Blog

  • ADRENALINE UNLEASHED: ‘RUN FOR MONEY’ PREMIERES ON TONTON!

    Brace yourselves for an unparalleled thrill ride of the exclusive arrival of the Japanese reality competition sensation, “Run for Money,” premiering on GEM channel via Tonton starting 10 February 2024.

    “Run for Money” is not just a TV show; it’s an adrenaline-fueled experience where celebrities outmaneuver black-clad Hunters for a substantial cash prize. Contestants strategically evade pursuit, and the longer they elude capture, the greater the chance of winning a life-changing sum. The decision to turn themselves in or persist until the end adds suspense – a battle for wealth and pride.

    Originating in 2004 on Fuji TV, this real-life tag game show draws inspiration from the traditional Japanese game of “onigokko.” With 18 years of popularity, it won Best Game or Quiz Programme at the 2009 Asian Television Awards and received an International Emmy Awards nomination in 2010. The series, known for its thrilling sequences, became an Asian sensation after its initial broadcast in Japan.

    “Run for Money” is set to premiere on GEM channel via Tonton on 10 February 2024, marking a momentous occasion for fans eager to experience the thrills and challenges that have made it an international phenomenon.

    Subscribe to Tonton today for as low as RM 9.90 and witness the “Run For Money” for yourself. Download the Tonton app via Google Play or App Store, or visit www.tonton.com.my to get the best Asian entertainment experience.

    Keep up to date with Tonton on social media using hashtags #Tonton, and #RunForMoney. To get the latest info about your favorite show, visit Tonton’s Facebook, Twitter, Tiktok, and Instagram @tontonmy.

  • ‘Rindu Kasih 2’ Gandingan Ummi Nazeera & Izzue Islam Bakal Menemui Penonton Mulai 13 Februari 2024

    Ketika drama bersiri Rindu Kasih lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Amyza Aznan disiarkan di TV3 pada tahun 2022, ramai yang terkesan dengan lakonan mantap Ummi Nazeera yang melakonkan watak Salina, seorang anak perempuan yang dahagakan kasih sayang ibunya, sehingga sanggup melakukan jenayah, demi bertemu dengan ibu kandungnya yang merupakan seorang banduan.

    Kembali dengan musim kedua, Rindu Kasih 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

    Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

    Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam (Nafiz Muaz) apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

    Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

    Ummi Nazeera teruja untuk kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2. “Bagi saya, Salina ialah satu watak yang sarat dengan emosi dan juga seorang wanita yang kental berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya. Salina ialah salah satu watak paling berat yang digalas sepanjang penglibatan saya sebagai anak seni. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan P&D Pictures Sdn. Bhd serta rakan -rakan artis dan semua krew produksi yang menjayakan Rindu Kasih 2. Kami berharap agar drama ini juga menerima sambutan yang positif daripada penonton.”

    Rindu Kasih 2 terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya serta nukilan skrip oleh  K. Adlie dan Shaza Talib. Drama bersiri 20 episod ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

    Pastikan anda mengikuti Rindu Kasih 2 menerusi slot Samarinda bermula 13 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, satu jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • ARUS DERAS ZAMAERA X DAALIAH DALAM ‘BIG FISH’

    Baharu sahaja selesai menganjurkan acara Queendom Fest, sebuah festival muzik ‘all-female’ yang pertama seumpanya di Malaysia berlangsung di Lalaport.

    “Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil’” jelas pemilik nama sebenar, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28 tahun.

    Sejurus kepulangan Daaliah dari siri jelajah muziknya di Eropah, Zamaera bertemu dengannya lalu berkongsi perasaannya sebagai anak seni di Malaysia yang sudah pun mencapai peringkat siling, luah Zamaera, “Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.

    “Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.

    Kongsi Daaliah, “Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.

    “Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa.

    Pelantun lagu ‘Kill My Vibe’ dan ‘Dulu’ ini sebenarnya lebih sibuk berbanding dahulu, katanya, “Pada tahun lepas saya lebih fokus dalam menjayakan festival muzik wanita ‘Queendom Fest’, bekerjasama dengan Tong Tong Asia dan Jln Hackman banyak membuka mata dan juga peluang, saya bersyukur menjadi penerima Dana Kandungan Digital melalui My Creative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.

    “Ini merupakan projek pertama saya sebagai penganjur acara dan secara keseluruhannya, ia adalah kemenangan besar dan kami telah berjaya dalam menaikkan dan menyokong kalangan wanita kreatif. Walaupun ia jauh dari sempurna dan banyak pengajaran telah dipelajari sepanjang perjalanan, sejujurnya saya merasakan ia pastinya salah satu pengalaman terbaik yang saya alami dalam hidup setakat ini.

    “Menganjurkan sebuah acara dengan 10 orang artis wanita bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perjalanan tersebut mengajar saya keluar dari ‘zon selesa’ yang saling berkaitan dengan keluaran BIG FISH.

    “Single BIG FISH turut dipersembahkan ketika acara tersebut walaupun terlebih dahulu diperdengarkan di Axean Festival di Singapura dan sambutannya amatlah memberangsangkan, ramai yang sukakanya dan saya tidak sabar untuk lagu ini dilancarkan secara rasmi!

    Sebagai artis bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana label pasti ada cabarannya tersendiri, katanya, “Cabaran terbesar sebagai artis ‘independent’ setakat ini adalah membentuk sebuah pasukan yang jitu, kerana dengan pelbagai projek yang mendatang saya tidak menang tangan.

    “Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dengan para profesional berdasarkan sesebuah projek, tapi tidak berpanjangan. Saya seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri tetapi apabila ia berkaitan dengan team saya, saya perlu sangat yakin dengan siapa saya mengamanahkan kerja saya. Walaupun prosesnya mungkin lebih lama, ia benar-benar berbaloi.”

    Zamaera turut berkongsi cerita pengalaman bekerja dengan pengarah kreatif video muziknya, katanya, “MV BIG FISH diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan, kami bertiga (termasuk Daaliah) berhempas pulas memerah idea sehingga tidak tidur malam, kerana segalanya kami lakukan sendiri dan mahukan yang terbaik untuk peminat. Hafreez atau lebih dikenali sebagai @freezforshort di Instagram, mempunyai pendekatan hebat menggayakan dua artis itu bersama semua pereka fesyen Malaysia yang terdiri daripada Kittie Yiyi, Amanda Brown, Behati, Uzair, S7WNZ. “Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami di Kloe Hotel dan Shuang Xi kerana menjadi penaja tempat rasmi untuk penggambaran video muzik kami dan kerana mempercayakan visi kami untuk menjadi nyata”.

    Apa yang lebih menarik ialah kerjasama jenama dengan Vuse Street Covers, platform antarabangsa yang menonjolkan artis tempatan seperti saya dalam usaha memecah sempadan. “ Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan. Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.

    Di tanya apa yang kita boleh jangkakan dari Zamaera dalam tahun 2024, jawabya dengan teruja: “Saya bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga Queendom Fest 2.0! Bersedia untuk muzik baharu dan era baharu Zamaera”. Bagi Daaliah, “Sudah tentu lebih banyak muzik baharu (akhirnya) dan rancangan baharu di bandar baharu yang belum pernah saya kunjungi sebelum ini”.

    Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera.

    ‘BIG FISH’ kini tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes.

  • HARSONBEE MEMPERTARUHKAN PEMILIK HATIKU.

    Dalam industri muzik tempatan, penyanyi HarsonBee mungkin masih asing. Walau bagaimanapun, bakat yang dimilikinya tidak boleh diabaikan. HarsonBee, nama sebenar Harrison Bryan, bukan sahaja berbakat dalam menyanyi tetapi juga mencipta lagu.

    HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya citaan sepenuhnya
    berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila dia dilamar komposer ternama LY Baiduri untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Kelarai Sakti Sdn Bhd.

    Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan LY sebagai penerbit. HarsonBee berkata
    lagu ini dicita dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakal penerbit lagu ini ialah Abang L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam dunia seni”.

    “Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka. “Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu-
    satunya yang berada di dalam hati,” katanya.

    HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi.
    “Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep ‘bubblegum pop’. la adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen ‘catchy’, ‘cute’ dan juga ‘upbeat’.

    “Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa satu hari.

    “Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan ‘bulih pigi jauh ni’ (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan belia menhantar lagu Pemilik Hatiku ini kepada
    LY,” katanya.

    Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman dipantau oleh LY. “Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh LY selaku penerbit.

    Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah ‘story telling’ dan ringkas saja. MV ini dibuat secara ‘straight forward’, ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.

    HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman sekarang ini.

    Pemilik Hatiku kini boleh didengari di sema digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif
    di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • Raikan Musim Cinta Dengan Fokus Pada Penjagaan Diri!

    Kehadiran cinta semakin terasa, dan inilah saat yang sempurna untuk mengungkapkan perasaan cinta kepada insan teristimewa. Mengapa tidak jadikan diri anda insan istimewa tersebut? Ungkapan cinta teragung tentunya memanjakan diri dengan penjagaan diri sendiri. Selain meditasi dan penulisan jurnal, penjagaan diri turut merangkumi aspek  kecantikan dan kesihatan. Penjagaan diri sendiri sesungguhnya adalah lambang cinta yang sungguh mendalam.

    Memperkenalkan ageLOC® WellSpa iO® Nu Skin

    Dengan adanya ageLOC® WellSpa iO® Nu Skin, pengembalian tenaga selepas akitiviti harian yang melelahkan kini menjadi lebih mudah. Dengan teknologi arus mikro adaptif yang unik, peranti ini dirancang khusus untuk membantu anda berasa santai dengan meredakan tekanan dan ketegangan. Peranti ini bukan sahaja menggalakkan peremajaan kulit, malah ageLOC® WellSpa iO® turut mengurangkan penampilan selulit serta menegangkan kulit melalui penggunaan yang konsisten.

    Selain itu, manjakan diri anda dengan sesi urut dalam keselesaan rumah sendiri dan ubahlah ruang kediaman anda untuk menjadi sebuah spa! Nod logam ageLOC® WellSpa iO® yang sedang dipatenkan adalah direka sempurna bersesuaian dengan kontur badan. Untuk hasil yang optimum, gunakan ageLOC® WellSpa iO® bersama ageLOC® Body Serum dan ageLOC® Body Activating Gel. Manfaatkan aplikasi Nu Skin Vera® untuk memperibadikan peranti dan sesi rawatan anda mengikut keperluan diri. Melaburlah dalam diri sendiri kerana anda sememangnya berhak! Nikmati kelebihan peranti inovatif ini dan sertai pengguna lain dalam menambahbaik penampilan selulit, keanjalan, kontur, kelembutan, dan penampilan keseluruhan kulit serta badan.

    Memperbaharui kulit dengan Nutricentials® Pillow Glow Sleeping Mask

    Adakah anda memerlukan pengecasan semula untuk kembali segar selepas hari yang panjang? Anda akan merasai kesan berganda apabila menggunakan Nutricentials® Pillow Glow Sleeping Mask yang memberikan kesegaran yang diperlukan untuk kulit lesu anda! Sangat mudah diintegrasikan dalam rutin harian, gunakan sebelum tidur dan bangun keesokan harinya dengan kesegaran kulit yang anjal dan berseri! Meskipun kehidupan di pusat bandar mempunyai kelebihannya tersendiri, gaya hidup ini juga mendedahkan diri kepada tekanan persekitaran. Teruskan sambil meningkatkan daya tahan untuk melawan tekanan harian tersebut menggunakan bahan botani bioadaptif inovatif Nu Skin. Dihasilkan daripada tumbuhan yang tumbuh subur dalam persekitaran melampau, anda juga dapat menguatkan perlindungan kulit terhadap tekanan harian.

    Perbaharui, kurangkan dan segarkan diri anda semula dengan Nu Skin pada Hari Kekasih ini! Memperbaharui semula mineral penting yang hilang sepanjang hari, mengurangkan kelesuan dan penampilan pori, serta menyegarkan semula dengan penghidratan 24 jam dalam hanya satu produk!

    Belai rambut anda dengan kasih sayang dan kelembutan melalui ageLOC® Nutriol® Hair Care System​

    Apakah cara yang lebih baik daripada menikmati istirahat terbaik dengan memanjakan diri melalui urutan kulit kepala yang menyamankan dalam keselesaan rumah sendiri? Hayati ketenangan sambil meraih kebaikan daripada rangkaian produk unggul Nu Skin. Lembut tetapi efektif, ageLOC® Nutriol® Scalp & Hair Shampoo bertindak lembut pada kulit kepala dan menguatkan rambut yang rosak serta melindunginya daripada potensi kerosakan mendatang, untuk fikiran (dan rambut) yang bebas. Gayakan rambut tanpa perlu risau akan kerosakan haba dan hidratkan rambut yang sering diproses menggunakan ageLOC® Nutriol® Scalp & Hair Conditioner. Di samping itu, jangan biarkan rambut gugur disebabkan tekanan, dengan ageLOC® Nutriol® Intensive Scalp & Hair Serum, rambut menjadi lebih kuat dan kelihatan lebih tebal serta penuh dengan setiap penggunaan.

    Hadiahkan keanjalan pada kulit dengan Inner Focus™ Collagen Peptide

    Meningkatkan diri bermula dari dalam, dan anda boleh menganjalkan kulit dengan hanya minum Inner Focus™ Collagen Peptide dua kali sehari! Bukan sahaja mempunyai rasa yang menyegarkan, bahkan membantu kulit kelihatan segar dan berseri. Untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin, Inner Focus™ Collagen Peptide membantu melindungi kulit dan menjadikannya kelihatan serta berasa lebih muda agar anda berada dalam keadaan terbaik semasa meraikan percintaan!

    Diperkaya dengan Lutein daripada bunga marigold untuk melindungi kulit daripada tekanan oksidatif, anda boleh membebaskan diri daripada tekanan harian apabila menjadikan Inner Focus™ Collagen Peptide sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri. Oleh itu, jangan berlengah lagi, ayuh kembalikan keserian dan keremajaan kulit!

    Sempena Hari Kekasih ini, manjakan diri dengan menikmati penjagaan diri dan bersiap sedia untuk kelihatan bersinar dari luaran dan dalaman! Penjagaan kulit dan diri sememangnya penting untuk dijadikan sebahagian daripada rutin harian, bukan hanya sempena meraikan Hari Kekasih kerana diri anda berhak untuk mendapat yang terbaik. Ambil langkah pertama dalam mengutamakan diri sendiri hari ini dengan meneliti rangkaian produk Nu Skin yang komprehensif. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Nu Skin, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY.

  • ANDI BERNADEE TERKONTANG – KANTING MENJADI PENYAMBUT TETAMU HOTEL?

    Bermula 2 Februari 2024, Boleh Saya Bantu?, sebuah drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production telah menemui kaki-kaki drama menerusi slot Lestary, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Drama bersiri komedi ini berjaya mencuri perhatian penonton TV3 dengan jalan cerita yang mencuit hati serta lakonan bersahaja daripada Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Nasz Sally, Wanie Ooi dan Zaid Erakad. Boleh Saya Bantu? diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan merupakan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Azal Ezreen.

    Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan rutin harian Andi Bernadee yang memegang watak Nasar, seorang pekerja hotel yang perlu berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan dan masalah persekitaran kerja. Ia menampilkan cabaran atau masalah yang berlainan pada setiap episod yang memerlukan Nasar menyelesaikannya dengan sempurna demi menjaga reputasi baik hotel.

    Menurut Andi Bernadee, “Saya senang dengan genre drama Boleh Saya Bantu dimana jalan ceritanya tidak terlalu berat, mencuit hati tetapi mempunyai mesej untuk dikongsikan di penghujungnya. Ia juga memberikan cabaran baharu kepada saya untuk mengembangkan watak Nasar daripada seorang yang naif kepada staf hotel yang berprofesional dan lebih matang dalam menyelesaikan tugasannya. Bukan senangnya untuk menjadi Nasar kerana banyak SOP dan protokol di perhotelan yang perlu dibelajar. Saya berharap peminat akan menyukai drama ini dan teruskan memberikan sokongan kepada kami.

    Nasar (Andi Bernadee), seorang pemuda yang baru diberhentikan kerja telah menghadiri temuduga di  sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nasar hanya menyasarkan jawatan ‘bellboy’ tetapi jawatan itu telah disandang oleh Sudin (Mark Adam). Bagaimanapun, Farida (Riena Diana), pengurus hotel itu telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel kerana hotel amat kekurangan kaki tangan. Keputusan Farida telah mencetuskan persengketaan antara Farida dan Almya (Nasz Sally), pegawai sumber manusia.

    Nasar tidak mempunyai sebarang pengalaman. Jadi, Nasar terpaksa belajar tatacara dan mengikuti  latihan untuk mempersiapkan diri. Banyak masalah berjaya diselesaikan dengan bantuan Sudin. Nasar dilamun cinta dengan Farida tetapi Farida menaruh hati kepada Rashid (Zaid Erakad), seorang juru teknik yang turut bekerja di hotel tersebut. Tanpa mereka ketahui, Sudin hadir ke hotel itu dengan satu misi rahsia. Bagaimana Nasar menangani pelbagai kerenah penginap hotel pada setiap hari? Berjayakah Nasar memikat hati Farida? Dapatkah mereka menerima Sudin selepas niat sebenarnya terbongkar? ?

    Jangan ketinggalan untuk terus menonton Boleh Saya Bantu? menerusi slot Lestary, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim episod baharu bermula 12 tengah hari di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Single Terbaharu Wanns Ahmad “Syayangku”

    Wanns Ahmad, bintang yang sedang meningkat naik dalam industri muzik, memenangi hati peminatnya sekali lagi dengan mengeluarkan single terbarunya, “Syayangku.” Wanns, yang nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, mula popular pada 2015 dengan lagu “Terus Mencintaimu.” Lagu itu telah menjadi viral semula dan menawarkan pengalaman bunyi yang lebih ceria dan menarik dengan hanya sentuhan unik dan inovasi Wanns.

    Dalam satu kenyataan, Wanns Ahmad berkongsi, “Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi lagu terbaharu ini dengan semua peminat yang setia menunggu hampir 10 tahun selepas single pertama Terus Mencintaimu. Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya lagi gembira lagu Syayangku juga turut diterima sebagai lagu OST drama Surat Dari Tuhan”.

    “Syayangku adalah perasaan atau luahan hati terhadap seseorang yang kita jatuh cinta. Lagu ini turut mengajar kita untuk lebih berani untuk meluahkan isi hati kepada seseorang. Selain itu, saya juga ingin meraikan semua wanita terutama wanita yang berkongsi nama Sya dan untuk mereka yang menghadapi kesukaran menyebut huruf “S”, tambah Wanns lagi ketika ditemui dalam sidang media pelancaran lagu Syayangku yang bertempat di RedBox, The Gardens.

    Muzik video rasmi untuk Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 di Youtube NSR Malay dan sehingga kini telah mencapai lebih 140,000 jumlah tontonan. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang komposer dan penulis lirik, Wanns Ahmad sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan mengarah dan menyunting sendiri muzik video tersebut.

    Bercerita tentang perkembangan terbaharu, selain sibuk menguruskan kerjaya dalam dunia lakonannya, Wanns kini dalam proses menyiapkan lagu-lagu terbaharu dan merancang untuk mengeluarkan mini album atau EP yang mengandungi sekurang-kurangnya lima buah lagu.

    “Selepas melihat sokongan peminat yang sangat positif dengan lagu Terus Mencintaimu dan Syayangku, saya mahu mengekalkan momentum ini dengan menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu ciptaan saya dan bakal kelar tida lama lagi”, jelas Wanns yang berasal dari negeri jajahan Che Siti Wan Kembang.

    Peminat dan pencinta seni hiburan dijeput untuk terus menyokong Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu Syayangku di semua platform muzik digital. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Wanns Ahmad seperti di Instagram, Facebook dan Tiktok.

  • Muncul Dengan Single Oh Ibu, NEO Bakat Cilik

    L.Y. atau nama sebenarnya Rozman Shafie, Kredibiliti Penerbit muzik dan Komposer terkenal dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Lagu ciptaan bersama isterinya, Baiduri sejak 1990-an kekal sebagai lagu segar. malah masih menjadi siulan di kalangan pencinta muzik tanahair.

    Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu.

    Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. “Lagu Oh Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya. Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas.

    Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya. “Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi.

    Selepas siap lagu dan lirik, susunan muzik dihasilkan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak penerbit iaitu L.Y. Jadi, Bapak Jusak Irwan Sutiono mencadangkan susunan muzik digubah oleh muzik ‘arranger’ Indonesia. Di Indonesia susunan muzik ini dua kali diubah oleh LY supaya sesuai dengan saya dan bentuk muziknya kontemporari mengikut pasaran masa kini. “Vokal dirakam sebanyak tiga kali di Studio L.Y. Music Factory untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya,” katanya.

    Berkongsi lanjut, lagu Oh Ibu tetap memerlukan penghayatan biarpun ia bergenre rap. “Saya suka berjenaka, tapi tiba-tiba perlu fokus dan serius menyampaikan lagu ini. Sebagai penyanyi baharusaya cuba memberikan nyanyian yang terbaik tetapi masih gementar kerana ini kali pertama kami bekerjasama”, katanya. NEO berkata, walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain.

    Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO berkata MV memaparkan kedua ibu bapanya. “MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya. Ada beberapa klip yang memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri. “MV ini dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran MV ini.

    NEO berharap agar lagu pertamanya berjaya menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di hati pendengar di samping menghayati maksud lagu Oh Ibu. NEO juga berharap agar mendapat sokongan dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

    Oh Ibu kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • RIBUAN PEMINAT MEMBANJIRI MEET & GREET PALING IKONIK AJL 38 DI PASAR SENI!

    Hanya kurang daripada sebulan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024 (Ahad), pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung HD secara eksklusif hanya di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. Sekarang, anda dah boleh Tonton feveret anda di Smart TV!

    Satu sesi beramah – mesra dengan para finalis AJL 38 telah diadakan di Pasar Seni pada hari Ahad yang lalu (4 Februari 2024) di Pasar Seni dari pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Selain dihiburkan dengan sesi busking oleh Genji Buskers, ribuan pengunjung yang datang berpusu-pusu juga berpeluang untuk mendekati penyanyi kesayangan mereka iaitu Aina Abdul, Aisha Retno, Amir Jahari, Ernie Zakri, Hael Husaini, Marsha Milan, Masdo, Khai Bahar, Nabila Razali, Naqiu, Shiha Zikir, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.

    Sejak penganjurannya, AJL merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam usaha mengangkat lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. AJL juga telah menggabungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun.

    Tema AJL 38 iaitu MUZIKAVERSE, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer yang berbeza dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu.

    AJL ialah acara tahunan gilang – gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat – bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’.

    AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa di malam AJL nanti.  Jualan tiket AJL 38 akan bermula pada 5 Feb 2024 di laman web www.tonton.com.my Harga tiket bermula dari RM68 (Aras 4), RM78 (Aras 3), RM 178 (Arena), RM 398 (Front Seat).

    AJL 38 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad. Karpet Merah AJL 38 yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy akan bersiaran langsung di TV9, pada 3 Mac 2024, pukul 8.30 malam, serta strim LIVE HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

    AJL 38 dibawakan khas oleh ALHA ALFA sebagai penaja utama dan APPLECRUMBY sebagai penaja bersama. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

    Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

    Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 38:

    LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
    Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul
    Bintang Hael Husaini Hael Husaini Hael Husaini
    Sutera Aisha Retno Aisha Retno & MFMF Aisha Retno
    Hasrat Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
    Inilah Jalannya Masdo Noh Salleh Noh Salleh
    Darah Marsha Milan Naim Daniel & Firdaus Rahmat Naim Daniel & Firdaus Rahmat
    Waktu Hasif Upin &

    Ziana Zain

    Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Astana Ernie Zakri Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
    Kucuma Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah A.Ramlie & Ezra Kong A.Ramlie & Ezra Kong
    Kalam Shiha Zikir Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Selagi Ku Ada Khai Bahar & Nabila Razali Amylea Amylea
    Santai Faizal Tahir

    (Dinyanyikan oleh Naqiu)

    Faizal Tahir Faizal Tahir

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media.

  • Astro Radio meraikan Astro Audio (Radio & SYOK) Open Day bersama-sama pemain industri tempatan dan antarabangsa

    Astro Radio meraikan Astro Audio (Radio & SYOK) Open Day bersama-sama pemain industri tempatan dan antarabangsa termasuk wakil daripada label muzik dan rakan-rakan media yang memberi sokongan dalam membentuk landskap audio tempatan menerusi satu sesi eksklusif, diadakan pada 7 Februari 2024, di Astro Bukit Jalil.

    Astro Audio Open Day memberi pandangan di sebalik tabir operasi dinamik Astro Radio dan merupakan peluang unik untuk tetamu yang hadir berhubung dengan suara, visi dan matlamat yang memacu masa depan audio, termasuk personaliti radio yang menarik minat pendengar kami setiap hari, melalui 13 jenama radio merentasi Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

    Semasa sambutan ini, tetamu yang hadir adalah antara yang terawal mendengar tentang kempen-kempen Astro Radio yang menyeronokkan dan berinovatif dengan tujuan untuk menarik kira-kira 16.0 juta pendengar mingguan Astro Radio, berdasarkan GfK Radio Audience Measurement (RAM) , Wave 2 2023, agar lebih dekat dengan jenama- jenama Astro Radio.

    Untuk maklumat lanjut mengenai jenama-jenama Astro Radio, layari astroradio.com.my, atau ikuti platform media sosial Astro Audio.

    13 stesen radio merentasi semua bahasa, termasuk :

    • Inggeris: Hitz FM, Mix FM dan Lite FM
    • Melayu: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, ERA Sabah dan ERA Sarawak
    • Cina: MY, MELODY dan GOXUAN
    • Tamil: RAAGA

    Personaliti radio di Astro Audio Open Day, termasuk:

      • Inggeris: Zher (Hitz FM); Phat Fabes & Terry (Lite FM)
      • Melayu: Isha Norsham (ERA); Addnan, Mijul & Emma (ERA Sabah); Alisa & Ilmo (ERA Sarawak); Dina Nadzir (SINAR); Faizal Ismail & Anas (ZAYAN)
      • Cina: Joe & Catherine (GOXUAN)
      • Tamil: Vicky (RAAGA)