Tag: movie

  • PEREMPUAN ILMU HITAM : SITI HARIESA JUMPA DUKUN UNTUK BALAS DENDAM?

    Apabila nasib tiga mangsa jenayah tidak dibela di mahkamah dunia dek kerana rasuah dan khianat, dendam kesumat mereka dibalas dengan seruan durjana. Mampukah mereka mencari keadilan demi masa lampau mereka? Nantikan drama terbaharu Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam yang akan menemui penonton bermula 29 Februari 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

    Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam merupakan hasil terbitan Saphire Screen dan diarahkan oleh Amor Rizan. Drama bersiri 10 episod ini juga menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Didie Alias, Nazim Othman, Josiah Hogan, Zaki Azeman, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

    Perempuan Ilmu Hitam mengisahkan tentang kehidupan tiga sahabat Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara (Fify Azmi) selepas suatu peristiwa hitam mengubah kehidupan mereka dalam sekelip mata. Mereka bertiga telah menjadi mangsa kepada kelakuan buruk Azhar (Josiah Hogan), Bakri (Syazwan Zulkifly) dan Cairyl (Nazim Othman) yang juga merupakan ahli keluarga korporat ternama di Malaysia. Malangnya, keadilan tidak berpihak kepada mereka apabila mahkamah tidak menjatuhkan hukuman setimpal kepada keluarga tersebut.

    Tujuh tahun kemudian, Inspektor Syamil masih tekad untuk membela nasib tiga sahabat ini dan meneruskan penyiasatan ke atas kes kejadian walaupun telah digantung kerjanya. Apabila seorang remaja orang asli, Bayu mengalami kejadian yang sama, Lisa yang bekerja sebagai pekerja sosial juga cuba membantu memulihkan semangatnya.

    Inspektor Syamil dan Lisa cuba menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu dan meminta bantuan daripada Afifah dan dukun kampung, Mbah Nira (Didie Alias) untuk membantu penyiasatan mereka. Mereka menggunakan peluang ini sebagai misi membalas dendam mereka.

    Saksikan Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 29 Februari 2024! Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

  • ‘Rindu Kasih 2’ Gandingan Ummi Nazeera & Izzue Islam Bakal Menemui Penonton Mulai 13 Februari 2024

    Ketika drama bersiri Rindu Kasih lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Amyza Aznan disiarkan di TV3 pada tahun 2022, ramai yang terkesan dengan lakonan mantap Ummi Nazeera yang melakonkan watak Salina, seorang anak perempuan yang dahagakan kasih sayang ibunya, sehingga sanggup melakukan jenayah, demi bertemu dengan ibu kandungnya yang merupakan seorang banduan.

    Kembali dengan musim kedua, Rindu Kasih 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

    Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

    Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam (Nafiz Muaz) apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

    Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

    Ummi Nazeera teruja untuk kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2. “Bagi saya, Salina ialah satu watak yang sarat dengan emosi dan juga seorang wanita yang kental berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya. Salina ialah salah satu watak paling berat yang digalas sepanjang penglibatan saya sebagai anak seni. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan P&D Pictures Sdn. Bhd serta rakan -rakan artis dan semua krew produksi yang menjayakan Rindu Kasih 2. Kami berharap agar drama ini juga menerima sambutan yang positif daripada penonton.”

    Rindu Kasih 2 terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya serta nukilan skrip oleh  K. Adlie dan Shaza Talib. Drama bersiri 20 episod ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

    Pastikan anda mengikuti Rindu Kasih 2 menerusi slot Samarinda bermula 13 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, satu jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • TONTON EKSKLUSIF SAJI K-DRAMA BAHARU DI JANUARI 2024!

    Annyeonghaseyo! Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia membawakan secara eksklusif dua K-drama baharu, Snap and Spark lakonan Woo Yeon, Jeon Geon Hu, Kang Min, Seo Soo Hee, E.JI & Lee Jin Woo dan Our Love Triangle lakonan Gong Chan, Ahn Se Min, Sei, Kim Si Kyung & Jiwon bagi bulan Januari 2024.

    Strim sekarang Snap and Spark, drama bersiri remaja yang mengisahkan senario pelajar di  HanKuk High School of Arts yang sentiasa ingin berada di status sosial yang tinggi apabila jumlah penerimaan ‘likes’ di akaun media sosial Moon Ye-Ji menjadi ukuran populariti mereka. Ikuti perjalanan mereka dalam fasa remaja yang mengalami pelbagai emosi. Mereka juga mempunyai keinginan untuk berjaya dan mendambakan cinta di usia yang sedang mengenali dunia orang dewasa.

    Bermula 30 Januari, strim Our Love Triangle pada waktu yang sama dengan siaran dari Korea, dan dibintangi oleh idol K-Pop kesayangan anda iaitu Gong Chan dari B1A4, Sei dari Weki Meki dan Jiwon dari cignature. Mengisahkan tentang Hae Lin, seorang pelajar universiti yang berhadapan dengan kemelut cinta yang rumit. Hae Lin mula menyukai Woo Jin selepas bergandingan dengannya dalam persembahan teater di majlis sambutan pelajar baharu. Pada masa yang sama, Eun Hwan yang merupakan crush Hae Lin ketika zaman persekolahan telah kembali ke universiti. Eun Hwan kembali menyambung pelajaran di universiti selepas tamat khidmat tentera selama dua tahun. Eun Hwan ingin menjalin semula hubungan cinta dengan Hae Lin tetapi hati Hae Lin juga terpaut dengan Woo Jin. Adakah Cupid akan membantu mereka untuk menyelesaikan cinta tiga segi ini?

    Selain K-drama Eksklusif di Tonton, pengguna boleh menikmati himpunan drama Korea popular dan program hiburan dari tvN sepanjang bulan Januari ini! Antaranya My Happy Ending lakonan Jang Na-Ra, Son Ho-Jun, So E-Hyun, Lee Ki-Taek, Yumi’s Cells  Kim Go-Eun dan Ahn Bo-Hyun dan EXchange 3, program realiti dimana 4 bekas pasangan kekasih dalam usaha mencari pasangan hidup baharu atau memperbaiki hubungan lalu mereka. Strim secara langsung melalui saluran tvN di Tonton dan ‘catch up’ episod yang terlepas di aplikasi atau laman web Tonton. *Klik sini untuk mendapatkan sinopsis.

    Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD dimana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda! Jom, layan Oppa sampai pagi bersama Tonton!

    Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.