Festival Warisan Selera Selatan 2026 Tampilkan Lebih 25 Vendor dan Hampir 200 Menu Tradisi Selatan

Written by

in

Festival Warisan Selera Selatan 2026 (FWSS 2026) kembali dengan penganjuran yang lebih besar selepas kejayaan edisi terdahulu yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat.

Festival yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2026 di Evo Mall, Bandar Baru Bangi ini membawa tema “Rasa Asli Menu Tradisi, Kini Di Bangi Lagi” dan dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

FWSS 2026 menghimpunkan lebih 25 pengusaha makanan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan hampir 200 hidangan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Antara menu yang bakal menjadi tarikan ialah Mee Rebus Haji Wahid, Induk Salai, Dodol Melaka, Asam Pedas, Masak Lemak Salai, Nasi Ambeng, Burasak, Lemang Periuk Kera serta pelbagai kuih tradisional.

Selain menawarkan pengalaman menjelajah pelbagai cita rasa warisan, festival ini turut menyediakan demonstrasi masakan, pertandingan memasak, persembahan kebudayaan, pertandingan busana batik, kuiz warisan, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Penganjuran FWSS 2026 disokong Tourism Malaysia, MPKj, TEKUN Nasional dan beberapa rakan strategik lain dalam usaha memperkukuhkan pelancongan domestik serta memelihara warisan makanan tempatan.