Tag: #SyomirizwaGupta

  • Hari Raya Lebih Bermakna Bersama Ushera: Manifesto Perpaduan & Keceriaan Aidilfitri

    Hari Raya Lebih Bermakna Bersama Ushera: Manifesto Perpaduan & Keceriaan Aidilfitri

    Karya terbaharu Warna Warni Hari Raya menyaksikan Ushera tampil dengan pendekatan kreatif yang lebih menyeluruh apabila menggabungkan elemen muzik, visual dan fesyen dalam satu pakej lengkap. Selain bertindak sebagai penulis lirik, beliau turut memastikan konsep lagu diterjemahkan secara visual dengan kerjasama pengarah Arnaud Blondel.

    Menambah keunikan, Ushera turut berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal Syomirizwa Gupta bagi menghasilkan penampilan yang selari dengan konsep warna-warni lagu tersebut. Gabungan ini menjadikan muzik video yang dihasilkan bukan sahaja menarik dari segi audio, tetapi juga visual yang memukau.

    Dari sudut muzik pula, penerbit Ganesh Bala berjaya menterjemahkan idea Ushera kepada sebuah karya yang moden namun masih mengekalkan elemen tradisional, menjadikan lagu ini relevan dalam landskap muzik raya masa kini.