Selepas mencipta fenomena di Johor dan Pulau Pinang, kini giliran Kuantan pula digegarkan menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour, destinasi terakhir sebelum malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) menjelma!
Bertempat di Kuantan City Mall, peminat Pantai Timur disajikan dengan kehangatan luar biasa apabila barisan selebriti popular seperti Aina Abdul, Haqiem Rusli, Faizal Hussein, Scha Elinnea, Zarif Ghazzi dan Che Puan Sarimah turun padang bertemu peminat secara langsung. Acara penuh bintang ini menjanjikan sesi meet & greet, persembahan eksklusif, serta pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik menjadikan Kuantan sebagai detik paling hangat dalam siri jelajah ini!
Lebih menarik, PROTON selaku Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT2025 turut memeriahkan acara dengan menampilkan All-New PROTON X50 yang kini boleh dipratempah secara terus di lokasi. Tambahan lagi, peminat berpeluang menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, dengan hadiah utama berupa sebuah PROTON X50 serba baharu untuk dimenangi!
Sebagai lokasi penutup jelajah, Kuantan bukan sekadar hentian terakhir ia adalah simbol semangat rakyat terhadap dunia hiburan tanah air. Dari debaran persembahan hingga ke detik pengundian, segalanya menuju satu malam yang bakal mencipta sejarah: AMT2025.
Masih belum mengundi? Rebut peluang sebelum 31 Julai 2025! Daftar akaun Tonton, langgan TontonUP, dan undi calon kegemaran anda di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. Setiap langganan memberi anda hingga 2,500 undian!
Untuk info lanjut dan kejutan dari pentas selebriti, ikuti @TV3Malaysia dan @MelodiTV3 di media sosial. Bila Melodi turun padang, seluruh negara ikut bergema!

