Tag: #ella

  • Muslimah Fest 2024: Ella Perkenal Koleksi Sulung ROCKQUEEN

    Muslimah Fest 2024: Ella Perkenal Koleksi Sulung ROCKQUEEN

    ROCKQUEEN, jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, hadir dengan visi baharu untuk merevolusi dunia fesyen. Ditubuhkan pada tahun 2021, ROCKQUEEN mengutamakan keseimbangan antara gaya berani dan elegan, sambil meraikan kesederhanaan. Jenama ini direka khusus untuk memperkasakan wanita agar lebih yakin dengan keunikan diri mereka.

    Dikenali dengan sentuhan muzik yang mencipta fenomena, Ella membawa keistimewaan itu ke dunia fesyen menerusi ROCKQUEEN. Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan elemen minimalis yang memukau, menggabungkan keselesaan dan keanggunan. Setiap rekaan menampilkan ciri-ciri yang praktikal tetapi tetap penuh gaya, meraikan kebebasan ekspresi tanpa mengetepikan nilai kesopanan.

    “ROCKQUEEN adalah lebih daripada sekadar jenama fesyen,” kata Ella. “Ia membawa mesej keyakinan, keberanian, dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri. Kami mengubah definisi kesederhanaan dengan sentuhan gaya yang segar dan unik.”

    Rekaan ROCKQUEEN sesuai untuk pelbagai suasana, daripada pakaian kasual hingga ke acara formal. Koleksinya direka untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti, menjadikannya pilihan terbaik untuk wanita moden yang menjalani kehidupan serba sibuk. Setiap helaian menggambarkan keseimbangan antara gaya dan fungsi, memenuhi keperluan wanita yang ingin tampil yakin dan elegan dalam setiap peranan kehidupan.

    Misi ROCKQUEEN juga melangkaui aspek fesyen semata-mata. Ia bertujuan membentuk komuniti wanita yang saling menyokong dan meraikan kekuatan dalam kepelbagaian. Dengan membawa nilai-nilai positif dan semangat perpaduan, ROCKQUEEN bercita-cita menjadi simbol inspirasi untuk semua wanita.

    Pelancaran rasmi jenama ini akan berlangsung pada 21 Disember 2024 sempena Program Muslimah Fest 2024 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Acara ini akan menampilkan pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN dan persembahan eksklusif oleh Ella sendiri.

  • Skyhill Clinic Terima Rekod Malaysia untuk Pemeriksaan Hormon Terbanyak

    Skyhill Clinic Terima Rekod Malaysia untuk Pemeriksaan Hormon Terbanyak

    Skyhill Clinic mencipta sejarah baru-baru ini apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia. Pengiktirafan ini disampaikan dalam satu majlis sidang media yang berlangsung di klinik tersebut, yang terletak di Denai Alam.

    Majlis ini bukan hanya meraikan kejayaan Skyhill Clinic tetapi juga memperkukuh statusnya sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di negara ini.

    Majlis itu lebih bermakna dengan kehadiran Ella, ikon rock terkenal Malaysia, yang merupakan penyokong kuat kepentingan penjagaan hormon, khususnya untuk wanita. Kehadirannya bukan sekadar simbol populariti tetapi juga sebagai bukti peribadi terhadap kesan positif rawatan hormon yang disediakan oleh Skyhill Clinic. Ella, yang telah lama mendapatkan rawatan di sini, berkongsi pengalamannya tentang bagaimana rawatan hormon membantu mengekalkan keseimbangan emosinya, serta menjadikannya kekal sihat dan bertenaga, walaupun usia semakin meningkat.

    Dalam ucapannya, Ella berkata, “Kesihatan hormon amat penting bagi wanita. Rawatan di Skyhill Clinic telah membantu saya merasa lebih bertenaga dan seimbang. Saya harap lebih ramai wanita tampil untuk menjalani pemeriksaan dan menjaga kesejahteraan hormon mereka.”

     

    Dr. Linda Mat Hassin, seorang doktor hormon berpengalaman dan peneraju Skyhill Clinic, menyatakan bahawa pengiktirafan ini adalah satu pencapaian besar. Ia tidak hanya mencerminkan bilangan pemeriksaan hormon yang dilakukan oleh klinik, tetapi juga dedikasi mereka untuk menyediakan penjagaan yang menyeluruh dan alami kepada wanita. “Kesihatan hormon yang baik adalah kunci kepada kesejahteraan keseluruhan wanita,” ujar Dr. Linda.

    Pendekatan holistik yang diambil oleh Skyhill Clinic dalam menangani masalah kesihatan hormon telah membantu ramai wanita mengatasi ketidakseimbangan hormon, keletihan yang melampau, dan pelbagai masalah kesihatan lain. Ini menempatkan Skyhill Clinic sebagai pusat rujukan utama untuk penjagaan hormon di Malaysia, terutamanya untuk wanita yang mengalami perubahan hormon pada peringkat-peringkat penting dalam kehidupan mereka.

    Sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records disampaikan oleh wakil rasmi, Pn. Siti Hajar Binti Johor dan Mr. Aaron Bong Keng Jin, yang mengakui sumbangan besar Skyhill Clinic dalam bidang kesihatan hormon. Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di negara ini.

    Dengan sokongan selebriti seperti Ella dan kepakaran Dr. Linda, Skyhill Clinic terus komited untuk memperjuangkan kesihatan hormon yang berkualiti bagi setiap wanita. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk klinik itu melangkah lebih jauh dalam memberikan penjagaan yang terbaik, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan hormon di kalangan wanita di Malaysia.

    Dr. Linda menutup majlis dengan harapan bahawa lebih ramai wanita akan tampil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan hormon dan menjaga kesejahteraan diri. “Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita Malaysia melalui penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin,” kata Dr. Linda.

    Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic kini menjadi simbol kepercayaan untuk wanita Malaysia yang ingin mendapatkan pemeriksaan hormon serta penjagaan kesihatan berkaitan hormon yang terbaik di negara ini.

  • Ella Gegarkan After Race Fest MotoGP sebagai Penyanyi Lagu Antem Nasional!

    Ella Gegarkan After Race Fest MotoGP sebagai Penyanyi Lagu Antem Nasional!

    Pengumuman terbaru mengenai AFTER RACE FEST sempena MotoGP™️ Malaysia 2024 telah menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat sukan motor dan muzik tanah air.

    Acara gilang-gemilang yang bakal berlangsung pada 3 November 2024 di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit ini akan menjadi kemuncak kepada perlumbaan MotoGP™️, dengan barisan artis terkemuka antarabangsa dan tempatan memeriahkan pentas.

    Sempena ulang tahun ke-25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC), AFTER RACE FEST dijangka menjadi pesta yang penuh dengan tenaga dan hiburan, bermula dari jam 4 petang hingga tengah malam.

    Menguatkan lagi keterujaan acara ini, Ratu Rock Malaysia, Ella, diumumkan sebagai penyanyi lagu kebangsaan “Negaraku” untuk acara MotoGP™️. Sebagai simbol penghormatan, Ella akan menyemarakkan suasana dengan vokalnya yang bertenaga, sekaligus memeriahkan acara besar ini. Tidak hanya terhenti di situ, Ella juga akan membuat persembahan eksklusif di pentas AFTER RACE FEST, berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Smash Mouth dan Macklemore.

    Ella yang sudah lama mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia mengungkapkan rasa terujanya, “Ia satu penghormatan besar untuk menyanyikan ‘Negaraku’ di acara berprestij ini. Saya sangat teruja untuk menyertai AFTER RACE FEST dan tidak sabar untuk beraksi di samping penghibur antarabangsa lain serta berinteraksi dengan peminat yang datang dari serata dunia.”

    Dalam pengumuman yang dibuat pada Julai lalu, pihak penganjur HIFIVE Entertainment memperkenalkan Smash Mouth dan Macklemore sebagai penampilan utama. Smash Mouth, band rock yang terkenal dengan hits seperti “All Star” dan “I’m a Believer,” pasti akan menggamatkan suasana, manakala Macklemore, bintang rap antarabangsa, akan menjadi ‘headliner’ yang dijangka menarik ribuan penonton.

    ella after race fest

    Peminat Macklemore pasti teruja melihat persembahannya selepas kemunculan single terbaru “HIND’S HALL 2,” hasil kolaborasinya bersama rapper Palestin MC Abdul, penulis lirik Amerika-Palestin Amer Zahr, dan penyanyi Amerika Anees Mokhiber. Lagu ini membawa mesej solidariti dan kebebasan, yang seiring dengan tema AFTER RACE FEST.

    Selain Ella, Nidji dan Feel Koplo dari Indonesia, serta artis Malaysia seperti 6ixth Sense dan DE FAM, akan memeriahkan acara dengan persembahan mereka. Pengunjung boleh menjangkakan persembahan bertenaga sepanjang hari dalam pelbagai segmen seperti:

    Segment Get Started: Persembahan oleh Feel Koplo & DE FAM
    Segment Healing: Persembahan oleh Nidji & 6ixth Sense
    Segment Let’s Rock: Smash Mouth
    Segment Solidarity: Macklemore sebagai kemuncak malam

    Menurut Sean Pereira, Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, “MotoGP™️ tidak akan lengkap tanpa pesta perayaan seperti AFTER RACE FEST. Kami mahu memberikan pengalaman yang bukan sahaja bersifat hiburan tetapi juga sebagai tanda penghormatan kepada penonton global yang hadir ke Malaysia. Pesta ini akan dipenuhi dengan pertunjukan drone, bunga api, dan aktiviti lain yang menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

    Dengan suasana yang bakal mencetuskan adrenalin, penonton bukan sahaja dapat menikmati persembahan muzik, tetapi juga aktiviti-aktiviti lain yang meriah. Acara ini disokong oleh PETRONAS Sepang International Circuit yang mahu memberikan perayaan gemilang bersempena ulang tahunnya yang ke-25.

    Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan, tiket untuk AFTER RACE FEST dijual pada harga RM550. Pengunjung juga boleh menggunakan promo code PayLater by GRAB untuk pembelian tiket. Pastikan untuk mendapatkan tiket secepat mungkin kerana ia dijangka akan habis dijual dengan cepat!

    Dengan barisan penghibur yang hebat dan pelbagai aktiviti yang menarik, AFTER RACE FEST dijangka menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik dan perlumbaan. Pastikan anda berada di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November 2024 untuk menyaksikan gabungan epik muzik dan MotoGP™️ yang penuh bertenaga.

  • Konsert Malam Nostalgia Bersama Ella, Kugiran Masdo, dan Exists di Johor Pada Bulan 12 Ini !

    Konsert Malam Nostalgia Bersama Ella, Kugiran Masdo, dan Exists di Johor Pada Bulan 12 Ini !

    Peminat muzik rock, bersiap sedia untuk satu malam yang tidak akan dilupakan! Konsert “A Night to Remember” kembali lagi pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Bertemakan “Rock Nostalgia”, konsert ini akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan rock tanah air dengan persembahan epik dari tiga legenda muzik Malaysia: Ella, Kugiran Masdo, dan Exists.

    Saksikan sendiri persembahan luar biasa Ratu Rock Ella yang pastinya akan menggamit memori dengan lagu-lagu hitsnya yang malar segar. Kugiran Masdo dengan alunan retro-pop yang unik, serta kugiran legenda Exists akan turut menggegarkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka.

    konsert

    Bukan sekadar menyanyi bersama idola, anda juga digalakkan untuk tampil bergaya ala bintang rock kegemaran anda! Jadikan malam ini lebih bermakna dengan menggayakan fesyen era 80-an atau 90-an! Tambah menarik, pelbagai hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan media sosial yang dianjurkan.

    Konsert ini mendapat sokongan padu daripada Tourism Johor, BestFM, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan Damansara Assets Sdn Bhd. Pengarah Tourism Johor, Tuan Shahril Nizam Abdul Rahim, menyifatkan acara ini sebagai platform untuk memperkukuh imej Johor sebagai destinasi acara bertaraf antarabangsa.

    Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula dari RM99 hingga RM399. Nikmati diskaun istimewa 6.7% untuk pembelian tiket bernilai RM169 dan ke atas sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-67. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2024.

    #ANightToRemember2024 #RockNostalgia #Ella #KugiranMasdo #Exists #Johor #Konsert #Malaysia

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Rebut tiket anda sekarang dan alami sendiri malam penuh nostalgia bersama legenda-legenda rock tanah air!

  • Singapura digegarkan oleh Ella: Jilid Rockestra Memukau Penonton Singapura pada 12 Oktober 2024 nanti.

    Singapura digegarkan oleh Ella: Jilid Rockestra Memukau Penonton Singapura pada 12 Oktober 2024 nanti.

     

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2024 – Selepas dua malam penuh magis di Kuala Lumpur, Ella, Ratu Rock Malaysia yang tiada tandingannya, kini bersiap sedia untuk menggegarkan tanah Singapura dengan siri konsert terbaharunya, Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia. Konsert yang bakal berlangsung pada 12 Oktober 2024 di The Star Theatre ini dijangka menjadi peristiwa yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik rock dan orkestra.

    Dalam konsert di Plenary Hall, KLCC baru-baru ini, Ella membuktikan bahawa beliau masih menjadi nama besar dalam industri muzik Malaysia. Dengan kehadiran lebih 6,000 peminat, beliau mempersembahkan lebih daripada 30 lagu dalam dua malam yang luar biasa. Hari pertama menyaksikan Ella bergandingan dengan Haziq Rosebi, manakala hari kedua menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai artis undangan. Gabungan vokal Ella yang memukau, paduan bunyi band rock, dan orkestra yang dipimpin oleh Dato’ Acis telah mencipta suasana yang luar biasa, membuatkan penonton terbuai dalam setiap not muzik yang dimainkan.

    Ella kini membawa kejayaan tersebut ke tanah Singapura, di mana konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia dijangka akan menerima sambutan yang sama hebatnya atau lebih dari itu. The Star Theatre akan menjadi pentas bagi satu malam yang penuh dengan aksi, di mana Ella akan memadukan elemen-elemen rock dengan orkestra untuk mencipta satu pengalaman muzik yang memukau. Dengan tema solidariti yang dikekalkan, rona hitam, putih, merah, dan hijau akan menghiasi pentas sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Tema ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Ella terhadap isu kemanusiaan, tetapi juga menunjukkan kemampuannya untuk menggunakan muzik sebagai medium menyampaikan mesej yang lebih mendalam.

    Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif Hitman Group, mengungkapkan rasa terujanya terhadap konsert yang bakal berlangsung ini. “Ella bukan sekadar Ratu Rock, tetapi dia juga seorang legenda yang mampu mencipta keajaiban di atas pentas. Gabungan antara rock dan orkestra ini bukan sesuatu yang biasa, dan kami yakin peminat di Singapura akan disajikan dengan satu pengalaman yang belum pernah dilihat sebelum ini,” kata Rohit. Beliau juga menambah bahawa konsert ini akan menampilkan teknologi terkini dalam sistem bunyi dan pencahayaan, memastikan setiap detik persembahan Ella dihayati sepenuhnya oleh penonton.

    Singapura

    Ella sendiri tidak sabar untuk kembali ke Singapura, tempat yang telah memberikannya kenangan indah dalam konsert terdahulu. “Singapura sentiasa istimewa di hati saya. Peminat di sana sentiasa memberi sokongan yang luar biasa, dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik pada malam tersebut. Konsert ini adalah hadiah saya buat mereka,” ujar Ella dengan penuh semangat. Dengan rekod kejayaan konsert sebelumnya yang ‘sold-out’, tidak dapat dinafikan bahawa peminat di Singapura juga menantikan sesuatu yang istimewa dari konsert kali ini.

    Bagi peminat muzik di Singapura, konsert ini bukan sekadar peluang untuk menyaksikan Ella beraksi di pentas, tetapi juga untuk merasai satu pengalaman muzik yang penuh dengan inovasi dan kreativiti. Setiap lagu, setiap nota, dan setiap detik dalam konsert ini dijangka membawa penonton ke dalam dunia Ella yang unik dan penuh dengan emosi. Dengan gabungan antara band rock dan orkestra yang mantap, serta ekspresi seni yang mendalam, Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di The Star Theatre akan menjadi malam yang tidak dapat dilupakan.

    Singapura

    Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik di Singapura. Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia bukan sahaja menjanjikan hiburan, tetapi juga menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang dalam satu malam penuh keajaiban muzik. Pastikan anda mendapatkan tiket secepat mungkin kerana ini adalah satu malam yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Ella, dengan semangat dan dedikasinya yang tidak pernah pudar, bersedia untuk memberikan persembahan yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir. Singapura, bersiaplah untuk digegarkan oleh Ratu Rock!

  • Selesai Sudah ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, Ratu Rock Negara Persembahkan Konsert Spektakular Orkestra Rock

    Ratu Rock Malaysia, Ella, bakal memukau penonton dengan persembahan istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC. Untuk satu malam sahaja, Ella akan mempersembahkan gabungan unik antara getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra.

    Konsert ini dianjurkan oleh Hitman Solutions dan RockQueen, yang kembali bekerjasama selepas kejayaan siri konsert sebelumnya. CEO Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, menyatakan “Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua. Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra adalah pada tahun 2017.”

    Tambah Ella, perbezaan utama konsert ini dengan konsert sebelum ini ialah gabungan genre rock dengan 15 pemuzik orkestra profesional. “Konsert sebelum ini mengisahkan tentang perjalanan seni saya dan kisah kerjaya saya selama 35 tahun, yang merupakan gambaran lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.

    “Selain gabungan rock dan orkestra, konsert ini memberi peluang kepada kami untuk mempersembahkan kreativiti kami dengan menambah lagu hit yang belum pernah dimainkan,” katanya.

    Konsert ini juga akan dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim (Dato’ Acis), menjanjikan pengalaman muzikal yang tidak boleh dilepaskan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ajaib ini secara langsung di Dewan Plenari, KLCC pada 9 Ogos 2024.

    Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan yang unik dengan getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra untuk satu malam sahaja. Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua peminat yang sudah lama menyokong sepanjang dalam industri ini.

    Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra adalah pada tahun 2017 lalu, “Saya gabungkan dua perkara yang saya sayangkan, sebuah persembahan yang lebih rapat untuk meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang”, kata Nor Zila binti Aminuddin yang lebih dikenali sebagai Ella.

    JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk saya terokai gabungan muzik dari album-album saya yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup istimewa iaitu orkestra,” katanya.

    Jelas Ella lagi, perbezaan konsert yang diadakan sebelum ini dengan JILID ROCKESTRA ELLA, ia adalah gabungan antara genre rock dengan 15 orang pemain muzik orkestra profesional. “Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.

    “Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti kami dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim (Dato’ Acis),” katanya.

    Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert itu nanti sebagai seorang anak seni yang prihatin. “Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira, namun secara keseluruhannya boleh saya rangkumkan dalam satu ayat, ‘rockchic rockestra’.

    “Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk dengan rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat.

    Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa, “Selain artis jemputan, akan ada segmen khas dimana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian buat penonton yang hadir.

    “Saya tidak mahu kongsi selebihnya kerana malam tersebut bakal menjadi spektakular, harapan saya semoga konsert ini bakal menjadi kenangan indah buat semua yang hadir, dengarkan muzik saya dengan sajian audio visual dan pengalaman luar biasa untuk dikenang.

    “Dan ’semoga kita kan jadi seperti dua insan, bercintaaa……’.

    “Peace. Love. Rindu.

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID ROCKESTRA ELLA, sila hubungi kami di talian 012-2655783.