Category: Religion

  • Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen

    Perjalanan sirah Asma binti Abu Bakar (R.A.), yang rela berkorban jiwa dan raganya dalam menyukseskan Hijrah Nabi s.a.w. serta mendukung Saidina Abu Bakar, kini menjadi sumber inspirasi bagi penyanyi nasyid baru, Mateen, dalam menciptakan lirik single terbarunya.

    Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah  Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi  menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina  Abu Bakar di Gua Thur.

    “Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah  dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita  bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu  perjuangan menegakkan agama Allah” Ujar Mateen.

    Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau  Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu.

    “Sebelum ini saya mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali  ini untuk single kedua saya memilih lagu yang lebih perlahan dan memerlukan  penghayatan serta memasukkan elemen sirah nabawiyah” Tambah Mateen lagi.

    Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang  berlaku lebih 1400 tahun lalu. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit  berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.

    “Saya harap lagu ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pendengar semua serta  dapat dihayati dan diambil iktibar dari kisah sirah yang cuba disampaikan” ujar Mateen

    Lagu Asma Abu Bakar baru sahaja dilancarkan pada 16 Februari 2024 yang lalu dan kini  telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

  • Ijmal Cinta Ramadan, Sambil Beramal Sambil Berhibur

    Mereka yang mengetahui kelebihan bulan Ramadan setiap tahun sangat menantikan kedatangannya. Dan pada bulan ini pasti mereka mengetahui apa kelebihannya pada bulan ini.

    Ia bukan sekadar satu bulan biasa, tetapi juga memberi peluang yang unik untuk meningkatkan kesedaran spiritual, meningkatkan ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Mengambil keberkatan bulan suci itu, syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang bakal diadakan pada 23 Mac di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

    Konsert Ijmal Cinta Ramadan bakal menampilkan barisan penyanyi lagenda tanah air seperti Datuk Hattan, Ella dan Aris Ariwatan.

    Penganjur Mubarak Akhtar berkata, Konsert Ijmal Cinta Ramadan bukanlah sebuah persembahan berbentuk hiburan semata-mata, tetapi sebuah acara yang sarat dengan nilai- nilai spiritual yang sesuai dan bermakna dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

    Menurutnya, orang ramai yang membeli tiket juga turut berpeluang untuk beramal.

    “Seperti biasa, pada petang itu akan berlangsung tadarus al-Quran dan tazkirah yang mendalam sebelum kita semua bersama-sama berbuka puasa. Kemudian, kita akan melaksanakan solat maghrib secara berjemaah.

    “Kita juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan. Selepas itu, solat isyak dan tarawih akan diadakan. Dan barulah persembahan yang ditunggu-tunggu bermula,” katanya.

    Menurutnya, penganjur juga tidak melupakan insan seni yang berdepan masalah Kesihatan dan kewangan.

    “Pada acara ini juga, kita turut meraikan 10 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan untuk kita berikan sumbangan. Semoga ia dapat membantu meringkan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

    Berkongsi mengenai pemilihan artis, Mubarak berkata ketiga-tiga mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri selain kesudian mereka untuk terbabit dalam persembahan istimewa ini.

    “Ketiga-tiga artis ini tidak hanya mempunyai kelompok peminat yang besar tetapi juga menunjukkan kesudian yang luar biasa untuk terbabit dalam persembahan istimewa ini. Sesuatu yang cukup bermakna apabila mereka sudi untuk menjayakan konsert ini,” katanya.

  • QURAN@ 114: MENYELAMI KEINDAHAN AL-QURAN MELALUI KONSEP TADABBUR, TAFAQQUH, TAZAKKUR DAN I’TIBAR

    Memenangi hati penonton dengan catatan prestasi sebanyak 7.3 juta screenview pada musim pertama, rancangan Quran@114 diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di TV AlHijrah.

    Quran@114 musim kedua menemui penonton pada setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sebanyak 366 episod sepanjang tahun.

    Istimewanya, rancangan ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi penonton juga akan didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar.

    Tadabbur merupakan proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan ayat al-Quran. Tafaqquh pula adalah proses memahami ajaran al-Quran. Manakala tazakkur adalah peringatan, nasihat serta teguran. I’tibar pula adalah pertimbangan atau kebijaksanaan dalam berfikir.

    Rancangan Quran@114 ini disiarkan dengan format lima hari tadabbur, satu hari pengajian tafsir dan bahasa Arab serta satu hari pengajian tajwid & taranum dengan menggunakan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir Jalalain sebagai rujukan.

    Menampilkan para asatizah yang berperanan sebagai pentadabbur seperti Dr. Shamsul Mohd Nor, Imam Muda Hassan, Prof. Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Ustaz Hariri  dan Ustaz Zarifi, penonton pastinya dibimbing agar mempunyai kefahaman menyeluruh tentang Islam.

    Selain itu, para qari dan qariah seperti Tlmiz Fahmi, Ustaz Jalal Zaiki, Ustaz Fahmi Asraf, Ustaz Ammar Mukhliz, Ustaz Husaini Mahmur dan Ustazah Sofizah Mousin akan melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan lunak serta dilagukan dengan tarannum berbeza.

    Quran@114 beriltizam  untuk membuka jalan dan ruang pembelajaran buat penonton untuk mendalami, memahami dan mengaplikasi  ajaran al-Quran di dalam kehidupan seharian.

    Dr. Shamsul Mohd Nor sebagai contoh, memberikan dimensi ilmiah yang mendalam terhadap cara terbaik memahami al-Quran dalam konteks agama, sejarah dan budaya. Sementara itu, pentadabbur terkemuka seperti Imam Muda Hassan dan Ustazah Isfadiah memberikan perspektif praktis, menghubungkan pemahaman kitab suci dengan kehidupan seharian.

    Program ini membuka ruang untuk  penonton merenung dan menyelami mukjizat al- Quran. Dengan memuliakan kekayaan ajaranNYA, Quran@114 menjadi panggung bagi penonton untuk memahami dan merasakan kedalaman rohani yang terkandung dalam setiap bait ayat suci Ilahi.

    TV AlHijrah berkeyakinan rancangan ini mampu menjadi program yang membawa pengalaman unik dan bermakna buat segenap lapisan masyarakat. Program ini mempelopori cara penyampaian yang inovatif dan interaktif untuk membantu penonton meresapi dan menghayati ajaran Islam secara keseluruhan.

  • KEJUTAN EPISOD PERTAMA AKADEMI QURRA’ 2024, TILMIZ ARIF DIUMUM UNDUR DIRI

    Tirai episod pertama Akademi Qurra’, sebuah program realiti taranum al-Quran di TV AlHijrah dilabuhkan dengan penuh kejutan apabila peserta dari Kelantan, Tilmiz Arif menarik diri secara rasmi.

    Pengumuman yang dibuat Raqib Majid selaku hos rancangan di minit-minit akhir rancangan itu pada awalnya agak mengelirukan kerana penonton dimaklumkan bahawa Tilmiz Arif tersingkir dan bukan menarik diri.

    Pemangku Pengurus Kanan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata, Tilmiz Arif bukan tersingkir kerana memperoleh markah yang rendah. Sebaliknya, beliau memilih untuk menarik diri disebabkan isterinya sedang sarat hamil. Tambahan, terdapat  beberapa urusan peribadi lain yang tidak dapat dielakkan.

    “Memang tiada penyingkiran di episod pertama Akademi Qurra’ 2024. Kita mahu peserta panaskan badan dahulu. Namun, disebabkan Tilmiz Arif yang mohon undur diri, maka penyingkiran terpaksa dibuat secara rasmi.

    “Pengunduran Tilmiz Arif memberikan peluang kepada Tilmizah Athiyyah untuk menyambung ruang juang di bawah Mudarris Amar. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

    Zulkarnaen turut berkongsi penerimaan positif penonton terhadap musim kedua rancangan Akademi Qurra’ ini.

    “Kami terima banyak permintaan untuk meneruskan musim kedua. Malah, jika kita lihat tontonan live mencecah 900 penonton. Untuk rancangan keagamaan, jumlah ini cukup baik.

    “Saya jangkakan, kita akan lihat kemajuan rating dan ranking dari minggu ke minggu. Namun, yang paling penting kita mahu penonton beroleh ilmu al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan,” jelasnya.

    Episod pertama bertemakan Jihad turut menyaksikan Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza menjadi pilihan juri apabila masing-masing memperoleh markah tertinggi sebanyak 92 peratus.

    Tilmiz Amnan yang diuji dengan taranum Hijaz menerusi surah Al-Hijr, ayat 9 mendapat komen baik dari  Dr. Anuar Hasin selaku juri jemputan ekoran mempunyai lontaran suara yang luas, capaian yang padu dan nafas yang selesa.

    Juri tetap Ustazah Sharifah Khasif  turut memberi komen positif terhadap lontaran baik Tilmizah Firza yang menbaca surah Al-A’raf ayat 201 dengan taranum Nahawand.

    Selain itu, momen manis buat Tilmiz Luqman saat berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah menerusi alunan taranum Nahawand yang dilontarkannya apabila diminta oleh juri untuk membacakan Surah Ar-Ra’ad, ayat 31.

    Kejayaan Tilmiz Luqman, yang juga merupakan peserta termuda dari Johor itu membolehkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 sumbangan Million Bucks dan sebuah rehal al-Quran.

    Sebagai rekod,  kesemua 12 peserta Akademi Qurra’ 2024 diletakkan di bawah bimbingan  Mudarris Ammar, Mudarrisah Nadiah dan Mudarrisah Suhailah.

    Tilmiz Nabil, Tilmizah Syahira, Tilmizah Athiyyah dan Tilmiz Dr. Adli berada di bawah pantauan Mudarris Ammar. Tilmizah Sofea, Tilmizah Busyra, Tilmiz Taufiq dan Tilmizah Firza berada dibawah seliaan Mudarrisah Nadiah. Manakala, Mudarrisah Suhailah pula merupakan pengajar kepada Tilmiz Luqman, Tilmizah Ainsyafa, Tilmiz Amnan dan Tilmizah Sholihah.

    Rancangan yang disiarkan secara langsung dari Studio Digital TV AlHijrah pada setiap Sabtu, jam 9 malam, turut diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah selaku juri tetap dan dibantu oleh juri khas iaitu Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

  • ENAM FINALIS ANUGERAH CARTA 114 TV ALHIJRAH BERENTAP MEREBUT GELARAN JUARA

    TV AlHijrah buat julung kalinya akan menerbit dan menyiar secara langsung Anugerah Carta 114, pada hari Sabtu ini, 13 Januari 2023, tepat jam 9 malam, dibawakan dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah.

    Anugerah Carta 114 merupakan sebuah platform pengiktirafan yang memberikan penghormatan kepada bakat penggiat seni  terbaik dalam industri nasyid dan lagu ketuhanan Malaysia.

    Menurut Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar,  Anugerah Carta 114 (AC114) musim pertama ini dibuat bagi menghargai karya para penasyid, penulis lagu, pemuzik video serta para penonton setia stesen kami.

    “Enam kategori utama telah dipertandingkan sepanjang rancangan Carta 114 mula disiarkan setahun yang lalu.  Kategori tersebut adalah Artis Solo Pilihan, Artis Kumpulan Pilihan, Lirik Terbaik, Muzik Video Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Lagu Pilihan Peminat.

    “Penonton diberi kuasa penuh untuk memilih pemenang mingguan menerusi undian kod QR dan pautan yang dikongsi di kaca televisyen pada setiap episod siaran rancangan ini. Pada minggu ke 39 siaran, Jalal Zaiki selaku hos rancangan telah mengumumkan pemenang 6 kategori utama yang layak berentap di pentas akhir AC114,” jelasnya.

    Menurut Zulkarnaen, undian penonton telah memuktamadkan Shidee Khayran yang menyampaikan lagu Hadirmu sebagai pemenang kategori Artis Solo Pilihan. Artis Kumpulan Pilihan pula dimenangi oleh InTeam dengan lagu Selimut Putih. Manakala Ustaz Tiga Beradik yang menyampaikan lagu Si Bujur Sireh menjuarai kategori Lirik Terbaik.

    Tiga kategori berbaki iaitu Muzik Video Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Lagu Pilihan Peminat Lagu digondol Fitri Harris dengan lagu Hanya kamu, One Path dengan penampilan Nazrey Johani menerusi lagu Laila Majnun dan Darwish dengan lagu Linangan Laduni.

    “Kemuncak pada Sabtu ini, kesemua juara enam kategori ini akan berentap membuat persembahan terbaik bagi memenangi tiga  kategori anugerah utama. Juara Anugerah Carta 114 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi.

    “Bagi pemenang vokal terbaik dan pemenang persembahan terbaik pula, masing-masing  bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi. Manakala pemenang Anugerah Khas Carta 114 akan membawa pulang RM5,000 dan trofi.

    “Kami berusaha untuk pastikan AC114 menjadi acara tahunan di TV AlHijrah. Ini adalah permulaan. Ini juga merupakan cara stesen kami menghargai penonton dan pemuzik nasyid yang banyak membantu dalam memacu pertumbuhan industri muzik nasyid tempatan.

    “Kesemua finalis akan diadili juri professional iaitu Farihin Abdul Fatah selaku ketua juri dan dibantu Amran Omar dan Lah Ahmad. Semestinya, mereka mencari juara yang berbakat, berilmu, versatil dan relevan,” ujarnya.

    Fitri Harris, penyanyi dan anggota kumpulan nasyid UNIC, ternyata teruja  apabila lagu Hanya Padamu dendangannya diundi penonton bagi kategori Muzik Video Terbaik.“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat. Saya tidak menjangkakan langsung. Namun, jika dilihat dari segi kualiti muzik video sepanjang 22 tahun saya berkecimpung di dalam industri ini, muzik video Hanya Kamu adalah yang terbaik pernah saya hasilkan. Lagu ini juga dijadikan runut bunyi untuk drama di Nurflix.

    “Persiapan semuanya berjalan lancar baik walau saya kini berada di Lubnan untuk misi kemanusiaan. Saya akan sampai di Malaysia sehari sebelum AC114. Tetapi,  dari segi kesihatan, konsep dan lain-lain, kita berhubung secara atas talian untuk pastikan semua berjalan seperti yang dirancang. Ada kejutan untuk peminat pada malam persembahan nanti.

    “Harapan saya agar lagu ciptaan saya dan Awi Rafael ini dapat diterima semua penonton dan juri pada malam tersebut Saya akan buat yang terbaik. Saya akan sampaikan mesej daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Hablum Minallah dan Hablum Minannas Insya-Allah,” jelasnya.

    Anugerah Carta 114 turut dimeriahkan dengan persembahan Madley oleh Aris Ariwatan, Amir Ukays dan Syafiq Farhain. Kumpulan nasyid terkemuka Raihan turut membuat persembahan.

  • THE ISLAMIC TOURISM CENTER ORGANIZES A HIGH TEA EVENT TO EXPRESS APPRECIATION AND CELEBRATE THE ACHIEVEMENTS OF ISLAMIC TOURISM MONTH 2023 (ITM 2023)

    Today is a significant day as the Islamic Tourism Centre (ITC) organizes a special Appreciation High-Tea event to express their sincere appreciation to the strategic partners, sponsors, and media professionals who have played a vital role in making Islamic Tourism Month 2023 (ITM 2023) a successful endeavor throughout the months of August and September.

    The Appreciation High-Tea is a testament to the unwavering dedication and tireless efforts of all parties involved who have played an instrumental role in disseminating the essence of Muslim-friendly travel experiences, fostering cross-cultural understanding, and showcasing the beauty of Islamic tourism.

    ITM 2023 has served as a powerful platform to showcase the rich tapestry of Malaysia’s culture, heritage, and the essence of tolerance that defines our nation. It is more than a celebration; it is proof of the diversity that makes Malaysia unique.

    Through ITM 2023, Malaysia not only welcomes visitors to experience the warmth of our hospitality but also invites them to explore the beauty of our traditions, historical sites, and the coexistence of various cultures. It’s a celebration of unity, creating a bridge that connects people from different backgrounds through the universal language of hospitality.

    ITC recognises the tremendous opportunities ITM can present for businesses, especially small and medium enterprises (SMEs), entrepreneurs, and our youth. The potential within Islamic Tourism, marked by innovative Muslim-Friendly products and services, is vast.

    Malaysia’s aspiration to become a prominent Umrah Hub calls for more Muslim-friendly tourism and hospitality (MFTH) offerings. A recent meeting between the Secretary-General of MOTAC, YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, with the Saudi Tourism Board to discuss the matter further, was an encouraging development to strengthen Malaysia’s ties with Saudi Arabia.

    “This is an open invitation for businesses to venture into this Muslim Friendly Tourism and Hospitality (MFTH) growing market, offering unique experiences that cater to the specific needs and preferences of the Muslim travellers, and that can also be enjoyed by the non-Muslims. With the right blend of creativity and cultural sensitivity, entrepreneurs can tap into this lucrative market, fostering economic growth and expanding the horizons of our tourism industry,” said YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman.

    “MOTAC would like to extend its deepest thanks to each and every media outlet and strategic partner who has played a part in making ITM 2023 a triumph. Your tireless efforts have not only elevated the profile of this event but have also contributed to building bridges of understanding and appreciation in our global community. May the stories and collaborations you’ve shared continue to resonate, inspire, and foster a world that embraces the beauty of diversity,” he added.

    Also speaking at the event, Director-General of ITC, Nizran Noordin said, “ITM 2023 provides opportunities for industry players to showcase their products and services in high demand by the Muslim tourist market. The domestic and international travellers get to experience Malaysia’s multi-cultural diversity and moderate Islamic lifestyle in a safe and welcoming environment.”

    Nizran added, “ITM 2023 has successfully achieved approximately RM2 million in sales derived from special promotions on accommodations, travel packages, spa and wellness experiences, food and beverages, shopping and retail offers, as well as events, seminars and exhibitions.”

    “In addition, through the ITM 2023 Tiktok Challenge, we also reached out to the younger generation, garnering more than 1 million views of the #DiscoverMFAR and #ExperienceITM2023. It’s one of the efforts we are making to engage more actively with youths,” he shared.

    The pinnacle of the evening featured the certificates presentation to more than 10 media partners in various categories, including television, radio, print, and online media for their outstanding coverage and special report on ITM 2023.

    Certificates of appreciation to 126 ITM 2023 strategic partners; Aras Mercu, Serai Group, Exec Travel & Tours, D&D Beauty House Sunway Putra Mall, Mitsui Outlet Park KLIA, Tamu Hotel & Suites, Nasyrul Quran Putrajaya, and Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, among others were also presented.

    The event also revealed the 30 winners of the ITM 2023 TikTok Challenge – out of more than 83 participants – to win RM45,000 worth of prizes sponsored by Mastercard, Resorts World Cruises, Sim Leisure Group (including Escape and Kidzania), Lost World of Tambun, and MyBurgerLab, highlighting the creativity and enthusiasm of participants.

    A special ceremony to formalise a memorandum of understanding (MOU) between ITC and the Malaysian Association of Hotels Training and Education Centre (MAHTEC) wrapped up the afternoon which further signifies a strengthened commitment to collaboration and mutual growth.

    ITM 2023 was organised by ITC from 21 August till 30 September 2023, over a month-long showcase of events, activities, and tourism offerings for the public, tourists, industry players, and entrepreneurs alike that presents itself as a gallery of the rich and unique Islamic tourism experiences regardless of their ethnicity or religion.

  • THE ISLAMIC TOURISM CENTRE’S INVOLVEMENT IN MIHAS 2023 SHINES A SPOTLIGHT ON MUSLIM-FRIENDLY TOURISM OFFERINGS

    The Islamic Tourism Centre (ITC), an agency operating under the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), is actively involved in the Malaysian International Halal Showcase (MIHAS 2023) from September 12th to 15th. This event is dedicated to highlighting Malaysia’s outstanding Muslim-friendly tourism offerings within the travel industry. You can find the ITC at Booth No. 11320 on Level 3 of Hall 11 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

    During the international showcase, participating partners under the ITC umbrella are Aora Spa and Wellness Jitra, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu, Permai Hotel Kuala Terengganu and Klana Beach Resort Port Dickson.

    ITC is hopeful that the agency’s participation will bring together travel industry professionals, government officials, and key stakeholders from around the world to explore Malaysia’s diverse range of offerings that cater to all travellers.

     

    ITC will also offer an exclusive business networking session called Let’s Sembang Together on MFAR@MIHAS on 13 September located at MIHAS Corner, Level 1, Hall 2, MITEC from 10am – 1pm. Visitors to MIHAS are welcomed to join ITC there to understand about the potential of the Muslim tourist market and learn more about ITC’s Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) programme from Fitra Mohd. Ali, Industry Development Manager of ITC.

    Assistant Director of Industry Relations Section, Halal Management Department from Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ustaz Norakmal Mohamad will also be at the business networking session to share about Halal certification.

    Director-General of ITC, Nizran Noordin expressed excitement about the agency’s participation in MIHAS 2023, stating, “We are thrilled to present the diverse offerings that Malaysia has in store for Muslim travellers”.

    “Our commitment to inclusivity and providing exceptional experiences extends to all visitors, and we are excited to welcome Muslim travelers from around the world to explore the beauty and culture of Malaysia,” said the Director-General of ITC.

    In a celebration of Malaysia’s rich architectural tapestry throughout the recently-launched Islamic Tourism Month 2023 (ITM 2023), ITC’s visibility in MIHAS 2023 aimed at highlighting Malaysia’s diverse array of Muslim-friendly products and services, foster collaboration among industry stakeholders, and solidify strategic partnerships among the Islamic Tourism ecosystem players through the month-long event in September.

    On top of special promotions on accommodations, travel packages, spa and wellness experiences, food and beverages, shopping and retail offers, as well as events, seminars and exhibitions, this year’s ITM 2023 is also enhanced by the use of QR technology to provide the public with easy and instant access to the exclusive offers by ITM partners during the entire month.

    There is also a TikTok Challenge that the public can participate in to win special prizes sponsored by various industry partners that includes Mastercard, Resorts World Cruises, ESCAPE Theme Park, Lost World of Tambun, Kidzania and myBurgerLab. Among the top prizes are 30 prepaid cards pre-loaded with RM1,000 each by Mastercard.

    More details at the website itm2023.itc.gov.my

  • Pentas Marhaban akan mengangkat tema Hiburan Tradisi Nurani

    Dengan melancarkan realiti TV realiti berjudul Pentas Marhaban, TV AlHijrah meningkatkan kedudukan stesen itu sebagai agen penggerak dakwah di platform penyiaran.

    Pentas Marhaban adalah rancangan hiburan realiti TV Islamik bertujuan mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam iaitu seni berzanji, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen.

    Bercerita mengenai buah tangan terbaru TV AlHijrah, Namanzee Harris selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, TV AlHijrah senantiasa memposisikan kedudukannya sebagai agen penyebar dakwah yang memikul tugas fardu kifayah dalam mendidik masyarakat Malaysia khususnya.

    “Selepas kejayaan rancangan realiti Hijrahkan Laguku pada tahun 2021 dengan pencapaian keseluruhan (screen view) sebanyak 1.7 juta penonton  dan rancangan realiti Akademi Qurra’ pada tahun 2022 dengan pencapaian keseluruhan (screen view) sebanyak 4.4 juta penonton,  TV AlHijrah perlu konsisten menghidangkan rancangan hiburan kekeluargaan mengikut syarak.

    “Tambah pula, baru-baru ini mengikut laporan data AC Nielson, TV AlHijrah terus memenangi hati penonton apabila berjaya melonjakkan jumlah tontonan peratusan perkongsian saluran (channel share) sehingga menduduki tangga lima teratas (top five) stesen tv terbaik di Malaysia sekaligus mengatasi saluran hiburan di negara ini.

    “Kejayaan ini adalah penanda aras buat stesen tv kami untuk terus berjuang mengangkat martabat program-program yang bersifat spiritual dan Islamik ke mata dunia, insya-Allah. Peningkatan yang baik ini juga adalah petanda baik bahawa rancangan Pentas Marhaban yang akan diterbit dan disiar secara langsung ini bakal menjadi fenomena di dalam dunia penyiaran.

    Dalam pada itu, Namanzee juga teruja kerana TV AlHijrah merupakan satu-satunya stesen televisyen negara yang mengangkat aktiviti berzanji dan marhaban yang menjadi amalan tradisi masyarakat melayu dalam majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan cukur jambul ke kaca televisyen dan seluruh medium penyiaran sebagai program realiti.

    “Pentas Marhaban diterbitkan bagi memenuhi metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Malaysia MADANI, Pelan Transformasi Al-Falah, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak. Ini secara jelasnya akan mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang dari aspek spiritual dan fizikal,” jelas Namanzee.

    “Pentas Marhaban akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 11 November akan datang,” katanya lagi.

    Tambah beliau, Pentas Marhaban akan mengangkat tema Hiburan Tradisi Nurani, dan dihoskan oleh Syamsul Ghau Ghau dan Juara Akademi Qurra’  musim pertama, Tilmiz Fahmi.

    Ustaz Husaini Mahmur, qari negara yang juga merupakan qari bagi rancangan Quran@114 di TV AlHijrah akan bertindak sebagai penasihat Pentas Marhaban, serta diadili dua  juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Hafiz Gambus. Tidak dilupakan juga sesi penjurian daripada juri jemputan mingguan.

    Sewaktu ditebak mengenai peserta-peserta yang akan bersaing di Pentas Marhaban, beliau berkata, sebanyak dua belas kumpulan marhaban bakal bersaing mengalunkan rangkaian puisi tentang kisah Rasulullah SAW  serta puji-pujian kehadrat Ilahi yang disampaikan dengan iramanya yang tersendiri dengan penumpuan kepada tiga elemen utama pada setiap persembahan iaitu Mawal, Marhaban dan Qasidah.

    “Mereka dipilih disebabkan kefasihan, kelunakan serta kreativiti persembahan yang terbaik. Suka saya kongsikan, kesemua dua belas kumpulan bukan berada di sini semata-mata untuk merebut gelaran juara. Namun apa yang utama, mereka semua akan menjadi ikon elemen hiburan Islamik yang menitikberatkan wasilah dakwah kontemporari yang berupaya menghubungkan penonton dengan Rabbul Jalil,” katanya.

    “Dua belas kumpulan tersebut adalah Al-Muhtadin, Selawat Buskers, Soutun Nadwah, Al Maqari, Mawaddah, Qalbun Hadi, An Ni’matul ‘Uzma, Shoutul Huffaz, Nurul Akhyar, Sinar Marhaban, Raudhatul Ashwaq dan Intracksee,” tuturnya menutup bicara.

    TV AlHijrah berkeyakinan bahawa Pentas Marhaban yang diterbitkan secara kreatif, bersifat malar segar, sesuai dengan selera dan penerimaan masyarakat mampu melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa tauhid dalam kerangka dan batas syariat.

    Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Pentas Marhaban  boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal Alhijrahnews.com serta portal HBIT.my.

  • PESTA GEMILANG UMMAH MEGA HAFLAH 2023

    Tarikh 7 Oktober 2023 akan dikenang sebagai hari yang penuh bermakna, di mana Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam menjadi saksi kepada Festival Ummah Mega Haflah yang menakjubkan. Acara ini turut diselaraskan pada 22 Rabiulawal 1445H, mencetuskan kegembiraan dan kesyukuran di kalangan hadirin.

    Majlis yang gemilang ini dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat, pengasas #MyInfaqIhsan dan #SweetTalkKeSyurga. #MyInfaqIhsan merangkumi usaha dalam kerja-kerja kebajikan, sementara #SweetTalkKeSyurga adalah usaha berdakwah yang amat bermakna.

    Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,

    1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022,
    2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022,
    3. Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023),
    4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),
    5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),
    6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),
    7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
    8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
    9. Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)
    10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

    Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai, dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.

    Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al- quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

    Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

    Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

    Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.

    Sekian, terima kasih.

  • Illuminating Islamic Tourism: Recognizing Visionaries at the 1st WITA Ceremony in 2023

    KUALA LUMPUR , 15 SEPT 2023 : Against the backdrop of the Asia Hajj, Umrah & Islamic Tourism Conference and Exhibition (AITEX 2023), the World Islamic Tourism Award (WITA) 2023 takes its place as a groundbreaking event in the Islamic Tourism realm. This prestigious accolade is dedicated to acknowledging and celebrating the exceptional products and services offered by trailblazers in the Islamic Tourism sector, spanning all facets of the travel and tourism hospitality industry.

    Dato’ Noor Zaleha Baharudin, the Organising Chairman of WITA, underscores the dual purpose of this award: not only to recognize excellence but also to honor and commend those who have played pivotal roles in the success of the Islamic Travel Industry. It serves as a heartfelt tribute to their significant contributions.

    “The recipients of this award have been carefully selected by adhering to standard compliance set by the WITA selecting panel who themselves each have more then 30 years experienced in tourism industry,” said Dato’ Noor Zaleha Baharudin.

    The significant of WITA held in Malaysia is in the relation to this country which was awarded as “Top Spot As The Preferred Halal Tourist Destination” by Master Card-Cresent Rating Global Muslim Index (GMTI) 2022.

    This first WITA will definately inspires global Islamic tourism players to work harder for their effort will be highly recognise in the next year WITA and years onwards.

    “Lastly as the Head of WITA organizing committee once again I congratulate those Islamic Tourism Heroes who been honored in receiving this most prestigious award,” said Dato’ Noor Zaleha Baharudin.