Cat Fashion Week 2025 menutup tirainya dengan penuh gemilang apabila si bulus bukan sahaja menjadi bintang runway, malah berjaya menawan hati 3.2 juta penonton yang menyaksikan siaran langsung di TV3. Acara yang meraikan kreativiti, kasih sayang serta ‘meow-jik’ antara pemilik dan kucing ini menjadi fenomena luar biasa, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan program bertema kucing sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
Malam kemuncak menyaksikan Nor Anis Halyatie bersama kucing ragdoll kesayangannya, Evian, dinobatkan sebagai juara dengan gelaran ‘Super Meow-del’. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 beserta trofi. Tidak kurang mencuri perhatian ialah Siti Rohani bersama Goyem yang menerima Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat, tajaan Purina, sebagai pengiktirafan terhadap kecomelan dan daya penarik si bulus yang berjaya memikat hati juri serta penonton.
Kejayaan acara ini bukan hanya terserlah di kaca televisyen, malah turut mencetuskan fenomena di media sosial. Berdasarkan laporan Nielsen, Cat Fashion Week mencatat 3.2 juta capaian penonton di TV3, manakala data daripada Meltwater dan SproutSocial menunjukkan sebanyak 515 juta capaian digital direkodkan menerusi siri kandungan seperti Siri Kucing AI, video peserta dan foto profil bertema kucing yang dimuat naik sejak sesi pra-penjurian hingga selepas malam kemuncak. Fenomena ini membuktikan betapa besarnya daya tarikan kucing dalam budaya popular masa kini.
Di sebalik kemeriahan pentas, para finalis berdepan pelbagai cabaran bagi menjayakan persembahan mereka. Ada yang berusaha mendapatkan fabrik dari luar negara, ada yang perlu mereka busana dengan penuh teliti agar si bulus tampil selesa, dan tidak kurang juga yang terpaksa membiasakan kucing kesayangan mereka dengan suasana spotlight serta sorotan kamera. Walau apa jua rintangannya, dedikasi pemilik yang tidak mengenal lelah inilah yang menjadikan program ini lebih istimewa, kerana ia memaparkan kasih sayang tulus antara manusia dan haiwan peliharaan mereka.
Lebih daripada sekadar hiburan, Cat Fashion Week turut memberi nilai tambah apabila para juri dan peserta berkongsi pelbagai tip penjagaan dan grooming kucing. Penonton bukan sahaja dihiburkan dengan kreativiti busana dan persembahan, malah turut memperoleh ilmu berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian bersama si comel.
Cat Fashion Week dibawakan oleh penaja utama PURINA FELIX – Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja!, dengan sokongan Hot FM sebagai rakan radio rasmi dan SAYS sebagai rakan digital rasmi. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai program TV3 dan drama kegemaran anda, layari laman sosial rasmi Facebook, Twitter, YouTube, TikTok dan Instagram di akaun @TV3Malaysia.
