Tag: XPDC

  • Rock Warrior Music Festival 2024: Sambutan Paling Gah Buat Peminat Rock Tempatan

    Rock Warrior Music Festival 2024: Sambutan Paling Gah Buat Peminat Rock Tempatan

    Rock Warrior Music Festival 2024, sebuah acara muzik yang dinanti-nantikan oleh peminat rock tempatan, bakal menggegarkan pentas pada 23 dan 24 November 2024 di KL Base, Sungai Besi.

    Diterajui oleh Rumah Produksi Merah, syarikat milik ikon rock tanah air Dato’ Awie, festival ini dijangka akan menggabungkan persembahan luar biasa daripada kumpulan-kumpulan rock terkemuka Malaysia, menjadikan ia platform terbaik untuk merasai kembali kehangatan zaman kegemilangan muzik rock.

    Dato’ Awie sendiri mengangkat festival ini sebagai tanda penghormatan kepada semua peminat yang sentiasa setia menyokong genre rock, menjadikannya satu acara yang tidak boleh dilepaskan.

    Hari pertama festival ini akan menyaksikan persembahan bertenaga daripada band legenda seperti Wings, Search (Kid & Din), dan XPDC. Dengan persembahan yang membawa kembali lagu-lagu hits sepanjang zaman, pengunjung pasti akan dibawa mengembara melalui kenangan emas era rock tempatan.

    Bagi generasi lama, festival ini menjadi peluang untuk bernostalgia, manakala bagi generasi baharu, ia adalah pengalaman pertama menyaksikan sendiri persembahan rock ikonik secara langsung.

    Kehangatan pentas akan dihidupkan dengan deretan lagu-lagu yang tidak pernah pudar daripada ingatan para peminat, memberi peluang kepada mereka untuk kembali merasai detik-detik kegemilangan muzik rock.

    Menurut Dato’ Awie, Rock Warrior Music Festival bukan sekadar sebuah konsert biasa. Ia adalah pentas penyatuan antara peminat lama dan generasi baharu yang semakin menghargai muzik rock.

    “Kami mahu mengembalikan semangat rock yang pernah menjadi fenomena di Malaysia. Festival ini bukan hanya untuk menghibur, tetapi untuk menyatukan semua generasi peminat rock dalam satu perhimpunan besar,” kata beliau.

    Selain itu, festival ini juga bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan yang mendalam terhadap genre rock dalam kalangan generasi muda yang mungkin baru mengenali muzik ini.

    warrior

    Salah satu keistimewaan Rock Warrior Music Festival ialah penyertaannya sebagai platform untuk memperkenalkan kumpulan rock baharu. Penganjur, Dato’ Awie, menekankan bahawa festival ini juga bertujuan untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri muzik.

    Ia memberi ruang kepada band-band muda untuk mempersembahkan karya original mereka di hadapan khalayak yang lebih luas. Ini adalah peluang keemasan bagi kumpulan-kumpulan ini untuk membuktikan kemampuan mereka dan menarik perhatian peminat rock tempatan.

    “Kami mahu generasi baharu ini meneruskan legasi rock dengan bakat dan kreativiti mereka yang segar,” tambah Dato’ Awie.

    Selain persembahan muzik yang menggetarkan jiwa, festival ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk memeriahkan suasana. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai pilihan gerai makanan dan minuman, gerai aksesori rock eksklusif, serta booth jualan barangan cenderamata berkaitan muzik rock.

    Aktiviti-aktiviti sampingan ini menjadikan Rock Warrior Music Festival sebuah acara yang lebih daripada sekadar konsert biasa. Ia menawarkan pengalaman menyeluruh yang melibatkan semua deria, membawa peminat lebih dekat dengan budaya rock tempatan sambil menikmati suasana yang penuh semangat dan bertenaga.

    Tiket untuk Rock Warrior Music Festival telah mula dijual sejak 7 September 2024, dengan harga yang sangat berpatutan.

    Pengunjung boleh memilih antara tiket Gold (seated) berharga RM250, Silver (standing) pada harga RM200, dan Bronze (standing) dengan harga RM150. Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web rasmi festival di https://rockwarrior.ubertickets.asia/.

    Dengan barisan artis legenda, platform untuk bakat baharu, serta pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan, Rock Warrior Music Festival dijangka akan menjadi acara muzik rock paling ikonik tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah rock tempatan dan merasai gegaran sebenar muzik rock di KL Base, Sungai Besi!

  • SEARCH DAN XPDC AKAN MELANGSUNGKAN KONSERT PERTEMBUNGAN 2 BAND GERGASI NEGARA BERSEMPENA SEARCH VOYAGE OF ASIA.

    This image has an empty alt attribute; its file name is image-4-1024x627.png

    XPDC dan SEARCH adalah dua nama band rockers legend yang tidak lagi asing di kalangan peminat rock tanah air ketika ini. Pertemuan pertama kali yang telah lama dinantikan oleh semua peminat rock tanah air Malaysia akhirnya hampir ke penamatnya. C&M MUSIC CENTRE membawakan kepada anda peminat rock khususnya satu konsert istimewa pertembungan 2 band gergasi negara iaitu SEARCH & XPDC yang bakal berlangsung di Educity Sports Complex Johor Bahru pada tarikh 25 November 2023. Konsert tersebut akan berlangsung selama 2 jam setengah dan akan diacarakan oleh pengacara rock terkenal Ismahalil Hamzah.

    C&M dipetik ingin menyempurnakan misi mereka iaitu mereka ingin menghadirkan pengalaman hiburan rock yang luar biasa kepada peminat mereka yang mana akan melibatkan pemilihan artis dan band rock yang berkualiti, pengaturan pentas yang professional dan penggunaan teknologi bunyi dan cahaya yang canggih. Pihak C&M juga akan terus berinovasi dalam elemen kreatif dalam penganjuran  acara mereka nanti. Menjadi impian mereka juga untuk menjadi pihak perantara yang dapat menghubungkan komuniti peminat Rock Malaysia yang mana mereka dapat berkumpul, berinteraksi dan berkongsi pendapat dan minat mereka bersama. Program ini diharap dapat memperkuatkan hubungan sosial dalam komuniti serta membentuk satu jaringan yang positif bagi muzik rock.

    Bersempena dengan konsert ini juga, satu aktiviti perkumpulan telah dirancang bagi menambah kemeriahan penganjuran konsert iaitu ‘Hari Rock Negara Edisi Selatan’. Hari Rock Negara bertujuan diadakan bagi menjadi tempat perkumpulan peminat peminat muzik rock negara. Bermula pada tahun 2022 Hari Rock Negara telah membuktikan pentingnya ia sebagai sebuah acara rock yang significant dengan lebih 16,000 orang pengunjung pada pertama kali diadakan. Program ini tampil dengan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan usahawan tempatan, pelancaran album, forum kartun dan rock, qasidah, wayang pacak, showcase serta Acara Battle of The Bands. Mempunyai visi yang sama pada tahun kedua penganjuran, Hari Rock Negara Edisi Selatan ini akan bekerjasama dengan pihak C&M untuk menganjurkan Festival Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada 24 & 25 November 2023 di perkarangan Educity Sports Complex. Di kemuncak acara Festival Hari Rock Negara akan menampilkan Konsert Ulung SEARCH VOYAGE of ASIA dn penampilan ikhas Kumpulan 0XPDC-Kita Pengyu serta paling istimewa, kami akan memberikan penghargaan berupa pengiktirafan, Anugerah kepada artis artis rock negara yang terpilih mengikut kategori yang akan diumumkan kemudian. Undian dari public juga akan di ambil kira. Undian ini hanya akan di buat di Radio Internet Bapakku FM.

    This image has an empty alt attribute; its file name is image-7-1024x576.png

    Buat julung kali juga, ‘ ROCK KARPET’ akan diadakan bagi menghargai dan memberi kemeriahan kepada VOA ini.

    Tiket tiket dijual mengikut kategori zon seperti di bawah.

    RM 98 (Voyage Zone)

    RM 198 (Rock Zone)

    RM 238 (Legend Zone)

    RM398 (VIP Zone)

    Tiket tiket boleh didapati secara online melalui pembelian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31727 atau boleh dibeli secara fizikal di C&M Music Centre Plaza Pelangi & Plaza Angsana Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru seperti tarikh di bawah :

    10 November 2023 (Jumaat) – Inhal Fest Taman Universiti JB – 9:00pm

      – Pasar Karat Johor Bahru – 11:00pm

    11 November 2023 (Ahad)      – BBC Corner Larkin – 9:00pm

      – The M Restaurant Bandar Baru Uda – 11:00pm

    18 November 2023 (Sabtu)    – Kluang Mall – 3:00pm

      – Batu Pahat Mall – 8:00pm

    19 November 2023 (Ahad)     – Plaza Angsana Johor Bahru – 3:00pm

    Para pembeli tiket VIP juga akan menerima pelbagai cenderahati menarik Search Voyage of Asia seperti t-shirt, lanyard, bandana, poster dan pass istimewa berjalan melalui Rock Karpet. Manakala untuk semua pembeli tiket (semua kategori) juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah gitar elektrik jenama Bacchus pada malam itu nanti. Pemenang akan diumumkan di akhir konsert nanti.

    Pihak penganjur juga turut berterima kasih kepada barisan rakan kerjasama dan penaja yang telah sudi memberikan komitmen kepada Konsert Search Voyage of Asia featuring XPDC yang akan berlangsung pada 25th November 2023 ini. Antara barisan rakan Kerjasama dan penaja seperti berikut :

    1. Tourism Malaysia
    2. Nature Asia
    3. Ibis Hotel
    4. Atria Shopping Gallery Damansara Jaya
    5. Bapakku FM
    6. Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
    7. Chenta Relektro & Kombatt Records
    8. Syria Care (NGO partners untuk kutipan Tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestine)

    Selain dari itu, selain dari berhibur dengan aktiviti dan konsert yang telah dirancang, bagi mengenang kesusahan dan penderitaan saudara muslim kita di Gaza, pihak penganjur turut bekerjasama dengan NGO Syria Care bagi sama sama mengutip sumbangan bagi tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestin,Selain itu, satu majlis tahlil untuk allahyarham Mael XPDC dan Yazid Search akan diadakan sekaligus mengutip sumbangan bagi meringankan beban keluarga allahyarham. Info lanjut boleh didapati di sosial media platform kami.

    Untuk sebarang info lanjut dan perkembangan terkini Search Voyage of Asia featuring XPDC para peminat boleh melayari semua sosial media platform Search Voyage of Asia seperti Facebook, Instagram & Tiktok.

    Untuk sebarang persoalan menegenai tiket, atau pembelian secara pukal boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera :

    +60127115850/ +60125530149 – C&M Music Centre

    Sekian, Terima Kasih