RASA Layan Curry Fiesta: Himpunan Peminat Kari Terbesar Malaysia Bakal Gegarkan Setia City Co0nvention Centre Pada 5 Hingga 8 September

rasa

Bersedialah, peminat kari dari seluruh Malaysia, kerana RASA Layan Curry Fiesta bakal menjadi acara yang bukan biasa-biasa! Diadakan di Setia City Convention Centre dari 5 hingga 8 September, pesta ini dijangka menarik lebih 100 ribu pengunjung yang berkumpul untuk menikmati lebih 300 pilihan makanan berasaskan kari daripada pelbagai usahawan popular dari seluruh negara.

Bersempena sambutan Hari Malaysia, RASA Layan Curry Fiesta dianjurkan oleh portal majalah RASA bersama rakan kerjasama HAVOC. Pesta ini bukan sahaja bertumpu kepada nasi kandar paling “surr” dari serata tanahair, tetapi juga pelbagai jenis hidangan lain seperti nasi Arab, nasi Briyani, dan makanan viral yang pasti memikat selera ramai. Antaranya termasuk Hameediyah, Nasi Kandar Express, dan Mathaa’m yang bakal membawa citarasa autentik kepada para pengunjung.

Fiesta ini akan berlangsung selama empat hari, dari jam 11 pagi hingga 12 malam, dan menjanjikan kemeriahan yang berganda kerana diiringi bersama Syok Fest Kita, acara hiburan anjuran ASTRO di Oval Lawn, Setia City Convention Centre. Para pengunjung bukan sahaja dapat menikmati hidangan kari yang enak, malah boleh berhibur dengan pelbagai persembahan menarik.

Kari: Hidangan Penyatu Rakyat Malaysia

Mengapa kari menjadi fokus utama? Sejak sekian lama, kari telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Hidangan seperti roti canai dan nasi kandar telah sebati dengan budaya makanan kita, menyatukan semua orang di meja makan. Malah, roti canai sendiri telah diiktiraf sebagai salah satu makanan popular di dunia.

Menurut TM Roh, Presiden dan Ketua Pengalaman Mobiliti di Samsung Electronics, “Kari adalah lambang perpaduan di Malaysia, dan itulah sebabnya ia menjadi tema utama acara ini. Setiap suapan mengingatkan kita tentang bagaimana makanan boleh menyatukan rakyat dari pelbagai latar belakang.”

Acara Gempak Bersama Selebriti & Penghargaan Buat Riders

Pada 7 September 2024, Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara, akan merasmikan fiesta ini pada jam 4.30 petang. Sempena pelancaran, acara khas turut diadakan untuk menghargai jasa 200 penghantar makanan (riders) yang telah memainkan peranan penting dalam memajukan industri makanan negara.

Pengunjung juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Ojen Aiwahh, Wafi, Akiddos, Lia Maisara, Nasi Maqloba, dan Asfan Shah yang bukan sahaja mengadakan persembahan tetapi juga akan berniaga dan bersesi ramah mesra dengan peminat.

HAVOC pula akan menyajikan pelbagai program menarik sepanjang acara, termasuk Majlis Ilmu, Majlis Havoc Berselawat, Busking, Clown & Magic Show, serta Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak. Pengunjung juga boleh menyertai pertandingan memanah dan congkak yang diadakan untuk menambahkan lagi kehangatan acara.

Tersedia untuk Seisi Keluarga

RASA Layan Curry Fiesta bukan sekadar medan untuk pencinta kari, tetapi juga acara keluarga yang penuh dengan aktiviti menarik. Selain hidangan yang menggoda selera, acara ini juga mendapat sokongan penuh daripada MBSA, PRESMA, dan komuniti Nasi Khandaq Hunters. Jadi, samada anda peminat nasi kandar, pencinta hidangan viral, atau sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga, RASA Layan Curry Fiesta adalah destinasi terbaik anda.

Dengan sokongan daripada pelbagai pengulas makanan popular seperti KL Foodie, Epi Milaini, Mira Burger, dan Darus Lantak, acara ini pasti akan mendapat liputan meluas, menjadikannya salah satu festival makanan terbesar di Malaysia.

Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada RASA Layan Curry Fiesta yang bakal mencipta sejarah sebagai acara kari terbesar negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *