Tag: CelcomDigi

  • CelcomDigi and Huawei Malaysia Enhance Network Efficiency with AI-Powered 5G Technology

    CelcomDigi and Huawei Malaysia Enhance Network Efficiency with AI-Powered 5G Technology

    CelcomDigi Bhd and Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd have signed a Memorandum of Understanding (MoU) to integrate artificial intelligence (AI) into CelcomDigi’s network, aiming to develop one of Malaysia’s most advanced 4G and 5G-ready networks.

    This partnership will focus on incorporating AI into CelcomDigi’s Radio Access Network (RAN), branded as “IntelligentRAN.” The collaboration includes using a digital twin system to test new network models virtually, implementing advanced analytics for proactive network management, and utilizing multiple support systems to enhance network service provisioning and customer experience.

    By leveraging AI and automation, the network’s productivity and innovation will be significantly improved, even as network complexity increases. Digital twins will allow large-scale simulations in a virtual environment before real-world application, speeding up innovation while reducing costs and disruptions. Predictive algorithms will support proactive network management to ensure a reliable customer experience, and intelligent orchestration of 4G and 5G resources will provide more tailored and enhanced wireless services.

    CelcomDigi’s CEO Datuk Idham Nawawi said, “The country is in prime position to be a regional leader in both 5G and AI development. We are proactively investing to build the most advanced 4G and 5G-ready network in the country to realise this ambition and serve the needs of consumers and enterprises in a new 5G-AI powered age of ‘digital-everything’. With a robust AI-driven network, we believe we are best positioned to deploy a high-performance 5G network to power Malaysia’s digital future.”  

    Mr Simon Sun, Chief Executive Officer of Huawei Malaysia, emphasised that Malaysia is at the point of inflection for deploying network intelligence as AI technology progresses. 

    “Our vision is to build intelligent networks across Malaysia, and to achieve this, Huawei Malaysia is evolving beyond being an ICT solutions provider towards a collaborative architect of AI-driven networks. By deploying the IntelligentRAN with CelcomDigi, we will unlock significant business value by allowing for a full integration of AI capabilities across all layers of wireless networks and enable 5G business success,” he said. 

    Under the collaboration, CelcomDigi and Huawei Malaysia will also explore jointly leveraging cross-domain data convergence from Huawei platforms to gain a comprehensive view of the customer and service lifecycle, enable proactive user experience management and support seamless digital transformation across the company’s network operations.

  • MEMPERKUKUHKAN KESIAPSIAGAAN PENJAWAT AWAM DALAM MENDEPANI JENAYAH PENIPUAN KEWANGAN

    Dalam usaha menghadapi peningkatan jenayah penipuan kewangan dan scam yang semakin berleluasa, CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama CelcomDigi Berhad, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS), disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini meneruskan siri penjelajahan kesedaran awam mengenai penipuan kewangan dan scam di Putrajaya. Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 – Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya ini merupakan edisi terakhir sekali gus menutup tirai siri penjelajahan 2023 yang bermula pada awal tahun ini.

    Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Putrajaya ini diadakan khusus untuk penjawat awam bagi memupuk kesedaran, memperkasa dan memperkukuhkan kesiapsiagaan mereka dalam mendepani ancaman scam dan jenayah siber. Para penjawat awam diberi pendedahan kepada lanskap keselamatan siber semasa, modus operandi (MO) terkini pelbagai jenis ancaman scam, tips dan amalan terbaik bagi mengelak dari menjadi mangsa scam.

    “Ancaman ini tidak hanya merugikan individu, tetapi turut memberi risiko terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Maka, isu ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak termasuk penjawat awam. Program kesedaran mengenai jenayah scam perlu diteruskan secara konsisten agar informasi dapat disalurkan kepada masyarakat, termasuk penjawat awam. Melalui program ini, orang ramai boleh mempelajari kaedah melindungi diri daripada menjadi mangsa scam selain dapat mengamalkan sikap kawal kendiri apabila berhadapan dengan ancaman scam” kata Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Bin Mohd Zin (Bersara).

    Pada bulan Januari sehingga November 2023, Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 di bawah pengurusan CyberSecurity Malaysia menerima sebanyak 5,480 insiden keselamatan siber, di mana penipuan dalam talian (fraud) kekal di tangga teratas dengan jumlah insiden yang dilaporkan sebanyak 3,447. Pada tahun 2022, sebanyak 4,741 insiden berkaitan fraud telah dilaporkan ke Cyber999.

    Manakala, statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pula merekodkan kes jenayah dalam talian meningkat sebanyak 37% bagi tempoh Januari hingga November 2023 berbanding 2022 dari 23,608 kepada 32,366 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM1.13 bilion, meningkat 46% berbanding tahun 2022.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi, “Sebagai penyedia perkhidmatan digital, CelcomDigi memahami kepentingan menyediakan persekitaran internet yang kondusif dan selamat untuk semua di samping menyemai kemahiran penggunaan internet yang bertanggungjawab, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membina masyarakat Siber Madani. Kami menekankan prinsip A.C.T (BERTINDAK) iaitu memupuk Kesedaran (Awareness), meningkatkan tahap Pematuhan (Compliance) dalam organisasi dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan, serta mengoptimumkan penggunaaan Teknologi (Technology) dalam memerangi ancaman scam. Kami percaya bahawa inisiatif secara kolektif ini dapat memberikan impak yang besar dalam memerangi scam secara berkesan.”

    Dianggarkan seramai 1,000 penjawat awam telah hadir pada sesi dialog dan forum anti-scam ini. Program yang diilhamkan oleh GBAS ini dianggotai oleh agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM), Yayasan Digital Malaysia. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

    Majlis Perasmian Penutup Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Zuki Ali; bersama-sama Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Bin Mohd Zin (Bersara); Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia Dato’ Ts. Dr Haji Amirudin Abdul Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif, CelcomDigi Berhad Datuk Idham Nawawi.

    Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 bermula di Selangor/Kuala Lumpur (18 Februari 2023), Perlis (20 Mei 2023), Sarawak (2 & 3 September 2023), Sabah (28 & 29 Oktober 2023), dan Kelantan (14 dan 15 November 2023).