Tag: Fazura

  • “Kisah Terbaik” Jadi Luahan Hati Fazura Tentang Perjalanan Hidup, Hikmah dan Kekuatan Diri

    “Kisah Terbaik” Jadi Luahan Hati Fazura Tentang Perjalanan Hidup, Hikmah dan Kekuatan Diri

    Selepas mencipta impak menerusi karya-karya terdahulu, Fazura kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaharunya berjudul “Kisah Terbaik”, sebuah balada penuh emosi yang mengangkat tema penerimaan diri, kekuatan hati dan harapan untuk terus melangkah ke hadapan.

    Menurut Fazura, “Kisah Terbaik” bukan sekadar sebuah lagu berkisarkan cinta, sebaliknya membawa mesej yang lebih luas mengenai perjalanan kehidupan serta bagaimana setiap pengalaman yang dilalui membentuk seseorang menjadi insan yang lebih kuat.

    “Bagi saya, ‘Kisah Terbaik’ bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang menerima setiap pengalaman yang membentuk diri kita. Walaupun ada kisah yang menyakitkan, akhirnya kita sedar bahawa setiap perkara yang berlaku hadir bersama hikmah tersendiri. Saya berharap lagu ini dapat menjadi teman buat mereka yang sedang belajar melepaskan dan memulakan lembaran baharu,” katanya.

    Lagu ini merupakan hasil kerjasama Fazura bersama komposer, penulis lirik dan penerbit Aiman Sidek serta Reza Ramsey. Proses penghasilan lagu ini berlangsung dalam suasana penuh kepercayaan dan keterbukaan, membolehkan setiap emosi yang ingin disampaikan diterjemahkan dengan lebih jujur dan mendalam.

    “Proses pembikinannya sangat bermakna kerana kami banyak berbincang tentang emosi dan mesej yang ingin disampaikan. Aiman dan Reza benar-benar memahami apa yang saya ingin luahkan, malah memberi ruang untuk saya berkongsi pandangan serta pengalaman peribadi. Sebab itu lagu ini terasa begitu dekat dan ikhlas,” jelas Fazura.

    Dari aspek muzik, “Kisah Terbaik” menampilkan susunan bernuansa sinematik dengan perkembangan emosi yang semakin berkembang dari awal hingga ke kemuncak lagu. Melodi yang lembut dipadukan dengan lirik penuh makna, menjadikan karya ini sebuah refleksi perjalanan hati yang penuh kejujuran.

    “Saya rasa lagu ini mempunyai perjalanan emosi yang sangat indah. Ia bermula dengan rasa yang lembut dan rapuh sebelum berkembang menjadi lebih besar dan penuh harapan. Susunan muziknya benar-benar membantu menghidupkan setiap emosi dalam lirik. Bagi saya, ini antara karya yang paling matang dan paling dekat dengan diri saya,” katanya.

    Berkongsi mengenai hubungan peribadinya dengan lagu tersebut, Fazura mengakui pengalaman hidup yang dilalui menjadi inspirasi utama dalam memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi “Kisah Terbaik”.

    “Saya percaya setiap orang akan melalui fasa jatuh dan bangun dalam kehidupan. Begitu juga saya. Setiap pengalaman mengajar saya tentang kekuatan, keikhlasan dan penerimaan. Lagu ini mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan, walaupun sukar, tetap mempunyai makna yang tersendiri,” ujarnya.

    Menerusi karya terbaharu ini, Fazura berharap “Kisah Terbaik” dapat menjadi sumber kekuatan kepada para pendengar yang sedang melalui cabaran hidup.

    “Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati pendengar dan memberikan sedikit ketenangan kepada mereka yang sedang melalui waktu sukar. Jika lagu ini mampu membuat seseorang rasa difahami atau memberi mereka semangat untuk terus melangkah, itu sudah menjadi hadiah yang sangat bermakna buat saya,” katanya.

    Dengan melodi yang menyentuh jiwa, susunan muzik yang indah serta lirik yang dekat dengan realiti kehidupan, “Kisah Terbaik” memperlihatkan sisi matang Fazura sebagai seorang penyanyi dan pengkarya. Lagu ini mengajak pendengar untuk menerima setiap perjalanan hidup sebagai sebahagian daripada proses membina diri yang lebih kuat dan bermakna.

    “Kisah Terbaik” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

  • KOLEKSI MERDEKA 2024:PROSPEC KPM X FAZURA TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

    KOLEKSI MERDEKA 2024:PROSPEC KPM X FAZURA TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

    Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA telah melancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini. 

    Koleksi Merdeka 2024 pada tahun ini menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67.

    Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka. 

    Majlis pelancaran rasmi yang diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan.

    Susulan pelancaran koleksi Merdeka 2024 YB Puan Fadhlina binti Sidek, majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan persembahan oleh Ella selaku artis jemputan. 

    Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam-swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat. Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan. 

    Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah perolehan. Manakala, pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

  • TrullyCaffe Melancarkan Produk Baru untuk Berat Badan Sihat

    Faz, yang telah membuktikan dirinya dalam perniagaan produk gaya hidup sihat, telah melancarkan produk terbaru, TrullyCaffe, melalui jenama TrullyDolly. Acara pelancaran ini dihadiri oleh ahli keluarga Faz, rakan artis, agen FAZURA, dan rakan media di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

    “Faz sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih 5 tahun lepas  dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga MilikSemua. Faz sendiri  menggunakan TrullyCaffe disamping mengekalkan gaya hidup sihat dalam  mencapai penampilan fizikal yang diinginkan.” 

    TrullyCaffe yang rendah kalori dan tiada gula, didatangkan dalam dua perisa  Caffe Latte dan Buttercream Latte. TrullyCaffe diperkayakan dengan ekstrak  ekstrak Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang dilaporkan berpotensi membantu penjagaan berat badan.  

    Selain itu, antara soalan yang diutarakan semasa perlancaran rasmi TrullyCaffe  adalah berkenaan perkembangan terkinin karier seni Faz.

    “Alhamdulillah, Faz sedang sibuk di dalam penggambaran drama terbaharu  yang akan ditayangkan pada Ramadan 2024 dan berharap drama ini dapat  memenuhi permintaan para peminat lakonan Faz setelah sekian lama. Memang kadang-kadang ianya mencabar dalam menguruskan keluarga,  kerjaya dan perniagaan dalam masa yang sama tetapi Faz sangat bersyukur kerana masih mampu melaksanakan semuanya dengan baik, berkat doa dan  sokongan ramai. Dalam kesibukan itu juga tercetus idea slogan TrullyDolly iaitu  “Trully jadi”.” 

    TrullyCaffe boleh diminum oleh kaum wanita dan lelaki yang mementingkan  kesihatan dan penjagaan berat badan. Setiap paket TrullyCaffe mempunyai 7  sachet bagi program 7 hari diet dengan harga MilikSemua RM47. TrullyCaffe  boleh dibeli daripada stokis dan agen FAZURA yang sah, di kedai FAZURA dan  melalui aplikasi mudah alih FAZURA.