Menandakan empat tahun pertumbuhan pesat dalam dunia hiburan digital, sooka, salah satu perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia, menyambut ulang tahunnya yang keempat dengan pelancaran pelbagai ciri baharu, kemas kini teknologi serta ganjaran eksklusif buat pengguna.
Sejak dilancarkan, sooka terus berkembang sebagai platform penstriman yang mesra pengguna tempatan – menawarkan kandungan hiburan dan sukan yang segar, relevan serta mencerminkan budaya dan citarasa rakyat Malaysia. Kini, selepas empat tahun, platform ini tampil dengan pengalaman yang lebih dipertingkat melalui pelbagai inovasi terkini.
Antara kemas kini utama termasuk peningkatan prestasi aplikasi sooka sebanyak dua kali ganda, pelancaran sooka TV Stick baharu dengan sokongan kandungan sukan dalam format 4K UHD, dan sistem navigasi serta cadangan kandungan yang diperibadikan mengikut pengguna. Tambahan pula, sooka memperkenalkan chatbot AI bagi meningkatkan kecekapan sokongan pelanggan serta Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang bakal dilancarkan di semua platform dalam masa terdekat.
Sepanjang tahun ini, sooka mencatat pertumbuhan luar biasa dengan peningkatan 100 peratus dalam pelanggan berbayar dan kini diiktiraf sebagai aplikasi sukan No.1 di Malaysia serta antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store. Dengan penilaian 4.6 bintang di Google Play dan 4.2 bintang di App Store, sooka terbukti sebagai salah satu aplikasi OTT yang paling pantas berkembang di negara ini.

Menurut Chu Young Lee, Pengarah sooka, empat tahun ini merupakan satu perjalanan yang penuh makna. Kami membina sebuah platform hiburan digital yang bukan sahaja mengutamakan kandungan Asia dan siaran langsung sukan, tetapi turut menerapkan teknologi terkini untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar. Fokus kami kekal untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui hiburan yang mudah diakses dan berkualiti tinggi.
Sempena ulang tahun keempat ini, sooka menghargai sokongan pengguna melalui pelbagai ganjaran menarik sehingga 31 Julai 2025. Pelanggan baharu boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA. Semua pengguna juga berpeluang memenangi hadiah setiap hari termasuk Smart TV LG 86 inci 4K UHD dan sooka TV Stick selama 30 hari berturut-turut. sooka TV Stick yang berharga RM349 kini boleh didapati secara percuma dengan pembelian pelan 6 bulan sooka Premium pada harga RM249. Tawaran beli 1 percuma 1 untuk pas tahunan juga boleh didapati di laman web sooka bermula 25 Jun 2025 untuk masa yang terhad, memberikan akses selama 24 bulan dengan harga bermula dari RM149. Untuk maklumat lanjut, layari www.sooka.my atau ikuti sooka di saluran media sosial rasmi mereka.
Melangkah ke tahun kelima, sooka merancang untuk memperluas kerjasama strategik dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama bagi menambah nilai kepada pelanggan. Dengan penambahbaikan kandungan dan pelaburan dalam teknologi, sooka komited untuk terus menjadi peneraju dalam landskap hiburan digital Malaysia.
sooka adalah semua dalam satu aplikasi hiburan. Muat turun hari ini di Apple App Store, Google Play Store, atau melalui platform Smart TV pilihan anda.
