Tag: #MelodiTerhangatSuperstarTour #AMT2025 #TV3Malaysia #JohorBersamaAMT #MelodiLive #PROTONX50 #JelajahAMT2025 #PopMalaysia #MeetAndGreet #MusikMalaysia

  • Melodi Terhangat Superstar Tour Gegarkan Johor Jelajah Eksklusif AMT 2025 Mula Di AEON Tebrau City!

    Melodi Terhangat Superstar Tour Gegarkan Johor Jelajah Eksklusif AMT 2025 Mula Di AEON Tebrau City!

    Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) sekali lagi mencipta kelainan apabila turun padang ke seluruh negara menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour. Jelajah eksklusif ini bukan sekadar acara glamor di pentas anugerah, tetapi satu pengalaman istimewa yang membawa kemeriahan AMT2025 lebih dekat kepada peminat di tiga negeri utama.

    Johor menjadi lokasi pembuka tirai jelajah apabila pada 12 Julai 2025, AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru bakal menjadi pusat tumpuan para peminat muzik tanah air. Barisan artis popular yang dicalonkan di AMT 2025 seperti Sophia AlBarakbah, Alya Iman, Siti Elizad, Shiha Zikir, Amir Masdi, Puteri Khareeza dan Nadzmi Adhwa akan turun padang bertemu dengan peminat dalam sesi meet & greet eksklusif. Selain peluang bergambar dan beramah mesra, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan langsung yang pastinya menggamit kenangan.

    Jelajah ini akan diteruskan ke Pulau Pinang pada 19 Julai 2025 di AEON Mall Bukit Mertajam, diikuti dengan satu lokasi baharu yang akan diumumkan kemudian. Menariknya, Melodi Terhangat Superstar Bus yang membawa selebriti AMT2025 dari Lembah Klang ke lokasi jelajah, bukan sekadar pengangkutan biasa. Bas eksklusif ini menjadi pentas hiburan bergerak dengan aktiviti menarik seperti sesi karaoke, cabaran TikTok dan rakaman kandungan istimewa yang akan disiarkan secara langsung di TikTok TV3, mencipta interaksi serta kejutan sepanjang perjalanan.

    Sebagai penaja bersama dan rakan kereta rasmi AMT2025, PROTON turut memeriahkan jelajah ini dengan memperkenalkan model terbaru mereka, All-New PROTON X50. Pengunjung berpeluang melihat sendiri model kenderaan tersebut serta membuat pre-booking di lokasi acara. Lebih menarik, PROTON mengadakan kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta All-New PROTON X50 kepada seorang pemenang bertuah.

    Melodi Terhangat Superstar Tour membawa budaya pop Malaysia secara langsung ke pelbagai negeri, membuktikan bahawa kemeriahan anugerah boleh dirasai tanpa perlu hadir ke ibu kota. Ia menjadi platform yang menghubungkan peminat dan selebriti dalam satu suasana penuh warna, emosi dan kenangan manis.

    Untuk maklumat terkini mengenai lokasi jelajah, aktiviti serta barisan selebriti yang akan turut serta, ikuti media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. Bersama Melodi Terhangat Superstar Tour, pentas hiburan turun padang, dan rakyat menjadi bintang utama!