HONOR Pad 10 Diperkenalkan, Jenama Tablet No. 1 Malaysia Kembali Dengan Spesifikasi Bertaraf Flagship

HONOR meneruskan langkah gemilangnya dalam dunia teknologi dengan pelancaran HONOR Pad 10, tablet AI baharu yang dilengkapi spesifikasi bertaraf flagship. Sebagai jenama tablet Android No. 1 di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut, HONOR berazam meneruskan dominasi pasaran menerusi ciptaan yang lebih pintar, efisien dan mesra pengguna, khususnya untuk kerja dan pembelajaran. Tablet ini akan mula dijual bermula 30 Mei 2025.

Pelancaran kali ini turut merangkumi perluasan ekosistem pintar HONOR yang merangkumi dua jam tangan pintar – HONOR Band 10 dan HONOR Watch 5 Ultra – yang akan tersedia di pasaran mulai 30 Mei. HONOR turut memperkenalkan komputer riba berprestasi tinggi, HONOR MagicBook Pro 14, yang bakal dijual bermula 13 Jun 2025.

HONOR Pad 10 menampilkan skrin 12.1 inci dengan resolusi 2.5K yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan 1.07 bilion warna. Ia turut memiliki 5 lapisan perlindungan mata termasuk teknologi AI Defocus serta pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland. Paparan yang terang dan selesa ini amat sesuai bagi sesi pembelajaran mahupun mesyuarat jangka panjang.

Bateri 10,100mAh yang digunakan pada HONOR Pad 10 adalah antara yang terbesar dalam kelasnya, menyokong aktiviti sepanjang hari. Dengan pengecasan pantas 35W, pengguna boleh menjimatkan masa dan mengekalkan produktiviti secara konsisten. Berat hanya 525g dan ketebalan 6.29mm pula menjadikan tablet ini ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, sempurna untuk pengguna aktif dan profesional.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, prestasi HONOR Pad 10 menyerlah dalam pelbagai tugasan. Dipadankan dengan 16GB RAM (termasuk RAM Turbo) dan storan dalaman 256GB, tablet ini mampu menjalankan aplikasi kompleks tanpa gangguan. Ia turut hadir bersama papan kekunci pintar Bluetooth dan HONOR Pencil yang menyokong kerja pejabat, pembelajaran mahupun lakaran digital.

HONOR Pad 10 juga mengintegrasikan teknologi AI terkini melalui HONOR AI Notes, HONOR AI Docs, HONOR Connect dan Magic Portal. Ciri-ciri ini membantu pengguna menulis, menyunting, menterjemah, memindah fail dan mengurus dokumen merentas peranti secara lancar. Magic Portal pula menawarkan akses pantas ke aplikasi seperti Waze, Instagram, Trip.com dan Grab hanya dengan satu gerakan jari.

Tablet HONOR Pad 10 akan tersedia dalam dua warna menarik – Cyan dan Gray – dengan harga jualan RM1,499. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma bernilai RM1,097 termasuk papan kekunci pintar Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan fon kepala HONOR CHOICE ANC.

Turut tersedia pada 30 Mei ialah HONOR Watch 5 Ultra pada harga RM1,099 dan HONOR Band 10 pada harga RM199. Kedua-dua jam tangan pintar ini ditawarkan secara eksklusif atas talian dalam pelbagai pilihan tali yang menarik. HONOR MagicBook Pro 14 pula boleh didapati bermula 13 Jun dengan harga RM4,999 dan didatangkan bersama langganan Microsoft 365 serta beg galas HONOR percuma.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/