Tag: Kuala Lumpur

  • Sorotan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) 2024

    Sorotan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) 2024

     

    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) Berjaya Menganjurkan Pelbagai Program Memperkasa Seni Budaya

    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum. Sepanjang tahun 2024, JKKN WPKL telah menganjurkan pelbagai program menarik yang merangkumi pelbagai aspek seni budaya Malaysia.

    Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur (FPM@KL) 2024 merupakan acara tahunan yang mempamerkan keunikan permainan tradisional Malaysia. Program ini menarik penyertaan ramai dan berjaya memupuk semangat cintakan budaya di kalangan masyarakat.

    Festival Tari Malaysia Zon Tengah 2024 pula memberi peluang kepada para penari berbakat untuk menunjukkan bakat mereka dan bersaing di peringkat kebangsaan. Festival ini turut membantu dalam memelihara dan melestarikan tari tradisional Malaysia.

    Bintang Asli Remaja 2024 adalah platform bagi bakat muda untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam seni muzik tradisional Melayu Asli. Program ini telah melahirkan ramai penyanyi terkenal yang membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

    Colours of Malaysia (COM) memperkenalkan seni budaya Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini membantu dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang menarik.

    Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya 2024 membekalkan NGO Seni Budaya dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mempromosikan program mereka dan mendapatkan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat. Bengkel ini membantu dalam meningkatkan daya saing NGO Seni Budaya dalam industri seni budaya.

    Program Bimbingan Hujung Minggu 2024 memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari seni budaya tradisional dan moden. Program ini membantu dalam menanamkan minat terhadap seni budaya di kalangan generasi muda.

    Program Pusat Bimbingan Seni Budaya (PuBSB) membantu penghuni penjara dan pelajar sekolah pemulihan untuk mempelajari seni budaya sebagai terapi. Program ini membantu dalam pemulihan dan reintegrasi mereka ke dalam masyarakat.

    Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KGB) menyediakan platform bagi pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mempelajari seni budaya secara formal. Program ini membantu dalam membangunkan bakat dan kreativiti para pelajar.

    Kumpulan Satelit Seni Budaya melatih golongan muda dalam seni tari tradisional Malaysia. Kumpulan ini membantu dalam menyediakan pelapis bagi Kumpulan Kesenian JKKN.

    Budi@Seni: Inspirasi Generasi (I-GEN) memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa, budaya tinggi, jati diri, dan semangat patriotisme di kalangan remaja. Program ini membantu dalam melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berwawasan.

    Insentif Seni JKKN menyediakan bantuan dan perkhidmatan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya untuk melaksanakan program dan aktiviti mereka. Insentif ini membantu dalam meningkatkan kualiti dan daya saing seni budaya Malaysia.

    Hub Maklumat Seni Budaya menyediakan maklumat seni budaya kepada institusi pendidikan, komuniti, dan masyarakat. Maklumat ini membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang seni budaya Malaysia.

    Program Perantisan Seni 2024 melatih penggiat seni dalam seni opera Cina. Program ini membantu dalam memelihara dan melestarikan seni tradisional ini.

    JKKN WPKL sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program seni budaya. Kerjasama ini membantu dalam meningkatkan impak dan keberkesanan program-program tersebut.

    JKKN WPKL komited dalam mempromosikan dan mengembangkan seni budaya Malaysia. Program-program yang dianjurkan telah berjaya menarik penyertaan ramai dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat. JKKN WPKL berharap dapat terus mendapat sokongan daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan dan kelestarian seni budaya negara.

    Maklumat Lanjut

    Orang ramai boleh melayari media sosial rasmi JKKN WPKL untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program mereka:

    • Facebook: Jkkn WP Kuala Lumpur dan JKKN WPKL
    • Instagram: jkkn_wpkualalumpur
    • TikTok: jkknwpkl
  • Pelancaran Album “BINTANG JALANAN – KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN”

    Album ini dilancarkan pada 14 Julai 2024 dalam program Santai Seni@TAR, yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran dua ikon muzik tempatan, Dato Ito Blues Gang dan Dato Freddie Fernandez, menjadikannya satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

    Album kompilasi terbaru bertajuk “Bintang Jalanan Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan” telah dilancarkan dengan penuh gaya, menampilkan lima bintang pemuzik jalanan yang sudah mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Mereka ialah Ammal (Naib Juara AF 2016), Amir (bintang Mentor), Islah (All Together Now), Yone (busker terbaik dari Pulau Pinang) dan Nan Blues (seorang legenda dalam dunia Buskers Malaysia).

    Idea album ini lahir dari ilham penerbit Amad semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terinspirasi oleh keterbatasan tersebut, beliau mencadangkan projek ini kepada rakan-rakan pemuzik jalanan. Hasilnya, terciptalah kolaborasi yang menggabungkan melodi indah dengan semangat buskers yang tak kenal lelah.
    Proses penghasilan album ini melibatkan kerjasama erat dengan penyanyi dan pemuzik hebat, Oja, yang memainkan peranan penting dalam menyusun muzik yang memukau. Dari permulaan rakaman hingga ke peringkat adunan akhir, setiap langkah diuruskan dengan penuh profesionalisme untuk memastikan kualiti yang tiada tandingan. Album ini bukan sahaja menampilkan melodi yang menyentuh jiwa, tetapi juga menunjukkan dedikasi dan kepakaran Oja dalam dunia muzik.
    Dengan sokongan dana daripada Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, album ini mempersembahkan 10 karya baharu yang merentasi pelbagai genre, termasuk folk, blues, reggae, dan banyak lagi

    Senarai lagu:

    1. Dengar Dan Lihat – Nan Blues (Lagu / Lirik: Nan Blues)

    2. Superhero – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

    3. Keroncong Biru Untuk Rose – Islah (Lagu : Amad & Oja / Lirik: Amad)

    4. Alam Sekitar – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

    5. A Shadow Play – Amir (Lagu: Amad, Amal, Amir Lirik: Amad)

    6. Blues Buskers Blues – Nan Blues (Lagu / Lirik : Nan Blues)

    7. Jiwa Kacau – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

    8. Biar Saja Aku di Sini – Islah (Lagu : Islah, shamel Lirik: Amad, Islah)

    9. Ingin – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

    10. Lagu Baharu – Amir (Lagu & Lirik : Amad)

    Bonus Track: Semalam di Kuala Lumpur – The Columphor (Lagu & Lirik : Amad)

  • Hype Night In KL Tampilkan Kolaborasi Penyanyi Tular Indonesia-Malaysia

     

    Selepas kerajaan mengisytiharkan fasa endemik negara, industri hiburan negara kembali hidup dengan pelbagai aktiviti seni dan persembahan teater.

    Tidak ketinggalan beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula Mei lalu membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuklah dari luar negara. Sekali gus memberi bayangan sokongan padu peminat masih ada.

    Terbaharu, Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 yang dianjurkan oleh NJ Setia bakal diadakan di KWC StarXpo Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2022.

    Konsert Hype Night In Kuala Lumpur bakal menampilkan kolaborasi hebat penyanyi dari dua negara Malaysia dan Indonesia. Dari Malaysia, Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif. Sementara dari Indonesia pula barisan penyanyi yang tular dan mempunyai lebih 15 juta pengikut di media sosial seperti Tri Suaka, Nabilah Maharani, Zidan, Angga Candra dan Valdy Nyok.

    Penganjur NJ Setia berkata, pihaknya mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.

    Selaku penganjur konsert ini kami mahu membuka mata banyak pihak. Dengan semangat, tiada perkara yang mustahil, NJ Setia membawa kumpulan penyanyi dari Yogyakarta dan Jakarta, Indonesia untuk berada di atas pentas bersama penyanyi tersohor Malaysia.

    NJ Setia bijak mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.

    Konsert Hype Night In Kuala Lumpur juga akan menjadi acara berkumpul bagi influencer, Youtubers dan insta famous meraikan kolaborasi terbaik tahun ini antara penyanyi Malaysia dan Indonesia. Ini adalah pentas persembahan vokal serumpun.

    Menurut pihak penganjur juga, konsert ini adalah ruang terbaik penyanyi dari Indonesia membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghiburkan penonton dan peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

    Bagi penyanyi dari Indonesia, Nabilah Maharani yang popular menerusi lagu Bila Nanti, dia sangat gembira apabila diberi peluang untuk beraksi dan membuat persembahan di Malaysia.

    Sementara itu, Amir Masdi berkata, pemilihannya untuk konsert yang menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini satu perkara yang unik untuk penonton.

    Dari segi penyanyi pula mereka dapat merasa suasana yang baru di pentas sebab ada penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. Jadi, kehadiran kami ini akan memberikan tenaga dan ‘vibe’ yang berbeza. Mungkin cara mereka buat persembahan dan interaksi dengan penonton.

    Mereka juga berpeluang untuk berjumpa penyanyi dari Indonesia untuk bertukar informasi dalam muzik.  Peminat dan penonton yang hadir pada Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 nanti bakal disajikan dengan persembahan solo dan duet dengan 18 lagu di bawah pimpinan pengarah muzik Along Exists.

     

    Tiket menyaksikan konsert ini boleh didapati menerusi laman web www.tiket2u.com.my.