Tag: #rasa

  • Beli NUUNA, Menangi Rumah Impian Anda! – 2024

    Beli NUUNA, Menangi Rumah Impian Anda! – 2024

    Rezeki tidak pernah pergi ke alamat yang salah. Siapa sangka, hanya dengan membeli produk NUUNA, Noorhasnieda Binti Tajuddin akan memenangi hadiah utama rumah idaman di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor, kediaman gaya seni bina Australia. Pengumuman pemenang utama peraduan “FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH” telah diadakan di Central Concourse, Central I-City, Shah Alam.

    Peraduan yang berlangsung dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024 itu berjaya menarik hampir 15,000 peserta dari seluruh negara. Cara penyertaannya mudah sahaja, hanya beli produk NUUNA di mana-mana pasaraya dan hantar bukti pembelian melalui laman web rasmi RASA. Lebih banyak anda membeli, lebih besar peluang anda untuk menang.

    NUUNA

    Dalam peraduan “FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH”, 200 peserta dengan pembelian terbanyak layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan GRAND FINALE. Hadiah utama yang disasarkan oleh semua peserta tentunya sebuah rumah di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor.

    Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik lain seperti ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE, dan wang tunai RM100 untuk 10 pemenang cabutan bertuah.

    Bagi menambahkan lagi keterujaan, tiga sesi cabutan hadiah dwi-bulanan (Januari-Februari, Mac-April, Mei-Jun) turut diadakan, di mana tiga pemenang bertuah iaitu Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah, dan Muhammad Irfan bin Mohamad Kassim berjaya untuk membawa pulang hadiah istimewa.

    NUUNA

    Pada masa sama, Nuuna turut memperkenalkan empat perisa baharu mi segera dan bihun segera yang sedia menggoncang lidah. Pertama, Mi Segera Nuuna dan Bihun Segera Berperisa Keju Pedas, menggabungkan sensasi pedas dengan kelazatan keju, mencipta pengalaman rasa yang unik.

    Kedua, Mi Segera dan Bihun Segera Berperisa Nasi Lemak, membawakan rasa asli hidangan ikonik Malaysia ini terus ke mangkuk anda. Mi Segera dan Bihun Segera berperisa nasi lemak di Malaysia.

    Kedua-dua perisa Mi Segera dan Bihun Segera ini sudah tersedia di pasaran dan sedia memanjakan penggemar mi segera dan bihun segera di Malaysia.

    Majlis ini lebih meriah dengan kehadiran istimewa kumpulan De’Fam yang membuat demonstrasi dan persembahan masakan. Sesi ini pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat semua yang hadir.

    Defam

    Ms Vynce Lim, Ketua Pemasaran Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, berkata, “Kami di NUUNA sangat gembira melihat keghairahan orang ramai menyertai peraduan ini.

    Peraduan ‘FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH’ bukanlah hanya tentang hadiah yang besar, tetapi juga tentang menghargai semua pelanggan setia kami “Kami melihat kegembiraan di wajah para pemenang terutamanya Noorhasnieda Binti Tajuddin yang memenangi rumah idaman ini, adalah saat yang sangat berharga buat kami.

    Kami berharap produk NUUNA akan diteruskan menjadi pilihan pertama rakyat Malaysia dan terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.”

    RASA dan NUUNA amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua peserta dan berharap majlis ini akan menjadi kenangan indah buat semua yang terlibat.

  • ‘RASA’ LAGU DUET ANTARA FARISHA IRIS & CHERPEN UNTUK DRAMA HATI TERCARIK LUKA

    Lagu Rasa telah menjadi lagu tema drama Hati Tercarik Luka yang bersiaran di Slot Samarinda TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dibawakan oleh penyanyi Farisha Iris dan kumpulan Cherpen.

    Lagu Rasa adalah hasil ciptaan Syahir Cherpen, Nemo Cherpen dan Kimie Cherpen, manakala liriknya ditulis oleh Syahir Cherpen dan Nemo Cherpen. Lagu ini mengisahkan mengenai perasaan cinta yang sukar diluahkan dan dilepaskan, sejajar dengan jalan cerita drama Hati Tercarik Luka yang mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berbeza latar belakang dan nasib.

    Farisha Iris, yang juga peserta Big Stage 2020 berkata, dia teruja untuk bekerjasama dengan Cherpen dalam lagu ini yang bergenre Balada ini.

    “Agak susah merakamkan lagu ini kerana sudah lama tak menyanyikan lagu yang mencabar Vokal. Kadang kita sebagai penyanyi ini bukan sekadar nak menyanyi asal sedap didengar. Orang biasa dengar mungkin sedap tapi sebagai penyanyi saya sangat menitik beratkan perkara ini.

    “Teknikal dalam vokal  mengambil masa untuk saya berlatih yang mana kena serasikan dengan lagu ini. Lama juga dalam sebulan hingga dua bulan. Memang kalau masuk kereta akan dengar demo lagu ini sepanjang perjalanan sejam ke KL.

    “Saya sangat gembira dan bersyukur dapat berkolaborasi dengan Cherpen, yang juga kumpulan yang saya kagumi sejak dulu. Lagu Rasa sangat menyentuh hati dan sesuai dengan drama Hati Tercarik Luka, yang juga merupakan drama yang saya ikuti setiap minggu.

    “Kelebihan lagu Rasa ini sudah tentu buat pertama kali kami berkolaborasi dengan penyanyi lain iaitu Farisha Iris. Semua orang tahu vokal Farisha macam mana. Dia antara penyanyi wanita yang memiliki vokal mantap. Jadi, keistimewaan dia banyak dari segala sudut, seperti gubahan muzik dan melodi,” katanya.

    Cherpen pula berkata mereka gembira dapat menyumbangkan lagu untuk drama Hati Tercarik Luka, yang juga antara drama yang popular di Malaysia. 

    “Kami sangat berterima kasih kepada pihak TV3 dan Seventeen Eleven Music yang memberi kami peluang untuk menyertai projek ini. Kami juga berterima kasih kepada Farisha Iris yang telah menyanyikan lagu ini dengan begitu indah dan berjiwa. Kami berharap lagu Rasa dapat diterima oleh peminat-peminat drama dan muzik di Malaysia,” katanya.

    Lagu Rasa ini boleh didengar di semua platform muzik digital dan YouTube Seventeen Eleven Music.