Tag: #FDI

  • Malaysia Cecah RM1 Trilion FDI, Keyakinan Pelabur Global Terus Meningkat

    Malaysia Cecah RM1 Trilion FDI, Keyakinan Pelabur Global Terus Meningkat

    Menjelang penghujung 2025, kedudukan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia berjaya melepasi angka RM1 trilion buat pertama kali dalam sejarah. Dengan nilai mencecah RM1.069 trilion, pencapaian ini menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap hala tuju ekonomi Malaysia terus berada pada tahap yang kukuh. Kalau beberapa tahun lalu perkara ini dilihat sukar untuk dicapai, kini ia sudah menjadi realiti.

    Antoine Veillon, Group CEO of IEC Telecom Group, shared that Malaysia represents one of Southeast Asia’s most dynamic digital growth markets, driven by strong investment momentum, supportive policies, and increasing demand for reliable, enterprise-grade connectivity.

    Apa yang lebih menarik, aliran modal ini bukan sekadar angka di atas laporan kewangan. Nama-nama besar yang terlibat membuktikan potensi sebenar Malaysia di mata dunia. Microsoft misalnya mengumumkan pelaburan bernilai USD2.2 bilion untuk pembangunan infrastruktur awan dan teknologi AI di Malaysia, manakala Google pula menyusul dengan pelaburan USD2 bilion bagi pembangunan pusat data serta perluasan perkhidmatan awan mereka.

    Pelaburan seperti ini bukan dibuat secara suka-suka atau bersifat sementara. Ia adalah komitmen jangka panjang daripada syarikat global yang sangat teliti dalam menilai risiko dan potensi sesebuah pasaran. Kehadiran syarikat-syarikat gergasi ini menunjukkan Malaysia kini bukan lagi sekadar pasaran membangun yang diperhatikan dari jauh, tetapi sudah mula dilihat sebagai destinasi penting untuk pelaburan digital bertaraf global.

    Hisham Ghaffar, Managing Director, APAC, IEC Telecom, emphasised that operational continuity will be key to Malaysia’s digital transformation, with hybrid connectivity models and LEO satellite solutions playing an increasingly integral role in strengthening network resilience.

    Bagi mereka yang mengikuti perkembangan ekonomi dan teknologi di rantau ini, momentum seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan perkembangan yang konsisten dalam sektor digital dan teknologi.

    Menurut Antoine Veillon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IEC Telecom yang mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam industri telekomunikasi satelit global, Malaysia kini berada dalam kelompok pasaran digital yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara. Syarikatnya juga baru-baru ini membuka operasi di Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan serantau mereka.

    As Malaysia’s digital economy expands rapidly, ensuring consistent and reliable connectivity across all regions remains essential to support SMEs, enable nationwide growth, and fully realise the country’s digital ambitions.

    Menurut beliau lagi, gabungan pelaburan yang semakin kukuh, dasar kerajaan yang mesra pembangunan serta permintaan tinggi terhadap sambungan yang stabil menjadikan Malaysia sebuah pasaran yang cukup menarik untuk pembangunan infrastruktur jangka panjang. Dalam dunia hari ini, sambungan bukan lagi sekadar kemudahan, tetapi sudah menjadi faktor penting yang menentukan daya saing ekonomi sesebuah negara.

    Globally, as investments in cloud, AI, and digital infrastructure accelerate, resilient and multi-layered connectivity networks are becoming a critical foundation for sustaining growth and competitiveness in the digital economy.

    Namun begitu, pengumuman pelaburan besar hanyalah sebahagian daripada cerita yang lebih besar. Persoalan utama sekarang ialah sama ada infrastruktur sambungan sedia ada mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan yang sedang berlaku. Inilah perkara yang akan menentukan sama ada Malaysia benar-benar mampu muncul sebagai hab digital serantau yang kukuh atau sekadar berkembang lebih laju daripada kemampuan infrastrukturnya sendiri.