Author: Helmi Aziz

  • Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur, The Rock Emperor Penang Hiburkan 8,000 Penonton

    Kumpulan legenda terkenal, kembali ke rumah mereka di Spice Arena di Bayan Baru, Pulau Pinang. Sekitar 8,000 peminat rock yang menikmati persembahan mantap Wings.

    Aksi pembukaan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dengan persembahan ala teaterikal disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu.

    Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing.

    Deretan lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher dan Lipas Kudung membuatkan penonton tenggelam dalam kelunakan vocal memukau Awie yang dilengkapkan dengan persembahan muzik mengasyikkan semua anggota Wings.

    Wings juga sempat memuatkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley.

    Menariknya, Wings juga sempat membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji yang turut dipersembahkan dengan lagu Like Hell, nyanyian asal kumpulan Loudness.

    Wings juga tidak lupa untuk mendedikasikan untuk saudara di Palestin, Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana.

    Dalam pada itu, kumpulan otai itu turut berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

    “Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan kini, kami sudah merisik dua lokasi di bahagian sana.

    “Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

    “Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” kata Awie.

    Dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, Wings The Rock Emperor Penang Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam.

  • KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

    Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang  dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan  kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman  imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka.

    Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival  tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan  berlangsung pada hujung minggu.

    Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids  berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”.  Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih  bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

    Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian  secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma. Kereta kuda  putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka  menawarkan pengalamn yang menarik buat si cilik.

    Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian  yang bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.

    Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna  Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah  menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.

    Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka  bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan  pertunjukan ahli silap mata yang memukau.

    Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka  khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak  semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.  Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya

    adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada  pelanggan setia kami”.

    PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL MEMBAWAKAN KARNIVAL VIKIDS YANG UNIK

    Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18  hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan  kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

    Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan  dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan  peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi  memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.

    Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka  melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan  kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.

    Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu  resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.

    Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah  berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun).  Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.

    Untuk info lanjut, layari:

    1. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentreii. Mesra Mall – www.mesramall.com/ www.facebook.com/MyMesraMall
  • “Takdir Itu Milik Aku,” a captivating song inspired by unwavering fate,  unveiled by Liza Hanim.

    “Takdir Itu Milik Aku,” the most recent musical project by Liza Hanim, the legendary singer of songs like “Gelisah Mimpi,” is sure to continue captivating audiences. Not too long after dazzling audiences with her “Liza Hanim 27 Years Journey In Concert” at Zepp Kuala Lumpur, where she celebrated her remarkable career, Liza Hanim lights up the stage once more with her moving new single.

    “Takdir Itu Milik Aku” isn’t just any song; it’s the official soundtrack for the upcoming drama of the same name, soon to grace the screens of Astro Ria. Liza Hanim divulges that the song echoes the poignant journey of individuals navigating their predestined paths, finding solace in surrendering to the divine plan. She shares, “Every trial, every tribulation, is a thread in the tapestry of destiny woven by Allah. Embracing our fate becomes inevitable as we journey through twists and turns.”

    Liza Hanim’s decision to lend her voice to “Takdir Itu Milik Aku” was instinctive, driven by the song’s magnetic melody and profound lyrics. She explains, “The melody and lyrics of this song are truly one-of-a-kind. Its simplicity and catchy chorus make it unforgettable, resonating deeply with listeners.” Despite encountering hurdles during the production process, the outcome is a testament to her unwavering dedication.

    Set against the backdrop of the compelling drama, “Takdir Itu Milik Aku” narrates the trials of Dian Zara, a resilient soul whose life is a tumultuous journey shaped by fate’s capricious hand. From familial strife to forced marriage and the challenges of motherhood, Dian’s resilience shines as she confronts adversity head-on. Featuring a stellar cast, including Emma Maembong, Aiman Hakim, and Liza Abdullah, the drama promises to captivate audiences with its poignant narrative and powerful performances.

    This will be the 8th drama adaptation from Siti Rosmizah’s 12th successful book; she is an author, producer, and lyricist among the many hats she wears. Among those are “Andai Itu Takdirnya,” “Cinta Kau dan Aku,” “Lafazkan Kalimah Cintamu,” “Rindu Awak Separuh Nyawa,” and “Dia Imamku”, to name a few.

    “Takdir Itu Milik Aku” is more than just a song; it’s a melodic reflection of life’s intricate dance between fate and free will. Available for download on iTunes and streaming on Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, and YouTube Music, Liza Hanim’s latest single invites listeners to embark on a journey of self-discovery and surrender to destiny’s embrace. Don’t miss the chance to experience the magic of “Takdir Itu Milik Aku” as it reverberates through hearts and souls.

    Credits: 

    Artist: Liza Hanim

    Title: Takdir Itu Milik Aku

    Producer: Rudy Nastia

    Composer: Ejai Aziz & Kelana

    Lyricist: Siti Rosmizah

    About Liza Hanim: 

    Haliza Hanim Abdul Halim, also known as Liza Hanim, is a Malaysian singer-songwriter, actress and businesswoman. Starting her career in the Malaysian music industry at the tender age of 17, Liza Hanim forged her name as one of Malaysia’s best singers in the 2000s, alongside other famous vocalists such as Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah and Misha Omar.

    Liza Hanim has won multiple awards, including the Best Vocals Award at the 17th Anugerah Juara Lagu in 2003. Known for her hit songs such as “Siapa Sangka Siapa Menduga”, “Andaiinya Aku Bersuara”, “Gelisah Mimpi”, “Ku Teruskan “, and “Treat Hidden Wounds”, Liza Hanim has also achieved success with seven studio albums and five compilation albums.

    About Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd: 

    Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd is a subsidiary of Sony Music, the world’s largest music entertainment group, operating in Malaysia. The company owns over 200 music labels and has a presence in more than 50 countries and territories, making it a significant player in the global music industry. Boasting a diverse repertoire, Sony Music has curated an impressive array of music and related products, encompassing nine influential genres, including pop, rock, dance, alternative, hip-hop, jazz, classical, country, and new music. With a commitment to fostering cross-cultural musical exchange, Sony Music Group endeavours to bring the finest in global pop music to Malaysian audiences, all while actively nurturing, amplifying, and showcasing local talents on the international stage.

  • HALAQAH KEMBALI DENGAN NAFAS BAHARU MUNCUL DENGAN TEKNOLOGI HOLOGRAM!

    Halaqah kini kembali dengan nafas baharu dan muncul dengan teknologi hologram khas buat penonton setia yang menanti-nantikan kemunculan program ilmuan ini. Penonton bakal disajikan dengan kandungan yang lebih segar dan menarik kerana setiap episod akan mengadaptasikan perkongsian teknologi terkini menggunakan kecerdasan buatan (AI – Artificial Intelligence) bermula 15 Mac 2024, setiap hari Jumaat pada pukul 6.00 petang di TV3.

    Istimewa bulan Ramadan ini, Halaqah dibawakan oleh Akademi Al-Bayan dengan tema ‘Rumah Kebijaksanaan, 1 Agama Pelbagai Bangsa’ dan menampilkan tiga mesej utama melalui segmen-segmen menarik iaitu ‘Kemajuan Zaman’, ‘Era Keemasan Abbasiyah’ dan ‘Tugasan Mujaddid’. Sepanjang 13 episod ini, penonton akan diberi penjelasan dan kupasan tentang topik menarik oleh barisan panel tetap Haji Ahmad Noor Sulaiman (siarawan), Dato Dr. Danial Zainal Abidin (bintang ilmuwan), Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (panel analisis) dan Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (bintang ilmuwan).

    Antara topik menarik yang akan dikongsikan adalah, ‘A.I. Di Mata Islam’. Para panelis akan membincangkan tentang kemampuan A.I. dan juga ChatGPT untuk menjawab pelbagai soalan, termasuk hukum asas agama dan ketepatan hukum. Antara lain adalah ‘24 Nama Di Bulan’. Tahukah kita, sebagai tanda penghargaan dunia terhadap sumbangan peradaban Islam, 24 nama ilmuwan dan ulama Islam terkemuka, telah diabadikan pada kawah-kawah bulan. Topik ini sangat menarik dan tidak diketahui ramai.

    Tentunya penonton tidak sabar untuk menantikan episod-episod yang akan datang kerana selain daripada topik yang menarik, ia juga menggandingkan hologram yang bersesuaian dengan topik. TV3 telah bekerjasama dengan Fakulti Multimedia, Kreatif & Pengkomputeran, Kolej Universiti Islam Selangor untuk teknologi hologram sekaligus menyelaraskan perkongsian dan gambaran daripada AI, manakala pakaian istimewa panelis bagi setiap episod pula hasil usahasama dengan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Tidak hairanlah rancangan ilmuan Halaqah ini pernah menguasai tiga kategori di Anugerah Seri Angkasa 2022 menerusi Kategori Set TV Terbaik oleh Mohamad Izuan Munshid (Halaqah 2020), diikuti Kesan Khas TV Terbaik (Halaqah 2021) dan meraih Anugerah Khas Juri menerusi Halaqah Episod 7: Bencana, Muhasabahkah Kita?

    Nantikan rancangan bual bicara dan pengisian ilmu Halaqah, bermula 15 Mac 2024 di TV3 dan Strim Juga Melalui Tonton di SMART TV www.tonton.com.my dengan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • ADAKAH ANDA YANG KAMI CARI! JOM SERTAI UJI BAKAT PENCARIAN ‘GIRL GROUP’ ANJURAN ALTERNATE RECORDS & TALENTS

    Alternate Records & Talents, label rakaman di bawah naungan Media Prima Berhad, kini mencari bakat baharu bagi kumpulan wanita melalui uji bakat atas talian! Jika anda mempunyai bakat terpendam dan ingin menceburkan diri dalam bidang hiburan tanah air, jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat istimewa ini bermula 27 Februari hingga 8 Mac 2024.

    Selepas kejayaan mempamerkan bakat-bakat penyanyi wanita yang berkebolehan antaranya Puteri Khareeza, Marsha Milan dan Shiha Zikir,  Alternate Records & Talents kini ingin mencari lebih ramai bakat baharu wanita untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air. Pencarian kumpulan wanita ini bertujuan untuk menampilkan individu yang bukan sahaja mempunyai bakat vokal berkualiti dan persembahan yang luar biasa, tetapi juga mempunyai karisma dan daya tarikan yang tersendiri. Ahli yang dipilih akan berpeluang untuk mencipta lagu, merakam video muzik, dan melakukan promosi setanding antarabangsa.

    Anda mungkin antara yang terpilih! Penyertaan terbuka kepada wanita berusia 18 hingga 25 tahun, mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian. Kebolehan bermain alat muzik juga adalah bonus! Jangan lepaskan peluang anda untuk bersinar di atas pentas sebagai kumpulan wanita hangat yang seterusnya dengan cara memuat naik video persembahan nyanyian dan tarian yang tidak melebihi 3 minit di paparan Instagram atau Tik tok anda. Pastikan anda tag laman rasmi media sosial Instagram @alternate.my_  atau Tik Tok @alternate.rt_ serta hantar video tersebut menerusi peti mesej selewat-lewatnya pada 8 Mac 2024.

    Jom ekspresikan bakat terpendam anda dan sertai uji bakat ini! Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • BANK ISLAM NET PROFIT RISES 12.5% TO RM553.1 MILLION IN FY2023

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank  Islam or the Group) registered a net profit of RM553.1 million for the financial year  ended 31 December 2023 (FY2023), an improvement of 12.5% over the previous year.  Accordingly, EPS and net ROE for the Group have improved to 24.57 sen and 7.8%,  respectively, for FY2023.

    The Group’s net income rose 7.2% to RM2.48 billion (RM2,477.2 million) compared to  RM2.31 billion (RM2,309.9 million) last year. Higher non-fund-based income, which  surged by RM175.5 million or 75.9%, resulting from higher net gain from foreign  exchange transactions and higher investment income, is attributed to the growth  recorded.

    Nevertheless, the increase was offset by a marginally decreased net fund-based  income of 0.4% or RM8.3 million as the net income margin was lower by 16 bps to  2.12% for FY2023 (FY2022: 2.28%) due to higher cost of funds despite the growth in  financing. Higher overheads and expansion of net allowance for impairment on  financing and advances offset the Group’s net income increase.

    The Board of Directors is pleased to declare an all-cash second interim single-tier  dividend of 4.22 sen per share, bringing the total annual dividend to 16.81 sen per  share.

    The Group’s total assets grew by 1.2% year-on-year (y-o-y) to stand at RM91.0 billion  at the end of December 2023, spurred by financing and investment securities growth  and was offset by lower cash and short-term funds.

     

    Financing grew 3.0% y-o-y to RM66.8 billion, while customer deposits and investment  accounts stood at RM76.1 billion, with a y-o-y increase of RM0.9 billion or 1.2%. The  growth was mainly attributable to the robust y-o-y growth of 9.8% or RM2.7 billion in  total CASATIA, which stands at RM30.4 billion. This composition made a healthy level  of 39.9% of total customer deposits and investment accounts. The Group’s Total  Capital Ratio remained strong at 19.9%.

    Bank Islam maintains robust capital and liquidity positions, underscoring the continued  strength of the Group’s growth momentum and fundamentals.

    As of 31 December 2023, the gross impaired financing ratio improved to 0.92%  compared to 1.27% at the end of December 2022, which is better than the industry  average of 1.65%.

    Bank Islam Group Chief Executive Officer, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed, explains  that in 2023, Bank Islam prioritised strengthening its fundamentals amid economic  uncertainties, focusing on balance sheet discipline.

    Furthermore, the Group has identified pockets of opportunities in its growth areas while  ensuring infrastructure readiness in order to serve the customer better.

    “We have improved Bank Islam’s funding profile by focusing on expanding our deposit  base among the retail and small and medium enterprises (SME) segments, enhancing  transaction banking and payments capabilities. We launched the Ihsan Sustainability  Investment Account Fund (ISIA) and provided investors access to primarily debt

    based ESG assets,” said Dato’ Mohd Muazzam.

    ISIA is the first of its kind to showcase the ability of Islamic Finance to make available  products that will foster a Nature Positive Economy and ensure inclusive growth across  society.

    He explains that Bank Islam’s commitment to responsible asset growth has led to  increased client acquisition, particularly in the ESG sector, yielding positive returns  despite a lower asset growth last year.

    Outlook  

    Bank Islam reinforces its core strengths while promoting community empowerment  and sustainability. Strategic partnerships, advisory products, and innovative solutions  through Group Retail Banking and Group Institutional Banking are vital focuses. Dato’ Mohd Muazzam outlines the strategic objectives for 2024, emphasising growth, asset  quality, liquidity and funding management, and profitability to lead Malaysia’s Islamic  banking sector.

    “The attention is on customer-centricity and sustainable financing through green  initiatives with goals including increasing non-fund-based income, targeting optimum financing growth above the industry, and maintaining robust asset quality. The Bank  will harness its capabilities further in wealth management while maintaining its  competitiveness within the retail space. Emphasis on CASATIA growth through

    partnerships and promoting cashless communities with a continued focus on the retail  and small and medium enterprises (SME),” he said.

    “In 2024, Bank Islam’s client solutions will evolve beyond traditional financing to assist  in boosting client’s financial standing and value creation with options including listing  and private equity fundraising,” he said.

    Bank Islam recently participated in the UN Global Compact Malaysia and Brunei  (UNGCMYB) as part of its pledge towards sustainability.

    “It is a significant milestone towards promoting sustainable business practices and  aligning our strategies and operations with the Ten Principles of human rights, labour,  environment, and anti-corruption.

    “By our participation, Bank Islam aims to raise our UNSDG ambition and engage with  other members of UNGCMYB to foster collaboration and innovation, thus enabling us  to share best practices and learn from others, as well as attracting environmentally  conscious customers and partners to drive the business further,” Dato’ Mohd Muazzam  explains.

    In advancing its sustainability commitments, the Group has surpassed its target for  Shariah-ESG assets, achieving RM4 billion in 2023 – two years ahead of its original goal  of 2025. As of the end of 2023, its Shariah-ESG assets stand at RM4.5 billion.

    On the digital channel front, the growth of Bank Islam Internet Banking (IB) and GO by  Bank Islam mobile banking app users is expected to rise in 2024. With registered users  exceeding two million, Bank Islam is bolstering system reliability and crafting a better  customer experience by unveiling more innovative offerings and features to provide  its customers with a seamless and safe banking experience.

    Social finance is positioned as an enabler of social development in Malaysia,  complementing public sector finance and commercially driven financial solutions to  fortify social resilience and foster inclusive development.

    As a leading Islamic financial institution advocating social finance, Dato’ Mohd  Muazzam adds that Bank Islam will continue to provide opportunities and increase  the upward mobility of the unserved and underserved segment, particularly the asnaf  and B40-owned micro-enterprises through the offering of iTEKAD microfinance  programmes (iTEKAD).

    “Since its launch in 2020, a total of RM20 million in financing has helped almost 1,200 beneficiaries, including more than 200 individuals, under our iTEKAD and funding  escalator programme. In 2024, the Bank will continue its effort and expand its focus  on developing social enterprises in Malaysia. The initiative will provide opportunities  for social entrepreneurs to enhance their skills and capabilities through our  comprehensive iTEKAD programme,” he said.

    About Bank Islam Malaysia Berhad (Registration No [198301002944(98127-X)])

    Bank Islam is the first Islamic bank publicly listed on the Main Market of Bursa Malaysia. Established in July  1983, the bank has 135 branches and over 900 self-service terminals across Malaysia. As a pure-play  Islamic bank, Bank Islam provides retail banking and corporate financial solutions that strictly adhere to  Shariah rules and principles. The bank is committed to sustainable prosperity and ESG values and is an  official UN Global Compact Malaysia and Brunei participant. Bank Islam’s core subsidiaries, BIMB Investment and BIMB Securities offer Islamic financial services, including investment and stockbroking. For  more information on the Group’s products and services, please visit www.bankislam.com.

    For further information, please email Bank Islam Group’s Media Relations team at  media@bankislam.com.my.

  • INFINIX PARTNERS WITH UNIVERSITI MALAYA FOR FRENSTER 2024 TO CELEBRATE MALAYSIAN CULTURE AND FOSTER COMMUNITY SPIRIT

    Infinix, a  growing and trendy international smartphone brand proudly announces its sponsorship of FRENSTER 2024, one of the biggest event organised by students from Universiti Malaya (UM), set to take place from 5th March to 9th March 2024, at the prestigious UM’s premise; 12th Residential College, Raja Dr. Nazrin Shah. FRENSTER 2024 promises an unforgettable experience to enrich community spirit through culture, entertainment and influential talents

    “We’re thrilled to partner with Infinix for FRENSTER 2024, hosted by us, the students of Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12), University Malaya since 2007. With Infinix’s support, FRENSTER promises to shine brighter than ever. Join us from March 5-9, 2024, for an unforgettable celebration of culture, talent, and community. Let’s make FRENSTER 2024 a moment to remember together.” said Anis Azalia binti Neel Azwar, Director of Fiesta Rumah Terbuka KK12, FRENSTER.

    One of the most anticipated activities during FRENSTER 2024 is the Ares Mobile Legend Bang Bang Tournament which will take place on the 9th of March 2024, from 9:00AM to 2:00PM. As part of our sponsorship, Infinix is thrilled to welcome some of the big names within the esports communities at the event. Daddyhood, the founder of Homebois, along with recognized players such as Ombong, Gripex, and Quin, will be present for a meet and greet on the same day, adding an extra layer of excitement as well as inspiration to attendees at the event.

    “We are excited to collaborate in such a big event like FRENSTER 2024 and support the incredible efforts showcased by the students of Universiti Malaya. We believe in the power of youth and innovation, hence, we are thrilled to be part of an event that celebrates Malaysian creativity and ingenuity,” said Abia Wang, Infinix Regional Marketing Director.

    FRENSTER 2024 will host several exciting activities including blood donation, arts and creativity influencer talk sessions, neon zumba, and the Ares Mobile Legend Bang Bang tournament. Additionally, this event will feature performances by a lineup of talented local artists, including Masdo, Amir Jahari, Sekumpulan Orang Gila, Afiq Adnan, and many more. These activities aim to showcase the diverse and vibrant local talent and to celebrate local culture and community spirit in Malaysia which align perfectly with Infinix’s commitment in supporting local talent.

    For further information about FRENSTER 2024, kindly visit FRENSTER’s official Instagram page.

    For latest updates from Infinix please visit Infinix Malaysia’s official website, Facebook page, Instagram page and  TikTok channel.

  • REVEALING THE NEW ERA OF FUN AND ENJOYMENT WITH THE NEW VIVO Y100 5G

    Hari ini, vivo Y100 5G membuat kemunculan unggul di Malaysia dengan reka bentuk menarik yang menggabungkan gaya terkini dan juga ciri yang diperbaharui. vivo Y100 5G ini diperbuat daripada EcoFiber Leather dan Bingkai Metallic High-Gloss disertakan dengan cetak timbul 3D. Model ini juga memancarkan penampilan estetik dinamik dan premium yang bakal memberi impak kepada pengguna.

    vivo Y100 5G mempunyai skrin Ultra Vision AMOLED Dotch Display yang bersaiz 6.67 inci serta dengan 120Hz kadar segar semula, turut dihadirkan dengan dual stereo speaker, bagi memberikan pengalaman seperti di dalam panggung wayang pada bila-bila masa dan dimana jua. Ia juga turut didatangi dengan bateri jimat kuasa sebanyak 5000mAh dan 80W pengecasan kilat. Kini, pengguna dapat menjalani aktivit harian mereka tanpa perlu bimbang tentang kehabisan daya bateri pada peranti mereka.

    Menggabungkan Gaya Moden dan Ketahanan Reka Bentuk
    Disediakan dalam dua pilihan warna yang menawan iaitu Purple Leather dan Crystal Black, vivo Y100 5G menampilkan reka bentuk 3D ultra nipis dengan EcoFiber Leather dan Bingkai Metallic High-Gloss yang menonjolkan kelembutan dan kelenturan struktur ringan sambil mengekalkan penampilan estetik yang dinamik dan premium.

    Peranti ini menampilkan tekstur garisan timbul 3D, mewujudkan rasa ketukangan yang ringkas, terperinci dan indah, menggabungkan keanggunan dengan rasa halus dan lancar. Menampilkan sentuhan reka bentuk yang unik, cincin kamera hiasan metalik bergabung dengan tekstur garis timbul seperti kulit, menghasilkan kesan mewah, halus serta canggih yang merangkumi kesederhanaan dan keanggunan.

    Memperkenalkan teknologi berpaten Anti-Stain Coating yang inovatif, vivo Y100 5G mempamerkan tekstur premium seakan kulit yang menahan kesan kotoran, calar, dan penuaan UV sedikit sebanyak. Melalui ujian kualiti yang ketat, pengguna boleh menikmati gabungan gaya, keanggunan dan ketahanan yang sempurna di mana lapisan perlindungan tambahan meningkatkan kepuasan pengguna secara keseluruhan.

    Menambah kepada reka bentuknya yang mantap, vivo Y100 5G mempunyai rintangan habuk dan air IP54. Ciri ini memberikan pengguna ketenangan hati, mengetahui peranti itu boleh menahan percikan dan semburan air. Edisi terbaharu ini merupakan peranti di mana ia berdiri sebagai karya agung yang bergaya, menggabungkan teknologi canggih dengan komitmen terhadap ketahanan dan keanggunan.

    Keajaiban Sinematik vivo Y100 5G
    Kali ini, vivo Y100 5G didatangi dengan 256GB kapasiti storan, membenarkan pengguna untuk menghargai lebih banyak momen indah dengan kemampuan simpanan sebanyak 60,000 gambar beserta dengan storan yang boleh dikembangkan sehingga 1TB. Rekaan CPU 8-core dan cip Snapdragon 4 Gen 2 membolehkan vivo Y100 5G menjadi peneraju dalam penggunaan proses canggih 4nm serta ciri Penggunaan Tenaga Rendah. Sistem Funtouch OS 10 yang digabungkan dengan pemacu memori, memastikan pengalaman yang lancar semasa menggunakan vivo Y100 5G. Ia juga dihadirkan dengan RAM sehingga 8GB untuk memudahkan peralihan yang lancar antara pelbagai aplikasi dan menyokong lebih dari 25 aplikasi latar belakang yang aktif.

    Penjimatan RAM mengerjakan aplikasi yang mengurangkan penggunaan memori sehingga 600MB, manakala ciri App Retainer membenarkan aplikasi yang disenaraikan dalam senarai kepercayaan untuk diakses. Gabungan yang kuat ini membolehkan proses menjalankan tugas harian tanpa gangguan sambil menjamin pengalaman pengguna yang lancar secara konsisten.

    vivo Y100 5G mempunyai skrin yang bersaiz 6.67 inci bersama 120Hz Paparan Ultra Vision AMOLED Dotch, turut dilengkapi dengan 300% tahap audio dan dual stereo speaker, vivo Y100 5G juga diperkenalkan dengan “cinema in the pocket” kerana kelebihan audio dan skrin yang memuaskan seperti menonton panggung wayang. Peranti ini mampu menyampaikan pengalaman menonton yang mengujakan dengan playback yang lancar, bidang pandangan yang luas, dan spektrum kontras warna yang terang sehingga mampu meningkatkan kedua-dua butiran  gambar yang terang dan gelap.

    Ciri audio visual yang terbaik mampu memberikan visual yang terang untuk merangkumi perjalanan auditori yang benar-benar mendalam dalam sesebuah video atau filem. Dengan bunyi yang lebih halus dan jelas, vivo Y100 5G mencipta suasana berkualiti yang mampu mengesan emosi dan pergerakan yang rumit bagi setiap watak dalam filem. Ciri ini memastikan pengguna menikmati kesan yang mantap dan dimensi, meningkatkan pengalaman sinematik pengguna ke tahap baru.

    Terokai Kesenian Pengimejan dengan vivo Y100 5G
    vivo Y100 5G membezakan modelnya dengan ciri kamera yang menonjol, menampilkan kamera berpotret 8MP, Kamera Utama 50MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 8MP dan Kamera Penderia Flicker. Dengan ciri Ultra Wide Angle yang menyokong 120° (106° selepas pembetulan sudut lebar) dan algoritma yang menghalang dari herotan tipikal kanta sudut lebar, pengguna boleh menangkap gambar secara panorama atau berkumpulan tanpa memerlukan jarak yang jauh.

    Kualiti gambar boleh dipertingkatkan dengan hanya satu sentuhan melalui ciri Photo Borders yang inovatif dalam vivo Y100 5G. Ciri ini menyediakan lebih banyak pilihan umum untuk penyuntingan kreatif serta membolehkan pengguna meningkatkan kualiti gambar mereka dengan gaya yang unik dengan cara tersendiri. Selain itu, peranti ini menawarkan pelbagai ciri Kesan Cahaya Potret dan Potret Pelbagai Gaya, memberikan pengguna kuasa untuk merakam potret yang menakjubkan dan menyaingi apa yang dilihat pada profil selebriti.

    Dalam persekitaran cahaya malap, Algoritma Malam Super vivo Y100 5G mampu menguatkan kecerahan dan kejelasan gambar serta membuat imej tersebut lebih jelas. Dengan mengawal penciptaan, ciri Dual-View Video membolehkan pengguna membuat vlog secara kreatif menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak. Ciri dokumen dalam vivo Y100 5G memperbesarkan kebolehbacaan dan kemudahan simpanan dengan membetulkan dokumen yang ditangkap secara automatik kepada format yang dijajarkan secara mendatar dan menegak bagi menghapuskan sisihan sudut.

    Serlahkan Kehebatan Penjimatan Kuasa Dengan vivo Y100 5G
    Dengan kadar bateri 5000mAh jimat kuasa, peranti ini menampilkan 80W pengecasan kilat yang eksklusif, memastikan pengecasan yang pantas sehingga mencapai 80% dalam masa setengah jam sahaja. Pendekatan ini untuk memastikan pemulihan kuasa yang cekap tanpa mengabaikan keselamatan dan juga mengutamakan jangka hayat bateri yang tahan memberi pengalaman yang bebas kepada para pengguna.

    Mengutamakan hayat bateri yang tahan lama, Enjin Pengecas Pintar 2.0 memberikan pengguna pengalaman tanpa kebimbangan. Ia menyesuaikan diri dengan senario pengecasan masa yang ternyata, memadankan dengan strategi pengecasan optimum secara bijak untuk kecekapan yang dipertingkatkan.

    Untuk meningkatkan kesihatan bateri, vivo Y100 5G menggabungkan ciri Overnight Charging Protection, yang digerakkan dengan corak tidur pengguna. Ciri ini menghentikan pengecasan buat sementara waktu apabila bateri mencapai kapasiti 80% semasa tidur dan disambung semula sejurus sebelum bangun, dengan berkesan meminimumkan penuaan bateri dan memastikan ketahanan jangka panjang peranti.

    Selain itu, vivo Y100 5G melangkaui fungsi penjimatan kuasa yang boleh dioptimalkan dengan memasukkan Mod Super Battery Saver dan Tetapan Penjimat Bateri yang boleh disesuaikan. Percubaan yang ketat mengesahkan bahawa walaupun selepas empat tahun digunakan, kapasiti bateri kekal melebihi 80%, menekankan komitmen peranti untuk mengekalkan prestasi.

    Harga dan Ketersediaan
    vivo Y100 5G akan tersedia di Malaysia bermula pada 28 Februari 2024, dengan tanda harga RM1,199 untuk varian 8GB+256GB. Pelanggan yang membuat pembelian dari 28 Februari hingga 28 Mac 2024, akan menikmati hadiah menarik bernilai sehingga RM298.

    Rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk membeli peranti mereka dengan mudah di mana-mana kedai konsep vivo, stor vivo rasmi, Shopee, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai vivo, layari Laman Facebook Rasmi vivo Malaysia dan Laman Web Rasmi vivo Malaysia.

  • SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 AEON DAN JELAJAH ‘SENYUM TOUR’ DI SELURUH MALAYSIA

     

    AEON Co. (M) BHD. atau AEON dengan bangga merayakan ulang tahun ke-40 mereka dengan melancarkan program ‘Senyum Tour’ di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju hari ini. Program ‘Senyum Tour’ menawarkan pelanggan diskaun menarik, promosi istimewa, dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun. Ini pastinya akan memberi pengalaman belanja yang lebih memuaskan dan berkesan kepada pelanggan AEON.

    Sejak penubuhannya empat dekad yang lalu, AEON telah merevolusikan landskap runcit di Malaysia melalui kepelbagaian produknya dan pengalaman membeli-belah yang mengujakan. Bermula dari 1985, AEON telah berkembang secara signifikan, bermula daripada operasi sederhana dengan 300 pekerja kepada organisasi dinamik yang kini mempunyai lebih daripada 10,000 orang pekerja. Pada Februari 2024, pasaran modal AEON melepasi RM1.5 bilion, mengesahkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam landskap runcit Malaysia.

    Menurut Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON CO. (M) BHD., “Sambutan ulang tahun ke-40 memberi makna yang sangat besar bagi AEON kerana ia mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap inovasi, kecemerlangan dan keutamaan terhadap pelanggan. Kami sangat teruja untuk meraikan kejayaan ini dengan kerjasama 400 rakan kongsi perniagaan kami yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan AEON sepanjang empat dekad yang lalu. Kami komited untuk mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan tertinggi bagi memastikan AEON terus menjadi destinasi pilihan untuk pelanggan di seluruh Malaysia.”

    Datuk Iskandar Sarudin, yang juga Presiden Yayasan AEON Malaysia berkata, “Sebagai sebahagian daripada komitmen teguh AEON terhadap tanggungjawab sosial korporat dan memberi bantuan kepada masyarakat, Yayasan AEON Malaysia telah membuat sumbangan kepada empat organisasi terpilih, berjumlah RM20,000 setiap satu.”

    Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. menambah, “AEON diberi peluang untuk memulakan operasinya 40 tahun lalu oleh Kerajaan Malaysia. Bagi pihak AEON, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan, Rakan Niaga dan Pelanggan kami atas sokongan dan naungan berterusan mereka sepanjang 40 tahun yang lalu. Perjalanan kami tidak akan tercapai tanpa kepercayaan dan keyakinan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap jenama kami.”

    Acara pelancaran tersebut menyaksikan beberapa siri aktiviti menarik yang menghimpunkan komuniti Wangsa Maju, termasuk sesi Zumba, Jelajah Go Green Agroz – ‘indoor vertical farming’ di AEON Alpha Angle dan aktiviti ‘balloon drop’ yang menawarkan hadiah utama dua tiket ke Universal Studios Beijing.

    Jelajah Senyum Tour dijadualkan bermula pada 27 April di AEON Mall Bukit Tinggi serta menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggan dari semua peringkat umur. Pelanggan boleh menikmati tawaran istimewa semasa Senyum Tour di pusat beli-belah AEON termasuklah barangan istimewa, diskaun 40% untuk item terpilih, 40 item super deal, tawaran harga tetap (flat price) RM40, promosi beli 4 percuma 1, 400 hadiah percuma dan Happy Hour setiap 4 jam.

    Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-40 AEON dan jelajah ‘Senyum Tour’, sila layari https://aeonretail.com.my/40thanniversary/ atau ikuti kami di media sosial.

  • MELLY GOESLAW KEMBALI ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS BAGI MERAYAKAN MOMENT TERBESAR PADA 1 JUN 2024

     

    Artis Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023. Kedatangan Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka bakal mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    Dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.

    Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School) sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    “Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.

    “Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.

    “Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,” ujar Melly Goeslaw.

    Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) bertemu peminat di Malaysia.

    Tempoh masa setahun yang dilihat sedikit dekat untuk sebuah konsert daripada penyanyi yang sama dibimbangi akan kurang sambutan.

    Namun Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).

    “Untuk Ada Apa Dengan Melly (Back To School) kami membawa konsep nostalgia masa sekolah dengan kesemua peminat wajib hadir berbaju sekolah.

    “Waktu itu, Melly hanya mendendangkan lagu-lagu milik dan ciptaannya yang cukup mahsyur sepanjang peminatnya bersekolah lalu membesar dewasa secara solo.

    “Kali ini untuk Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.

    “Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.

    “Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.

    “Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” ujar Iman Tang.

    Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.

    Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).

    Okay semua ‘anak didik’ Melly Goeslaw siap-siap untuk hari besar, hari graduasi bersama Melly dan rakan-rakan menerusi Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) di Axiata Arena, Bukit Jalil, 1 Jun 2024 ini! Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

    Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
    SEJARAH RM228
    PENDIDIKAN JASMANI RM288
    SAINS RM328
    SASTERA RM428
    MATEMATIK RM588