Author: Helmi Aziz

  • KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK DISERBU LEBIH 300,000 PENGUNJUNG!

    Sambutan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak telah mendapat sambutan hangat apabila diserbu lebih 300,000 pengunjung di pekarangan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak! Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut ini (26 hingga 28 Januari) berjaya menarik pengunjung dari serata Borneo, termasuk pengunjung dari luar daerah yang sanggup meredah sejauh 700 kilometer untuk sama-sama memeriahkan karnival ini.

    Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menjadi lebih istimewa kerana dirasmikan oleh Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari Sabtu, 27 Januari 2024. Turut hadir ialah Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, MPB), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad MPB) dan Mohd Efendi Omar (Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia).

    Cuaca hujan selama tiga hari di Kuching, Sarawak tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung untuk bersama-sama meluangkan hujung minggu mereka bersama keluarga tersayang di reruai yang disediakan anjuran Media Prima Berhad. Antara reruai terhangat adalah Studio Tonton Drama Sangat yang menyediakan pertandingan kebudayaan Sarawak. Juara Pertandingan Tarian Tradisional telah dirangkul oleh Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 1) yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500. Manakala di tempat kedua pula ialah Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 2) (RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi oleh Ngalai Borneo (RM500).

    Pertandingan Traditional Kostum Kanak-Kanak pula telah dimenangi oleh adik Nursharmimi Izzaty Bt Razi Shariman (16 tahun) dengan hadiah RM300, diikuti oleh Muhd Rafiqi Irsyad Bin Razi Shariman (10 tahun) dengan RM200, dan adik Nurul Syamilia Abdullah (14 tahun) dengan RM100.

    Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat juga disambut mesra oleh pengunjung apabila mendapat peluang untuk bertemu mesra dengan selebriti kegemaran mereka seperti Nabila Razali (wajah Tonton), Meerqeen (wajah Tonton), Anna Jobling (wajah Tonton), Aidit Noh (Akasia: Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah), Sherry Ibrahim (Filem Tonton: Detik), Raden Zaharatul (Lestary: Hawt Fellas), Atiq Azman (Lestary: Hawt Fellas), dan Trisha Ooi (Samarinda: Menanti Senja), pembaca berita Farah Nabilah Wazer (Buletin TV3) dan Mior Abdul Malek (Buletin TV3), personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi (Buletin TV9), Zaira Sri Zakaria (Buletin TV9), dan Fizo Omar (Nasi Lemak Kopi O) serta artis jemputan Sharifah Shahirah (artis jemputan) dan Hael Husaini (artis jemputan).

    Jom Esports Championship yang diadakan buat julung kalinya buat penggemar Mobile Legends juga berjaya menarik perhatian generasi baharu ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak. Pertandingan itu telah dijuarai oleh Foxura OG dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500. Bagi tempat kedua pula telah dimenangi oleh MOTLEYCRUE (RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi GB06 ESports (RM750).

    Tidak dilupakan juga acara kemuncak yang turut membuat warga Sarawak menari dan berseronok iaitu Konsert Jom Heboh! Konsert yang dihoskan oleh Muaz Mohamed (Kool 101) dan Aisha Mazlin (Hot FM) ini meriah dengan barisan penyanyi seperti TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega, Rem.

    Nantikan lokasi siri jelajah Karnival Jom Heboh yang seterusnya! Untuk mengetahui tarikh dan tempat diadakan, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial untuk maklumat informasi terkini.

     

  • myFirst Memperkenalkan Empat Produk Baharu, Membawa Teknologi Selamat dan Bermanfaat untuk Kanak-kanak Malaysia

    Teknologi merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian kita semua dalam era digital yang serba pantas pada hari ini. Dengan memahami keperluan untuk mencapai keseimbangan antara penggunaan dunia digital dan keselamatan anak-anak kita, myFirst kini memperkenalkan empat gajet mesra kanak-kanak baharu dan inovatif.

    myFirst berpandukan misi untuk mencipta alat inovatif yang memenuhi keperluan unik kanak-kanak di samping memahami keselamatan yang ibu bapa mahukan. Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita sering berhadapan dengan maklumat yang bercanggah tentang kesan gajet terhadap kanak-kanak. Sesetengah kajian menunjukkan kesan negatif dalam pelbagai aspek, namun ada juga yang menghuraikan potensinya dari segi pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak.

    Untuk jaminan perjalanan teknologi yang selamat untuk kanak-kanak, myFirst menangani keperluan kritikal untuk menyediakan teknologi ini. Mereka komited untuk memastikan kanak-kanak terdedah kepada teknologi dan menggunakannya dengan cara yang bermanfaat.

    Sebagai permulaan, aplikasi komuniti sosial “myFirst Circle” untuk kanak-kanak yang menghubungkan hampir 30,000 pengguna dari 100 negara, dikemas kini dengan fungsi interaktif yang menarik, seperti “Momojis” untuk komunikasi secara ekspresif dan “Knock-Knock” untuk berkongsi detik menggembirakan dengan keluarga pada masa nyata. myFirst Circle dilancarkan pada bulan Januari 2023 kerana pengasasnya melihat jurang dalam ketersediaan platform digital yang membolehkan kanak-kanak bersosial dengan persekitaran yang selamat dan terkawal.

    Tersedia untuk jam tangan pintar dan telefon mudah alih, aplikasi myFirst Circle 2.0 memperkenalkan pelbagai ciri interaktif yang menyeronokkan seperti “Momojis” yang membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka melalui emoji bergerak dan “Knock-Knocks” di mana kanak-kanak boleh segera membalas panggilan atau “nudges” dari ibu bapa melalui video pendek atau foto. Penjejak lokasi pintar baharu menawarkan pemantauan aktiviti semasa dan lokasi anak-anak kepada ibu bapa untuk ketenangan fikiran sepanjang hari.

    Pengasas myFirst, G-Jay Yong berkata, “Kami ingin memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia media sosial sambil memastikan kami dapat membimbing mereka di sepanjang perjalanan mereka. Pada hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan myFirst Circle 2.0, bersama-sama dengan peranti

    baharu kami – myFirst Fone R2, myFirst Frame Doodle dan myFirst Frame Live. myFirst Fone R2 menawarkan reka bentuk yang moden serta paparan skrin yang menakjubkan, manakala myFirst Frame Doodle ialah tambahan yang bukan sahaja meningkatkan pengalaman digital kanak-kanak tetapi juga memberikan datuk dan nenek peluang untuk berhubung dengan cucu mereka dengan mudah, sekaligus memupuk hubungan kekeluargaan yang bermakna.”

    Dia menambah, “Melalui aplikasi Circle, saya sering memantau perjalanan anak perempuan saya dan memahami aktiviti hariannya, sama ada semasa waktu makan tengah hari, sebelum tidur, atau sewaktu saya perlu bekerja lebih masa atau perlu ke luar negara. Inspirasi di sebalik fungsi “Knock-Knock” adalah keinginan saya untuk berkongsi detik-detik ini dengan mudah. Kini, saya boleh memantau dan dia akan membalas mesej yang menghiburkan, contohnya apabila dia memaklumkan sedang menikmati semangkuk strawberi di rumah. Ianya nampak ringkas tetapi efektif untuk mengeratkan hubungan di antara kami, tidak kira di mana kami berada.”

    Sebelum ini, myFirst Fone R1, S3 dan R1s, jam tangan telefon pintar muzik 4G LTE pertama kami telah memasuki pasaran pada November 2020 (R1), Disember 2021 (R1s) dan Februari 2023 (S3) sebagai teknologi yang memperkasakan kanak-kanak sambil memastikan mereka selamat. Selain itu, sejajar dengan rangkaian produk audio kami, myFirst turut menawarkan fon kepala myFirst BC Wireless, BC Wireless Lite, myFirst CareBuds dan myFirst Headphones AirWaves yang memberikan pengalaman muzik dan audio telinga terbuka. Teknologi ini memastikan tahap audio ditetapkan pada kelantangan yang sesuai untuk melindungi telinga kanak-kanak sambil memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

    myFirst Fone R2

    Satu ciri utama yang membezakan myFirst Fone R2 daripada model sebelumnya ialah “Magic Button“ serba baharu. Ciri ini menjadikan penggunaan peranti ini lebih cepat dan selesa untuk kanak-kanak dengan membenarkan mereka mengawal pelbagai fungsi dengan sekali tekan. Dengan “Magic Button”, anda mempunyai kawalan mudah di hujung jari anda untuk melihat notifikasi, membuat panggilan dan melancarkan aplikasi.

    Selain itu, myFirst Fone R2 juga mempunyai storan besar sebanyak 8GB. Ini memastikan kanak-kanak mempunyai ruang tambahan untuk kesemua kandungan dan momen kegemaran mereka. Mereka boleh terus berhubung untuk tempoh lebih lama dengan adanya kapasiti bateri 605mAh yang dipertingkatkan. Ini merupakan peningkatan ketara daripada versi sebelumnya yang hanya mempunyai storan 4GB dan bateri 580mAh. Dengan skrin AMOLED, pengurangan ketebalan sebanyak 16%, dan berat 7g lebih ringan daripada model sebelumnya, myFirst Fone R2 menetapkan standard baharu untuk jam tangan pintar yang praktikal. Ia lebih padan dan selesa untuk kegunaan anak-anak anda.

    myFirst Voice 2

    Sementara itu, myFirst Voice 2 membawa perubahan dalam dunia mikrofon dan pembesar suara tanpa wayar. Inovasi ini direka untuk mengubah satu perjumpaan menjadi sesi karaoke yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, anda boleh menukar suara serta-merta dengan hanya satu butang Teknologi Penukaran Suara AI. myFirst Voice 2 menawarkan kemudahan wireless, kad memori atau kabel AUX,

    myFirst Voice 2 sedia membantu anda. Alami hiburan tanpa henti melalui lima mod suara yang menyeronokkan yang disediakan.

    myFirst Frame Doodle 9”

    Sebagai tambahan peranti baru dalam ekosistem myFirst Circle, myFirst

    memperkenalkan Frame Doodle,  tambahan unik yang direka untuk menghubungkan anak-anak dengan datuk dan nenek, serta keluarga besar

    mereka. Dihasilkan khas untuk kanak-kanak yang gemar melukis, myFirst Frame Doodle 9” menyatukan keluarga dengan menawarkan cara baharu untuk berinteraksi. Selepas dipautkan dengan peranti myFirst yang lain, ia membolehkan anak-anak berkongsi kandungan daripada feed orang tersayang, membolehkan mereka untuk mengeratkan ikatan anak-anak dengan keluarga.

    Frame Doodle disambungkan dengan lancar melalui aplikasi myFirst Circle merentas semua peranti yang menyokongnya. Ia memaparkan feed kandungan yang diperibadikan dari orang-orang tersayang dalam aplikasi myFirst Circle bagi memupuk pengalaman yang unik dan disesuaikan. Dibangunkan untuk memperkenalkan datuk dan nenek kepada dunia digital cucu mereka dengan mudah melalui Frame Doodle, menawarkan fungsi lebih daripada sekadar bingkai digital. Datuk dan nenek bukan sahaja boleh melihat tetapi juga berinteraksi dengan siaran yang dikongsi oleh keluarga mereka di myFirst Circle dengan serta-merta.

    Rangkaian produk baharu ini kini boleh didapati di Shopee Mall (myfirst.os), LazMall(myFirst), dan TikTok Shop (myFirst) serta kedai rasmi myFirst di https://my.myfirst.tech/. Anda juga boleh membeli produk myFirst di mana-mana cawangan Urban Republic di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myfirst.tech/.

    Harga:

    Produk Harga
    myFirst Fone R2 RM1,099
    myFirst Frame Live 10.1” RM599
    myFirst Frame Doodle 9” RM499
    myFirst Voice 2 RM169

    myFirst Circle adalah percuma dan boleh didapati di AppStore, Google Play & Huawei App Gallery.

  • HISENSE MALAYSIA EXTENDS SUPPORT TO A KINDERGARTEN WITH A BRAND NEW TELEVISION

    Hisense Malaysia, a trusted, reliable, and quality-leading brand has stepped forward to assist a Kindergarten in Felda Lok Heng Timur that recently fell victim to a robbery, resulting in the loss of their television. It caught the attention of Hisense Malaysia’ team through news articles reporting about the incident.

    In response to this situation in the Kindergarten Felda Lok Heng Timur, Hisense Malaysia has sponsored a brand-new 50” A6100K to the kindergarten. This sponsorship aims to alleviate the impact from the incident and provide the kindergarten with the necessary resources to continue providing a conducive learning environment for the kids.

    “We are very appreciative and grateful to Hisense for their concern by providing us with the TV. Nowadays, TV is one of the mediums that is necessary to have in schools to facilitate teaching and learning. Learning material through TV can make childrens be more interested in learning thus this initiative by Hisense Malaysia is truly appreciated,” said Ms Nordiana binti Mohd Diah,  teacher of the kindergarten.

    The Hisense A6100K is a 4K UHD Smart VIDAA television that supports HDR10+ Decoding and Dolby Vision, allowing it to provide original content with improved shadow detail and brighter highlights. Meanwhile, one of the TV’s useful features for the kindergarten is its fully speech control with built-in VIDAA voice, allowing users to manage the TV using voice assistant and voice remote.

    Here at Hisense Malaysia, we hope that kindergarten Felda Lok Heng Timur will be able to further level up their education as well as experience through the technology and innovations from our smart televisions. As a company committed to innovation and adaptability, we hope these can be replicated in education to prepare the next generation for a dynamic and technologically-driven future.

     

  • TIËSTO, THE KID LAROI, EAJ ANTARA LEBIH 40 BINTANG HANGATKAN RESORTS WORLD AWANA GENTING HIGHLANDS DI FESTIVAL SUPALAPA

    Lebih daripada 40  bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa limitasi dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

    Festival Supalapa yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands. Pengunjung Festival Supalapa akan disajikan dengan sebuah acara yang gilang-gemilang dan akan meletakkan penanda aras yang baharu dalam penganjuran festival.

    Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep,  antara lebih 40  nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.

    Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn,  Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

    Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan  K POP. Ke semua genre muzik ini kemudian dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di “Live Stage”, “EDM Stage” dan “Pool Stage”!

    Tidak cukup lagi, acara ini bukan sekadar hiburan berkaitan muzik tetapi di Festival Supalapa pengunjung akan melalui banyak pengalaman perdana kali yang tidak didapatkan dalam acara hiburan sebelum ini.

    Di Festival Supalapa, melalui pembayaran secara sistem RFID yang pertama kali seumpamanya, pengunjung berhak menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di “Wrestling Ring”, “Bali Swing”, “Carnival Games” dan “Silent Cinema.”

    Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya pula menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun.

    “Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

    “Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.

    “Dan tentu sahaja melalui Festival Supalapa dengan menghimpunkan lebih 40 bintang atau karyawan seni, penganjuran acara ini menjadi platform terbaik buat pemuzik tempatan berkongsi pentas sekaligus mendapat pengalaman menerusi kemunculan bintang antarabangsa. Kami juga mahu Supalapa menjadi sebuah jenama global untuk festival muzik bagi dunia,” ujar Parthiban.

    “Festival Supalapa bukan sekadar tentang hiburan tetapi bagaimana kami memberikan keseronokan tanpa limitasi sesuai dengan objektif penganjuran iaitu menjadi hub hiburan yang membuat pengunjung sentiasa teruja.

    Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan, Pemasaran & MICE Resorts World Genting, menyebut “Setelah melalui perubahan besar, Resorts World Awana hari ini merupakan destinasi riadah bertaraf dunia di mana anda boleh mengatur percutian bertemakan alam semula jadi buat diri anda sendiri atau menikmati masa tenang bersama ahli keluarga di tengah-tengah kehijauan dan udara gunung yang sejuk.”

    “Supalapa akan menjadi festival muzik yang tidak pernah dilangsungkan sebelum ini, pengalaman muzik yang menyeronokkan dan menarik di Resorts World Awana,” kata Pengarah Festival, Addam Al Maleq.

    Alami  pengalaman luar biasa yang dipenuhi dengan keseronokan tanpa had di Festival Supalapa. Rasai semuanya di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

    Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi acaranya Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya dan ‘sold out’  di seluruh dunia di seluruh Eropah, Kanada dan Asia. Ini adalah festival muzik pertama mereka di Malaysia.

    Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati tanpa limitasi ini, jangan terlepas temujanji anda di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

    Sebarang pembelian tiket boleh layari supalapa.com

     

     

  • KFC MALAYSIA CONTINUES PARTNERSHIP WITH JOHOR MOTORSPORT RACING (JMR)

    In its ongoing commitment to bolster Malaysian  sports and uplift local athletes, KFC remains steadfast in its efforts to enhance collaboration  with Johor Motorsports Racing (JMR) throughout the entirety of 2024. This enduring  partnership reflects KFC’s dedication to promoting and contributing to the growth of the sports  landscape in Malaysia, particularly within the dynamic realm of motorsports facilitated by  JMR..

    Motorsports, celebrated for its exhilarating thrills and technical finesse, has been a cherished  tradition among the Johor Royalty for generations. It originated with the late Sultan Ismail Ibni  Almarhum Sultan Ibrahim, who owned a Mercedes racer before they evolved into Mercedes  Benz. Each successive generation has proudly carried forward this legacy.

    Presently, the young Princes YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku  Panglima Johor, and YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor,  are reigniting the family’s passion for racing.

    Currently participating in the Asian Le Mans Series and the SRO GT World Challenge series,  driving a Mercedes AMG GT3 powered by Triple Eight Racing, they compete in both the Asia  and Australia championship series.

    KFC Malaysia, a proudly Malaysian owned and operated brand which employs 86% Muslims,  has partnered with JMR to explore avenues for fostering further opportunities within the Johor  racing community and to extend this appeal nationwide and to further encourage all Malaysian  athletes to realise their dreams of becoming champions.

    To commemorate this partnership, KFC Malaysia organised an engagement with students  from public universities and vocational institutions across Johor. The students from Universiti  Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, and Kolej Vokasional Tanjung  Puteri were offered a unique opportunity to gain insights into the multifaceted world of  motorsports.

    During these interactive sessions, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,  Tunku Panglima Johor, and YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera  Johor, shared their personal journeys and experiences, inspiring students to pursue their  passions within the motorsport realm. The students were then treated to an immersive  encounter with the princes’ race cars, the Mercedes AMG GT3, providing a firsthand look at  these high-performance vehicles on racing circuits worldwide.

    QSR Brands Chairman Tan Sri Jamaludin Ibrahim said during his speech “This partnership  symbolises not just a collaboration in motorsports but a commitment to the growth and well being of Malaysia,”.

    He added that KFC Malaysia is committed to supporting JMR in its endeavours and shared  that through such partnerships, the Malaysian flag will be proudly displayed on international  podiums.

    KFC Malaysia Head Chandrasagran Munusamy, expressed the brand’s pride in giving back  to another Malaysian brand and expressed excitement about working on this partnership to  grow the motorsports industry in Malaysia.

    “With the expertise of Johor Motorsport Racing and the on-ground experience of the esteemed  YAM Tunku Panglima Prince Jefri Ibrahim and YAM Tunku Putra Prince Abu Bakar, we hope  to foster a better understanding of the sport and ultimately propel more Malaysians onto the  international stage,” he said.

  • HISENSE MALAYSIA ADHERES SMART EDUCATION SOLUTION AT DIMIX@KARNIVAL DIGITAL

    Hisense, a global leader in vision technology and innovation, stepping forward together with the Federal Territory of Kuala Lumpur Education Department (JPWPKL – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) at the DiMix@Karnival Digital to enhance and provide long-term smart education solution in Malaysia.

    The event garnered the esteemed presence of key figures, including YB Wong Kah Woh, Deputy Minister of Education, Tan Sri Datuk Seri Gan Yu Chai, Chairman of SJKC Mun Yee, Ms. Ng Mooi Hong, Principal of SJKC Mun Yee, Mr. Soh Seong Chuan, YDP PIBG of SJKC Mun Yee, Mr. Jaden Wen, Asia Pacific Director of Hisense Commercial Display Co. Ltd, Mr. Derek Jin, Managing Director of Hisense Malaysia together with Mr. Yap Chee Chen, B2B Country Manager of Hisense Malaysia, and Dato Sri Gan Chow Tee, Group CEO of Dynabook Malaysia Sdn. Bhd. The event, held at SJKC Mun Yee, centered around the theme ‘Exploring Education Technology,’ aiming to delve into the challenges and opportunities presented by the digital era in education.

    With the popularization of technology and the Internet, ‘hybrid teaching’ has become a new learning model that proves effective and efficient. Adheres to the concept of digitalization, Hisense Malaysia strongly support to evaluate the teaching platform with Hisense latest Advanced Interactive Display – 86MR6DE Go Board Live, an all-in-one machine with excellent audio and visual experience, easy-to-learn and easy-to-use tools and software that leaves a positive impression and praise from the Deputy Minister of Malaysia Education YB Wong Kah Woh.

    Hisense has always been committed to technological innovation with high quality products and service. With this collaboration as a starting point, Hisense will continue to delve into the field of education, allowing Hisense Technology to elevate and build world-class smart education solutions.

  • ELLY MAZLEIN KEMUNCULAN SEMULA, SINGLE BARU BERJUDUL ‘SAYAP’

    Bermula pada 25 Januari 2024, jam 12 tengah hari, Elly Mazlein (Saluran 111) akan menganjurkan acara pop-up secara eksklusif untuk pengguna Astro. Elly Mazlein, artis Malaysia yang berbakat, telah mengeluarkan single baharu berjudul ‘SAYAP’ di bawah label Rocketfuel Entertainment. Peminat dan pendengar muzik boleh memuat turun lagu dan menonton video muzik tempatan ‘SAYAP’.

    Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.

    Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik. Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama- sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

    Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan. Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak.

    Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini. “Saya sangat gembira berkongsi ‘SAYAP’ dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industry muzik tempatan. Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!”

    Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

    Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

  • The Everly Putrajaya, Fiesta Ria Ramadan 2024 Campaign

    The Everly Putrajaya is pleased to extend a heartfelt invitation to join us in embracing the spirit of Ramadan at Festa Ria Ramadan 2024. This sacred month provides a wonderful opportunity to gather with loved ones and embark on a culinary journey featuring a thoughtfully curated selection of Malaysian culinary treasures and international favorites, all prepared with passion to delight your senses.

    Fiesta Ria Ramadan 2024 promises an unforgettable Iftar experience, characterized as A Symphony  Experience of Ramadan Cuisine & the Rhythm of 2 Live Bands.” Immerse yourself in the culinary craftsmanship of our chefs as they bring a symphony of flavors for you to savor. Delight in an array of tastes and textures from enticing starters to the temptation of ‘Kambing Golek’ all complemented by the ambient setting of the restaurant and the captivating performances of two live bands.

    In this year’s culinary masterpiece, our accomplished team of chefs has passionately dedicated their expertise to present a diverse array of over six main course menus. Aligned with our everyday special cuisine, revel in dishes such as Daging Salai Masak Lomak, Kari Kepala Ikan, and Rendang Ayam  Minang. Elevate your dining experience with the exclusivity of our live stalls, featuring ShelloutKambing Golek Panas, Sup Campor, Satay Bakar, Bubur Lambok, and Murtabak Warisan.

    Seize the opportunity to partake in our exclusive offer available now for March 14 to April 7, 2024. The regular walk-in buffet price is RM138 for adult and RM69 for Kid (6 – 12 y/o) & Senior Citizen. Avail yourself of our promotional rates as outlined below:

    Early Savors: RM 98.00 (14th-21st March, 2024),

    Mid-Special: RM 118.00 (22nd-28th March, 2024), and

    Final Deal: RM138.00 (29th March-7th April, 2024).

    For reservations and media inquiries, please contact Muhammad Syazwan, Marketing Executive [Email: syazwan.azman@theeverlygroup.com/Whatsapps: +60136615013]. We look forward to creating cherished moments with you during this special Ramadan season.

  • MAJALAH 3 NASKHAH DIRAJA: 5 TAHUN PEMERINTAHAN AL-SULTAN ABDULLAH

    Program dokumentari TV3, Majalah 3 bakal memaparkan dokumentari khas ‘5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah’ secara eksklusif pada 29 Januari 2024, jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menaiki takhta sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019, seterusnya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 oleh Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019. Baginda melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia di upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, Jalan Duta pada 31 Januari 2019.

    Baginda ialah seorang Raja yang berjiwa rakyat, sangat sinonim dengan sifat ramah dan mesra dalam menyantuni rakyat jelata. Dokumentari khas satu jam merakamkan detik bersejarah sepanjang pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16. Tempoh lima tahun Al-Sultan Abdullah bersemayam sebagai Ketua Negara Malaysia akan sentiasa kekal dalam lipatan sejarah sebagai suatu kapsul masa yang luar biasa.

    Krew produksi Majalah 3 telah menemuramah Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang Di-Pertuan Agong, Dato’ Haji Nazim Mohd Alim; Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin; Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Dato’ Muzli Mohd Zin; mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dan kakitangan Istana Negara yang lain.

    Lebih istimewa, Majalah 3 juga diberi kesempatan untuk menemuramah Al Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah pada satu sesi bertemu media di Istana Negara pada 3 Januari lalu. Pada sesi berkenaan, Baginda telah berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang lima tahun bersemayam.

    Dokumentari ini memaparkan keperibadian, sifat kepemimpinan, kebijaksanaan dan kearifan Al-Sultan Abdullah dalam menaakul isu serta membuat keputusan demi rakyat yang dikasihi. Antara cabaran yang menyerlahkan kepemimpinan Baginda ialah menangani kemelut politik negara yang menyaksikan empat Perdana Menteri bertukar ganti, pandemik Covid19 yang memberikan impak yang tidak pernah dialami sebelum ini dan bencana banjir besar.

    Selain itu, momen membanggakan menjadi kenangan indah kepada rakyat berhubung Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah juga bakal dapat disaksikan. Ini termasuk pencapaian dan inisiatif yang dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.

    Antara  eksklusif yang diperolehi hasil temu ramah adalah:

    • Di sebalik kejadian perletakan jawatan mengejut Perdana Menteri Ketujuh.
    • Perkongsian mengenai keperibadian Baginda berdua oleh kakitangan di Istana Negara.

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Majalah 3 Naskhah Diraja: 5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari 2024 (Isnin), pukul 9.00 malam dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • INFINIX SMART 8 PRO TO HIT MALAYSIAN SHORES ON THE 31ST OF JANUARY

    Infinix, a reliable and trendy international smartphone brand is welcoming the new year with an upcoming release of its newest addition to their SMART Series in Malaysia – the SMART 8 Pro. The device is set to be released in Malaysia on the 31st January 2024.

    Compared to its predecessor, the SMART 6 which was launched in 2022, SMART Series is making a triumphant comeback with its second iteration after two years. The SMART 8 Pro stands as a powerhouse device, showcasing its superior photography capabilities, generous storage, and an extended battery life.

    The SMART 8 Pro is built to enhance overall performance, providing a superior experience for photography, sound quality, faster displays, and diverse daily tasks. It is also equipped with up to 8GB RAM and 128GB ROM, Infinix’s extended RAM technology doubles the initial 4GB RAM for faster boot times and improved multitasking capabilities, while the spacious 128GB ROM offers ample storage.

    Apart from its aesthetically pleasing designs, the device also comes at an affordable price tag, making it an excellent value for everyday use. Stay tuned for the upcoming launch of the SMART 8 Pro on Infinix Malaysia’s official website, Facebook page, Instagram page and  TikTok channel.

    #InfinixMalaysia

    #Infinix