Ifa Raziah dan Roslan Shah Akhiri Persengketaan, Pilih Jalan Damai

Hubungan persahabatan antara penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah, bersama pengacara kelahiran Singapura, Roslan Shah, akhirnya kembali pulih selepas hampir tujuh tahun dilanda persengketaan. Keputusan untuk berdamai disahkan dalam sebuah sidang media bertajuk Kemaafan Dendam Yang Terindah yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan kehadiran para tetamu sebagai saksi.

Menurut Ifa, meskipun mereka telah berbaik semasa menghadiri sebuah festival di Singapura baru-baru ini, mereka merasa perlu mengadakan sidang media di Malaysia. Ini bagi menjelaskan keadaan kepada peminat di tanah air yang masih tertanya-tanya tentang punca perselisihan dan status hubungan mereka.

“Perselisihan antara saya dan Roslan bermula pada awal Januari 2018 di Malaysia. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana meleraikan ego kami berdua, dan kini silaturahim kembali utuh. Sidang media ini diadakan untuk memberi penjelasan kepada peminat di Malaysia yang mungkin belum mengetahui tentang perdamaian kami,” ujar Ifa dengan penuh rasa syukur.

Ifa menyifatkan hubungan persahabatan mereka yang telah terjalin sekian lama seperti sebuah keluarga. Beliau turut mengenang kembali pelbagai pengalaman suka dan duka yang mereka lalui bersama dalam usaha mencapai kejayaan masing-masing.

“Saya sangat bersyukur dapat memperbaiki hubungan dengan Roslan. Kami telah melalui banyak cabaran bersama dalam bidang seni dan perniagaan. Hubungan ini bukan sekadar persahabatan tetapi sudah seperti keluarga,” katanya.

Roslan juga turut menyuarakan kegembiraannya melihat persahabatan mereka kembali pulih dan berharap tiada lagi salah faham pada masa akan datang.

Dalam sidang media tersebut, Ifa turut berkongsi harapan agar pengalaman mereka dijadikan inspirasi untuk orang lain yang mungkin berdepan situasi serupa.

“Kisah ini diharapkan menjadi teladan. Jika ada perselisihan dengan sahabat, carilah jalan untuk berdamai. Menyimpan dendam hanya akan merugikan diri sendiri,” nasihat Ifa.

Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025

Selain berita perdamaian, Ifa juga berkongsi keterujaannya mengenai festival anjurannya, Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025, yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mac 2025 di KLBEC KL BASE Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan Nostalgia Raya, festival ini dijangka mencatat sejarah sebagai festival raya terbesar dan terpanjang di Asia, sekali gus diiktiraf dalam Asia Book Of Records.

Festival ini kini membuka peluang kepada usahawan untuk mendaftar sebagai vendor dengan tawaran harga promosi Early Bird sehingga 31 Januari 2025. Harga yang ditawarkan adalah:

  • Booth Indoor:
    • Intermediate: RM3,999
    • Corner: RM4,499
    • VIP: RM9,999
  • Booth Outdoor:
    • Corner: RM2,699
    • Intermediate: RM2,399

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 018-3722977.

Melalui acara ini, hubungan persahabatan yang kembali terjalin, Ifa Raziah dan Roslan Shah membawa harapan baharu kepada industri hiburan dan perniagaan.