Author: Helmi Aziz

  • Laluan Tikus di Jambatan Tanjong Karang dulu kini dan selamanya

    Tiada yang berubah dan tidak akan pernah berubah. Penduduk Pekan Koboi Tanjong Karang berada dalam kesusahan. Laluan Tikus yang sangat berisiko masih diabaikan walaupun berpuluh tahun memerintah di Parlimen P095 Tanjong Karang.

    Dato Dr Zulkafperi calon No. 3 Parlimen P095 Tanjong Karang beliau sendiri terjah dan menyiasat secara peribadi dengan melihat keadaan sebenar yang berlaku di bawah Jambatan Tanjong Karang. Beliau amat terkejut apabila melihat penduduk merisiko kan keselamatan diri dengan melalui jalan TIKUS di bawah jambatan Tanjong Karang.

    Lorong TIKUS yang kerap digunakan oleh penduduk untuk melintasi jalan adalah jalan mudah dan pintas bagi mereka kerana tiada pilihan.

    Lorong TIKUS ini adalah lorong yang berbahaya dan bukan lorong biasa-biasa. Setiap penunggang motor terpaksa menundukkan kepala mereka setiap kali melintasi lorong TIKUS.

    Hanya kesilapan sedikit oleh penunggang – penunggang maka mereka akan perolehi kecederaan terutama di Bahagian kepala. Semua peringkat umur dan pelbagai bangsa melintasi lorong TIKUS tersebut.

    Ini lah lorong TIKUS dulu kini dan selamanya. Pemerintahan PARTI sebelum ini tidak peka dan mengabaikan isu lorong TIKUS ini sedangkan sudah berpuluh tahun perkara ini berlaku. Tiada perubahan dan tindakan.

    Dato Dr Zulkafperi melihat perkara ini perlu di selesaikan demi kepentingan penduduk dan Rakyat Tanjong Karang. Beliau akan berusaha untuk mencadangkan Pembinaan Jejantas ber Motor yang sistematik, efisyen dan mampan bagi menyelesaikan isu berbahaya ini demi kepentingan Penduduk Tanjong Karang.

    Jejantas motor adalah yang terbaik seperti mana di banyak kawasan di Selangor membina Jejantas motor untuk melintasi jalan besar. Mengurangkan kadar kemalangan, menjimatkan masa perjalanan dan permudahkan urusan penduduk dan Rakyat Tanjong Karang.

    Jika hendak di bandingkan dengan Pembangunan Ekonomi di Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam maka perkara yang nyata dan terbukti bahwa Tanjong Karang ketinggalan jauh dari pelbagai sudut sektor yang melibatkan penduduk dan Rakyat disini.

  • MINI Malaysia takes MINIacs on a road less travelled with the highly anticipated return of MINIscape!

    Over 200 MINI owners and enthusiasts set out on an exciting weekend adventure up north to Lumut, Perak for some fun in the sun at MINIscape 2022. MINI Malaysia recently hosted MINIscape 2022, a welcome return of the highly-regarded MINI community event after a three-year hiatus. The adventure began at Marina Putrajaya, where 90 stunning MINI vehicles gathered for a convoy to the DoubleTree by Hilton Damai Laut.

    Linnet Yew, Head of MINI Malaysia said, “The MINIac community of Malaysia has always exemplified the best of who we are as a brand and inspired so much of what we do for our customers in the country. This is a community fuelled with Big Love and a passion for thrilling adventures; one whose support has held strong throughout the pandemic, and one that we are happy to continue bringing joy to year after year. MINIscape 2022 is our simple gesture of gratitude in being able to journey together with our loyal customers and it was wonderful to see new friendships formed between all the MINI owners over the weekend.”

    MINIscape 2022 offered MINIacs and their loved ones a weekend of fun-filled games, beginning with a scenic Treasure Hunt activity held on their journey to Damai Laut. Upon arrival, guests were free to experience a range of recreational activities organised by MINI Malaysia, including stand-up paddling, ATV rides, cycling and towable boating.

    Staying true to MINI’s love for maximum enjoyment, MINIacs were greeted by an exquisite dinner-cum-carnival with retro games such as the iconic mechanical Rodeo bull, Power Slam and Straight Shooter, amongst others. Adding to the excitement, guests were also entertained by magicians, jugglers and other carnival acts, complemented by a live band performance throughout the evening.

    To discover a world of thrilling possibilities with MINI Malaysia, visit https://www.mini.my/en_MY/home.html.

  • TV3 Mengumumkan 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 37

    Pada rancangan Muzik Muzik, kini dalam musim ke-37, terdapat penarafan mingguan lagu-lagu teratas di Malaysia. Berita mengenai 30 lagu yang mara ke separuh akhir menyebabkan pencinta muzik dan penghibur di seluruh negara menjadi heboh.

    Hari ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre.

    Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022  (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my

    Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic menerusi persembahan daripada artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura!

    Sidang produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia

  • KPDNHEP BERJAYA MENUMPASKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

    Pada 10 November 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menumpaskan aktiviti pengalihan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis yang tidak didedahkan yang disyaki menjalankan aktiviti pengalihan minyak diesel bersubsidi dalam sektor perindustrian di Seremban, N. Sembilan.

    Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDNHEP Putrajaya adalah hasil risikan yang telah dilakukan sejak beberapa hari sebelum serbuan. Ketika serbuan dilakukan ke atas premis terbabit mendapati tiga (3) orang lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada tangki simpanan ke sebuah lori tanker.

    Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 40,000 liter, kenderaan lori, mesin compressor, dokumen-dokumen perniagaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

    Minyak diesel, dokumen-dokumen perniagaan dan peralatanperalatan yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 323,000.00.

    Ketiga-tiga lelaki warga tempatan tersebut juga telah ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

    Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah daripada mana minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

    KPDNHEP ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

    Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

    Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

    KPDNHEP ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

    Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan 4 dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan impak negatif kepada rakyat dan Negara.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

    • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    • Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    • Call Centre 1-800-886-800
    • Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    • Ez ADU KPDNHEP

  • CALON NO.3 KAPT(B) DATO’ DR. ZULKAFPERI HANAPI (PERIKATAN NASIONAL- TANJUNG KARANG)

    Dato’ Dr. Zulkafperi Hanapi merupakan calon No. 3 untuk Perikatan Nasional, beliau sangat disenangi oleh penduduk Tanjong Karang, di mana beliau sering dilihat bersikap ramah dan mengambil bahagian dalam acara kampung.

    Pada hari Ahad 13 November beliau juga telah menghadiri Majlis Perkahwinan antara Atikah dan Syamil  iaitu anak salah seorang penduduk Kampung baru-baru ini. Beliau sangat mesra dan prihatin terhadap penduduk yang juga hadir meraikan dalam majlis tersebut.

    Selepas memberi salam kepada warga yang hadir, Kapt (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi berjalan ke setiap meja. Mereka semua kelihatan gembira kerana mempunyai calon PN di sana. walaupun mereka mesra. Rakyat sedia ada digalakkan oleh Kapt (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi untuk mengundi calon terbaik dalam pilihan raya pada kali ini.

    Beliau berkempen dan berkongsi manifesto serta biodatanya dengan penduduk yang hadir semasa menjamu selera bersama mereka di majlis kenduri itu. Beliau berharap penduduk tempatan yang hadir dapat menyokongnya dengan padu pada pilihan raya umum ke-15, antara lain. Di mana beliau akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Parlimen Tanjung Karang.

    Pada Jam 5.30 petang pula,  Kapt. (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi hadir untuk melawat Pasar Malam Pekan Tanjung Karang .

    Kapt. (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi tiba di Pasar Malam Bandar Tanjung Karang sekitar jam 5.30 petang. Beliau pergi ke Pasar Malam bersama krewnya untuk menyambut penduduk Tanjung Karang yang membeli belah di situ. Beliau secara tidak sengaja bertembung semasa berkempen dengan calon-calon dari parti Barisan Nasional dan MUDA, namun sikap terbuka dan profesionalnya terserlah apabila beliau mengekalkan ketenangan dalam menghadapi tentangan daripada parti lain.

    Pada pukul 9.30 malam. malam itu Dato’ Dr.Zul bertolak ke Kampung Parit Sulong Tanjung Karang untuk melihat Gelanggang Seni Silat Persatuan Seni Silat Cimande Warisan. Semestinya tujuan kunjungan beliau adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan muda untuk melibatkan diri dalam hobi sihat seperti latihan silat ini.

    Penduduk yang menghadiri Sesi Aktiviti Silat itu turut mengadakan majlis makan malam bersama Dr Zulkafperi Hanapi selepas majlis tersebut dan berbual santai dengannya mengenai perancangannya untuk mewujudkan aktiviti lebih sihat di Parlimen Tanjung Karang sekiranya memenangi pilihan raya nanti.

  • Rawatan sendi percuma prolotherapy untuk golongan rentan dan yang memerlukan

    Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi ialah doktor yang menyediakan rawatan khusus seperti proloterapi untuk melegakan sakit lutut, buku lali, tumit, tapak kaki, siku, bahu, dan belakang, antara sendi-sendi lain. Keluarga dan Surgery Cawangan Pelangi Square Damansara adalah sebuah klinik di mana beliau menawarkan rawatan khusus untuk membantu individu yang memerlukan.

    Beliau telah melihat hasil yang luar biasa menggunakan Prolotherapy sejak 10 tahun yang lalu. Beliau telah merawat beribu-ribu pesakit menggunakan Prolotherapy dengan hasil yang positif. Sebagai seorang doktor perubatan yang bertauliah, beliau menggunakan Prolotherapy dengan beribu-ribu pesakit yang bergelut dengan sakit belakang, sakit pinggul, sakit leher, sakit buku lali, sakit bahu, sakit siku, sakit lutut, sakit buku lali, sakit tumit, sakit kaki, sakit kepala dan lebih untuk membantu mereka mengelakkan pembedahan dan meneruskan hidup tanpa kesakitan.

    Ketidakstabilan sendi dalam pengalaman Dr Zul lazimnya merupakan punca kepada banyak penyakit kronik yang menyakitkan dan arthritis. Proloterapi boleh menstabilkan sendi dan menghilangkan kesakitan dan perkembangan degenerasi.

    Apa itu prolotherapy? prolotherapy ialah prosedur perubatan yang ramai pesakit akut dan kronik, serta atlet yang mengalami kecederaan sukan, beralih kepada kerana ia digunakan sebagai alternatif kepada pembedahan, artroskopi, suntikan kortison, anti-radang bukan steroid dan/atau penggunaan kronik. daripada ubat sakit narkotik. Prolotherapy merangsang badan untuk membaiki kawasan yang cedera yang menyakitkan apabila proses penyembuhan semula jadi badan tidak dapat melakukan kerja itu sendiri. Dalam kebanyakan kes, ubat anti-radang yang biasa ditetapkan dan langkah yang lebih drastik seperti pembedahan, penggantian sendi, suntikan kortison dan terapi lain mungkin tidak membantu, dan sering menghalang atau menghalang proses penyembuhan.

    Sesetengah doktor Prolotherapy menggunakan perengsa kimia ringan, seperti fenol, guaiacol atau asid tannic, untuk mencetuskan proses penyembuhan. Bahan-bahan ini melekat pada dinding sel di mana sahaja ia disuntik, menyebabkan kerengsaan yang merangsang proses penyembuhan reaktif badan. Yang lain lebih suka menggunakan agen chemotactic, terutamanya natrium morrhuate, asid lemak yang diperoleh daripada minyak hati ikan kod dan proliferan ini menarik sel imun terus ke kawasan yang disuntik.

    Setiap orang mempunyai masa penyembuhan yang berbeza. Iaitu, sehingga kesakitan dan fungsi menjadi normal dan tanda-tanda ketidakstabilan dan disfungsi sendi tidak lagi dikesan. Bagi sesetengah orang hanya satu suntikan diperlukan dan orang lain memerlukan beberapa. Suntikan berulang dilakukan antara 1 dan 6 minggu bergantung kepada proses penyembuhan.

    Pada 13 November 2022, Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi telah memberikan rawatan sendi percuma prolotherapy untuk golongan rentan dan yang memerlukan di daerah Tanjong Karang. Kepakaran yang ada pada Dr Zul di gunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Dr Zul bukan biasa-biasa dalam diam kerna mempunyai bakat dan kepakaran yang amat diperlukan oleh semua penduduk dan rakyat selain sebagai seorang pemimpin yang hebat.

    Pada malam rawatan ketika itu bersama Dato Dr Zulkafperi atau dikenali Dr Zul berlakunya suatu keajaiban sehingga menitis dan mengalir air mata Pakcik yang telah dibantu oleh Dr Zul  kerana sakit yang di alami yang begitu lama telah sembuh dengan keajaiban Allah s.w.t dengan kaedah rawatan Dr Zul.

    Walaupun dengan kesibukan berkempen atas Parti Perikatan Nasional namun tekad untuk membantu penduduk Tanjong Karang tetap menjadi pilihan hati Dr Zul. Jika Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang sepatutnya di dahulu kan. Jika kita sihat maka semua Pekerjaan seperti beribadah, berniaga,  bersukan dan pelbagai aktiviti dapat di laksanakan dengan baik. Tunai kan hak ke atas tubuh badan kamu agar senantiasa dapat melaksanakan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

  • Calon No.3 Dr. Zul Perikatan Nasional Tanjong Karang Dekat Dihati Rakyat

    Abdul Rahman Abidin
    Kampung Parit Serong
    Umur 77 tahun

    Telah menderita sakit lutut selama lebih dari 4 hingga 5 tahun. Pakcik telah mencuba beberapa pendekatan terapi.

    Syukur Alhamdulillah pada malam rawatan ketika itu hujan gerimis penuh rahmat bersama Dato Dr Zulkafperi atau dikenali Dr Zul suatu keajaiban sehingga menitis dan mengalir air mata Pakcik kerana sakit yang di alami yang begitu lama telah sembuh dengan keajaiban Allah s.w.t dengan kaedah rawatan Dr Zul.

    Kepakaran yang ada pada Dr Zul di gunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk. Dr Zul bukan biasa-biasa dalam diam kerna mempunyai bakat dan kepakaran yang amat diperlukan oleh semua penduduk dan rakyat selain sebagai seorang pemimpin yang hebat.

    Ketika rawatan Pakcik dan orang yang hadir amat terkejut kerna beliau dapat duduk bersila melipatkan kaki dan mengangkat kaki. Di saat itu lah riak wajah Pakcik amat gembira sehingga menitis air mata tanda Syukur kepada Ilahi. Allahu Akbar.

    Pakcik sangat tersentuh hati dan berterima kasih sangat kepada Dr Zul kerna dengan izin Allah s.w.t Pakcik dapat merasai perubahan yang begitu cepat dan ajaib dengan menggunakan kaedah rawatan pakar Dr Zul.

    Pakcik dan isteri beliau menunggu 3 hari untuk berjumpa Dr Zul dan rezeki malam 14 Nov 2022 akhirnya dpt berjumpa dan menerima rawatan.

    Walaupun dengan kesibukan berkempen atas Parti Perikatan Nasional namun tekad untuk membantu penduduk Tanjong Karang tetap menjadi pilihan hati Dr Zul.

    Kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan yang sepatutnya di dahulu kan. Jika kita sihat maka semua Pekerjaan seperti beribadah, berniaga, bersukan dan pelbagai aktiviti dapat di laksanakan dengan baik. Tunai kan hak ke atas tubuh badan kamu agar senantiasa dapat melaksanakan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

    Muenah binti Salleh
    Kampung Parit Serong
    Umur 68 tahun

    Mengalami masalah lutut. Sebelum nie telah menerima rawatan dari Dr Zul di lutut kaki kanan. Dalam 12 suntikan pada lutut makcik yang di rawat oleh Dr Zul sendiri. Perbezaan amat ketara sebelum dan selepas. Bak kata makcik seperti MAGIC katanya.

    Kini makcik hadir dengan wheelchair untuk menerima rawatan di lutut kaki sebelah kiri pula.

    Alhamdulillah dapat berdiri dan berjalan sedikit.

    Dalam masa yang sama juga makcik membawa suami beliau untuk pertama kali menerima rawatan yang sama.

    Alhamdulillah kini makcik amat bersyukur di atas perubahan kesihatan. Beliau hadir dan datang berjumpa Dr Zul atas saranan kawan-kawan kerna Dr Zul adalah Doktor Pakar Prolotherapy.

    Ini lah PEMIMPIN yang perlu kita ada di kalangan masyarakat terutama kawasan Parlimen Tanjong Karang.

    Kebaikan dan Manfaat kepada sesama insan dan khidmat sebagai seorang pemimpin perlu dibuktikan dengan perlaksanaan yang istiqomah.

    Masa depan Tanjong Karang bergantung kepada pengundi² yang ada di Tanjong Karang. Jika mahu kan perubahan dan pembaharuan maka Dr Zul adalah pilihan yang tepat dan amat sesuai.

  • MUSIM KETIGA KAMPUNG PEOPLE BAKAL MEMBUKA TIRAI

    Petaling Jaya, 15 November 2022 – Selepas sekian lama menyepi, Kampung People 2 akhirnya menutup pintunya, dan rancangan itu kini akan kembali untuk musim ketiga! Kampung People 3 akan menemui anda sepanjang slot Lestary dengan mengekalkan lakonan asal Rashidi Isyak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila), dan Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy).

    Drama komedi santai kekeluargaan ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh KL Motion Pictures pastinya akan membuatkan anda semua gelak sakan dengan gelagat lucu Razif sekeluarga dan geng orang kampung. Kampung People 3 yang mengandungi 13 episod ini dibawakan oleh Uphamol dan bakal ditayangkan pada 18 November 2022 pada pukul 9.30 malam dan episod seterusnya diteruskan pada 23 November 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3 menerusi slot Lestary.

    Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar. 

    Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

    Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

    Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Kampung People 3 menerusi slot Lestary bermula pada 18 November 2022 ini pada pukul 9.30 malam dan episod seterusnya pada 23 November 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my 

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

  • PENGUATKUASAAN KPDNHEP TERHADAP PENJUALAN JERSI TIRUAN BERSAMBUNG DENGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2022

     

    PUTRAJAYA, 15 November 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang memerhatikan penjualan jersi palsu di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi pertandingan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022, yang akan berlangsung dari 20 November 2022 hingga 18 Disember 2022.

    Berdasarkan statistik penguatkuasaan berhubung pakaian tiruan yang dilakukan di seluruh Negara sejak lima (5) tahun kebelakangan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Oktober 2022, sebanyak 526 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 11.6 juta. Tindakan penguatkuasaan melibatkan pelbagai jenis barangan lain juga dijalankan antaranya melibatkan makanan/minuman, kosmetik, bahan petroleum, barang elektrik, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, perkakasan komputer dan sebagainya.

    KPDNHEP sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pemilik cap dagang berdaftar (brand owner) bagi memastikan setiap aduan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan termasuklah aktiviti penjualan barang tiruan yang dilakukan secara dalam talian (online).

    Mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan dengan menjalankan aktiviti penjualan barangan tiruan boleh diambil tindakan dan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun bagi perseorangan. Manakala bagi suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM 15,000 bagi setiap barangan yang disyaki tiruan.

    KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan termasuklah dengan tidak menjual jersi tiruan bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang tegas di bawah peruntukan undang-undang ini. Selain tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019, KPDNHEP akan mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas tanpa kompromi di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati bersalah dalam membekal dan menjual barangan tiruan atau menyediakan dan menyewakan premis bagi tujuan aktiviti penjualan barangan tiruan jika disabitkan kesalahan.

     

    Pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di dalam melakukan pembelian termasuklah secara dalam talian agar tidak mudah terpedaya serta tidak menyokong penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan keselamatan pengguna itu sendiri.

    Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berhubung penjualan barangan tiruan boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran berikut:

    i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    iii. Call Centre 1-800-886-800
    iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
    v. Ez ADU KPDNHEP

  • Diana Danielle’s Official English Debut Track “Shine On” Is Set To Illuminate Her Legacy

    Diana Danielle, who started her career at the age of 11, has now unveiled “Shine On,” her first English debut song. The song promotes empowerment by encouraging listeners to rise above self-doubt and pessimism. Personal experiences and relevant tales of people who could question their own value because of another person or their environment served as the inspiration for Diana.

    “We’ve all been there, either in school, work or our relationships where we’re made to feel that maybe we don’t know what’s best for ourselves or we’re not doing enough. It’s a never-ending scenario that many of us deal with on a daily basis and with “Shine On”, I just wanted an anthem where anyone who listens to it understands that they don’t have to dim their confidence down to make others around them comfortable. I think there’s power in being an individual.”

    The lyrics “Catching up with my better self, no one’s holding you back but yourself” definitely set the tone for the music video showcasing the contrast in being in a place of darkness versus reaching enlightenment through a hard time in one’s life.

    This release signifies Diana’s mark as a singer with future plans to release upcoming music projects in the future. Previously Diana Danielle was a feature artist on Calum Scott’s “Heaven” who was handpicked specially to represent Malaysia during his SEA collaboration through Universal Music Malaysia and she performed the rendition during his concert in Kuala Lumpur in October.