 oleh inovator industri muzik, Cik Jean Lau dan komposer terkenal, L.Y.

    Ideanya adalah untuk memyemarakkan semula industri muzik dengan kumpulan Artis dan Pemuzik Rock terbaik membuat persembahan bersama dalam satu album di kala kumpulan Indie sedang menguasai pasaran muzik semasa.

    Album sulung ini berjaya mencapai jualan Multi Platinum (melebihi 100,000 keping jualan).

    Pada 2005, susulan kepada kejayaan “Semangat Zaman”. “Semangat Zaman II – Suara Zaman” diterbitkan menampilkan alumni “Semangat Zaman” sebelumnya.

    Artis Ahli baharu projek kedua itu adalah Rahmad (Mega), Shamrin (Fotograf) dan Jatt (Black Dog Bone). Album ini mencapai kejayaan yang sama dan diperakui multi-Platinum.

    Selepas berehat selama 20 tahun, Jean Lau berkata, “Saya merindui keseronokan dan pengalaman kedua dua album terdahulu, serta bekerja dengan kumpulan artis berbakat ini.

    “Saya menelefon L.Y. dan melontarkan idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ke-20. LY bersetuju dan kami mula mengumpulkan pasukan”.

    Persediaan konsert ini, diperkuatkan lagi dengan rakaman 5 lagu baharu untuk persembahan itu – lagu tema dengan semua artis, serta duet untuk Muss & Rahmad; Joey & Bandi; Yantzen & Jatt dan lagu solo oleh Nash.

    “Aris dibarisi lagu bersama Rahim Maarof, tetapi ia ditangguhkan kerana Rahim sakit baru-baru ini. Rahim dalam semua doa kita agar cepat sembuh,” katanya.

    Konsert 2023 itu akan menampilkan alumni Semangat Zaman dan ahli baru Bandi (Amuk).

    Jean Lau menambah, “Gaya dan kehadiran Bandi akan memberikan wajah dan rasa baharu kepada Semangat Zaman.

    “Konsert itu akan menjadi konsert pertama ikon-ikon muzik rock Malaysia berada di atas satu pentas membuat persembahan bersama.

    “Ia adalah 8 legenda rock di atas satu pentas dalam satu malam, dan pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pencinta muzik rock mereka.

    “Pada malam konsert kita akan menjemput keluarga Arwah Shamrin dan keluarga Rahim Maarof bersama sama,” katanya.

    Semangat Zaman Music Entertainment sangat berbangga dan berterima kasih atas kesudian YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup melancarkan sidang media hari ini.

    Tiket untuk pertunjukan itu kini boleh didapati di my.bookmyshow.com (603 – 9212 4202). Ia berharga RM 208 (Zon Rock), RM 328 (Kerusi Normal – Bernombor) dan RM 388 (Premium – Tempat Duduk Bernombor). Pengunjung konsert boleh menikmati harga istimewa early bird RM198 untuk Zon Rock (sah sehingga 15 Julai 2023).

    Sebagai kesimpulan, Jean berkata, “Adakah kita akan melihat ini lagi? Jangan lepas peluang. Dapatkan tiket anda sekarang!”

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    Cik Jean Lau                        jean.semangatzaman@gmail.com       ​012 2361135

    En. Godfrey Rajalingam​     godfrey.semangatzaman@gmail.com​  012 2233969

    Semangat Zaman Music Entertainment Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2017. Fokus utamanya adalah kepada rakaman, produksi dan penerbitan muzik rock Malaysia. Syarikat itu juga mempromosikan muzik label mereka melalui “showcase” dan konsert.