Tag: #RocketfuelRaya2025 #MeriahLainMacam #NyamNyamKetupat #DamDimDumRaya #HaelHusaini #Nadeera #ZizanRazak #WaniKayrie #LaguRayaTerkini #RayaTrending #AJL2025 #RocketfuelEntertainment

  • ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA RAYA 2025 DENGAN TIGA LAGU RAYA PENUH WARNA-WARNI

    ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA RAYA 2025 DENGAN TIGA LAGU RAYA PENUH WARNA-WARNI

    Lebih 1.7 Bilion Strim & Tontonan, Carta No. 1 & Tarian Tular Warnai Musim Aidilfitri“Meriah Lain Macam”, “Nyam Nyam Ketupat” & “Dam Dim Dum Raya” Tarik Perhatian Peminat Pelbagai Generasi

    Rocketfuel Entertainment dengan penuh rasa bangga mengumumkan kejayaan luar biasa sempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri 2025 menerusi pelancaran tiga buah lagu Raya istimewa yang mencetus fenomena tersendir “Meriah Lain Macam” nyanyian Hael Husaini dan Nadeera, “Nyam Nyam Ketupat” oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy, serta “Dam Dim Dum Raya” oleh Nadeera.

    Ketiga-tiga lagu ini telah mengumpulkan lebih 1.7 bilion strim dan tontonan secara kolektif di pelbagai platform digital termasuk YouTube, Spotify dan TikTok menjadikannya antara projek muzik Raya paling berjaya dalam sejarah Rocketfuel Entertainment.

    “Meriah Lain Macam” – Lagu Raya No. 1 Malaysia & Brunei

    Lagu duet antara Hael Husaini dan Nadeera ini mencatat kejayaan besar apabila meraih lebih 16 juta tontonan di YouTube, serta menduduki tempat No. 1 di carta Official Malaysia Chart (RIM), Billboard Malaysia, dan YouTube Music Malaysia & Brunei. Lagu ini juga kekal trending No. 1 di YouTube selama 33 hari berturut-turut.

    Dicipta oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh, lagu ini membawa mesej keceriaan pasangan suami isteri yang membuat persiapan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal bersama keluarga tercinta.

    Menurut Hael Husaini, “Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan terharu dengan sambutan yang diterima. Lagu ini dicipta dengan niat untuk membawa semula semangat Raya yang dirindui, dan saya gembira kerana ia telah menyentuh hati ramai pendengar.”

    “Nyam Nyam Ketupat” – Lagu Raya Paling Ceria & Tarian Tular 2025

    Menampilkan gabungan bakat generasi baharu dan popular Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy lagu ini menyerlah dengan susunan muzik yang catchy serta lirik yang mencuit hati. Ia kini mencecah hampir 8 juta tontonan di YouTube, selain menjadi antara Top 3 Most Streamed Malay Singles in Malaysia.

    Lebih menarik, lagu ini memperkenalkan satu tarian unik yang tular di TikTok, dan turut mendapat perhatian juara Olimpik dan pemain badminton dunia, Victor Axelsen, yang menggunakan lagu ini sebagai latar video latihannya di Denmark.

    “Dam Dim Dum Raya” – Persembahan Solo Bermakna Dari Nadeera

    Sebagai penyanyi solo, Nadeera turut mempersembahkan karya solo sulung bertemakan Aidilfitri berjudul “Dam Dim Dum Raya”. Lagu ini berjaya meraih lebih 800,000 tontonan di YouTube, sekaligus menandakan pencapaian peribadi yang membanggakan.

    Nadeera berkata, “Sebagai lagu Raya solo pertama saya, ‘Dam Dim Dum Raya’ sangat dekat di hati. Saya amat menghargai sokongan peminat yang menerima lagu ini dengan hati terbuka.”

    Perancangan Masa Depan & Pelancaran Versi Istimewa AJL

    Melihat kepada kejayaan kempen Raya tahun ini, Rocketfuel Entertainment berkomitmen untuk terus menghasilkan kandungan yang segar, berkualiti dan relevan buat peminat di seluruh negara. Pihak syarikat turut mengumumkan bahawa dua versi khas dari pentas Anugerah Juara Lagu kini boleh didapati di semua pelantar digital utama bermula 1 Mei 2025:

    “Bukan Lagi Kita” – versi AJL oleh Nadeera

    “Diam” – versi AJL oleh Hael Husaini

    Dengan semangat berkarya yang tidak pernah luntur, Rocketfuel Entertainment bakal tampil dengan lebih banyak kejutan kreatif untuk peminat industri muzik tempatan dalam masa terdekat.