vivo Malaysia kembali mencuri perhatian peminat teknologi dan pengguna setia jenama ini dengan penganjuran roadshow istimewa yang berlangsung dari 6 hingga 10 Ogos 2025 di Orange Zone, Tingkat 2, Pavilion Bukit Jalil. Acara ini menampilkan dua model terbaharu yang menjadi bualan ramai — vivo X Fold5 dan vivo X200 FE — yang kini boleh dicuba sendiri secara langsung oleh pengunjung.
Roadshow ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kehebatan vivo X Fold5, telefon pintar skrin lipat yang bukan sahaja ultra nipis dan ringan, malah hadir dengan ciri-ciri AI canggih yang menjadikan tugasan harian lebih cekap dan efisien. Keupayaan multitasking sehingga lima paparan serentak menjadikan X Fold5 sebagai peranti yang ideal untuk golongan profesional dan pengguna yang mementingkan produktiviti.
Dalam masa yang sama, vivo turut membawakan pengalaman fotografi bertaraf profesional menerusi siri vivo X200, yang menampilkan sistem kamera berkuasa tinggi dengan kerjasama ZEISS. Pengunjung berpeluang menguji sendiri prestasi kamera ini dengan mengambil gambar panorama sekitar Kuala Lumpur, sambil menikmati hasil gambar berkualiti tinggi yang tajam dan jelas, seolah-olah dirakam menggunakan kamera profesional.
Lebih menarik, setiap pembelian sepanjang tempoh roadshow akan disertakan dengan hadiah istimewa, selagi stok masih ada. Pembeli vivo X Fold5 akan menerima vivo Smart Watch bersama Set Kotak Hadiah Magnetik, manakala pembeli X200 FE akan dibekalkan Paddle Pickleball Profesional serta beg pakaian bersaiz 20 inci. Bagi yang memilih vivo X200 atau X200 Pro, anda bakal membawa pulang fon telinga TWS 3E yang dilengkapi dengan fungsi pembatalan bunyi aktif untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan.
Tidak cukup dengan tawaran hadiah pembelian, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung. Mereka berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan menerima hadiah percuma tanpa perlu membuat sebarang pembelian. Lebih menyeronokkan, ais krim percuma akan diagihkan pada hujung minggu menjadikan kunjungan anda ke Pavilion Bukit Jalil lebih manis dan bermakna.
Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi roadshow ini dan merasai sendiri kemajuan teknologi terkini daripada vivo. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini promosi, ikuti akaun rasmi vivo Malaysia di media sosial. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba peranti terbaharu ini dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik. Sertai keseronokan di Pavilion Bukit Jalil — siapa cepat, dia dapat!


