Sebuah konsert yang bakal mencipta sejarah apabila dua kumpulan rock gergasi, Cromok dan Amuk, akan bergabung untuk persembahan besar pertama mereka di atas satu pentas buat peminat muzik rock tanah air. Konsert yang dinantikan ramai ini, diberi nama Kasi Gegar! Cromok vs Amuk, akan diadakan di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu, 26 April 2025, bermula jam 9 malam.
Cromok yang ditubuhkan pada tahun 1987 diiktiraf sebagai perintis muzik thrash metal Malaysia, membawa pengaruh besar kepada dunia muzik tempatan. Dengan album-album yang berkesan, mereka telah menjadi nama besar di kalangan peminat muzik rock dan metal di negara ini. Sementara itu, Amuk, yang berusia lebih muda, memulakan perjalanan mereka pada tahun 1998 dan terus menyemarakkan industri dengan genre rock + metal yang penuh tenaga dan kemarahan. Katalog lagu-lagu hebat daripada kedua-dua kumpulan ini pastinya menjadi tarikan utama bagi peminat muzik rock.

Menggabungkan kedua-dua kumpulan ini dalam satu pentas adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Encik Mohd Agmeer Hj Farouke, Pengarah Eksekutif YNS Event Management, menyatakan bahawa konsert ini adalah suatu peluang luar biasa yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua kumpulan tersebut. “Konsert ini bukan hanya kali pertama gabungan Cromok dan Amuk, tetapi juga kali pertama diadakan di N9 Arena, Nilai selepas penambahbaikan yang dilakukan ke atas venue tersebut. Kami yakin peminat akan teruja dengan suasana konsert yang baru dan lebih besar di sini,” katanya.
Bandi, vokalis Amuk, berkata bahawa gandingan antara Amuk dan Cromok telah lama menjadi buah mulut peminat. “Peminat telah bertanyakan tentang kolaborasi ini sejak dulu lagi. Jadi, apabila peluang ini datang, kami tidak mahu melepaskannya,” ujar Bandi. Beliau juga mendedahkan bahawa akan ada persembahan khas di mana beliau dan Sam dari Cromok akan berduet dalam sebuah lagu, memberi satu pengalaman yang unik untuk semua yang hadir.
N9 Arena Nilai yang terletak di Negeri Sembilan menawarkan kemudahan terbaik untuk peminat yang ingin menyaksikan persembahan rock yang menggegarkan. Selain daripada tempat letak kereta yang luas, lokasi ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau dan ruang menunggu yang selesa. Karl @ Anuar, pemain gitar Cromok, turut menyatakan bahawa konsert ini akan memberi satu pengalaman yang luar biasa kerana ia adalah konsert pertama mereka di venue ini selepas ia dibaik pulih dan dibuka untuk acara konsert besar.
Harga Tiket yang Berpatutan untuk Semua
Memandangkan lokasi konsert yang strategik dan harga tiket yang berpatutan, konsert ini pasti akan menarik ramai peminat dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan kawasan sekitarnya. Tiket untuk menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding konsert besar di ibu kota. Berikut adalah harga tiket yang ditawarkan:
- RM118 (Cat 1 – Berdiri)
- RM158 (Cat 3 – Duduk)
- RM218 (Cat 2 – Duduk)
- RM248 (VIP – Duduk)
- RM388 (VVIP – Duduk)
- RM488 (GS)
Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual sejak 24 Januari 2025 melalui laman web n9arena.ubertickets.asia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik rock Malaysia!

Kedua-dua band ini pasti akan memberikan persembahan terbaik mereka kepada peminat yang hadir. Selain daripada persembahan solo oleh setiap kumpulan, peminat juga bakal disajikan dengan satu kerjasama epik di antara kedua-dua band. Ini merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan untuk melihat bagaimana dua gergasi rock ini bergabung dengan penuh tenaga dan semangat.
Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini atau untuk membeli tiket, sila layari laman web rasmi N9 Arena atau n9arena.ubertickets.asia.
Jangan Terlepas! Temui Cromok dan Amuk di N9 Arena Nilai pada 26 April 2025!