Category: Entertainment

  • Yes 5G Teams Up with Calpis Soda for Iconic Music Show Return

    Yes 5G Teams Up with Calpis Soda for Iconic Music Show Return

    Yes 5G is proudly joining forces with Calpis Soda One in a Million, the renowned Malaysian music competition that is making its highly awaited return after a 15-year break. Under the theme “Uncap Yourself,” this exciting collaboration aims to showcase raw talent and inspire Malaysians to unlock their full potential. Yes 5G’s involvement goes beyond mere sponsorship—it is a commitment to empowering local talent and supporting creativity, offering Malaysians the opportunity to excel in a digital world with no limits.

    Through its cutting-edge connectivity services, Yes 5G is providing an essential platform for up-and-coming stars to realize their dreams. With their reliable and affordable postpaid and prepaid plans, Yes 5G ensures Malaysians can push their boundaries without worrying about speed or data caps.

    What makes this partnership even more enticing? Yes 5G users will have an exclusive advantage during the competition. Starting from Episode 2 of the Live Show on 29 December 2024, Yes 5G customers will automatically receive 10x extra votes, giving them more influence to support their favorite finalists and make their voices heard in the race to victory.

    In addition to providing connectivity, Yes 5G is driven by the mission of making 5G accessible to everyone in Malaysia. The “Uncap Yourself” initiative aligns perfectly with Yes 5G’s vision of helping individuals explore their creativity and reach new heights. “We’re excited to partner with Calpis Soda One in a Million as it aligns with our belief in unlocking potential,” says Wing K. Lee, CEO of YTL Communications. “We are proud to support a competition that fosters innovation and inspires Malaysians to aim higher.”

    The rewards this year are set to be exceptional, with seven cars in collaboration with Peugeot and other exciting prizes. These rewards only elevate the stakes, ensuring the competition is not only thrilling but also rewarding for participants.

    This collaboration also brings together Calpis, a brand with a rich heritage in Malaysia, and Media Prima TV3, Malaysia’s leading television network with over four decades of entertainment experience. The combined strength of these partners guarantees that this competition will be a landmark event in the celebration of Malaysian talent.

    Yes 5G, Calpis Soda One in a Million, and Media Prima TV3 invite all Malaysians to join the movement of creativity, innovation, and connection. With exciting rewards, incredible talent, and unbeatable connectivity offers like the 999GB for RM1 plan, this competition promises to be an unforgettable journey for both participants and viewers alike. Stay tuned for updates and exclusive content as we count down to the grand finale!

  • Perjalanan Bakat Terbesar Malaysia Bermula, Calpis Soda One In A Million 2024 Hadir di TV3!

    Perjalanan Bakat Terbesar Malaysia Bermula, Calpis Soda One In A Million 2024 Hadir di TV3!

    Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Penantian penuh debaran kini berakhir dengan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), program pencarian bakat terbesar yang akan menggegarkan kaca TV anda setiap Ahad, bermula 22 Disember 2024, jam 9:00 malam di TV3. Selepas 15 tahun, CSOIAM kembali dengan skala lebih besar, menjanjikan hiburan luar biasa, kisah menyentuh hati, serta persaingan sengit yang pasti memukau penonton di seluruh Malaysia.

    Musim baharu CSOIAM ini hadir dengan lebih hebat, berani, dan memukau, mengusung kesegaran Calpis Soda untuk mencipta gelombang hiburan yang penuh kejutan dan tenaga. Program ini bukan sekadar pertandingan muzik biasa; ia menetapkan penanda aras baru dalam pencarian bakat di Malaysia. Dengan sokongan rakan kongsi hebat seperti PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO, CSOIAM membawa pengalaman yang lebih dinamik, mengasyikkan, dan penuh debaran kepada setiap peserta dan penonton.

    Setelah sesi uji bakat yang ketat, 32 finalis terbaik telah diumumkan melalui siaran istimewa Audition Journal pada 15 Disember 2024. Menurut Mr. Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd., CSOIAM membawa hadiah utama yang lebih besar, bernilai RM1 juta, termasuk RM500,000 tunai, sebuah PEUGEOT 408, dan kontrak rakaman eksklusif. Program ini bukan sekadar pertunjukan hiburan, tetapi juga merupakan platform untuk mencari ikon muzik Malaysia yang baru.

    Episod pertama bertemakan “Sejuta Bintang Kembali” menjanjikan pembukaan yang epik dengan persembahan khas dari juara-juara terdahulu, Ayu Damit, Suki Low, dan Tomok. Barisan juri berkaliber, termasuk Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, akan memberikan penilaian yang tajam dan profesional, memastikan hanya bakat terbaik yang layak ke peringkat seterusnya. Kehadiran Datuk Yusry bersama KRU, termasuk Edry dan Norman, turut menambah kemeriahan dalam persembahan interlude istimewa.

    Dengan 32 finalis yang mewakili pelbagai genre muzik, termasuk pop, R&B, rock, dan muzik tradisional Malaysia, CSOIAM menjadi pentas bagi bakat luar biasa bersaing untuk merebut gelaran juara. Setiap minggu, peserta akan menghadapi cabaran yang menguji kreativiti, ketahanan, dan kemampuan mereka. Keputusan setiap episod akan ditentukan berdasarkan 60% markah juri dan 40% undian penonton, yang akan dibuka mulai episod kedua.

    Selain itu, penonton berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000. Caranya mudah – hanya dengan mengimbas kod QR yang terpapar semasa iklan di skrin dan menjawab soalan dengan tepat. Untuk maklumat lanjut mengenai undian dan peraduan, penonton boleh melayari laman web rasmi CSOIAM di tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    Dengan 8 episod menarik, CSOIAM menjanjikan cabaran mendebarkan dan kejutan setiap minggu. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perjalanan luar biasa para peserta menuju ke puncak kejayaan dalam program yang penuh aksi dan drama ini. CSOIAM akan ditayangkan setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, dan pastikan anda mengikuti “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang akan bersiaran dari 26 Disember 2024 hingga 9 Februari 2025.

    Jangan lupa ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di platform media sosial untuk perkembangan terkini dan kemeriahannya. Rasai kesegaran Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!

  • Kejayaan Luar Biasa! Famili Duo Musim 4 Catat 4.3 Juta Penonton!

    Kejayaan Luar Biasa! Famili Duo Musim 4 Catat 4.3 Juta Penonton!

    Musim keempat rancangan realiti nyanyian keluarga TV3, Famili Duo, melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 4.3 juta penonton (sumber: AC Nielsen). Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Famili Duo sebagai program pilihan utama rakyat Malaysia pada slot Ahad, dari jam 9 malam hingga 11 malam. Tidak hanya menghiburkan, rancangan ini terus mencuri perhatian penonton di seluruh negara.

    Musim kali ini turut mencatatkan lonjakan prestasi luar biasa, dengan peningkatan rating sebanyak 71.6% berbanding musim lalu di platform Live TV dan AVOD di Tonton. Data ini membuktikan daya tarik Famili Duo bukan hanya kepada penonton TV, tetapi juga berjaya meraih perhatian di kalangan pengguna digital, selaras dengan era teknologi masa kini.

    Menurut laporan Meltwater 2024, program ini turut mencipta impak besar di media sosial, mencapai jangkauan mengagumkan sebanyak 3.8 bilion. Fenomena Famili Duo sering menjadi perbualan hangat, termasuk kontroversi pendedahan pasangan Naqiu serta kehilangan duo Didi Astillah dan Thamiera.

    Pada 15 Disember 2024, pentas akhir Famili Duo Musim 4 berlangsung dengan persembahan penuh magis daripada tiga pasangan akhir. Juara musim ini, Shiha Zikir dan Ieda Zikir, memukau juri dan penonton dengan kreativiti luar biasa, penghayatan mendalam, serta penguasaan pentas yang mengagumkan. Persembahan mereka membawa kemenangan, melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi kejuaraan.

    Mengorbankan masa, tenaga, dan wang mereka sendiri, pasangan ini melabur RM60,000 dan menanggung kecederaan untuk menghasilkan persembahan terbaik. Antara yang paling dikenang ialah gabungan futuristik lagu Dokter Cinta dengan elemen laser dan muzik EDM, serta persembahan Mentera Semerah Padi oleh Datuk M. Nasir yang mendapat markah sempurna 10 daripada kedua-dua juri.

    Sebagai naib juara, pasangan Ayie dan Salma turut memukau dengan gabungan lagu Kisah Ku Inginkan dan Haram dalam konsep Titanic, serta lagu Mentari Di Ufuk Timur dan Meniti Titian Usang yang penuh emosi dan semangat. Sementara itu, duo Tomok dan Sharul menghidupkan pentas dengan persembahan penuh elemen pesta melalui lagu Gadis Melayu, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Menggegar Dunia, dan Sang Saka Biru.

    Malam kemuncak turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Mas Idayu. Sebagai kejutan kepada penonton, beliau mempersembahkan single baharunya, Harum Mekar Di Hati, sebagai penutup acara.

    Carta Markah Akhir Famili Duo Musim 4:

    • Shiha Zikir & Ieda Zikir: 82.9%
    • Ayie Elham & Salma Asis: 79.5%
    • Tomok & Sharul Kamal: 62.6%

    Famili Duo Musim 4 dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama, dengan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut menyokong rancangan ini ialah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital.

    Untuk mendapatkan info terkini mengenai rancangan TV3, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, dan Twitter melalui @TV3Malaysia, serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

  • ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena Google Trends 2024, Catat Sejarah Dalam Top 5!

    ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena Google Trends 2024, Catat Sejarah Dalam Top 5!

    Drama Aku Bukan Ustazah sekali lagi mencipta sejarah! Selepas mencetuskan fenomena pada pertengahan 2024, drama yang pernah menghiasi slot Akasia TV3 ini kini mengukir nama sebagai satu-satunya drama Melayu yang berjaya menembusi Top 5 rancangan TV paling popular di Google Trends 2024. Lebih membanggakan, ia berjaya menduduki tangga keempat, bersaing sengit dengan rancangan antarabangsa, terutamanya dari Korea yang sering mendominasi carta.

    Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kehebatan industri drama tempatan, tetapi juga membuktikan bahawa karya tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan produksi antarabangsa. Ia turut menjadi bukti sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap kisah yang penuh dengan pengajaran, nilai kekeluargaan, dan mesej islamik yang mendalam.

    Mengangkat tema kekeluargaan dan kehidupan, Aku Bukan Ustazah berjaya menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat. Kisah ini mengupas realiti hidup yang kadangkala penuh liku dan cabaran, dengan membawa penonton menelusuri perjalanan watak-watak utama seperti Aminah, Adam, dan Omar. Drama ini bukan sekadar hiburan, malah turut mengajak penonton merenung erti sebenar kasih sayang, kesabaran, dan keikhlasan.

    Uniknya, setiap episod dipenuhi dengan babak penuh emosi yang membuatkan penonton tidak keruan. Plot twist yang mengejutkan, konflik keluarga yang menyentuh hati, serta pengajaran moral yang diselitkan dalam setiap babak menjadikan drama ini sebagai sebuah karya yang sukar dilupakan. Tidak hairanlah mengapa ia kekal relevan dalam perbualan penonton walaupun sudah berbulan-bulan berlalu sejak episod terakhirnya disiarkan.

    Kejayaan Aku Bukan Ustazah tidak hanya terhad kepada kaca televisyen. Di media sosial, drama ini menjadi topik hangat dengan lambakan video reaksi yang dihasilkan peminat. Penonton dari Malaysia hingga negara jiran seperti Singapura, Indonesia, dan Brunei turut terpikat dengan jalan cerita yang menyentuh emosi.

    Setiap episod penuh dengan babak yang mengundang kemarahan, sedih, dan keterujaan, membuatkan netizen tidak ketinggalan menghasilkan klip video reaksi yang menjadi viral. Malah, ramai yang memuat naik status dan ciapan di Twitter, berkongsi perasaan tertekan melihat watak-watak tertentu bertindak di luar jangkaan. Nama Aminah, Adam, dan Omar kembali menjadi sebutan ramai, mengimbau kenangan detik-detik mendebarkan sewaktu mereka menonton drama ini buat kali pertama.

    Lebih menarik, drama ini berjaya merapatkan jurang generasi. Dari remaja, ibu bapa, hingga “geng abang motor” pun terjebak menonton drama ini! Dengan jalan cerita yang relatable dan penuh keinsafan, Aku Bukan Ustazah berjaya mengumpulkan penonton dari pelbagai lapisan umur, bangsa, dan latar belakang.

    Sudah tentu, kejayaan sesebuah drama tidak akan lengkap tanpa barisan pelakon yang cemerlang. Aku Bukan Ustazah menampilkan deretan pelakon berbakat yang berjaya menghidupkan watak masing-masing. Antaranya:

    • Erysha Emyra sebagai Aminah – watak utama yang menjadi simbol kekuatan wanita.
    • MK K-Clique sebagai Adam – karakter yang mencetuskan perasaan benci, geram, tetapi tetap mencuri perhatian penonton.
    • Zahiril Adzim sebagai Omar – watak yang penuh teka-teki, menjadi elemen penting dalam mencorakkan jalan cerita.
    • Syad Mutalib, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, dan Fikhree Bakar – mereka ini membawa watak-watak sokongan yang turut mencipta impak besar dalam drama ini.

    Setiap watak, sama ada utama atau sampingan, mempunyai peranan tersendiri yang memperkaya naratif. Emosi penonton turut “diaduk” apabila melihat watak-watak ini bertindak di luar jangkaan. Ternyata, keupayaan pelakon-pelakon ini untuk mencipta emosi sebenar adalah salah satu kunci kejayaan Aku Bukan Ustazah.

    Seiring dengan populariti yang semakin meningkat, para peminat kini sudah mula membuat spekulasi tentang kemungkinan musim baharu untuk Aku Bukan Ustazah. Desas-desus mengenai kesinambungan drama ini semakin rancak diperkatakan. Ramai yang berharap agar TV3 atau penerbit memberikan lampu hijau untuk musim kedua.

    Walaupun tiada pengumuman rasmi setakat ini, peminat tetap setia menantikan sebarang info terkini. Harapan mereka hanya satu – mahu melihat kisah Aminah, Adam, dan Omar disambung semula. Jika ini menjadi kenyataan, pastinya ia akan mencetuskan fenomena lebih besar!

    Untuk mereka yang terlepas menonton drama ini, berita baik menanti anda! Aku Bukan Ustazah kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. Anda boleh menontonnya pada bila-bila masa menerusi laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

    Jika anda ingin mendapatkan berita terkini tentang drama-drama popular, termasuk sebarang kemas kini tentang Aku Bukan Ustazah, pastikan anda mengikuti akaun rasmi TV3 dan Drama Sangat di media sosial. Anda boleh ikuti platform Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia dan Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

    Kejayaan Aku Bukan Ustazah dalam carta Google Trends 2024 adalah pencapaian besar untuk industri drama tempatan. Ia membuktikan bahawa karya Melayu mampu bersaing dengan produksi antarabangsa, malah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

    Populariti drama ini tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada peminat yang terus memperjuangkan karya tempatan. Barisan pelakon, jalan cerita penuh emosi, dan kerjasama kru produksi – semuanya memainkan peranan penting dalam mencipta sebuah fenomena.

    Jika anda masih belum menonton Aku Bukan Ustazah, inilah masanya untuk menyertai ribuan peminat lain yang sudah jatuh cinta dengan drama ini. Adakah kita akan melihat musim baharu pada 2025? Sama-sama kita nantikan!

  • Ejen Ali & TNB Satukan Kuasa! Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2 Bakal Menggegarkan Pawagam Anda!

    Ejen Ali & TNB Satukan Kuasa! Filem Animasi Ejen Ali The Movie 2 Bakal Menggegarkan Pawagam Anda!

    Ejen Ali kini bersiap sedia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan kerjasama epik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Perikatan luar biasa ini membawa dimensi baharu kepada Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), yang bakal membawakan pengembaraan penuh aksi dan inovasi tenaga pada tahun 2025. Pelancaran teaser rasmi terbaru turut membuka lembaran baru bagi siri kempen kreatif yang dijanjikan penuh kejutan.

    Teaser kedua memperlihatkan kemunculan Neonimus, musuh lama yang kembali dengan misi menggemparkan di kota futuristik Cyberaya. Sebagai seorang penggodam yang mendapat inspirasi daripada permainan video, Neonimus mencipta kekacauan besar dengan motif rahsia yang masih menjadi tanda tanya. Untuk menangani cabaran ini, agensi rahsia MATA menghantar ejen terbaik mereka, Ejen Ali, yang kini dilengkapi sut perisai canggih bernama SATRIA. Persediaan ini menjanjikan pertempuran epik yang bakal menggamit perhatian peminat.

    TNB sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai penyokong utama Ejen Ali The Movie. Dengan reputasi sebagai pembekal tenaga utama Malaysia, TNB memanfaatkan peluang ini untuk memperkenalkan teknologi dan solusi tenaga masa depan mereka di dunia Cyberaya. Ini termasuk aset penjanaan kuasa TNB yang serba canggih dan melambangkan kemajuan masa depan. Kolaborasi ini merupakan kesinambungan kejayaan mereka pada filem pertama pada tahun 2019.

    Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, menyatakan, “Kami amat berbangga atas sokongan TNB. Dunia inovatif Ejen Ali adalah platform terbaik untuk memperkenalkan teknologi tenaga TNB yang sebenar, memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengamalkan gaya hidup lestari dan pintar.”

    Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, turut menyuarakan penghargaan kepada TNB, “Kolaborasi ini bukan hanya menghidupkan kembali Ejen Ali dengan penuh gemilang, tetapi juga menyampaikan mesej penting tentang tenaga mampan. Kami amat teruja untuk membawa mesej ini kepada penonton.”

    Lebih daripada sekadar filem, kerjasama ini menjadi platform untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang peralihan tenaga dan gaya hidup lestari. TNB akan melancarkan siri kempen khidmat masyarakat yang menyentuh isu kecekapan tenaga, keselamatan elektrik, dan tenaga boleh baharu, dengan sentuhan kreatif daripada dunia Ejen Ali.

    Rakan maskot TNB, Si Kucing Jero, juga akan kembali dalam versi animasi sebagai pakar tenaga di Cyberaya. Gabungan dinamik antara Jero dan Ejen Ali dijangka mencetuskan kandungan informatif yang menghiburkan serta memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menggunakan tenaga secara bijak.

    Encik Samsul Ariffin Zainuddin, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, menegaskan, Kuasa penceritaan boleh mencetuskan perubahan. Kolaborasi dengan EATM2 adalah langkah strategik untuk meningkatkan kesedaran mengenai teknologi tenaga masa depan. Bersama, kita memperkasakan masa depan yang lebih lestari.”

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton teaser rasmi kedua di saluran YouTube Ejen Ali di www.youtube.com/ejenali. Nantikan Ejen Ali The Movie 2 di pawagam pada tahun 2025 dan sertai misi epik ini bersama TNB untuk membentuk masa depan Cyberaya yang penuh inspirasi!

    Cyberaya Memanggil… dan Kuasa TNB Menanti Anda di Masa Depan!

  • Kini Lebih Mudah! Astro One Tawarkan 3 Pakej Hiburan Bermula RM49.99 Sahaja!

    Kini Lebih Mudah! Astro One Tawarkan 3 Pakej Hiburan Bermula RM49.99 Sahaja!

    Astro memperkenalkan Astro One, sebuah rangkaian pakej hiburan yang memudahkan dan memenuhi keperluan isi rumah di Malaysia dengan harga bermula serendah RM49.99. Tiga pakej utama yang ditawarkan—Entertainment Pack, Sports Pack, dan Epic Pack—memberikan pengalaman hiburan yang lebih fleksibel, mudah, dan mampu milik, menjadikan Astro lebih dekat dengan setiap keluarga Malaysia.

    Dengan menggabungkan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular, serta pilihan jalur lebar fleksibel, Astro One mencerminkan komitmen Astro untuk memberikan hiburan tanpa henti kepada rakyat Malaysia. Pakej-pakej ini tidak hanya menyatukan kandungan antarabangsa, serantau, dan tempatan, tetapi juga menawarkan lebih banyak pilihan mengikut genre dan minat pelbagai ahli keluarga, mengiktiraf perubahan cara tontonan kini yang meliputi pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, dan televisyen.

    Menurut Euan Smith, CEO Kumpulan Astro, “Astro One dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, dengan menggabungkan pelbagai perkhidmatan hiburan dalam satu platform yang mudah diurus dan berpatutan. Pakej ini memberikan nilai lebih kepada pelanggan, serta menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan langganan mereka mengikut keperluan, termasuk aplikasi penstriman kegemaran dan jalur lebar berkelajuan tinggi.”

    Astro One bukan sahaja memberi pengalaman hiburan yang lebih mudah, tetapi juga menandakan perubahan besar dalam peranan Astro sebagai platform penstriman. Pakej ini dirancang khas untuk memenuhi keperluan keluarga Malaysia, dengan setiap pakej menawarkan kemudahan dan fleksibiliti tinggi. Pakej-pakej utama yang ditawarkan adalah:

    1. Entertainment Pack: Menyediakan hiburan tempatan yang meliputi rancangan Astro Originals seperti Gegar Vaganza dan Project: Exit, program kanak-kanak, serta kandungan dari Korea, China, India, dan antarabangsa.
    2. Sports Pack: Menawarkan akses kepada pelbagai acara sukan secara langsung seperti Liga Perdana, Formula 1, MotoGP, NBA, dan banyak lagi, serta kandungan hiburan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
    3. Epic Pack: Dikhususkan untuk peminat filem, dengan akses ke aplikasi penstriman utama seperti Netflix, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi. Pakej ini turut merangkumi kandungan sukan dan hiburan dari Entertainment Pack dan Sports Pack.

    Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati lebih daripada 11 aplikasi penstriman popular, termasuk Viu, iQIYI, WeTV, dan Zee5, serta pilihan tambahan seperti saluran HBO dengan kandungan Max, dan pakej khas mengikut minat seperti Variety, Kanak-kanak, Berita, dan Dokumentari.

    Kemudahan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan jalur lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps. Pelanggan boleh menyesuaikan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi My Astro, termasuk menukar pakej, memilih tambahan, dan menikmati penstriman tanpa had dengan Ultra dan Ulti Box.

    Astro juga menawarkan Astro Fibre untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi, memastikan pelanggan menikmati hiburan dengan kelancaran maksimum di pelbagai peranti. Dengan Astro One, keluarga kini dapat menstrim hingga empat peranti serentak di Astro GO, memastikan setiap ahli keluarga dapat menikmati kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

    Dengan Astro One, Astro terus komited untuk mempertingkatkan pengalaman hiburan rumah tangga di Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau melanggan pakej Astro One, layari www.astro.com.my atau hubungi 03 9543 3838. Nikmati hiburan tanpa henti untuk seluruh keluarga dengan Astro One!

  • Aksi Epik MLBB M6 Kini di Tonton! Strim Kejohanan Dunia MLBB Secara PERCUMA!

    Aksi Epik MLBB M6 Kini di Tonton! Strim Kejohanan Dunia MLBB Secara PERCUMA!

    Berita baik buat peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia! Kejohanan Dunia MLBB M6 kini kembali dengan lebih hebat dan mendebarkan. Bermula 7 hingga 15 Disember 2024, Tonton membawakan siaran langsung eksklusif kejohanan e-sukan bertaraf dunia ini terus ke skrin anda. Bersiap sedialah untuk menyaksikan pertempuran sengit tanpa henti selama 24 jam setiap hari!

    Kejohanan M6 kali ini menyaksikan penyertaan 16 pasukan terbaik dari serata dunia, termasuk dua wakil tempatan yang bakal menggegarkan arena — Selangor Red Giants dan Team Vamos. Mereka akan bertarung dengan pasukan ternama dari Filipina, Indonesia, Singapura, China, dan negara lain dalam misi merebut gelaran juara dunia. Peminat MLBB pasti teruja melihat pasukan kegemaran mereka beraksi dalam pertarungan penuh strategi, ketangkasan, dan semangat juang.

    Dengan tema #GreaterThanEver, edisi kali ini tampil dengan pelbagai pembaharuan menarik. Bukan sahaja dari segi format permainan, malah hadiah wang tunai juga telah dipertingkatkan kepada jumlah terbesar dalam sejarah M-series — sebanyak USD 1 juta! Dengan peringkat Swiss Stage, Knockout Stage, dan Grand Final yang dijadualkan dari 7 hingga 15 Disember, kejohanan ini menjanjikan saat-saat yang penuh debaran.

    Selepas lima tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada kejohanan M-Series. Ini merupakan peluang keemasan buat peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri pertarungan sengit dalam suasana yang lebih dekat di hati. Kembalinya M6 ke tanah air pastinya menjadi kebanggaan kepada komuniti e-sukan tempatan, terutama apabila dua pasukan Malaysia turut bertanding untuk memburu kejuaraan.

    Persoalan paling hangat — siapakah yang bakal membawa pulang trofi M6 dan dinobatkan sebagai juara dunia MLBB? Adakah juara bertahan akan terus unggul, atau bakal muncul pemenang baharu yang memecahkan dominasi? Dengan format kejohanan yang lebih mencabar, setiap perlawanan dijangka sarat dengan aksi epik dan plot kejutan yang tidak dijangka.

    Tak perlu risau ketinggalan detik-detik penting kejohanan ini. Dengan Tonton, anda boleh menonton semua perlawanan secara PERCUMA! Muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar anda atau layari www.tonton.com.my untuk mendaftar akaun dan menikmati akses penuh ke saluran khas MLBB. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan setiap saat penuh aksi dari peringkat Swiss Stage hingga ke Grand Final pada 15 Disember.

    Sebagai platform penstriman terkemuka di Malaysia, Tonton terus komited dalam menyokong industri e-sukan. Kerjasama bersama Mobile Legends: Bang Bang adalah langkah besar untuk memperkasakan ekosistem e-sukan di Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada komuniti tempatan, khususnya golongan belia, untuk mengenali potensi besar dalam industri ini. E-sukan kini bukan sekadar permainan, malah ia menjadi platform kerjaya baharu yang menjanjikan prospek cerah.

    Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M6 hanya berlangsung sekali setahun. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Saksikan pertempuran penuh emosi dan kesungguhan dari pemain profesional terbaik dunia. Kumpul rakan-rakan anda, nyalakan semangat dan sorak pasukan kegemaran anda sepanjang kejohanan ini berlangsung.

    Untuk mendapatkan kemas kini tentang Kejohanan Dunia M6 dan program lain yang disediakan Tonton, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram @tontonmy. Sertai perbualan dengan tanda pagar rasmi #Tonton dan #GreaterThanEver!

  • ‘Benci Jadi Cinta’ Drama Bersiri Vertikal Pertama TV3 di TikTok!

    ‘Benci Jadi Cinta’ Drama Bersiri Vertikal Pertama TV3 di TikTok!

    Bagaimana jika dunia yang bertentangan tiba-tiba bertembung? Itulah kisah di sebalik Benci Jadi Cinta, drama bersiri vertikal pertama TV3 yang akan memikat hati anda bermula 9 Disember 2024. Menampilkan pelakon utama Syahmie Thsaqeef dan Harissa Adlynn, siri ini bakal membawa anda ke dalam dunia penuh konflik, tawa, dan cinta yang tidak dijangka.

    Benci Jadi Cinta mengisahkan Syah (Syahmie Thsaqeef), seorang lelaki yang tegas, tenang, dan serba teratur, serta Orked (Harissa Adlynn), wanita penuh semangat dengan personaliti ceria dan gaya hidup yang serba berwarna. Pertemuan mereka di tempat kerja mencetuskan konflik apabila perbezaan ketara antara mereka mula menimbulkan pertelingkahan.

    Namun, takdir mengatur mereka untuk bekerjasama dalam sebuah projek penting. Ketegangan demi ketegangan bertukar menjadi detik-detik kecil yang penuh makna—seperti momen perkongsian hati, pengalaman cinta lalu, serta impian yang selama ini terpendam. Hubungan yang bermula atas dasar kerja akhirnya mula berubah, menyemai perasaan cinta yang tidak mereka jangka.

    Seiring dengan perjalanan mereka, mampukah Syah dan Orked melepasi ego masing-masing dan mengakui perasaan sebenar? Atau adakah kehadiran pihak ketiga akan merumitkan lagi hubungan mereka? Jawapannya hanya dapat anda temui dalam episod demi episod yang sarat dengan elemen komedi romantik dan drama.

    Sebagai drama bersiri vertikal pertama TV3, Benci Jadi Cinta membawa 20 episod berdurasi 2 minit setiap satu. Siri ini disiarkan secara eksklusif di platform TikTok @DramaSangat pada jam 12 tengah hari setiap hari, bermula 9 hingga 28 Disember 2024. Format ini memastikan penonton dapat menikmati jalan cerita yang ringkas tetapi padat dengan emosi dan hiburan.

    Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, berkata, “Benci Jadi Cinta adalah langkah strategik TV3 untuk memenuhi kehendak penonton masa kini, terutamanya generasi muda yang lebih cenderung kepada kandungan di media sosial. Siri ini adalah usaha kami untuk mencipta pengalaman baharu dan memperluaskan jangkauan platform kami melalui TikTok.”

    Bagi Syahmie Thsaqeef, memegang watak utama sebagai Syah adalah pengalaman yang mencabar tetapi menyeronokkan. “Watak Syah adalah peluang untuk saya meneroka sisi baharu dalam dunia lakonan. Saya harap penonton bukan sahaja terhibur, tetapi juga dapat merasai perjalanan emosi watak-watak ini,” katanya.

    Adakah anda #TeamBenci atau #TeamCinta? Jangan lupa untuk mengikuti episod pertama Benci Jadi Cinta di TikTok Drama Sangat mulai 9 Disember ini. Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif, ikuti TV3 di:

    • Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram: @TV3Malaysia
    • Instagram rasmi Drama Sangat: @DramaSangat
  • Liza Aziz Terus Dominasi Gegar Vaganza 11, Menang Dua Minggu Berturut-Turut

    Liza Aziz Terus Dominasi Gegar Vaganza 11, Menang Dua Minggu Berturut-Turut

    Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz, terus mengukuhkan kedudukannya dalam persaingan musim ini apabila berjaya mengekalkan kedudukan pertama pada minggu kedua. Persembahan memukau yang disampaikan dengan penuh jiwa telah membuatkan Liza sekali lagi dinobatkan sebagai juara, mencatatkan markah sebanyak 74.80% menerusi lagu “Siapa Wajah Dihatimu” yang dipopularkan oleh kakaknya, Azlina Aziz.

    Liza yang terkenal dengan bakat nyanyian luar biasa dan keteguhan dalam setiap persembahan tidak pernah berhenti untuk memberikan yang terbaik. “Saya hanya menyanyi dengan sepenuh jiwa raga. Saya anggap persembahan itu ketika saya buat show sahaja. Dan saya sangat puas hati sebab orang suka dengan persembahan saya dan Alhamdulillah saya menang sekali lagi,” ujar Liza dengan penuh rendah diri.

    Kemenangan ini bukan sahaja mengesahkan kedudukan Liza sebagai bintang yang sangat disukai, tetapi juga menunjukkan bagaimana kesungguhan dalam memberi persembahan yang terbaik mampu memberi impak besar kepada penonton dan juri.

    Menginjak ke minggu ketiga, GV11 memasuki tema “Ceritera”, di mana para peserta diberi cabaran untuk menyanyikan lagu yang dekat dengan perjalanan hidup mereka. Tema ini memberi ruang kepada para peserta untuk lebih menyentuh hati penonton dengan mengungkapkan kisah hidup mereka melalui lagu.

    Liza, bersama bintang-bintang lain yang masih kekal bertahan, akan melalui ujian ini dengan penuh semangat. Peserta yang berjaya memasuki tangga lima teratas diberi pilihan untuk menyanyikan lagu yang disarankan atau memilih lagu lain. Cabaran baru ini pastinya akan meningkatkan tahap persaingan dan memberi peluang kepada para peserta untuk mempersembahkan karya yang lebih mendalam dan beremosi.

    Pada minggu kedua, tiada penyingkiran berlaku, memberi peluang kepada semua peserta untuk terus bersaing dalam rancangan ini. Arrora Salwa, yang mendapat perhatian ramai sejak kemunculannya di GV11, juga terselamat daripada penyingkiran, menjadikan pertandingan semakin sengit. Para peminat pastinya teruja untuk melihat bagaimana peserta-peserta ini akan mengharungi cabaran seterusnya dalam usaha mereka untuk merebut gelaran juara.

    Rancangan Gegar Vaganza 11 terus memukau penonton dengan menampilkan juri-juri hebat seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS. Kehadiran mereka memberi penilaian yang objektif dan profesional terhadap setiap persembahan peserta. Ditambah lagi dengan pengacara berbakat, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, acara ini bukan sahaja menghiburkan, malah penuh dengan kejutan dan momen-momen luar biasa.

    Berikut adalah markah para peserta di kedudukan 10 teratas bagi minggu kedua:

    No.  Penyanyi Markah
    1 Liza Aziz 74.80%
    2 Dyrga Dadali 69.10%
    3 Sheila Abdul 66.30%
    4 The Lima 64.90%
    5 Ning Baizura 64.90%
    6 Zehra Zambri 62.20%
    7 Fairuz Selamat 60.80%
    8 Illa Sabry 56.40%
    9 Inka Christie 54.30%
    10 Yazid Lovehunters 53.70%

    GV11 masih disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka. Ini memberi pilihan fleksibel kepada penonton untuk mengikuti perjalanan program ini mengikut keselesaan mereka, tanpa terlepas sebarang detik penting.

    Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman menonton yang lebih baik, Astro juga menawarkan tawaran masa terhad untuk langganan Astro Baharu, dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma. Peluang ini pastinya sangat menguntungkan bagi peminat setia GV11 yang ingin terus mengikuti perkembangan bintang-bintang kegemaran mereka.

    Gegar Vaganza 11 terus menjadi pentas yang penuh dengan kejutan dan bakat luar biasa. Apakah yang akan terjadi pada minggu seterusnya? Hanya masa yang akan menentukan, namun yang pasti, GV11 tetap menjadi rancangan yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik tanah air.

  • Festival Filem Malaysia Ke-33 Kembali Lagi, 7 Filem Terbaik Diiktiraf Tahun Ini

    Festival Filem Malaysia Ke-33 Kembali Lagi, 7 Filem Terbaik Diiktiraf Tahun Ini

    Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 mencatatkan sejarah penting dengan tujuh filem cereka berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam kategori Filem Terbaik, menandakan pencapaian luar biasa dalam industri perfileman tempatan. Filem-filem yang berjaya menempah tempat tersebut adalah Imaginur, Abang Adik, Sheriff: Narko Integriti, Rain Town, Duan Nago Bogho, Mechamato Movie, dan Hungry Ghost Diner.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkongsi bahawa persaingan dalam kategori Filem Terbaik tahun ini sangat sengit. “Walaupun hanya lima filem sepatutnya dipilih untuk senarai Top 5, kami menerima keputusan untuk mengiktiraf tujuh filem. Ini adalah bukti peningkatan kualiti filem tempatan dan juga pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh banyak karya ini,” katanya.

    Azmir juga menambah bahawa untuk tahun ini, FFM menerima lebih 100 pencalonan, sebuah rekod tertinggi selepas dua tahun tanpa penganjuran akibat pandemik. Kualiti setiap filem yang terpilih, menurut beliau, sangat memuaskan dan layak untuk dianggap sebagai pemenang. Beberapa filem, seperti Abang Adik dan Imaginur, telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan di festival filem antarabangsa serta menerima kutipan pecah panggung.

    “Peminat dan pemerhati industri dapat melihat betapa sengitnya persaingan antara filem-filem ini. Abang Adik yang mendapat 11 pencalonan dan *Imaginur* dengan 15 pencalonan, adalah antara yang paling dominan tahun ini,” tambah Azmir.

    Barisan juri FFM 33 berhadapan dengan cabaran besar dalam memilih pemenang yang sebenar, dengan pertimbangan terhadap banyak aspek teknikal dan artistik. Namun, FINAS memberi jaminan bahawa pemilihan dibuat secara telus dan setiap juri telah menonton filem-filem yang bertanding berulang kali untuk membuat keputusan yang tepat.

    Azmir juga mengumumkan bahawa, selepas malam kemuncak, pihak media akan diberi peluang untuk bertanya kepada juri tentang kriteria yang digunakan dalam pemilihan Filem Terbaik, memberikan penjelasan yang lebih mendalam kepada pembikin filem tempatan mengenai apa yang dijadikan asas penilaian.

    Selain itu, Azmir menekankan bahawa FFM 33 tidak hanya bertujuan untuk meraikan pencapaian industri perfileman, tetapi juga untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan keluarga sepanjang musim banjir. Pengumuman tentang bantuan kepada mangsa banjir juga dijangka akan diumumkan pada malam kemuncak acara ini.

    Malam kemuncak Anugerah FFM 33 akan berlangsung pada Sabtu ini, di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur, dan akan disiarkan secara langsung di TV2 serta YouTube FINAS, bermula pada jam 8.30 malam.