Perniagaan kedai kopi kini bukan sekadar menjual minuman berkafein, tetapi dilihat sebagai simbol gaya hidup moden yang hip dan ‘Insta-worthy’. Namun di sebalik estetik dan populariti, realitinya jauh lebih pahit – dan inilah yang dikupas secara telus dalam Bru, sebuah drama Tonton Original yang menyentuh tentang kegagalan, kesilapan dan impian yang tergadai.
Di kala ramai anak muda terinspirasi untuk meninggalkan kerjaya korporat demi mengejar impian membuka kafe sendiri, Bru tampil sebagai cermin refleksi – betapa impian yang indah boleh bertukar ngeri tanpa asas dan etika kerja yang kukuh. Watak Shah (lakonan Shukri Yahaya) menjadi contoh klasik: penuh semangat tetapi cetek ilmu, dan akhirnya tersasar dari matlamat asal. Tanpa perancangan, tanpa kejujuran – kedai kopi idaman berubah menjadi mimpi ngeri.
Kisah Shah yang membuat keputusan drastik seperti membeli mesin kopi baru tanpa restu rakan kongsi Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi), malah membelinya menggunakan duit gaji Hani sendiri, menonjolkan realiti perniagaan kecil yang sering alpa dengan integriti. Isu seperti pengurusan lemah, kezaliman terhadap pekerja, serta sikap pentingkan diri turut dipaparkan, menjadikan Bru lebih daripada sekadar hiburan – ia satu pengajaran keras buat semua.
“Ramai lihat bisnes kopi sebagai trend, tapi lupa ia perlukan disiplin dan tanggungjawab. Bru bukan kisah kejayaan, ia kisah keinsafan,” kata penerbit siri tersebut.
Kini menjelang dua episod terakhir, Bru membawa penonton ke kemuncak penuh emosi – adakah Shah akan belajar dari kesilapan dan bangkit, atau kedai kopi impiannya akan berkubur seperti ratusan kafe lain yang gagal bertahan dalam pasaran sesak?
Jangan lepaskan episod akhir Bru pada 2 Jun 2025, hanya di Tonton – platform penstriman pilihan rakyat Malaysia. Langganan serendah RM9.90 sebulan membuka pintu kepada cerita-cerita yang dekat di hati, termasuk drama penuh pengajaran seperti ini.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, layari @TontonMY di Facebook, Instagram dan X.
Kerana kadangkala, secawan kopi juga menyimpan pahit yang tak mudah ditelan.
