Tag: Singapura

  • Singapura digegarkan oleh Ella: Jilid Rockestra Memukau Penonton Singapura pada 12 Oktober 2024 nanti.

    Singapura digegarkan oleh Ella: Jilid Rockestra Memukau Penonton Singapura pada 12 Oktober 2024 nanti.

     

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2024 – Selepas dua malam penuh magis di Kuala Lumpur, Ella, Ratu Rock Malaysia yang tiada tandingannya, kini bersiap sedia untuk menggegarkan tanah Singapura dengan siri konsert terbaharunya, Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia. Konsert yang bakal berlangsung pada 12 Oktober 2024 di The Star Theatre ini dijangka menjadi peristiwa yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik rock dan orkestra.

    Dalam konsert di Plenary Hall, KLCC baru-baru ini, Ella membuktikan bahawa beliau masih menjadi nama besar dalam industri muzik Malaysia. Dengan kehadiran lebih 6,000 peminat, beliau mempersembahkan lebih daripada 30 lagu dalam dua malam yang luar biasa. Hari pertama menyaksikan Ella bergandingan dengan Haziq Rosebi, manakala hari kedua menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai artis undangan. Gabungan vokal Ella yang memukau, paduan bunyi band rock, dan orkestra yang dipimpin oleh Dato’ Acis telah mencipta suasana yang luar biasa, membuatkan penonton terbuai dalam setiap not muzik yang dimainkan.

    Ella kini membawa kejayaan tersebut ke tanah Singapura, di mana konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia dijangka akan menerima sambutan yang sama hebatnya atau lebih dari itu. The Star Theatre akan menjadi pentas bagi satu malam yang penuh dengan aksi, di mana Ella akan memadukan elemen-elemen rock dengan orkestra untuk mencipta satu pengalaman muzik yang memukau. Dengan tema solidariti yang dikekalkan, rona hitam, putih, merah, dan hijau akan menghiasi pentas sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Tema ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Ella terhadap isu kemanusiaan, tetapi juga menunjukkan kemampuannya untuk menggunakan muzik sebagai medium menyampaikan mesej yang lebih mendalam.

    Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif Hitman Group, mengungkapkan rasa terujanya terhadap konsert yang bakal berlangsung ini. “Ella bukan sekadar Ratu Rock, tetapi dia juga seorang legenda yang mampu mencipta keajaiban di atas pentas. Gabungan antara rock dan orkestra ini bukan sesuatu yang biasa, dan kami yakin peminat di Singapura akan disajikan dengan satu pengalaman yang belum pernah dilihat sebelum ini,” kata Rohit. Beliau juga menambah bahawa konsert ini akan menampilkan teknologi terkini dalam sistem bunyi dan pencahayaan, memastikan setiap detik persembahan Ella dihayati sepenuhnya oleh penonton.

    Singapura

    Ella sendiri tidak sabar untuk kembali ke Singapura, tempat yang telah memberikannya kenangan indah dalam konsert terdahulu. “Singapura sentiasa istimewa di hati saya. Peminat di sana sentiasa memberi sokongan yang luar biasa, dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik pada malam tersebut. Konsert ini adalah hadiah saya buat mereka,” ujar Ella dengan penuh semangat. Dengan rekod kejayaan konsert sebelumnya yang ‘sold-out’, tidak dapat dinafikan bahawa peminat di Singapura juga menantikan sesuatu yang istimewa dari konsert kali ini.

    Bagi peminat muzik di Singapura, konsert ini bukan sekadar peluang untuk menyaksikan Ella beraksi di pentas, tetapi juga untuk merasai satu pengalaman muzik yang penuh dengan inovasi dan kreativiti. Setiap lagu, setiap nota, dan setiap detik dalam konsert ini dijangka membawa penonton ke dalam dunia Ella yang unik dan penuh dengan emosi. Dengan gabungan antara band rock dan orkestra yang mantap, serta ekspresi seni yang mendalam, Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di The Star Theatre akan menjadi malam yang tidak dapat dilupakan.

    Singapura

    Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik di Singapura. Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia bukan sahaja menjanjikan hiburan, tetapi juga menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang dalam satu malam penuh keajaiban muzik. Pastikan anda mendapatkan tiket secepat mungkin kerana ini adalah satu malam yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Ella, dengan semangat dan dedikasinya yang tidak pernah pudar, bersedia untuk memberikan persembahan yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir. Singapura, bersiaplah untuk digegarkan oleh Ratu Rock!

  • “NALAR” TOUR OLEH FOURTWNTY JADI UBAT PENGGEMAR DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

     

    Daripada karya-karya yang digarap hingga menjadi candu telinga serta jiwa sehinggalah menghasilkan album yang suatu ketika dahulu hanya menjadi angan-angan, perjuangannya memang sukar tetapi membuahkan hasil manis dengan satu kejayaan.

    Tanpa sedar, saat tembang Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman  masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga.  

    Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi 10 buah lagu. Maksudnya sederhana; sentiasa,  selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar.  

    Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental,  Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen  juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara  berdepan.  

    Fourtwnty “Nalar” Tour begitu dengan bangga diperkenalkan siri jelajah yang menyaksikan  Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana  siap menyapa penggemar di beberapa kota atau negeri terpilih.  

    Lebih mengujakan Fourtwnty “Nalar” Tour menyaksikan kugiran yang dikenal dengan genre  pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali memasukkan beberapa negeri di Malaysia  dalam siri rangka promosi. 

    Sebelum Malaysia, Fourtwnty “Nalar” Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di  Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023.  

    Warga Pahang, siap-siap menyambut jaguh kalian pada 13 Oktober bertempat di Stadium  Tertutup SUKPA, Kuantan.  

    Buat penggemar di Johor Bahru yang telah lama menantikan Fourtwnty menebarkan pesona  mereka di bandaraya ini, jangan sampai terlepas Fourtwnty “Nalar” Tour yang dijadual  berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 Oktober  depan.  

    Fourtwnty “Nalar” Tour kemudian dibawa naik ke Utara, khususnya di Pulau Pinang pada 20  Oktober 2023 di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang  

    Tidak lengkap siri jelajah Fourtwnty “Nalar” Tour tanpa singgah di Kuala Lumpur. Maka siap  sedia menyambut Fourtwnty di ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023.  

    “Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa  mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga  kami, Nalar setelah beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur.  

    “Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” ujar Ari Lesmana.  

    Larasuka telah menjadi senjata pertama dari Nalar yang terus membuai emosi dan melekat  di jiwa.  

    Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan  Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris iaitu High. Ia turut diisi  dengan beberapa karya yang telah dirilis sejak 2020 iaitu Nematomorpha, Kursi Goyang dan  Mangu yang memperkuatkan isi Nalar.  

    Bercakap tentang mesej mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental yang  diisi dalam Nalar, Ari menyifatkan album ketiga yang dirilis ini sebagai ubat.  

    “Nalar adalah sebuah ubat buat kalian yang mungkin punya sesuatu hal yang tidak bisa  disembuhkan, ubat ini kami racik sedemikian rupa,” katanya.  

    Jangan sampai terlupa temujanji anda dengan Fourtwnty pada tarikh-tarikh dan destinasi  yang ditetapkan. 

     

    Fourtwnty “Nalar” Tour – Malaysia  

    Tiket- tiket untuk Malaysia akan mula dijual pada 5 September 2023 di www.myticket.asia.  

     

    Kuantan  

    Tarikh: 13 October 2023  

    Lokasi: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang  

     

    Tiket  

    Diamond (Standing) – RM175  

    Platinum (Free Seating) – RM 125  

    Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

     

    Johor  

    Tarikh: 15 October 2023  

    Lokasi: Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor  

     

    Tiket  

    Diamond (Standing) – RM200  

    Platinum (Free Seating) – RM150  

    Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

     

    Pulau Pinang  

    Tarikh: 20 October 2023  

    Lokasi: Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang  

     

    Tiket  

    Diamond (Standing) – RM200  

    Platinum (Free Seating) – RM150  

    Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

     

    Kuala Lumpur  

    Tarikh: 22 Oktober 2023  

    Lokasi: Zepp, Kuala Lumpur  

     

    Tiket  

    Meet & Greet (VIP Box) – RM500  

    Diamond (Standing) – RM225  

    Platinum (Standing) – RM150  

    Gold (Premium Seats) – RM 225  

    Gold (Seated) – RM150 

     

    FOURTWNTY “NALAR” TOUR  

    Tiket: www.myticket.asia  Tiket Hotline: 03 8605 0196  Info Hotline: 012 2560082  

    Instagram: @shirazprojects  TikTok: @shirazprojects  Facebook: @shirazprojects  Laman Web: www.shirazprojects.com  

     

    Sponsors & Partners  

    Official Radio: HotFM  

    Official Ticketing: MyTicket Asia   

  • Exists wujudkan konsert di Singapura

    Reaksi penonton terhadap konsert Exists Reunion sebelum ini di Singapura pada 5 Oktober 2019, amat mendalam. Konsert itu diadakan di The Theatre at Mediacorp, dan tiket untuk acara itu habis dijual hanya dalam masa dua hari, menunjukkan sambutan hangat yang diterima penonton.

    Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

    Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

    Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

    Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Thatre at Mediacorp.

    Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ia merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

    Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vocal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

    Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

    Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

    Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman social Exists dan Shiraz Projects.

    Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan informasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan.

    KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

    KONSERT EXISTS REUNION- SINGAPURA

    Tarikh : 14 Januari 2023

    Venue : The Theatre at Mediacorp, Singapura

    Laman Web : www.shirazprojects.com

    Harga tiket : SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver)

    Tiket : www.myticket.asia

    Facebook : shirazprojects

    Instagram : shirazprojects

    Hashtag : #KonsertJelajahExistsReunion