Author: Helmi Aziz

  • PERJUANGAN HEBAT DI PROGRAM REALITI MASAKAN TV9!

    Dapur semakin panas apabila kemahiran juara memasak diuji dalam medan Dapur Tempur! Rancangan realiti masakan baharu di TV9 ini menggabungkan lapan pasangan keluarga yang berbeza dan dinamik dengan minat memasak terhadap satu sama lain di Dapur Tempur.

    Dapur Tempur yang bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

    Sidang media untuk mengumumkan program realiti terbaharu Dapur Tempur ini telah dihoskan oleh Haziq Hussni di Sunway Geo Avenue pada hari ini. Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan Yasmin Hani sebagai hos manakala selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap. Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan yang akan sama-sama menilai aneka juadah yang disediakan oleh peserta Dapur Tempur. Antara juri jemputan termasuk Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri dan Michael Ang.

    Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, “Program Dapur Tempur adalah program realiti masakan pertama yang akan bersiaran di TV9 setelah penjenamaan semula stesen tv ini pada tahun lepas. Sudah pastinya kami amat teruja untuk menyajikan program realiti terbaharu kepada penonton setia kami kerana ia bakal menghiburkan seisi keluarga setiap malam Khamis dengan pelbagai gelagat peserta yang bertanding serta mereka juga bakal mendapat tips-tips masakan yang boleh dimanfaatkan. Seiring dengan imej Janji Happy di TV9 yang menjadi destinasi keluarga yang menghidangkan barisan program untuk tontonan keluarga, kami juga berharap agar program Dapur Tempur ini bakal menjadi rancangan pilihan keluarga di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja bersama Panasonic dan NONA yang turut sama memeriahkan lagi program Dapur Tempur.”

    Sesi uji bakat telah diadakan seawal Februari 2022 untuk mencari pasangan keluarga yang mahir memasak kerana kumpulan peserta terpilih perlu menyediakan dua hidangan menarik mengikut tema yang telah ditetapkan setiap minggu. Lebih menarik lagi, terdapat cabaran yang akan menguji kebolehan dan kesabaran peserta untuk memasak di bawah tekanan. Antara cabaran-cabaran yang perlu mereka lalui adalah cabaran Tukar Bakul di mana setiap kumpulan perlu menukar bakul bahan masakan mereka bersama kumpulan lain, cabaran Keluarga Serasi Atau Sendu di mana hanya satu peserta sahaja yang akan memasak dan pasangannya mengambil alih tugas memasak selepas beberapa minit tanpa komunikasi antara mereka, cabaran Masak Apa Yang Ada di mana mereka perlu menyediakan menu mingguan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan dan banyak lagi.

    8 pasangan keluarga yang terpilih sebagai peserta adalah pasangan bapa & anak saudara “Pendekar Malaya” (Irfan Hariz S Miswandi, 20 & Mohd Haizal Ismail, 47), pasangan biras “AA” (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45), pasangan ibu & anak “Sudap Sudip” (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Ariff Haron, 37), pasangan kakak & adik “Seketul Rasa” (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32), pasangan suami isteri “Selerak Selegho” (Muzhaffar Mohamed, 32 & Shaidhatul Aqmalis Zainul Akmal, 29), pasangan abang & adik “Zest” (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36), pasangan kakak & adik “9Siblings” (Nusaybah Che Anuwa, 38 & Tasnim Che Anuwa, 29) dan pasangan suami isteri “Masam Manis” (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).

    Dapur Tempur dibawakan oleh penaja bersama Panasonic, “Hidup sihat setiap hari bersama Panasonic” dan NONA, “Jom #NONAKanHarimu, Pelbagai Rasa, Semudah Rasa dan Seenak Rasa”, manakala MyResipi selaku rakan digital rasmi.

    Menurut Encik Jonathan Ang, Pengurus Besar Pemasaran Produk Perkakas dan Khidmat Pelanggan, Panasonic Malaysia, “Untuk menjaga kesihatan, setiap individu perlu mula menitikberatkan penjagaan diet pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Antara mesej yang kami ingin sampaikan sebagai Penaja Bersama adalah kami berharap penonton dapat melihat kepentingan nilai-nilai tersebut dalam penyediaan menu dan hidangan yang disediakan oleh peserta-peserta Dapur Tempur. Rangkaian produk Panasonic yang versatil dan padat dapat membantu para peserta dan juga penonton untuk mendapatkan hidangan yang sihat dengan mudah dan pantas.”

    Menurut Encik Zainal Abidin Musa, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Pemasaran NONA, “NONA bersedia menjadi sebahagian daripada pengalaman masakan untuk rakyat Malaysia menerusi pelbagai rangkaian produk yang sedap dan mudah untuk digunakan. Kami berharap penglibatan NONA sebagai Penaja Bersama untuk program Dapur Tempur dapat memberi inspirasi kepada penonton dalam penyediaan hidangan buat insan tersayang melalui penggunaan produk-produk NONA seperti Kicap Lemak Manis NONA, Sos Berperisa Tiram NONA, Ketupat Mini NONA dan banyak lagi.”

    Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic. Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

    Kru penerbitan Dapur Tempur diketuai oleh Intan Noorbaizura Aliuddin selaku penerbit eksekutif dan Shukrin Farahida Mohd Kashim selaku penerbit. Jangan lepaskan peluang untuk menonton pertandingan memasak yang bakal menghiburkan seisi keluarga ini di program realiti Dapur Tempur, mulai 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Gunakan #dapurtempur dan filter berkonsepkan game Dapur Tempur di Instagram untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

    Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

  • In order to complement its opulent BMW X7 lineup, BMW Malaysia has added a M Sport model.

    The premium manufacturer adds a new edition of the BMW X7 to its exclusive locally-assembled Sports Activity Vehicle (SAV) lineup, joining the previously exclusive Pure Excellence offering. BMW Malaysia has introduced a new M Sport model for the BMW X7, providing consumers with a performance-oriented version of The President. The New BMW X7 xDrive40i M Sport gives the sleek and roomy BMW X7 lineup a more dynamic and aggressive personality.

    Proudly assembled in Malaysia, the New BMW X7 xDrive40i M Sport arrives with the M Aerodynamics package as standard, giving the luxury SAV a sportier, more aggressive appearance. This is complemented by the addition of 22-inch 758 M Alloy wheels, M Sport brake and Individual exterior line aluminium.

    The New BMW X7 xDrive40i M Sport is powered by a 3.0-litre TwinScroll Turbocharged in-line six-cylinder engine, which provides up to 340 hp and 450 Nm of torque, and is paired with an 8-Speed Steptronic Sports Automatic Transmission. Familiar highlights of the BMW X7 also available in the latest variant are the Executive Drive Pro and Integral Active Steering features, complemented by the xDrive all-wheel drive system. The latest variant of the premium SAV also retains the seven-seater configuration, Panorama Glass Sky Roof, BMW Laserlight, as well as the BMW Display Key.

    Inside, the New BMW X7 xDrive40i M Sport continues to deliver on its hallmark luxury characteristics with the Glass Application Crafted in the centre console, Harman Kardon Surround Sound and BMW Live Cockpit Professional – complemented by the latest addition of the M Sport leather steering wheel. Also new is the fine wood trim fineline black that now adorns the cabin.

    Passengers will continue to enjoy luxurious Vernasca genuine leather upholstery, available in three exquisite colours: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee and Vernasca Black. Meanwhile, drivers can expect the familiar Driving Assist with Active Cruise Control and Start & Stop function, along with the Parking Assistant Plus that features a 360˚ camera.

    Exterior colour offerings for the New BMW X7 xDrive40i M Sport include Black Sapphire, Mineral White and Manhattan Metallic. Exclusive for the M Sport variant is the Arctic Grey Brilliant Effect.

    Dynamic financial programme.

    With the Easy Drive Financing Plan from BMW Group Financial Services Malaysia, the New BMW X7 xDrive40i M Sport can be owned with a monthly instalment plan starting from RM 8,800.00 (based on estimates of an 80% loan on a five-year tenure).

    Complete premium ownership experience.

    Owners of the New BMW X7 xDrive40i M Sport will receive the complete BMW Group Malaysia Premium Ownership experience which includes:

    • BMW 5-Year Unlimited Mileage Warranty with Free Scheduled Service Programme
    • BMW Roadside Assistance and Accident Hotline
    • The BMW Group Loyalty+ Mobile App – BMW Privileges Card
    • BMW Service Online

    The retail pricing for the New BMW X7 xDrive40i M Sport with BMW Service and Repair Inclusive as well as Sales and Service Tax (on the road, without insurance) is:

    The New BMW X7 xDrive40i M Sport                                 RM 728,800.00

    To learn more about the New BMW X7 xDrive40i M Sport, customers may contact their preferred authorised BMW dealer or visit https://www.bmw.com.my/en/all-models/x-series/x7/2021/bmw-x7-highlights.html.

  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengeluarkan Kit Pengurusan Bencana Banjir

    Kit Pengurusan Bencana Banjir yang dikemas kini telah disediakan oleh Digi untuk membantu orang ramai membuat persediaan dan bertindak balas terhadap banjir. Kami berada di laluan Monsun Timur Laut, yang menimbulkan potensi banjir yang ketara.

    Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengeluarkan Kit Pengurusan Bencana Banjir yang dikemas kini untuk membantu orang ramai membuat persediaan dan kekal selamat sekiranya berlaku banjir. Kit termasuk langkah-langkah yang perlu diikuti sebelum, semasa dan selepas banjir.

    Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan menyimpan barangan keperluan dalam beg kecemasan sebelum banjir. Ini termasuk bekalan asas seperti makanan, air, pakaian dan ubat-ubatan, serta keperluan elektrik seperti peranti yang dicas penuh, powerbank, lampu suluh dan bateri ganti.

    Antara lain, kit pengurusan banjir ini juga memperincikan tip-tip penting untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti serta tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa banjir, seperti memakai kasut yang sesuai, tidak memandu mengharungi banjir, dan menutup semua tingkap atau pintu masuk untuk mengurangkan kerosakan air banjir di rumah.

    Membantu dan memperkasa komuniti ketika diperlukan atau dalam kesukaran adalah sebahagian daripada komitmen Yellow Heart Digi. Ia berharap kit pengurusan banjir yang dikemas kini ini dapat membantu dalam persediaan awal dan mitigasi cepat di samping kekal selamat. Kit ini boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sini.

    Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://digi.my/yellowheart.

  • RESTORAN NASI ARAB SPECIAL DI TAMAN CEMPAKA, IPOH

    Assalamualaikum sahabat semua.

    Ahad lalu, saya dan rakan-rakan media ke Ipoh untuk menghadiri Nostalgia Lagenda Charity Dinner.

    Rasa tidak lengkap pula bila bertandang ke negeri orang tapi tak mencuba tempat-tempat makan yang menarik disana. Selepas berbincang kami pon bersetuju untuk menikmati Nasi Arab di sebuah restoran yang dikatakan agak terkenal dengan keenakan dan harganya yang berpatutan.

    Kami singgah di Restoran Nasi Arab Special di Taman Cempaka, Ipoh. Jarak restoran ini dengan hotel kami menginap iaitu Hotel Zone, Ipoh kurang 15 minit perjalanan.

    Selain Nasi Arab yang menjadi menu terlaris, terdapat juga pelbagai menu lain yang boleh dinikmati oleh pelanggan. Ada dessert/kuih Arab & Turkish serta, shawarma, western dan sebagainya.

    Dengan harga yang murah dan berpatutan, saya yakin para pembaca tidak akan menyesal mencuba makanan disini.

  • Kesedaran hak pengguna dalam kalangan pelajar ditingkatkan oleh cabaran interaktif pengguna.

    Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, membuka dan menutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan hari ini di Hotel Primula Beach Resort Kuala Terengganu, Terengganu.

    2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan mulai 17 sehingga 19 Oktober 2022 di Kuala Terengganu, Terengganu. CIP KPS pada tahun ini melibatkan penyertaan 634 sekolah yang terdiri daripada 2,536 pelajar dari seluruh negara dan format pertandingan ini adalah berbentuk cabaran interaktif berkonsepkan explorace yang menguji kecekapan, pengetahuan dan amalan kepenggunaan merangkumi aspek-aspek kepenggunaan dengan memberi penekanan terhadap lima (5) aspek iaitu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan, pemakanan sihat, kelestarian alam sekitar dan kerja berpasukan.

    3. Untuk makluman, Cabaran Interaktif Pengguna ini merupakan salah satu aktiviti kepenggunaan di bawah Kelab Pengguna Sekolah (KPS) yang berperanan sebagai platform dan nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan data terkini sehingga 30 September 2022, sebanyak 2,030 sekolah telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dengan melibatkan penyertaan pelajar seramai 69,178 orang sebagai ahli KPS dan pihak KPDNHEP menyeru agar lebih banyak sekolah tampil ke hadapan untuk mendaftarkan Kelab Pengguna Sekolah di sekolah masing-masing bagi menyebarluas kefahaman dan kesedaran hak pengguna sehingga peringkat akar umbi.

     

    4. Pihak Kementerian juga komited menyokong usaha dan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kesedaran hak pengguna terutama di kalangan pelajar. Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh para pelajar amat penting yang boleh menjadi duta kecil KPDNHEP dalam menyebarluaskan maklumat kepenggunaan dan dikongsi bukan sahaja di peringkat ahli-ahli KPS bahkan dikongsi bersama rakan, warga sekolah, ahli keluarga dan masyarakat setempat.

    5. Besarlah harapan pihak Kementerian agar program seumpama ini menjadi platform terbaik bagi pembelajaran interaktif yang efektif dalam usaha membentuk generasi pengguna muda khususnya di peringkat sekolah agar menjadi seorang pengguna yang berilmu, bijak dan bertanggungjawab.

    SENARAI PEMENANG CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP KPS) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

     

    ANUGERAH PENGGUNA BIJAK

    SM SAINS ALAM SHAH (W.P. KUALA LUMPUR)

     

    ANUGERAH MESRA ALAM

    SMK KOTA MASAI 2 (JOHOR)

     

    ANUGERAH NUTRI-X

    SMK ST PAUL (NEGERI SEMBILAN)

     

    ANUGERAH BIJAK WANG

    SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

     

    ANUGERAH SUARA PENGGUNA

    SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD (TERENGGANU)

     

    TEMPAT KE-5

    MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN (MELAKA)

     

    TEMPAT KE-4

    SMA MAJLIS AGAMA ISLAM WP LABUAN (W.P. LABUAN)

     

    TEMPAT KE-3

    SM SAINS ALAM SHAH ( W.P. KUALA LUMPUR)

     

    NAIB JOHAN

    SMK SRI NANGKA, TUARAN (SABAH)

     

    JOHAN

    SMK KIDURONG, BINTULU (SARAWAK)

  • PREMIS MENJUAL ALAT PERANTI TEKNOLOGI PENSTRIMAN DISERBU PENGUAT KUASA KPDNHEP

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggeledah sebuah kedai di Jalan Mutiara, Skudai, Johor minggu ini yang menjual gajet teknologi penstriman (kotak android) (KPDNHEP).

    2. Serbuan yang bermula pada jam 1.00 tengah hari itu dengan kekuatan seramai empat (4) anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP selama beberapa hari sebelum tindakan.

    3. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pihak KPDNHEP telah merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama berserta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 404,500.00.

    4. Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu, wanita warganegara tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.

    5. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

    6. Pihak KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu. Ia memberi penekanan dalam usaha pihak Kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.

    7. Pihak Kementerian ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.

    8. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara yang berkaitan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    • Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    • Call Centre 1-800-886-800 3
    • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    • Ez ADU KPDNHEP
  • HARGA AYAM DAN TELUR AYAM

    Penegasan di media mengenai kenaikan harga runcit ayam dipandang serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

    2. Program mekanisme kawalan harga maksimum bagi ayam dan telur telah dilaksanakan semenjak 5 Februari 2022. Mekanisme ini dilaksanakan untuk mengekang peningkatan harga ayam dan telur ayam secara mendadak di pasaran terutamanya selepas musim perayaan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHHMP). Sebagai rujukan semula, kawalan harga maksimum adalah seperti berikut:

    Harga kawalan ayam

    LOKASI PELADANG PEMBORONG PERUNCIT
    Semenanjung RM6.00 RM8.10 RM9.40
    Sarawak (Kuching) RM6.60 RM8.60 RM9.80
    Sabah (Kota Kinabalu) RM6.80 RM9.80 RM11.00

     

    Harga kawalan bagi telur gred A, B, dan C

    3. Berdasarkan cerapan harga harian pada 15 Oktober 2022 oleh Kementerian, adala didapati bahawa harga purata nasional adalah RM9.18/kg. Manakala harga purata bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.13/kg. Ini bermakna, harga ayam runcit sebenarnya masih di bawah harga kawalan maksimum RM9.40/kg.

    4. Seperti komoditi lain, harga bagi ayam dan telur ayam akan turut terkesan dan mengalami perubahan selaras dengan pergerakan kos input pengeluaran seperti jagung bijan dan soy bean meal. Namun begitu, kerajaan akan terus komited dalam memastikan harga di setiap rangkaian bekalan tidak akan melebihi harga maksimum.

    5. Kementerian juga ingin menekankan bahawa terdapat Program Jualan Murah Keluarga Murah (PJMKM) yang turut menawarkan harga lebih rendah sehingga 20 peratus kerana terdapat subsidi tambahan jualan bagi memastikan harga di bawah harga kawalan maksimum.

    6. Kementerian juga ingin memberi amaran kepada semua pihak terutamanya penternak, pemborong dan peruncit untuk menjual ayam dan telur untuk sentiasa mematuhi kawalan harga maksimum ini dan kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan mereka diambil Tindakan di bawah akta-akta yang berkaitan.

    7. Kementerian juga telah membentangkan status kedudukan harga dan bekalan semasa ayam dan telur ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Kas Jihad Menangani Inflasi yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Ekonomi pada 17 Oktober 2022.

  • Nantikan Afgan, Phum Viphurit dan Noryn Aziz di Kuching Jazz, di mana 10 penghibur jazz berpengaruh akan membuat persembahan!

    Disebabkan oleh pandemik global, Kuching Jazz telah berehat selama dua tahun. Acara muzik yang mesti dihadiri di Sarawak, Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival, akan kembali pada 28 dan 29 Oktober 2022, untuk menghangatkan dan menghilangkan dahaga peminat jazz.

    Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd. percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.

    Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.

    “Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.

    “Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.

    “Kami berbangga kerana dapat kembali menganjurkan Kuching Jazz dan barisan penghibur yang tak kalah berpengaruh pada 28 dan 29 Oktober ini,” ujar Encik Mark Ferguson, Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd.

    Barisan penghibur yang akan menghangatkan festival ini termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz.

    Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

    Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar.

    Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

    “Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya lain daripada persembahan sebelum atau akan dilakukannya pada masa terdekat,” ujar Encik Mark Ferguson lagi.

    Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.

    Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.

    Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

    Justeru itu tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini.

    Barisan pemuzik yang hebat, bazar makanan dan jualan kraftangan yang tidak akan mengecewakan dan paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang rugi dilepaskan.

    BUTIRAN HARGA TIKET

    PASS 1 HARI

    PRA JUALAN :

    HARI PERTAMA: (DEWASA) RM180, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM90

    JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM200, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM100

    HARI KEDUA: (DEWASA) RM280, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM140

    JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM300, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM200

    PASS 2 HARI

    PRA JUALAN : (DEWASA) RM350, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM170

     

    Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com

  • Bermula 21 Oktober Ini Drama Terbaharu Wanita Milik Tuan Putra Di Isi Slot Akasia TV3

    Ia mungkin sangat mencabar untuk membezakan antara pertemuan atau suratan takdir. Mampukah Tuan Putra Anaqi mengubah nasibnya dengan kedatangan Bunga Zinnirah setelah isterinya pergi sekian lama? Drama bersiri terbaharu Wanita Milik Tuan Putra akan memberikan segala jawapannya mulai 21 Oktober 2022. Ia akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. di Akasia TV3 dan strim secara langsung dalam talian di www.tonton.com.my

    Wanita Milik Tuan Putra ini diinspirasikan daripada novel Wanita Milik Tuan Putra, karya Aunie Ayunie diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama bersiri 28 episod, arahan Shuhaimi Zulkefli ini menampilkan barisan pelakon tanah air seperti Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Natasya Mahyan dan ramai lagi.

    Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

    Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

    Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Wanita Milik Tuan Putra menerusi slot Akasia mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

     

  • KELAB GOLF ROYAL SILVER MENGANJURKAN ACARA AMAL NOSTALGIA YANG BERSEJARAH PADA 15 OKTOBER 2022

    Apabila semua acara seni terpaksa dibatalkan pada tahun 2020 kerana untuk kebimbangan keselamatan dan kesihatan, wabak Covid 19 di seluruh dunia mempunyai kesan yang ketara ke atas sektor hiburan. Ramai pemuzik telah terjejas. Untuk menampung kehidupan, ada yang terpaksa menjual instrumen mereka. Ada juga yang jatuh sakit atau meninggal dunia.

    Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan pencarian pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi kerajaan dan NGO seperti Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk menstabilkan keadaan sosio-ekonomi mereka.

    Perkara ini amat menyentuh perasaan semua termasuk pengasas acara ini, YM Dr Raja Putra Shah, lebih-lebih lagi apabila terbaca artikel di media sosial mengenai keadaan artis legenda, Fredo dan Shuib  serta pihak yang terlibat di industri hiburan yang lain yang turut terkesan. YM Dr. Raja Putra Shah yang telah bertahun lamanya mengenali Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, telah menghubungi beliau dan mencetuskan idea acara majlis amal ini.

    YM Dr. Raja Putra Shah sememangnya tidak asing lagi dalam pengendalian program muzikal kerjasama dengan RTM dan TV3 dan berpengalaman terlibat dalam 2,000 program termasuk beberapa program dengan artis antarabangsa. Beliau yakin gabungan bersama Karyawan menerusi kolaborasi strategik ini mampu menjayakan malam amal yang dijenamakan sebagai Nostalgia Lagenda yang bertujuan meraih dana untuk artis yang terkesan.

    Kenapa pencetus idea memilih empat artis lagenda ini, iaitu Shuib, Fredo, Jay Jay dan Zur Eda? Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing pada era 80’an. Kenangan Lalu nyanyian Fredo Flybaits, Mulanya Di Sini nyanyian Shuib Freedom, Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree and Pelitaku nyanyian Zur Eda sememangnya membawa kenangan nostalgia dan menggamit memori kepada ramai di kalangan kita, rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Keempat-empat artis lagenda ini pernah dan sentiasa menjadi idola dan sumber inspirasi menerusi kehebatan suara, keasyikan melodi dan keindahan lirik yang membekas di dalam hati para pendengar sehingga kini.

    Majlis amal yang telah dihadiri oleh 600 hadirin di mana majoritinya merupakan para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan negara ini juga mampu menarik minat mereka memberi peluang kepada para artis legenda ini mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan sosial anjuran organisasi mereka dan rangkaian niaga mereka.

    Kolaborasi majlis amal ini bukan sahaja bermula dan berakhir sulung di Kelab Golf DiRaja Perak tetapi akan diteruskan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd dengan pelantikan YM Dr. Raja Putra Shah selaku penasihat acara.

    Majlis amal ini yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) amat istimewa dengan kehadiran eksklusif Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak. Tuanku telah berkenan untuk menghadiri majlis ini setelah pihak kami mengadap Tuanku bagi mencadangkan dan memohon perkenan jemputan pada 9 Ogos 2022. Di kesempatan majlis amal ini, kami juga bakal memberi penganugerahan kepada 10 penerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional. Pemilihan penerima anugerah berprestij tinggi ini dilaksanakan oleh Panel Penasihat yang dianggotai oleh empat Presiden NGO Keusahawan dan dipengerusikan oleh seorang Profesor Kepimpinan, Perniagaan Keluarga, Inovasi dan Keusahawanan yang juga merupakan Pengarah Akademi Keusahawanan institusi pengajian tinggi tempatan yang tersohor.

    Kami juga menampilkan artis jemputan, Iqa Nasra, finalis Mentor 5 dan Datin Maylene Yong, ikon penggiat kerja-kerja amal, selain kumpulan Migos, pemuzik graduan Aswara bagi memeriahkan lagi persembahan pada malam amal tersebut.

    Dengan sukacitanya kami ingin mengajak para usahawan, individu mahupun syarikat swasta, syarikat GLC dan agensi keusahawanan, bersama menjayakan Majlis Amal Nostalgia Legenda pada 15 Oktober 2022 ini, dengan menderma sambil berhibur. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Hotline 010 3839 335 atau Sekretariat di talian 016 867 1277 bagi pengesahan kehadiran.

    Walaupun kami tiada kuasa menghapuskan cabaran kesan pasca pandemik, sekurang-kurangnya kita mampu membantu artis dan penggiat seni tempatan dengan penuh bermakna. Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu memberi aspirasi kepada umum bersandarkan gagasan #kitajagakita dan #keluargamalaysia