Author: Helmi Aziz

  • SELEKSI RANCANGAN SYAWAL MENYEBAR KEINSANAN TV ALHIJRAH 1445H

    Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan disajikan buat penonton. Kesemua rancangan ini bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki.

    13 rancangan Syawal pelbagai genre adalah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu Raya Taranum Challenge Raya, Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie, Hijrah Berselawat, Carta 114 Raya, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Filem Mimpi Ananda Raih Semesta, Filem Suami Yang Menangis, Filem 5 Penjuru Masjid, Tau-Tau Dah Raya dan Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra’.

    Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, TV AlHijrah akan terus menghidangkan rancangan-rancangan membaja nurani sepanjang sambutan Aidilfitri.

    “Kejayaan siaran Ramadan tahun ini boleh dijadikan kayu ukur dalam mensasarkan kejayaan siaran di bulan Syawal.

    “Data Nielsen Media Research mendedahkan jumlah tontonan TV AlHijrah sejak bersiaran awal Ramadan lalu sehingga separuh Ramadan meningkat 9 peratus berbanding tontonan sebelum bulan Ramadan, dengan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta.

    “Antara program yang mendapat pilihan penonton yang menyumbang kepada kadar pertambahan tontonan ini ialah Taranum Challenge, Mai Ngaji, Cinta Ilmu, Tawajjuh, Ibrah Ramadan, Riwayat Akhir Zaman, 40 Kalam Junjungan, 30 Minit Bersama, Sembang Moreh dan Moh Dengar SD.

    “Prestasi program awal pagi, Assalamualaikum  turut meningkat 50 peratus pada bulan Ramadan berbanding sebelumnya.

    “Walaupun data tontonan dan rating menjadi sasaran setiap stesen namun untuk TV AlHijrah, kayu ukur yang lebih utama kepada kami adalah apabila dapat menyediakan program-program yang boleh menyemai nilai keimanan yang tinggi dan berterusan kepada penonton.

    “Oleh itu, kita yakin pada bulan Syawal, TV AlHijrah akan sentiasa menjadi pilihan penonton untuk rancangan keagamaan, isu semasa, perbincangan seputar kehidupan dan gaya hidup masa kini,” jelas Zulkarnaen.

    RANCANGAN ISTIMEWA SYAWAL 1445H

    Assalammulaikum Istimewa Syawal (1-3 Syawal, 7 Pagi)

    Hiasi pagi Aidilitri anda dengan program bual bicara pagi bersama Naufal Hatta, Farah Adeeba & Amie Sofia dalam meraikan tetamu istimewa yang akan berkongsi kisah kemenangan Syawal dan ibrah yang diambil daripada Ramadan.

    Camca Syawal (1 Syawal, 5 Petang)

    Bersama hos Ammar Mukhlis berkongsi tiga resipi hari raya yang akan dimasak bersama chef jemputan. Antara menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Arab Citarasa Melayu  sambil ditemani suasana kampung.

    Taranum Challenge Raya  (1 Syawal, 7:25 Malam)

    Kapsul Taranum Challenge Raya menampilkan Ustaz Fahmi dan Tilmiz Fahmi sebagai hos pentaranum yang akan memperdengarkan pelbagai jenis alunan bacaan al-Quran secara battle bersama orang awam selama 22 episod yang menarik.

    Cinta Ilmu Raya (Malam raya & 1 Syawal, 7:30 malam)

    Cinta Ilmu Raya merupakan sebuah rancangan tazkirah agama yang berbentuk pengajian kitab yang bakal menarik minat penonton. Rancangan ini akan mengupas topik menarik berkaitan Islam, Iman dan Ihsan berpandukan kitab yang bersesuaian.

    Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie (2 Syawal, 6 petang)

    Saksikan episod kemuncak drama bersiri arab Risalah Imam Al-Syafie yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang tokoh iman mujtahid masyhur iaitu Imam Al-Syafie yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

    Hijrah Berselawat (3 Syawal, 9 Malam)

    Ayuh berselawat dan berqasidah bersama Ustaz Husaini Mahmur, InTeam, Raihan, Lah Ahmad, Azan Addin, Pot Amir dan Bob Yusof disertai tausiyah oleh Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama kita imarahkan Syawal ini dengan alunan selawat terindah di TV AlHijrah.

    Carta 114 Raya (13 April, 6:30 Petang)

    Hari raya diserikan lagi dengan rancangan hiburan Islamik buat tatapan penonton dalam rancangan Carta 114 Raya. Rancangan ini disiarkan  pada setiap hari Sabtu bersama tetamu undangan InTeam, Ustaz Kahirul Anwar & Mateen dalam episod khas Aidilfitri kali ini.

    Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (1-2 Syawal, 10 Malam)

    Mengisahkan tentang Azzam seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar yang berkerja keras menuntut ilmu sambil berusaha menyara keluarganya di kampung. Namun mengalami kesukaran dan ujian untuk memilki seorang gadis yang diminatinya. Saksikan kesudahan perjalanan hidup Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.

    Filem Mimpi Ananda Raih Semesta (3 Syawal, 10 Malam)

    Sekar Palupi, seorang gadis muda yang bercita-cita untuk melihat planet Marikh dari dekat. Ibunya, Tupon, juga berimpian untuk melihat anaknya mencapai impian tersebut. Apakah kesudahan nasib ibu dan anak ini? Saksikan kisah mereka pada malam 3 Syawal di TV AlHIjrah. Dibintangi oleh Kinaryosih, Acha Septriasa, Teuku Rifnu Wikana, Cholidi Asadil Alam, dan Chelsea Riansy.

    Filem Suami Yang Menangis (4 Syawal, 10 Malam)

    Diadaptasi daripada kisah nyata Ustaz Arifin Ilham, seorang ulama besar yang jatuh koma setelah dipatuk ular. Musibah tersebut menjadi titik awal perjalanan hidupnya sebagai insan yang taat kepada Tuhan. Memaparkan barisan pelakon Aryo Wahab sebagai watak utama, Betari Ayu, dan M. Alvin Faiz.

    Filem 5 Penjuru Masjid (5 Syawal, 10 Malam)

    Kisah perjalanan 5 anak muda yang dipertemukan di Masjid Al-Kautsar, termasuk Bewok, seorang samseng yang berubah setelah menjadi penjaga masjid. Budi, Abian, Usman, Lukman, dan Gani, saling berkongsi cerita dan bersama-sama berhijrah menjadi pemuda yang taat beribadah.

    Jadi, jangan lupa saksikan program-program menarik ini sepanjang Syawal di kaca televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus.

  • VIVO MALAYSIA HOSTS THE ART OF PORTRAITURE FOR THE FIRST TIME IN MALAYSIA

    For the very first time in Malaysia, vivo Malaysia hosted a photography sharing session called the Art of Portraiture at Red Carpet 2@ I-City on April 3rd, 2024. This event marks a significant milestone for the latest addition to the V series, the vivo V30 Pro, featuring ZEISS technology improving its camera capabilities. Through this event, vivo Malaysia shared the advanced capabilities of the vivo V30 Pro, developed in collaboration with ZEISS, and offered a deeper understanding and appreciation of the exceptional photography experience.

    In addition, vivo Malaysia extended a special invitation to Ms. Yige Zhang, a Photography expert from China’s and the Product Manager in the Imaging Cognition Products Department to the event. Recognized for her significant contributions over four years in pioneering imaging tools and effects, her presence at the event was to unveil the intricacies of the innovation and technology integrated into the latest vivo V30 Pro.

    As the session wrapped up, media representatives raised a few questions that sparked insightful discussions, deepening their understanding and fueling their curiosity. One major inquiry was centered on the collaboration with ZEISS technology and how the vivo V30 Pro is different from its predecessors in making it stand out in the smartphone industry today.

    This year’s theme, “Celebrating the Art of Portraiture,” highlights vivo’s dedication to merging technology with the creative essence of photography. At the event, there was a Fun and Creative Photo Contest where attendees could showcase their photography skills using the vivo V30 Pro and share them on social media to win amazing prizes. Even in the face of difficult lighting at the wax museum, participants were able to recognize and value the impressive camera capabilities of the vivo V30 Pro, demonstrating its ability to capture excellent images without needing a DSLR camera.

    Adding the excitement, vivo Malaysia extends an invitation to all Malaysians to engage in the forthcoming Portrait So Pro competition by sharing captivating portraits of people on their chosen social media platform. Seize the opportunity to win amazing prizes valued at up to RM5000, including the grand mystery first prize, a Joyoung Air Fryer for the second prize, and weekly giveaways of movie tickets for two lucky winners.

    Here are a few simple steps to join the contest :-

    • Share beautiful portraits of people on your preferred social media platform, focusing on portraits in any theme.
    • Include these 3 hashtags #vivoV30Series #vivoPortraitSoProPhotographyContest #PortraitMagicWithvivo.
    • Lastly, tag @vivo_Malaysia & 2 friends to join the contest.

    Available for purchase in the Malaysian market starting from March 30th, the vivo V30 Pro represents a significant leap in smartphone innovation, equipped with the Snapdragon 7 Gen 3 chipset and the AMOLED display. Its standout feature lies in its exceptional camera setup, boasting three 50MP ZEISS primary cameras that deliver unparalleled clarity and detail in every shot.

    For more information and latest updates about vivo, visit vivo Malaysia’s official Facebook Page and vivo Malaysia’s Official Website.

  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza Has Released A New Single Entitled ‘Cinta Tak Mungkin’

    Following her triumphant performance at the solo concert “Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza” on 9 March, Dato Sri Siti Nurhaliza returns with her latest song, “Cinta Tak Mungkin”.

    The song composed by Farouk Roman and with lyrics by Adrianna Cinta has been selected as the soundtrack for the Astro Ria series titled “Malang Si Puteri.”

    The song “Cinta Tak Mungkin” arranged by Reza Ramsey was created through discussions between composer Farouk Roman and the production company, Radius One Sdn. Bhd. Farouk produced the song and lyrics according to the publisher’s preferences and the storyline of the series.

    According to Siti Nurhaliza, “Cinta Tak Mungkin” is her second collaboration with Farouk Roman, who previously produced the song titled “Senyawa” through the album “Sitism.” The melody and lyrics of the song, synonymous with the desires of a storyline, make this song special in her heart.

    “Farouk is indeed well-known for producing soundtracks, and I believe in his touch. Additionally, Farouk also grants me the freedom to sing the song with my own emotions after explaining the storyline to me. The first time I heard the demo, this song immediately captured my heart,” said Siti.

    While recording this latest single, Siti admitted that she was still in the process of recovering her voice, but it wasn’t a problem for her to fulfill the responsibilities given. Singing a soundtrack is considered one of the best opportunities for a singer because the song will always be played and can easily catch the attention of audiences and listeners. This song has also been well received by the audience of the current aired drama “Malang Si Puteri.”

    According to Siti, even though the song is not about her life story, she tries to embody the character portrayed in the broadcast drama well. The expression of exhaustion, confinement, and the bitterness of life is conveyed through the emotions in her singing.

    “Cinta Tak Mungkin” is Siti’s latest venture, and she hopes that this song will be well received by all fans and music lovers in the country. The song can now be streamed on all digital platforms starting from March 8, 2024.

  • GAME WITHOUT LIMITS AS INFINIX NOTE 40 SERIES WILL BE FEATURING A NEW MLBB HERO IN ITS LATEST PACKAGING

    Infinix, a trendy tech brand crafted for young consumers is set to electrify the gaming arena with the unveiling of its latest NOTE 40 Series, showcasing new Mobile Legend Bang Bang (MLBB) packaging featuring the esteemed hero, Martis. Scheduled to be released on the 10th of April. This initiative promises to revolutionise the gaming landscape, ushering in a new era of immersive gaming experience through the advanced features in the NOTE 40 Series for Xfans nationwide.

    “We are thrilled to unveil our new NOTE 40 series packaging in collaboration with MLBB hero, Martis for all our XFans who love MLBB. We’ve tailored the NOTE 40 Series features in such a way that  our incredible fast charge technology complements the gaming capabilities of the series to ensure uninterrupted gameplay that truly embodies our commitment to ‘Charging the Future of Gaming,” said Abia Wang, Infinix Regional Director.

    Famous for its cutting-edge features and unmatched performance, the NOTE 40 Series is set to redefine gaming. Highlighting its prowess are the all-around fast charge 2.0 and bypass charging 2.0 technologies, enabling rapid charging and uninterrupted gameplay while preserving battery life. Complementing the eye comfort display feature prioritises user well-being, reducing eye strain during extended gaming or video streaming sessions.

    The Note 40 series offers several features designed to enhance the mobile gaming experience for users. One notable feature is the silky-smooth frame rates powered by XBOOST rate control, which is endorsed by popular MOBA and FPS games, ensuring smooth and fluid graphics. Additionally,Note 40 series features an active halo that responds to various prompts even while gaming, enhancing the experience for XFans and adding to their cool factor during winning streaks.

    Infinix Extends 2-year Android Update Support to the entire NOTE 40 Series.

    Expanding upon the recent success of providing 2-year Android updates for the NOTE 40 Pro series, Infinix is excited to extend this commitment to the entire NOTE 40 series, including the NOTE 40 and NOTE 40 Pro 5G models available in Malaysia. This expansion ensures that all users of the NOTE 40 Series can benefit from the latest Android updates and features, delivering a seamless and up-to-date mobile experience for all.

    Those who are interested in getting the NOTE 40 Series, Priced at RM898 for the NOTE 40 and RM1,098 for the NOTE 40 Pro 5G,  can get it through Infinix’s official e-commerce platforms, including  Shopee,  Lazada,  TikTok Shop as well as the authorised dealers.

    Stay tuned for the official launch of the new packaging of the NOTE 40 Series that will be announced soon, along with the latest updates from Infinix at Infinix’s official website, Facebook page, Instagram page and  TikTok channel.

  • Noryn Aziz mencipta sebuah karya ketuhanan yang istimewa dengan membawa lagu bertemakan pop balada Melayu yang berjudul “Kertas”

    Noryn Aziz tidak dapat menahan rasa gembira ketika dia menyambut tahun 2024 dengan pencapaian luar biasa baru dalam perjalanan seninya, menciptakan cetakan yang mengesankan dalam sejarah kariernya.

    Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.

    Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan.

    Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.

    Ironi, Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn.

    Dan jangan terlupa, Kertas adalah karya pertama yang dialunkan Noryn dalam balutan Pop Balada Melayu.

    “Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik.

    “Untuk pertama kalinya saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.

    “Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” kata Noryn mengenai Kertas.

    Tambahnya, kekuatan Kertas juga bukan hanya bergantung kepada beliau selaku penyanyi tetapi kredit perlu diberikan kepada Amylea yang tidak pernah gagal menghasilkan sebuah karya cemerlang.

    Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.

    “Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati.

    “Mereka adalah tim yang banyak melahirkan karya-karya hebat dan berkualiti, lain serta tidak cliche. Dan menjadi sebahagian daripada tim ini adalah sebuah penghormatan buat saya,” katanya lagi.

    Bercerita lebih lanjut, Noryn menyifatkan Kertas sebagai sebuah karya yang cukup istimewa. Ia kata Noryn lagi secara umumnya bercerita tentang jeritan batin seorang manusia yang pasrah kepada Ilahi.

    “Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan.

    “Sejujurnya saya menangis sewaktu berbincang tentang isi lagu ini dengan Amylea kerana terkenang peristiwa-peristiwa yang pernah saya alami.

    “Ia adalah lagu mengenai jeritan batin seorang hamba yang sedang mengadu kepada Tuhan. Merintih atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

    “Kadang kita sebagai manusia ada kala mempersoalkan mengapa sesuatu terjadi.

    “Jeritan batin di dalam diri yang tidak mampu lagi tertanggung dengan dugaan bertalu talu terasa seperti tiada erti nya lagi kehidupan ini. Mula tercari cari jawapan… mengapa? Mengapa aku? Mengapa?

    “Yakinlah!! ALLAH sentiasa mendengar dan jangan berputus asa dan bersangka buruk dengan DIA.

    “Langit tak sentiasa cerah, awan tidak sentiasa mendung dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.

    “Sebab itu saya sifatkan Kertas sangat istimewa kerana mempunyai pengertian yang cukup dalam untuk kita sebagai manusia renungkan bersama,” ujar Noryn.

    Dengan keindahan yang telah diciptakan terhadap lagu kertas dan drama bersiri Khun:sa, Noryn berbesar hati agar kedua-dua karya ini mendapat sambutan positif dan menerima apresiasi dalam kalangan pendengar serta penonton.

    “Saya percaya sebagai pendengar dan penonton, kita boleh ‘masuk’ ke dalam situasi Kertas kerana setiap manusia ada laluan hidup dan dugaan serta takdir masing-masing.

    “Dengarkanlah lagunya dan selami lirik Kertas dengan cermat,” harap Noryn.

    Sementara bagi arkitek lagu ini, Amylea, Kertas juga diangkat sebagai sebuah karya miliknya yang sangat peribadi dan menjadi lagu Ketuhanan miliknya yang dipercayai ‘dekat’ dengan semua pendengar.

    “Saya menggarap Kertas mengikut kepada jalan cerita drama Khun:sa yang tidak silap sudah mula dibincangkan Shahrulezad sejak 2020 namun kerana pandemik Covid 19, projek ini tertunda.

    “Kertas adalah sebuah lagu Ketuhanan dan sangat peribadi buat saya. Ia menjadi tempat manusia mengadu domba kepada Allah tentang banyak dugaan yang silih berganti sehingga berasa tiada kelapangan yang Dia beri kepada kita sehingga kita berasa letih dan berhenti berharap serta berdoa.

    “Perkataan atau lirik-liriknya juga ada berbunyi semangat dan ‘seram’. Seram tentang bagaimana kita seharusnya beringat dan boleh dikatakan juga Kertas sebagai lagu memujuk diri untuk faham diri kita di mana dan apa yang Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya.

    “Padahal kita sendiri berasa hina kerana mempersoalkan Pencipta kita tentang nasib hidup yang sebenarnya kita sedar Allah akan menaikkan darjat kita dalam setiap kepayahan yang telah dilalui,” ujar Amylea.

    Menurut Amylea lagi dia menggalas tanggungjawab besar menghasilkan kertas dalam balutan genre yang tidak pernah dinyanyikan Noryn menerusi lagu miliknya.

    “Tanggungjawab saya berat sebenarnya kerana Noryn belum pernah memiliki lagu sendiri dengan genre Pop Melayu seperti ini.

    “Jadi saya sengaja cabar vokal beliau pada beberapa bahagian lagu dan sejujurnya bekerja dengan Noryn adalah sebuah penghormatan buat saya kerana dedikasi dan sikap rendah dirinya sepanjang kami bekerjasama,” katanya.

    Bertindak sebagai Pengarah Muzik Khun:sa, Amylea juga mahu Kertas berdiri sendiri selepas drama tersebut habis ditayangkan atau menjadi sebuah lagu yang digemari tanpa seseorang pernah menonton naskhah tersebut di kaca televisyen.

    “Kertas adalah sebuah lagu yang ‘dalam’ dan ‘berat’ dan ia dinyanyikan seperti mendodoi. Ia berbunyi nostalgik tetapi relevan kerana saya mahu apabila Khun:sa tamat ditayangkan atau buat sesiapa yang tidak pernah menonton drama ini, Kertas masih boleh berdiri sendiri sebagai sebuah lagu di pendengaran pendengar,” kata Amylea.

    Link lirik video KERTAS: https://youtu.be/R7SwdGcF5dw?si=jOuR_KkPFBox5YgL

    Digital platform: https://bfan.link/kertas-1

    INFORMASI

    LAGU: KERTAS

    PENYANYI/ARTIS: NORYN AZIZ (@norynaziz)

    KOMPOSER: AMYLEA AZIZAN (@amyleaazizan)

    KOMPOSISI MUZIK:  AMYLEA AZIZAN, BAJAI & SCIFISTUDIO (@bajai11 @amyleaazizan @scifistudio)

    RUNUT BUNYI: DRAMA BERSIRI KHUN:SA

    KARYA: SHAHRULEZAD (@budakijat @radiusone_official @astroria)

  • PERKESO Bantu 40 Ibu Tunggal dan Penjaga dengan Sumbangan Hamper dan Duit Raya

     

    Siti Zubaidah Mohammed menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) sebanyak RM80,959.20, ibarat muncul pelangi selepas hujan, itulah ungkapan tepat yang menggambarkan perasaannya ketika itu.

    Beliau menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas disahkan mengalami kecacatan pada saraf tulang belakang di bahagian thoracic menyebabkan kehilangan fungsi motorik pada kaki dan pinggul oleh Jemaah Doktor pada 21 Disember tahun lalu.

    Wanita berusia 52 tahun itu bekerja sebagai Ketua Sokongan Operasi di sebuah syarikat akauntan bertauliah menderita penyakit ini akibat terjatuh ketika ingin menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja pada 1 Ogos 2022 namun berbekalkan kecekalan beliau berjaya berjalan semula dengan bantuan tongkat selepas enam bulan kemalangan hasil rawatan pemulihan yang ditawarkan PERKESO.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohammad berkata, PERKESO bukan sekadar menyediakan jaringan keselamatan sosial yang berfungsi sebagai penampan daripada isu kewangan akibat bencana domestik, tetapi agensi yang ditubuhkan sejak Oktober 1971 ini juga kini menyediakan rawatan pemulihan.

    Perkhidmatan ini diberikan demi memastikan aspek produktiviti pekerja kekal terjamin, sekali gus berupaya melindungi kelangsungan sosioekonomi masyarakat.

    “Pemberian faedah kepada pencarum juga merupakan salah satu testimoni paling efektif dalam memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan kepentingan caruman perlindungan keselamatan sosial komprehensif yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi PERKESO.

    “Seramai 12 penerima faedah merangkumi, empat penerima Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), empat penerima Faedah HUK, dua penerima Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) serta dua lagi penerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dengan keseluruhan bayaran faedah berjumlah RM 222,002.01,” ujar beliau lagi.

    Dalam Majlis Iftar KESUMA PEKRESO 2024, 40 ibu tunggal, penjaga dan 92 anak-anak termasuk anak yatim juga menerima sumbangan hamper dan sumbangan duit raya sebagai buah tangan kepada mereka untuk menyambut aidilfitri tidak lama lagi.

    Sementara itu, Abdul Rahman juga turut melancarkan filem pendek raya terbitan PERKESO bertajuk ‘Pesan Ayah’ yang membawa mesej perlindungan dan kasih sayang seorang ayah kepada keluarganya yang turut sama membantu melancarkan persiapan Aidilfitri meskipun di tengah kesibukan menyelesaikan tugas hakiki di pejabat serta usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

    Filem pendek ini dilakonkan oleh Zamarul Hisham, Syiqin Kamal, Idan Aedan dan Rafique Iskandar dan boleh ditonton dalam platform Youtube menerusi saluran rasmi PERKESO iaitu @PERKESOofficial.

    Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

    Mengenai PERKESO
    PERKESO, agensi Kerajaan yang menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja swasta, Badan Berkanun/Kerajaan, bekerja sendiri dan suri rumah serta tanggungannya daripada keadaan luar jangka. Iaitu, kemalangan, hilang upaya, penyakit, kematian dan kehilangan pekerjaan. Perlindungan ini berkonsepkan insurans sosial dengan prinsip ‘Prihatin’ dan ‘no one left behind’. PERKESO beroperasi di 54 Pejabat, 5 Pusat Rehabilitasi dan 293 MyFutureJob One Stop Center di Malaysia. Layari www.perkeso.gov.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1300 22 8000.

  • Konsert Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur Menjadi Saksi ‘Pertempuran’ 30 Tahun Karier Spider

    “Spider Keluar Sarang” adalah konsert yang telah dinantikan bukan hanya oleh peminat, tetapi juga oleh kugiran rock dan ska tempatan di Kuala Lumpur pada tahun 2024.

    Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu
    terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin,
    dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala
    Lumpur.

    Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja.

    Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam
    belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya
    sinis dalam stail tersendiri.

    Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir,
    Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus
    menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.

    Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.

    Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.

    “Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier
    Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong
    tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.

    “Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai
    kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama
    Spider.

    “Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio
    penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu
    popular yang diminati ramai.

    “Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo
    sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In
    Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.

    Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.

    “Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil
    usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

    “Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan
    kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas
    dalam konsert berskala besar.

    “Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan
    tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

    Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia.

     

    INFORMASI

    ACARA: SPIDER KELUAR SARANG LIVE IN KUALA LUMPUR 2024
    LOKASI: ZEPP KL
    TARIKH: 22 JUN 2024

    PENGANJUR: IFIX ENTERTAINMENT
    HARGA TIKET: RM159 (Aladin), RM199 (Mungkinkah Terjadi) RM259 (Relaku Pujuk) dan untuk tiket VIP boleh hubungi 0192222192 atau emel ifixentertainment23@gmail.com
    PEMBELIAN: tapautix.asia

  • ANUGERAH ISTIMEWA & RINDU TANPA PENGHUJUNG : DUA DOKUMENTARI KHAS SEMPENA MALAM RAYA BAKAL MENAMBAT HATI PENONTON

    Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri kali ini, TV3 akan memaparkan dua dokumentari istimewa bertajuk Anugerah Istimewa dan Rindu Tanpa Penghujung. Kedua-dua dokumentari ini akan bersiaran pada malam Raya, pada pukul 9.00 malam (Anugerah Istimewa) dan pada pukul 11.00 malam (Rindu Tanpa Penghujung).

    Penonton akan dibawa menyelusuri kehidupan ahli keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa, autisme, menerusi Anugerah Istimewa. Dokumentari ini diterbitkan bersempena Bulan Kesedaran Autisme pada bulan April. Paparan khas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap individu autisme. Justeru, ia akan menggalakkan semua warga Malaysia untuk lebih menitikberatkan tentang hal ini, bersifat empati dan bersama-sama membantu golongan istimewa ini demi keharmonian masyarakat.

    Menerusi Anugerah Istimewa, penonton dapat melihat kisah dua buah keluarga yang dikurniakan anak istimewa. Kedua-dua buah keluarga daripada latar belakang berbeza ini menangani takdir kehidupan mereka dengan cara tersendiri. Keluarga pertama mengisahkan seorang bapa tunggal , Khairul Abdullah yang berusaha untuk membesarkan tiga anak lelakinya yang mempunyai kesulitan yang berbeza.Setiap seorang anaknya memberikan cabaran yang berbeza, anak sulungnya didiagnos autisme, ADHD serta masalah jantung. Anak keduanya mengalami isu psikiatri dan anak bongsunya disahkan ‘selective mutism’. Berlainan bagi keluarga Dayang dan suami, mereka dikurniakan dengan anak kembar lelaki yang didiagnos autisme ketika berusia 4 tahun dan anak bongsunya yang disahkan mengalami masalah pembelajaran. Dayang memilih untuk berhenti kerja demi menumpukan perhatian kepada anak-anaknya yang kini makin meningkat usia.

    Selain itu, Rindu Tanpa Penghujung akan membawa penonton melangkau tragedi yang menyayat hati berkenaan pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam yang berlaku pada Ogos tahun lalu. Program ini akan menyelami lebih mendalam tentang pengalaman serta emosi keluarga mangsa sebelum, ketika dan selepas kemalangan itu berlaku. Perkongsian itu dizahirkan ketika jiwa mereka kini dicengkam rasa rindu tatkala  diri terpaksa menyambut Aidilfitri kali pertama tanpa keberadaan insan  tersayang. Antara ahli keluarga yang sudi berkongsi kisah ialah Nor Hikmah Muhammad Salleh yang kehilangan abangnya,  Allahyarham Muhammad Hafiz Muhamad Salleh iaitu penunggang motosikal bagi perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) yang turut terjejas dalam insiden sama.

    “Setiap kali menjelang Syawal, tentunya banyak kisah menyayat hati, suka dan duka yang kita dengar, tetapi tidak siapa yang tahu kesayuan hati yang ditanggung oleh keluarga terlibat.” Itulah bait-bait awal Fiza Sabjahan selaku hos Rindu Tanpa Penghujung.

    “Ketika menjadi hos dokumentari ini, perasaan terharu dan tersentuh dapat dirasai kerana secara tidak langsung saya dapat menyelami emosi yang dialami oleh keluarga mangsa, seolah-olah saya berada di tempat mereka. Bagi keluarga terjejas, sambutan Aidilfitri pastinya tidak akan sama seperti sebelum ini. Berdasarkan penceritaan yang dikongsikan, boleh saya simpulkan bahawa keluarga merupakan aset yang terbesar dalam kehidupan yang harus kita hargai; dan jika sesuatu berlaku di luar jangka, seseorang itu  perlu berdamai dengan takdir kerana setiap lorong yang gelap pasti ada cahaya dihujung,” tambah Fiza Sabjahan lagi.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton dokumentari khas ini yang semestinya memberi manfaat dan iktibar kepada semua pada 9 April 2024 di TV3, pukul 9.00 malam (Anugerah Istimewa) dan 11.00 malam (Rindu Tanpa Penghujung). Anda juga boleh strim secara HD selepas satu jam bersiaran di kaca televisyen melalui www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV3Malaysia.

     

  • EMBRACE THE JOY OF RAYA WITH SHOPEE 4.4 JUALAN AKHIR RAYA

    vivo Malaysia is calling on all Malaysians to gear up for a shopping extravaganza at the upcoming Shopee 4.4 Jualan Akhir Raya Sale. Between April 4th and April 7th, 2024, Malaysians can explore a wide range of products at amazing prices at the vivo official store on Shopee Mall. Customers can start shopping from RM9.90, and enjoy a fantastic 10% cashback on all purchases with additional vouchers worth up to RM600 and fast free shipping for every order.

    • Incredible savings and unmissable deals with vivo and iQOO smartphones

    During the 4-day shopping extravaganza, customers can enjoy special offers on the latest vivo and iQOO, including:

    vivo Smartphone Models Promo Price Retail Price
    vivo Y02T 4+64 RM 320 RM 399
    vivo Y02T 4+128 RM 375 RM 499
    vivo X90 5G 12+256 RM 1999 RM 3699
    vivo X90 PRO 5G RM 2999 RM 4999
    vivo Y36 5G RM 7XX RM 1099
    iQOO Smartphone Models Promo Price Retail Price
    iQOO 12 5G RM28XX RM 3399
    iQOO Z7 12+256 RM 988 RM 1499
    • Introducing vivo’s latest super new arrival smartphone models
    Smartphone Models Free Gifts
    vivo V30 5G ● Available from RM 1999

    ● A free vivo V30 series gift box

    ● Wireless headset

    ● Raya gift box

    vivo V30 Pro ● Available at RM2599

    ● A free vivo V30 gift box

    ● TWS 3e

    ● Limited Shopee free veggie cutter

    vivo Y03 4+128 ● Available at RM 399

     

     

    vivo X100 Series ● A free Smartwatch

    ● Raya gift box or TWS 3e

    ● Wireless headset

    • Additional deals starting from RM9.90, including:
    Gadgets Promo Price
    8A Type-C cable RM 9.90
    120W charger and Type-C to Type-C cable combo RM 99
    XE160 RM 20

    Prices are after the application of 10% Cashback Vouchers and Store Vouchers, applicable to selected models only and available in limited quantities. Here’s the information on the exclusive deals that customers can enjoy on a first-come, first-serve basis, including:

    • RM 25 off with minimum spend of RM 84
    • RM 50 off with minimum spend of RM 166
    • RM 100 off with minimum spend of RM 333
    • RM 250 off with minimum spend of RM 600
    • RM 300 off with a minimum spend of RM 1000
    • RM 400 off with minimum spend of RM 1333
    • RM 600 off with minimum spend of RM 2000

    Malaysians can seize on these amazing deals by visiting the vivo’s official store on Shopee during Shopee 4.4 Jualan Akhir Raya Sale. Customers are to take note that terms and conditions applied, there are limited quantities and free gifts available while stocks last.

    For more information and latest updates about vivo, visit vivo Malaysia’s official Facebook Page and vivo Malaysia’s Official Website.

  • SAHUR SEMPURNA: RINGANKAN CABARAN PARA IBU BERSAMA TROPICANA!

    Sempena Ramadan ini, TROPICANA Twister memperkenalkan peraduan “Íbu Penyempurna Sahurku” bagi meraikan usaha ibu-ibu yang menyiapkan juadah bersahur di awal pagi. Persiapan sahur memerlukan ibu-ibu untuk bangun sangat awal sebelum matahari terbit. Namun, dedikasi dan kasih sayang ibu-ibu merupakan tulang belakang keluarga yang akan memastikan hari sahur dapat bermula dengan sempurna bersama keluarga tersayang meskipun mereka sibuk.mengorbankan saat-saat yang bermakna dengan orang tersayang.

    Bulan mulia ini merupakan masa yang terbaik untuk bermuhasabah dan melakukan amal kebaikan, serta meluangkan masa dan merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga yang tersayang. Detik-detik indah seperti bersahur mempunyai makna yang mendalam, kerana saat-saat yang berkongsi di meja makan mengukuhkan perpaduan dan menyemai kasih sayang dikalangan yang tersayang.

    Namun, bagi para ibu-ibu pula, bulan Ramadan menandakan saat mulanya tugas dan tanggungjawab yang besar, terutamanya di waktu Sahur di mana mereka perlu bangun di awal pagi dan korbankan masa dan tenaga untuk menyediakan juadah yang sempurna. Bagi golongan ibu yang bekerja pula, pagi Sahur menambah lapisan tanggungjawab ekstra dalam jadual yang sudah sibuk, ketika mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan keluarga mereka.

    Memahami situasi ini, jenama terkemuka Malaysia, TROPICANA Twister, tampil meringankan beban ibu-ibu Malaysia dalam menyediakan hidangan bersahur di bulan Ramadan terutama apabila badan individu memerlukan sokongan tambahan. Kaya dengan khasiat penting seperti vitamin C yang menyokong sistem imun, TROPICANA Twister membantu para ibu memulakan hari mereka dengan penuh optimis untuk mengharungi cabaran-cabaran di bulan puasa.

    Sebagai tanda pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka pada waktu Sahur, TROPICANA Twister berganding bahu dengan HotFM, salah satu stesen Bahasa Melayu terkemuka di Malaysia, untuk menghargai jasa ibu-ibu yang tidak terhingga di awal pagi. Mereka akan memulakan misi untuk menggalakkan para pengguna untuk berkongsikan kisah pengorbanan dan dedikasi ibu-ibu dalam bulan Ramadan ini, menekankan kepentingan Sahur dalam memupuk ikatan kekeluargaan dan menenangkan jiwa. Kerjasama dinamik ini merupakan platform terbaik untuk raikan kudrat dan usaha ibu-ibu.

    Selain itu, peraduan ini menawarkan peluang kepada pemenang untuk memenangi kehadiran cef yang akan menyediakan hidangan sahur yang sihat, berkhasiat dan lazat supaya ibu boleh berehat dan menikmati saat sahur bersama seisi keluarga untuk menyemai kasih sayang dan kebersamaan pada bulan Ramadan.

    Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd berkata, “Di Bulan Ramadan ini, terdapat dua cabaran yang dihadapi seorang ibu pada bulan Ramadan ialah mengimbangi komitmen harian mereka dengan tanggungjawab tambahan untuk menyediakan juadah Sahur. Kempen “Íbu Penyempurna Sahurku” bersama TROPICANA Twister bertujuan untuk memberi penghormatan kepada para wirawati ini dengan mengetengahkan kisah mereka dan mengiktiraf peranan penting mereka dalam memastikan kesejahteraan keluarga. Peluang eksklusif untuk menikmati pengalaman cef peribadi semasa bersahur ini merupakan ganjaran khas untuk semua ibu atas pengorbanan dan jasa mereka di awal pagi. Dengan mengalihkan tanggungjawab memasak kepada seorang cef profesional untuk satu pagi, para ibu boleh bersantai dan berehat bersama dengan orang-orang tersayang dengan gembira.”

    Tambah beliau, “TROPICANA Twister telah lama menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia. Rasa segarnya yang disediakan dalam botol serta komitmen terhadap penggunaan bahan-bahan berkualiti yang diperoleh daripada alam semula jadi memikat cita rasa pengguna. Dengan rasa jus sebenar dan

    kesegaran yang tiada tandingan, Tropicana Twister terus menarik perhatian pengguna dan menjadi teman yang sempurna tidak kira masa.”

    Bagi menghargai ibu dan peranan penting mereka sepanjang Ramadan ini, TROPICANA Twister mempersembahkan sebuah filem menyentuh hati yang menggambarkan kemesraan dan kegembiraan yang dialami semasa bersahur. Filem pendek ini memaparkan ibu yang bertungkus-lumus pada waktu sahur untuk menjalankan pelbagai tugas seperti memasak, mengemas dan juga menggosok pakaian. Walaupun kehadirannya seperti tidak diendahkan dalam kesibukan pagi, keluarganya menghargai jasa dan usahanya untuk membawa kegembiraan ke meja juadah sahur. Filem ini juga menekankan kepentingan Tropicana Twister sebagai teman bersahur yang sempurna, memberikan rangsangan pagi yang menyegarkan di permulaan hari anda.

    Mulai 25 Mac hingga 7 April 2024, semua rakyat Malaysia digalakkan untuk menyertai peraduan “Ibu Penyempurna Sahurku” dengan TROPICANA Twister. Rebutkan peluang untuk memenangi hidangan sahur yang disediakan oleh cef profesional, serta hadiah lain seperti sebuah dapur pintar Thermomix untuk enam pemenang hadiah utama terpilih. Sementara itu, terdapat banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi secara percuma seperti sejadah Siti Khadijah dan juga baucar makanan RM100.

    Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:

    • Layari https://www.hotfm.audio/sahurdengantropicanatwister.
    • Jawab satu soalan mudah berkaitan TROPICANA Twister.
    • Kongsi kisah menyentuh hati tentang sebab anda mahu hadiahkan waktu berehat kepada ibu di waktu Sahur.
    • Isikan maklumat yang diperlukan.

    Inisiatif ini juga merangkumi on-ground activation dengan rakan kongsi runcit terpilih. Selain itu, pelanggan yang membeli daripada peniaga terpilih di platform makanan Shopee pada waktu Sahur juga akan menerima minuman TROPICANA Twister percuma!

    Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan kisah-kisah menarik anda dengan TROPICANA Twister, minuman Sahur pilihan anda, dan dapatkan pengalaman untuk ibu anda yang pasti tidak akan dilupakan!

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook TROPICANA Twister kami di sini: https://www.facebook.com/mytropicana/