Author: Helmi Aziz

  • Konsert Malam Hari Merdeka : Mahardika – Spider x Ella x Masdo

    Konsert Malam Hari Merdeka : Mahardika – Spider x Ella x Masdo

     

    Mahardika: Spider, Ella, dan Masdo Akan Cetak Sejarah pada 30 Ogos 2024

    Konsert Malam Hari Merdeka Paling Epik di Pulau Pinang

    Sambutan ambang Merdeka tidak lengkap tanpa perayaan kemerdekaan yang meriah, meskipun berbentuk hiburan. Hiburan ini tidak kosong, tetapi sarat dengan liku-liku, perjuangan, dan kejayaan pemuzik tempatan yang telah mengharumkan nama mereka di Nusantara.

    Dengan semangat perjuangan itu, The Dons Group dengan bangga mempersembahkan sebuah konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara, diadakan buat pertama kalinya di Pulau Pinang. Mahardika menampilkan Spider, ratu rock negara Ella, dan kugiran popular generasi kini, Masdo, yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang.

    Mahardika: Spider X Ella X Masdo dijangka menjadi konsert terbesar yang pernah dianjurkan oleh The Dons Group tahun ini dan berpotensi mencipta sejarah tersendiri dengan sokongan padu daripada peminat.

    Menyentuh mengenai Mahardika, Syed Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Don dari The Dons Group, menjelaskan makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika sebagai medan persembahan bagi Spider, Ella, dan Masdo.

    “Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan dijadikan akronim Mahardika. Kami di The Dons Group memilih nama ini kerana sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, sehari sebelum hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos,” kata Don.

    Don juga menekankan bahawa Spider, Ella, dan Masdo sangat sesuai untuk menjayakan Mahardika kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam dunia muzik masing-masing. “Spider, Ella, dan Masdo sangat cocok dengan tema konsert Mahardika kerana mereka telah mencipta sejarah tersendiri di dalam negara dan Nusantara. Kami berharap peminat dari pelbagai generasi hadir untuk menyaksikan kebolehan pemuzik tempatan yang tidak kurang hebatnya dari artis luar,” tambah Don.

    Mengenai lokasi di Pulau Pinang, Don menyatakan bahawa mereka memanfaatkan peluang untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti di negeri itu.

    Mahardika juga menjadi momen terbaik bagi Spider untuk bertemu peminat mereka selepas tiga dekad tidak mengadakan persembahan di Pulau Pinang. “Mahardika adalah kesempatan terbaik untuk Spider bertemu peminat di Pulau Pinang atau Utara selepas tiga dekad tidak membuat persembahan di sana,” kata vokalis Spider, Tam.

    Masdo dan Ella juga berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Mahardika di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024, kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama Spider. Jangan lepaskan peluang emas ini!

     

    Dapatkan tiket dengan harga bermula dari RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP) melalui WWW.TICKET2U.COM.

    Mahardika bukan sekadar Janji Manis Masdo, mari hadir melayar impian bersama Ella. Seperti kata Spider, ini baru Ngam Ho! Jumpa anda di Spice Arena Penang

     

  • Mala Agatha Merayu ‘Om Om Culik Aku Dong’

    Mala Agatha Merayu ‘Om Om Culik Aku Dong’

    Namanya mungkin belum begitu dikenal oleh pengikut muzik di Malaysia, namun Mala Agatha adalah seorang penyanyi dangdut dan selebriti Instagram yang sudah terkenal di negara asalnya, Indonesia. Berasal dari Blitar, Mala Agatha menjadi terkenal melalui lagu “Ditinggal Pas Sayang Sayange”.

    Mala Agatha memiliki suara yang unik dan memikat. Sejak kecil, dia telah menunjukkan minat dalam bidang muzik. Dia sering mengikuti berbagai pertandingan nyanyian semasa zaman kanak-kanak dan remaja, yang kemudian membuka jalan untuk kerjayanya dalam industri muzik.

    Berusaha keras untuk terus mencipta nama dalam industri muzik, dia kini tampil dengan single terbarunya berjudul “Om Om Culik Aku Dong”. Lagu ini penuh semangat dan mudah diingati, menjadikannya lagu yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri dari rutin harian dan menikmati kehidupan dengan lebih santai.

    Lagu ini menangkap semangat kegembiraan anak muda dan keinginan untuk berpetualang. Dengan rentak yang bertenaga dan lirik yang ringan, lagu ini pasti akan dinikmati oleh para peminat yang suka menari sepanjang malam. Liriknya mengungkapkan kerinduan untuk berseronok dan melarikan diri dari kehidupan biasa, menjadikannya mudah diterima oleh banyak orang.

    Dalam korus lagu ini, Mala Agatha mengajak pendengar untuk bersenang-senang dan bersantai dengan lirik yang berbunyi: Om Om Om Ajak Lah Ku Dugem Ajak Lah Ku Disco Ajak Lah Aku Enak Enak

    Dengan kombinasi rentak dangdut moden dan irama yang mempesona, “Om Om Culik Aku Dong” dijangka menjadi kegemaran di lantai tarian dan kelab malam. Lagu ini mencerminkan gaya unik Mala Agatha yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mungkin memiliki hubungan dengan pengalaman peribadi pendengarnya.

    Lagu ini juga dilengkapi dengan video muzik yang akan dirilis serentak. Video tersebut menampilkan suasana pesta yang santai dan memfokuskan kepada kecantikan Mala Agatha serta kehebatannya dalam menari.

    Mala Agatha berkata, “Saya ingin memiliki lagu yang dapat menangkap perasaan ingin melarikan diri dan bersenang-senang. ‘Om Om Culik Aku Dong’ adalah tentang melepaskan kebimbangan dan hanya menikmati saat ini. Saya berharap semua orang merasakan kegembiraan dan keseronokan yang sama ketika mendengarnya.”

    Lagu “Om Om Culik Aku Dong” akan dirilis pada 5 Julai 2024 dan dapat diunduh di iTunes serta dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

    Untuk maklumat terkini mengenai Mala Agatha dan projek yang akan datang, ikuti akaun media sosialnya di Instagram Mala Agatha.

  • KISAH PENGANTIN LARI KETIKA AKAD NIKAH !

     

    Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru dalam slot Lestary, kini menjadi viral dengan tragedi “pengantin lari”. Drama ini menggandingkan pelakon baharu berbakat besar, Ali Reza dan Asha Merican, sebagai watak utama. Tayangannya bermula 11 Julai 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, pada pukul 9.00 malam di TV3. Penonton yang ingin menyaksikan lebih awal boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton.

    Drama ini berkisahkan tentang kehidupan Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang ditinggalkan pasangan masing-masing pada hari pernikahan mereka. Perkahwinan mereka diatur oleh ibu mereka, Seri Hanim (Lana Nordin), ibu kepada Nureen, dan Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.

    Tragedi “Pengantin Tak Jadi” yang menimpa mereka menjadi sensasi di media sosial. Akibatnya, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa perancangan. Mereka berlibur di destinasi yang sama dan bertemu buat kali pertama di sana. Pertemuan pertama mereka seringkali diwarnai dengan pertengkaran dan situasi tidak menyenangkan, namun tanpa disedari, perasaan mesra mula tumbuh dan mereka berusaha untuk lebih mengenali satu sama lain.

    Selepas kembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen untuk menjadi guru peribadi kepada anak saudaranya, Tia yang berumur 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin rapat, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mulai bersemi. Namun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang menimbulkan konflik untuk memisahkan mereka. Ayah Nureen, Norman (Shyrim Husni), terlibat dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Tetapi kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, hingga Norman campur tangan dan mendapatkan persetujuan Datin Hasnah dan Seri Hanim untuk merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

    Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan ditulis oleh Nieza Nahar. Pengantin Pasti Jadi menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ali Reza, Asha Merican, Daniesh Suffian, Riesha Aslan, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Lana Nordin, Khaty Azian, Shyrim Husni dan ramai lagi.

    Menurut Ali Reza, “Saya amat berterima kasih ke atas peluang yang diberikan untuk memegang watak utama dalam drama Pengantin Pasti Jadi. Penggambaran drama ini bermula pada Julai 2022, pada waktu itu saya masih lagi baharu dalam dunia lakonan ini jadi semestinya banyak yang saya pelajari ketika di set penggambaran. Cabaran paling besar bagi saya adalah untuk menghidupkan watak ini dan mengekalkan keserasian bersama Asha Merican dan pelakon-pelakon lain. InsyaAllah, setiap cabaran dalam menjayakan watak itu saya akan jadikan sebagai penambahbaikan untuk lakonan akan datang.”

     

  • Kemunculan Afif Tirmizie yang PERTAMA dalam genre baharu

    Kemunculan Afif Tirmizie yang PERTAMA dalam genre baharu

     

     

    Ahmad Alif Afif Tirmizie, yang dikenali sebagai Afif, sangat bersemangat dengan hasil terbaru daripada Wira Peronda, single pertamanya bersama Alternate Records. Bagi Afif, tawaran ini adalah peluang emas untuk mengembangkan bakat seni nyanyiannya, dengan penyertaan dalam penghasilan lagu tema untuk drama aksi kepolisan terkini ‘Polis Peronda’ yang kini tengah hangat ditayangkan di TV3. Drama ini telah memulakan siaran dengan lima episod sejak 28 Jun 2024, disiarkan setiap Jumaat pada jam 10 malam, dan episod baru boleh ditonton awal secara atas talian di Tonton, melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton dari Google Play atau App Store.

    Lagu runut bunyi Wira Peronda yang dinyanyikan Afif turut memainkan peranan penting dalam menambahkan lagi kesan dramatik dan emosi dalam setiap episod drama tersebut.  Afif  melahirkan rasa teruja dan bangga kerana dapat terlibat dalam projek ini. “Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menyumbangkan suara saya dalam drama hebat ini. Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam,”

    Beliau juga  meluahkan perasaan bercampur baur apabila mengetahui bahawa lagu tersebut merupakan OST drama daripada Skop Production. “Agak gementar juga kerana saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini,” kata Afif. Sesi rakaman lagu hanya mengambil masa dua jam, dan ini adalah kali pertama beliau bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Afif menyifatkan pengalaman ini sebagai sangat menyeronokkan kerana kedua-dua komposer tersebut sangat profesional dan santai. “Jika diberi peluang, saya memang ingin bekerjasama lagi,” tambahnya.

    Walaupun dikenali dengan lagu berentak Hip Hop dan balada, Afif menganggap cabaran menyanyikan lagu Wira Peronda ini sebagai satu kelainan apabila beliau melangkah keluar dari zon selesanya. “Ini suatu cabaran baharu buat saya kerana perlu menyanyikan genre yang berlainan daripada kebiasaan saya iaitu genre Hip Hop atau Balada. Walaubagaimanapun, peluang ini akan memberikan ruang untuk saya menonjolkan kelainan dari segi vokal kerana para peminat tidak pernah mendengar saya menyampaikan lagu bergenre Pop Rock.  Gabungan muzik yang mendalam dan lirik yang penuh makna menjadikan lagu ini sebagai salah satu karya terbaik saya dalam industri.”

    Beliau juga berharap peminat akan terus mendengar lagu ini kerana ia mempunyai mesej yang sangat bagus, penuh semangat dan keberanian selaras dengan tema drama yang mengangkat kisah para anggota polis peronda yang berdedikasi. “Semoga pendengar dapat menerima apabila saya menyanyikan melodi seperti ini kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk saya. Teruskanlah menyokong karier saya dalam industri,” katanya lagi.

     

    Menurut Ikhwan Fatana, ‘’Saya mula mengarang lirik dan melodi lagu ini bersama Wan Salleh apabila menerima permintaan dari  pihak Alternate Records tentang drama “Polis Peronda”. Dari situ, saya mula merangka lirik dan menghasilkan melodi lagu bersama Wan Salleh di studio. “Proses pembikinan lagu ini mengambil masa hanya dua minggu,” kata Ikhwan. Beliau juga memuji vokal mantap Afif yang memudahkan kerjasama dan mempercepatkan proses rakaman lagu. “Afif sentiasa ada idea menarik dan vokalnya yang tersendiri menjadikan lagu ini unik,” tambah Ikhwan.

    Ikhwan berharap Wira Peronda dapat menghiburkan semua lapisan masyarakat dan memperkenalkan unit peronda Polis Diraja Malaysia. “Saya berharap agar lagu ini berjaya melekat di ingatan pendengar yang menonton drama ini.  Wajib dengar kalau tak kena saman,” gurau Ikhwan. 

    Drama “Polis Peronda” telah menarik perhatian ramai dengan cerita yang mengisahkan perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam menegakkan keadilan. Lagu Wira Peronda yang membawa mesej tentang kewibawaan dan kredibiliti pasukan unit peronda menggambarkan visi dan misi Polis Peronda yang digarapkan dalam OST drama tersebut dan berjaya memberikan kesan emosi yang kuat dalam setiap babak penting drama ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Ayuh saksikan ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Drama ini telah mula ditayangkan sepanjang lima (5) episod bermula 28 Jun 2024, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

    Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

  • “Zamzam” – Meraikan Cinta Suci Dan Ketaatan : Hafiz  Hamidun

    “Zamzam” – Meraikan Cinta Suci Dan Ketaatan : Hafiz Hamidun

     

    “Zamzam” adalah sebuah karya muzik mendalam yang dihasilkan oleh Hafiz Hamidun, menggali tema keimanan, kesetiaan, dan pengabdian kepada agama. Lagu ini terinspirasi oleh sejarah dan agama dari kisah telaga Zamzam, sumber air suci dalam Islam di Mekah. Telaga ini diyakini dicipta oleh Allah untuk memberi air kepada Siti Hajar, salah seorang isteri Nabi Ibrahim A.S., dan anaknya Ismail di padang pasir yang tandus. Kisah ini melambangkan kepercayaan kepada rezeki Allah dan kekuatan iman.

    Lirik “Zamzam,” ciptaan ITO Lara, secara puitis mengisahkan kisah keimanan dan ketaatan Siti Hajar serta Nabi Ibrahim dalam perjalanan mereka. Lagu ini dimulai dengan gambaran hidup jemaah yang memulai perjalanan dari Safa. Sentuhan tanah suci mengingatkan tentang kesetiaan Siti Hajar dan cinta kepada Ibrahim, serta pengabdian mereka kepada Allah.

    Lagu ini juga menggambarkan perjalanan emosional Siti Hajar mendaki bukit-bukit Marwah, mencari air untuk memuaskan dahaga Ismail. Peristiwa ini, dikenal sebagai sa’i, di antara Safa dan Marwah, disampaikan dalam lirik dengan indah, mencerminkan ketekunan dan harapan. Kelegaan saat menemukan air Zamzam digambarkan sebagai penyembuh fisik dan ketenangan rohani yang dalam bagi pendengar.

    Korus “Zamzam” menjadi simbol kekuatan dan kesetiaan Siti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir, serta imannya kepada rezeki Allah. Pengulangan “Zamzam” dalam lagu mencerminkan proses berulang sa’i antara Safa dan Marwah, menunjukkan pencarian iman dan petunjuk Ilahi yang berkelanjutan.

    Lagu ini juga menyoroti sifat abadi air Zamzam, sebagai sumber Ilahi yang tak terbatas dan terus mengalir dari syurga. Gambaran ini menguatkan gagasan bahwa iman sejati dan berkah syurga adalah abadi dan tidak terbatas.

    “Zamzam” juga mengeksplorasi perasaan dan tantangan kemanusiaan yang dihadapi Siti Hajar, mencerminkan keberanian dan ketahanannya. Referensi terhadap emosi dan perasaan wanita menambah dimensi pemahaman terhadap pengalaman Siti Hajar, menjadikan kisah ini tidak hanya sebagai anekdot agama, tetapi juga sebagai saksi kekuatan dan iman yang dirasakan oleh semua.

    Pengulangan korus menekankan simbolisme Zamzam, dengan fokus pada kebersihannya dan kedalaman maknanya. Tema yang berulang tentang air Zamzam sebagai sumber yang jernih dan abadi dari syurga mengingatkan kita akan rahmat Ilahi dan sifatnya yang kekal.

    Karya Hafiz Hamidun ini menggabungkan lirik yang memukau dengan melodi yang memikat, mengungkap esensi perjalanan keimanan ini dengan cara yang kontemporer. Interpretasi musiknya memberikan sentuhan modern pada kisah masa lalu, menjadikannya bukan hanya peristiwa sejarah, tetapi juga sumber inspirasi bagi pendengar masa kini.

    Secara keseluruhan, “Zamzam” bukan sekadar lagu biasa; ini adalah perjalanan keimanan yang mengundang pendengar untuk merenungkan iman dan nilai-nilai seperti kesetiaan, ketaatan, dan kepercayaan kepada Allah. Hafiz Hamidun berhasil menangkap kisah yang melampaui waktu, dengan memaparkan pengalaman yang dalam dan menginspirasi melalui kekuatan musiknya.

    “Zamzam” akan tersedia untuk diunduh mulai tanggal 5 Juli 2024 di iTunes dan dapat dinikmati melalui berbagai platform digital termasuk Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

     

    TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT

    Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk
    perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah
    muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta
    rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit
    beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini
    mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta
    yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan
    dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang
    baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong
    eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah
    menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi
    meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah
    sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod
    kami sini.

  • MINI ESPORTSCON DI PARLIMEN MALAYSIA: PENGIKTIRAFAN INDUSTRI ESUKAN MALAYSIA

    MINI ESPORTSCON DI PARLIMEN MALAYSIA: PENGIKTIRAFAN INDUSTRI ESUKAN MALAYSIA

     

     

     

    Mini EsportsCon, yang dianjurkan buat pertama kali oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI), telah menghimpunkan pemegang taruh esukan, termasuk penerbit permainan terkenal tempatan dan antarabangsa, di bangunan utama Parlimen Malaysia.

    Acara ini diadakan untuk meraikan industri esukan yang berkembang pesat dan dinamik di Malaysia, serta menyediakan platform untuk interaksi antara pemain industri sukan elektronik dan warga Parlimen, terutamanya Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai penggubal undang-undang negara.

    “Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang hadir dan warga Parlimen yang turut serta memberikan sokongan untuk acara Mini EsportsCon di Parlimen. Acara ini menandakan pencapaian penting dalam mengiktiraf potensi esukan sebagai industri yang dinamik dan berpengaruh. Kami berharap inisiatif ini diterima dengan baik dan mampu memberikan gambaran lebih jelas kepada pembuat dasar berkenaan landskap esukan yang semakin berkembang,” kata Yang Berhormat Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan ketika sesi walkabout ke Mini EsportsCon di Dewan Bankuet, Bangunan Utama Parlimen.

    Penganjuran acara ini turut dijayakan secara bersama oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Moonton, Tencent, Raceroom Asia, Gamesbond, Ammobox Studios, Kaigan Games dan Todak Studios.

    Acara ini merangkumi sesi pengenalan kepada sukan elektronik dan demonstrasi permainan untuk memberikan pengalaman langsung dengan pelbagai judul permainan. Turut menarik perhatian adalah pembentangan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG), yang dirancang untuk menyokong pelaksanaan strategi di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik Kebangsaan 2020-2025. Acara ini juga menyorot Esports MedicA, sebuah inisiatif yang memberikan pendidikan dan khidmat nasihat kesihatan kepada penggiat industri, terutamanya para pemain.

  • Episod ke-3 ICSYVMY 7 : Naim Daniel Menghilang?

    Episod ke-3 ICSYVMY 7 : Naim Daniel Menghilang?

     

    Mari menyiasat sambil berhibur dengan I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7)! Episod terbaharu ini dijangka lebih riuh dengan kehadiran bukan dua, tetapi tiga penyiasat jemputan istimewa! Kali ini, penyanyi terkenal Sufian Suhaimi, pelakon berbakat Azhan Rani, dan Noorkhiriah akan menyertai pasukan penyiasat. Aksi mereka bersama penyiasat tetap pasti akan menceriakan hujung minggu anda. Namun, tanpa kehadiran Naim Daniel, adakah penyiasat jemputan ini mampu membuat pilihan yang tepat? Apakah Naim Daniel tidak lagi ingin menggalas tanggungjawab ini? Saksikan untuk mengetahuinya!

    Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton ICSYVMY7 bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh menstrim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.

     

    ICSYVMY7 dikendalikan oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit. Program ini, yang mengambil konsep dan format dari rancangan Korea Selatan, terus menjadi kegemaran penonton dengan gabungan hiburan yang melucukan, drama, dan teka-teki yang mencabar.

    Episod sebelumnya yang bertemakan Seram, bersempena dengan filem seram komedi terbaru arahan Dr. Ahmad Idham ‘Saka Perawan’, dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan. Namun, dalam keriuhan tersebut, Afieq Shazwan gagal mengenal pasti penyanyi sebenar akibat pandangan yang keliru daripada panel penyiasat tetap serta penyiasat jemputan, Nadia Brian dan Afifah Nasir.

     

     

     

    Pada episod ketiga ICSYVMY 7, pelakon dan penyanyi popular tanah air, Amy Mastura, tampil sebagai artis jemputan. Beliau akan mendapatkan nasihat daripada panel penyiasat untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel, satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, adakah Amy Mastura mampu menggunakan pengalamannya sebagai penyanyi untuk memilih penyanyi yang betul?

    Jangan ketinggalan untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang akan ditayangkan setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh menonton siaran langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial, gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

     

  • Menyatukan Usaha Bersama Astro dan Nu Ideaktiv Melalui Hello Kedah

    Menyatukan Usaha Bersama Astro dan Nu Ideaktiv Melalui Hello Kedah

     

    Program Hello Kedah yang bakal berlangsung pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah merupakan inisiatif sinergi kreatif antara Nu Ideaktiv dan Astro. Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat, sambil mengukuhkan silaturahim dalam komuniti. Acara ini juga bertujuan menyokong ekonomi tempatan dengan membuka peluang kepada peniaga kecil melalui pameran dan promosi jualan murah produk makanan dan minuman tradisional serta moden yang terkenal di Kedah.

    Hello Kedah bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga platform untuk memperluaskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial dan ekonomi. Dengan menyertai program ini, penduduk setempat dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti senaman “Pound Stick”, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta gunting rambut percuma di booth Ideaktiv. Selain itu, kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, dan Sepahtu akan memeriahkan lagi suasana dengan persembahan istimewa dan sesi autograf.

     

     

     

     

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, dengan bangganya menyatakan, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain dari usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum. Hello Kedah ini juga dilihat sebagai medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang diharapkan akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah. Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”

     

    TENTANG NU IDEAKTIV

    Nu Ideaktiv Sdn Bhd adalah hasil usaha sama antara Astro dan Karangkraf yang berdiri sejak 2 Mei 2018. Syarikat ini berkomitmen untuk menyebarkan informasi melalui kandungan media digital yang inspiratif, menjadikannya sebagai salah satu jenama terkemuka dalam landskap media Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi kami di https://www.ideaktiv.com/.

    TENTANG KLIIK

    KLiiK merupakan portal komuniti aktif yang memacu pelbagai aktiviti untuk pengguna dalam talian, terutamanya mereka yang mengikuti Ideaktiv. Dengan tagline “Join, Layan & Dapat Ganjaran”, KLiiK menawarkan pelbagai ganjaran menarik bagi penggunanya. Ia merupakan pusat utama gaya hidup di Malaysia, di mana setiap KLiiK memberikan akses kepada ganjaran tambahan, pertandingan, sampel percuma, event, seminar, dan webinar yang menarik, semuanya di bawah satu portal yang mudah diakses. Selain itu, pengguna boleh menikmati artikel dari jenama pilihan yang mereka minati.

     

     

     

  • Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Merupakan Inisiatif Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di Malaysia

    Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500, anjuran dari Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur pada 14 Julai 2024 dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif MATRADE.

    Majlis anugerah ini mengiktiraf jenama-jenama terunggul yang dipilih melalui penilaian teliti oleh MTPN, meningkatkan kepercayaan pengguna dan memberi pengiktirafan negara.

    Program berprestij ini bertujuan untuk memacu kecemerlangan perniagaan di Malaysia dengan mengenal pasti dan mendidik usahawan mengenai kepentingan mengekalkan standard etika yang tinggi. Anugerah Pilihan Pengguna ini bukan sahaja mengiktiraf perniagaan tempatan yang cemerlang, tetapi juga menjadi platform penting untuk membantu mereka meraih pengiktirafan istimewa, menjadikan mereka pilihan utama di kalangan pengguna.

    Sebanyak 34 syarikat yang mewakili pelbagai industri telah dipilih sebagai penerima anugerah berprestij pada majlis tersebut. Pemilihan ini dilakukan melalui satu proses penilaian dan pengauditan yang sangat ketat dan telus oleh pihak Majlis Tertinggi Penganugerahan Nasional (MTPN). Setiap syarikat yang terpilih telah melalui beberapa tahap penilaian yang teliti, di mana mereka dinilai berdasarkan pelbagai kriteria yang ditetapkan oleh panel penilai yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Proses pengauditan juga dilaksanakan dengan penuh integriti bagi memastikan hanya syarikat yang benar-benar layak dan memenuhi standard tinggi yang ditetapkan menerima anugerah ini. Kejayaan syarikat-syarikat ini tidak hanya mencerminkan prestasi cemerlang mereka, tetapi juga komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri masing-masing.

    Pengiktirafan Muslim Choice

    Timbalan Presiden 2 MTPN, Noorman Kamsani, menyatakan bahawa melalui Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW), MTPN akan membantu restoran bukan milik orang Islam yang menggunakan perkataan ‘no pork, no lard’ untuk mendapatkan sijil halal yang sah. Langkah ini penting untuk memastikan makanan atau minuman yang ditawarkan benar-benar halal tanpa mengelirukan masyarakat. Pemberian logo “Muslim Choice” menjadi pengiktirafan awal sebelum mendapat sijil halal dari Jakim, dengan menitikberatkan kebersihan, kualiti, dan keselamatan premis serta produk.

    Beliau juga mengumumkan bahawa MFW telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Zajas Sdn Bhd untuk memperoleh sijil halal. Zajas Sdn Bhd dipilih oleh Jakim untuk membantu syarikat-syarikat dalam permohonan sijil halal antarabangsa.

    MFW dan Zajas Sdn Bhd menjalin kerjasama untuk lima tahun dengan tujuan utama menguatkan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pasaran halal global. Sijil halal Jakim ini tidak hanya diiktiraf di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, memudahkan produk yang bersijil halal Jakim untuk merambah pasaran perniagaan di negara-negara Islam serata dunia.

    Senarai penerima Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500

    1. INAI REPUBLIC

    2. BEWELL CHIROPRACTIC

    3. NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD

    4. AGENSI PEKERJAAN UKHWAH SDN BHD

    5. BRILLIANT SKIN ESSENTIALS TRADING MALAYSIA SDN BHD

    6. DORA MILL ONLINE TRADING SDN BHD

    7. FANMASTER SDN BHD

    8. AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD

    9. BIOFUNCTION MARKETING SDN BHD

    10. OLICELL GROUP (M) SDN BHD

    11. DUOLEAF HEALTHCARE SDN BHD

    12. CHER’S (M) SDN BHD

    13. CEL-ELEMENTS HOLDINGS (M) SDN BHD

    14. ALLOY KITCHEN MARKETING SDN BHD

    15. EASTERN ECKARE MALAYSIA SDN BHD

    16. WIKI CAREER SDN BHD

    17. SUMATRAA INDUSTRIES SDN BHD

    18. NOROS VENTURE SDN BHD

    19. MIMPI NATURAL HEAD SPA & SALON

    20. MILI TECH SDN BHD

    21. PREMIUM PURE SDN BHD

    22. ANTASA ENTERPRISE SDN BHD

    23. YES TRAVEL AND HOLIDAYS SDN BHD

    24. KYUT SKIN

    25. TENQ GROUP SDN BHD

    26. VITAMODE

    27. HERO 99 SDN BHD

    28. EEB BEAUTY SDN BHD

    29. FULLY KITCHEN EQUIPMENT SDN BHD

    30. THE NATURAL MARKETPLACE SDN BHD

    31. MODERNMED SDN BHD

    32. PERTIMA TRENGGANU SDN BHD

    33. ALG WORLDWIDE SDN BHD

    34. SAUNA LUXE SDN BHD

  • Program ‘Sirih Pulang ke Gagang’ Mengumpulkan Alumni Kolej Vokasional Setapak

    Program ‘Sirih Pulang ke Gagang’ Mengumpulkan Alumni Kolej Vokasional Setapak

    Kewujudan pusat alumni di institusi pendidikan membuktikan betapa pentingnya sumbangan bekas pelajar kepada pusat pengajian. Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 di SMV/SMT/KV ERT Setapak Kuala Lumpur dianjurkan oleh pentadbir pusat alumni Kolej Vokasional ERT Setapak untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh kesejahteraan warga vokasional.

    Program ini, yang akan diadakan buat pertama kali di perkarangan Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur, berjaya menghimpunkan 45 batch alumni bekas pelajar SMV/SMT ERT dan KVERT dari tahun 1975 hingga 2023, dengan kehadiran seramai 400 orang. Antara yang hadir termasuk Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajjah Majmin Md. Noor, Dato’ Zainuri (Pengasas Nurizz Kosmetik dan Pengerusi Alumni), dan Rasta Rashid (Pengasas Rasta Creation).

    Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghimpun bekas pelajar untuk mengeratkan hubungan silaturahim, mengenang memori, dan menyambung legasi di mana alumni dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. Alumni SMV/SMT/KV telah melahirkan ramai tokoh korporat dan figura terkenal dari seluruh Malaysia, termasuk pereka fesyen selebriti, model antarabangsa, pensyarah, chef di hotel lima bintang, pemilik kosmetik terkemuka, mekap artis terkenal, serta pengarah syarikat bumiputra dan korporat.

    Idea untuk mengadakan program Sirih Pulang ke Gagang ini adalah hasil cetusan Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajjah Majmin Md. Noor. Rasta Rashid menjelaskan, “Selain menghimpunkan bekas pelajar, kami juga dalam proses mengutip dana untuk memperbaiki perpustakaan sekolah vokasional. Jika ada lebihan dana, ia akan digunakan untuk keperluan lain di sekolah.”

    Beliau menambah, “Kami sengaja tidak mengadakan program ini di hotel kerana mungkin tidak semua mampu membayar harga yang tinggi. Dengan mengadakan di Dewan Kolej Vokasional, ia dapat mengurangkan kos dan kemudahan lain juga ada di sini.”

    Menurut Dato’ Zainuri, program ini bertujuan mengumpulkan bekas pelajar yang berjaya. “Kami ingin menunjukkan bahawa bekas pelajar vokasional boleh berjaya dalam kehidupan mereka. Semasa penularan wabak Covid-19, saya sendiri tidak hidup susah kerana dengan kemahiran yang ada, saya dapat memasak dan menjual makanan, membolehkan saya hidup dengan selesa.”

    Dato’ Zainuri juga berharap untuk menubuhkan Persatuan Anak-Anak TVET di Malaysia pada masa hadapan. Tiket penyertaan program ini dijual pada harga RM100 seorang.