Author: Helmi Aziz

  • MALAM GEMILANG BCL DI KONSERT FARMASI SOUNDZATION: KOLABORASI MUZIK DAN KECANTIKAN MALAYSIA-INDONESIA -2024

    MALAM GEMILANG BCL DI KONSERT FARMASI SOUNDZATION: KOLABORASI MUZIK DAN KECANTIKAN MALAYSIA-INDONESIA -2024

    Pada 30 November 2024, Megastar Arena Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada malam yang penuh gemilang apabila tiga ikon muzik dari Indonesia dan Malaysia, Bunga Citra Lestari (BCL), Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein, bergabung dalam Konsert FARMASI Soundzation.

    Acara ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi simbolik kolaborasi antara dua industri yang berpengaruh – muzik dan kecantikan – dalam meraikan kehadiran FARMASI, sebuah jenama kosmetik antarabangsa, di pasaran Asia.

    BCL, yang terkenal dengan lagu hits seperti Cinta Sejati, akan menjadi tarikan utama pada malam tersebut.

    Penampilannya bakal diiringi oleh Ghea Indrawari, bintang muda Indonesia yang mencuri perhatian dengan single Jiwa Yang Bersedih, serta Elly Mazlein, penghibur serba boleh Malaysia yang bakal memeriahkan pentas sebagai pengacara dan penyanyi.

    Penganjuran ini, yang dianjurkan oleh INT X Group dan disokong oleh FARMASI, dijangka membawa pengalaman luar biasa kepada para penonton, menggabungkan elemen muzik, kecantikan, dan pemerkasaan wanita dalam satu persembahan yang ikonik.

    Ellie G, Pengarah Projek dan Konsert, menyifatkan Konsert FARMASI Soundzation sebagai sebuah acara yang dirancang untuk lebih daripada sekadar hiburan. “Kami ingin mempersembahkan mesej yang kuat tentang pemerkasaan wanita melalui seni muzik.

    BCL, dengan kehebatan dan karisma yang dimilikinya, menjadi pilihan utama kerana beliau mewakili kekuatan wanita moden. FARMASI pula komited kepada kecantikan sejati yang bukan hanya dari luaran, tetapi juga dari dalaman, seiring dengan misi kami untuk memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia,” kata Ellie.

    Selain daripada penampilan ikonik BCL dan Ghea, Elly Mazlein juga dijangka menjadi daya penarik yang luar biasa dengan bakat pengacaraannya yang menghiburkan serta vokalnya yang mantap.

    Malam ini dijangka akan diingati sebagai satu perayaan seni dan kecantikan yang mencipta kenangan indah buat semua yang hadir.

    Pengalaman ini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Man Kidal sebagai Pengarah Konsert dan Muzik, serta Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif, yang bakal memberikan sentuhan magis mereka pada malam tersebut.

    Sebagai tambahan, acara ini juga menawarkan lebih daripada sekadar persembahan. Setiap pemegang tiket akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Bezza.

    Tidak hanya itu, penonton juga akan menerima pelbagai hadiah eksklusif dari rangkaian produk FARMASI, menjadikan malam ini lebih istimewa. Menurut Ellie G, “Konsert ini adalah cara kami memberi penghargaan kepada para peminat yang selama ini menyokong industri hiburan.

    Kami ingin pastikan setiap penonton pulang dengan hati gembira dan tangan yang penuh dengan hadiah.”

    Emre Tuna, Presiden FARMASI, turut hadir pada sidang media pelancaran konsert ini di Menara Kuala Lumpur, dan meluahkan rasa bangganya terhadap kemasukan jenama FARMASI ke pasaran Asia, dengan Malaysia sebagai destinasi pertama.

    “Kami percaya bahawa kehadiran FARMASI di Malaysia adalah langkah penting untuk mengukuhkan kehadiran kami di Asia. Kami berpegang kepada prinsip kecantikan yang inklusif dan relevan dengan keperluan wanita moden di sini,” kata Emre.

    Tiket untuk Konsert FARMASI Soundzation kini dijual pada harga bermula RM288 hingga RM1,088. Para peminat boleh mendapatkan tiket mereka melalui www.ilassotickets.com dan mengikuti perkembangan lanjut di platform media sosial rasmi Soundzation.

    Dengan gabungan unik antara bintang terkenal dan elemen kecantikan, malam ini dijangka menjadi salah satu acara paling berprestij pada tahun ini, merintis jalan untuk lebih banyak kolaborasi serupa pada masa depan.

  • Satu Lagi Mahakarya Seni Dato’ M. Nasir Iaitu Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2.

    Satu Lagi Mahakarya Seni Dato’ M. Nasir Iaitu Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2.

    Datuk M. Nasir, seorang  maestro muzik yang karyanya sentiasa meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pendengar dari mahakarya nya. Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang lepas masih berbekas di hati, membuatkan para peminat tidak sabar menantikan kelanjutannya.

    maharkya

    ICON Entertainment dengan penuh rasa bangga mempersembahkan Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2, sebuah persembahan epik yang bakal berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa, di mana Dato’ M. Nasir akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada 3,000 koleksi karyanya yang gemilang. Ia bakal menjadi ‘versi lanjutan’ CIPTA yang dinanti-nantikan, dengan susunan lagu yang pastinya berbeza dan lebih memukau daripada konsert sebelumnya.

    Konsert ini amat eksklusif, terhad kepada 6,000 penonton bertuah sahaja. Jadi, bagi peminat tegar M. Nasir, inilah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk menyaksikan persembahan magis yang bakal terpahat dalam lipatan sejarah.

    Dato’ M. Nasir sendiri berjanji akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu istimewa, termasuk lagu-lagu malar segar yang menggamit kenangan dan beberapa lagu baru yang bakal mencuri hati. Beliau berharap persembahan CIPTA 2 ini akan lebih bertenaga, menyentuh jiwa, dan meninggalkan makna mendalam buat semua yang hadir.

    Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja! Rebutlah tiket anda pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 dan jadilah saksi kepada sebuah lagi mahakarya seni daripada sang legenda, Dat0′ M. Nasir.

    mahakarya

  • AITEX 2024: PERPADUAN PELANCONGAN DAN PERDAGANGAN ISLAM GLOBAL

    AITEX 2024: PERPADUAN PELANCONGAN DAN PERDAGANGAN ISLAM GLOBAL

    AITEX 2024 yang akan membuka tirainya dari 23 hingga 25 Ogos 2024 di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Selangor. Ini bukan sekadar pameran, tetapi perhimpunan utama bagi pemimpin industri, pembeli perdagangan, dan orang ramai. AITEX 2024 akan mempamerkan potensi besar dalam sektor pelancongan dan perdagangan Islam yang terus berkembang.

    Jangan lepaskan peluang untuk berhubung dengan pempamer dari pelbagai negara seperti Malaysia, Zambia, Arab Saudi, Mesir, Uzbekistan, Tajikistan, China, dan banyak lagi. Platform ini akan memudahkan penemuan produk, perkhidmatan, dan kerjasama baru yang berpotensi memacu pertumbuhan dan inovasi dalam industri pelancongan dan perdagangan Islam di peringkat global.

    Pengunjung akan disambut dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari acara ini. Nikmati pakej pelancongan eksklusif dan pameran Artifak Nabi Muhammad SAW yang jarang ditemui. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami Perjalanan Realiti Maya (VR) Nabi Muhammad SAW, satu pengalaman canggih yang membawa anda merasai peristiwa penting dalam perjalanan Baginda. Belanja sekurang-kurangnya RM 500.00 dan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi menakjubkan seperti Maldives, Vietnam, dan banyak lagi, dengan sokongan Batik Air Malaysia sebagai rakan penerbangan rasmi AITEX 2024.

    AITEX 2024 dianjurkan dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti World Islamic Tourism Council, Global Islamic Tourism Organisation, dan ASEAN Federation of Umrah & Hajj (AFUH), disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB). Rakan rasmi kami termasuk Batik Air Malaysia sebagai rakan penerbangan, Sunway Resort Hotel sebagai rakan hotel, TV Alhijrah sebagai rakan TV, dan TTW sebagai rakan media rasmi.

    Persidangan Pelancongan Islam yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos, di mana pakar industri akan membincangkan topik-topik penting mengenai masa depan pelancongan Islam. Tahun ini, tema utama adalah “MERANGKUL KEPERLBAGAIAN: JANJI DAN POTENSI PELANCONGAN ISLAM.” Acara kemuncak AITEX pada 25 Ogos adalah Sidang Kemuncak Menteri & CEO dan Pelaburan Pelancongan Asia, yang akan mempertemukan pemimpin dari Kemboja, Filipina, Zambia, Mesir, Indonesia, dan Uzbekistan untuk meneroka peluang pelaburan dan membincangkan masa depan pelancongan Islam.

    Salah satu acara kemuncak adalah World Islamic Tourism and Trade Awards (WITA 2024) yang akan berlangsung pada 26 Ogos di Ballroom, Sunway Resort Hotel. Majlis ini akan menghargai 30 individu dan organisasi cemerlang dalam industri pelancongan dan sektor kerajaan yang telah memberi sumbangan besar kepada pelancongan dan perdagangan Islam.

    Butiran Acara

    AITEX 2024 akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos 2024, dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari, masuk adalah percuma kepada sema pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menadi sebahagian daripada acara yang akan membentuk masa depan pelancongan dan perdagangan Islam.

     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aitex.my atau hubungi +60192157116.

  • KLP48 Heavy Rotation Debut: A Spectacular Unveiling

    KLP48 Heavy Rotation Debut: A Spectacular Unveiling

    KLP48, the newest sister group in the global AKB48 family, has officially unveiled its first-generation members, marking an exciting milestone in the world of pop idols.

    After a rigorous audition process that drew thousands of hopefuls, the final lineup has been carefully selected after three intense months of training under the watchful eye of 48 Entertainment Sdn Bhd. This company, authorized by AKB48’s overseas sister groups licensor, Superball Inc., will manage Malaysia’s first-ever all-girl idol group with a focus on international success.

    This debut lineup is a fascinating blend of cultures, featuring 13 talented individuals: 7 Malaysians, 4 Japanese, one Indonesian, and one from Hong Kong. The group also boasts three transfers from AKB48 itself and one from Japan’s STU48, bringing an intriguing mix of experience and fresh talent to the stage.

    Nariaki Terada, CEO of Superball Inc. and General Producer of AKB48’s overseas sister groups, expressed his excitement about this new chapter: “Introducing the first-generation members of KLP48 is a truly exhilarating moment, highlighting the universal charm of AKB48 and its sister groups. We’re eager to see KLP48 carve out their own path and captivate audiences around the globe.”

    As the tenth overseas sister group in the AKB48 family, KLP48 joins the ranks of successful groups like JKT48 (Jakarta), BNK48 (Bangkok), MNL48 (Manila), AKB48 Team SH (Shanghai), AKB48 Team TP (Taipei), and CGM48 (Chiang Mai).

    Yip Chun Huei, Director of 48 Entertainment Sdn Bhd, shared his enthusiasm, saying, “AKB48 and its sister groups have long enjoyed a dedicated fanbase in Malaysia, and we are confident that KLP48 will receive the same passionate support. The members have been working tirelessly, and we have some thrilling plans in the works. Fans should definitely stay tuned!”

    Each AKB48 group is known for its unique color, and KLP48 has been assigned green, inspired by the Malaysian jade. This color symbolizes the group’s gentle aura, empathy, and the harmonious fusion of diverse values.

    On August 18th, KLP48 will make their highly anticipated debut at the AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ concert, where they’ll share the stage with AKB48, STU48, JKT48, and QUADLIPS.

    AKB48, originally named after their iconic theater in Akihabara, Tokyo, was the brainchild of music producer Yasushi Akimoto. Since their inception in 2005, they’ve revolutionized the idol world with their innovative concept of “idols you can meet,” offering daily theater performances that create deep connections with their fans. Their influence has been so profound that they’ve earned a place in the Guinness World Records as the Largest Pop Group in the World.

    To keep up with all things KLP48, follow them on TikTok at @klp48_official, on Instagram and Facebook at @KLP48official, or visit their official website at klp48.my. Exciting times lie ahead!

  • NADEERA: single terbaru “BUKAN LAGI KITA” – 2024

    NADEERA: single terbaru “BUKAN LAGI KITA” – 2024

    Dengan penuh rasa teruja, Rocketfuel Entertainment menyambut kedatangan bintang muda berbakat, Nadeera, ke dalam keluarga besar mereka. Untuk memulakan lembaran baru dalam karier seninya, Nadeera telah melancarkan single dan muzik video terbarunya, Bukan Lagi Kita, yang dirilis serentak pada hari pelancaran—sebuah langkah yang penuh bermakna dalam perjalanan seninya.

    Single ini adalah hasil kolaborasi luar biasa antara Nadeera dan dua nama besar dalam industri muzik—komposer terkenal Hael Husaini serta bakat muda yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh. Bukan Lagi Kita memperlihatkan kematangan vokal Nadeera yang disatukan dengan sentuhan magis kedua-dua komposer berbakat ini, menghasilkan sebuah karya yang penuh emosi dan keindahan.

    Beliau, dalam perkongsiannya, menyatakan rasa syukurnya, “Dapat menyanyikan lagu hasil ciptaan Hael Husaini adalah seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Sebagai peminat setia lagu Peluang Kedua dan Diam, saya tidak teragak-agak menerima tawaran ini apabila Hael mengemukakan karya yang sesuai dengan saya. Sepanjang proses rakaman, Hael memberikan kerjasama yang luar biasa. Saya amat berharap agar perjalanan seni saya terus berkembang dan bakat saya dapat diketengahkan di platform yang lebih besar, insya-Allah. Mengenai kerjasama dengan Rocketfuel Entertainment, saya sangat bersyukur atas peluang ini, terutamanya selepas kemenangan saya di Big Stage. Saya yakin kerjasama ini akan terus kukuh di masa depan.”

    Di pihak Hael Husaini, beliau turut berkongsi kebanggaannya terhadap kolaborasi ini, “Tahun lepas, saya bertanya kepada rakan-rakan dalam industri mengenai siapa yang berpotensi menjadi bintang seterusnya, dan ramai yang menyebut nama Nadeera. Setelah hampir empat tahun tidak menghasilkan lagu—dengan Peluang Kedua menjadi karya terakhir saya—tahun ini saya kembali dengan beberapa lagu baru, termasuklah Bukan Lagi Kita untuk Nadeera. Saya sangat kagum dengan kemudahan bekerja dengan Nadeera, dan bersama Iqie Hugh, kami berjaya menghasilkan sebuah demo yang akhirnya menjadi lagu ini. Saya berharap peminat akan terus menyokong karya Nadeera.”

    Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen, turut meluahkan keyakinannya, “Memilih Nadeera untuk menyertai Rocketfuel Entertainment adalah keputusan yang tepat. Kekuatan vokal dan keserasian kerjasama sejak kemenangannya di Big Stage menjadikan beliau salah satu artis terbaik di dalam Rocketfuel. Dengan pelancaran lagu ini, kami berharap ianya dapat memikat hati peminat yang sudah lama menantikan karya baru daripada Nadeera.”

    Para peminat kini boleh menikmati Bukan Lagi Kita di semua platform digital utama seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube, dan YouTube Music. Selain itu, mereka juga boleh menghasilkan video kreatif di TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini. Jangan ketinggalan untuk menonton muzik video eksklusif Bukan Lagi Kita yang kini boleh didapati di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

  • Hannah Delisha: Artis Serba Boleh yang Mencuri Perhatian, Kini Duta Produk Kecantikan Conboo – 2024

    Hannah Delisha: Artis Serba Boleh yang Mencuri Perhatian, Kini Duta Produk Kecantikan Conboo – 2024

    Hannah Delisha, nama yang sinonim dengan bakat, keanggunan, dan serba boleh, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang yang bersinar dalam industri hiburan Malaysia.

    Dari pentas nyanyian ke layar perak, dan kini sebagai duta kepada produk kecantikan, Hannah Delisha membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja seorang artis yang berbakat, tetapi juga seorang ikon gaya hidup yang berwibawa.

    Dengan setiap langkah yang diambil, Hannah Delisha semakin menyerlah, mengukir nama sebagai figura serba boleh yang tiada tandingan.

    Sebagai seorang penyanyi, Hannah memulakan perjalanan seni dengan lagu-lagu yang menjadi kegemaran ramai. Vokalnya yang unik dan penuh emosi, digandingkan dengan melodi yang memikat, membuatkan setiap lagu yang dinyanyikan meresap ke jiwa pendengar.

    Kejayaannya dalam bidang muzik menjadi batu loncatan untuk Hannah meneroka dunia lakonan, di mana beliau berjaya memegang watak-watak yang mencabar dan berkesan dalam pelbagai drama dan filem.

    Dari watak gadis polos hingga heroin penuh emosi, Hannah membuktikan bahawa dirinya mampu menakluki apa sahaja cabang seni yang diceburinya.

    Namun, kecemerlangan Hannah tidak terhenti di situ. Dalam era digital yang serba pantas ini, pengaruh Hannah melangkaui skrin dan radio. Keanggunan dan daya tarikannya menjadikannya pilihan utama bagi banyak jenama terkenal untuk dijadikan duta.

    Terbaharu, Hannah dilantik sebagai duta produk kecantikan Conboo, yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Conboo, yang terkenal dengan produk Beau3 Milk, menawarkan kebaikan semula jadi yang sesuai untuk semua golongan.

    Ramuan seperti madu Manuka, ekstrak sarang burung, dan serbuk mutiara adalah antara rahsia yang menjadikan produk ini pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kesihatan dan kecantikan dari dalam.

    hannah delisha

    Hannah mengakui bahawa pelantikan sebagai duta Conboo bukanlah keputusan yang diambil ringan. “Saya sentiasa memastikan setiap tawaran yang diterima bukan sahaja membawa manfaat kepada saya, tetapi juga selaras dengan nilai dan prinsip peribadi.

    Produk Conboo benar-benar menepati piawaian saya selepas saya mencuba Beau3 Milk dan melihat sendiri hasilnya,” jelas Hannah. Ketelitian ini mencerminkan dedikasinya untuk menjaga reputasi, tidak hanya sebagai artis, tetapi juga sebagai ikon yang dipercayai dan dihormati.

    Selain dari kecemerlangan dalam karier seni, Hannah juga dikenali sebagai seorang yang menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya.

    Ketika ditanya tentang dirinya yang dianggap sebagai wajah pelaris untuk jenama yang diwakilinya, Hannah dengan rendah hati menjawab, “Alhamdulillah, saya bersyukur jika dapat membantu meningkatkan jenama yang saya wakili. Namun, saya percaya bahawa kejayaan sesebuah jenama adalah hasil usaha bersama dan kolaborasi yang baik antara semua pihak yang terlibat.”

    Sikap rendah hati ini menambah lagi keanggunan Hannah, menjadikannya figura yang semakin dicintai oleh peminat dan dihormati oleh rakan industri.

    Sebagai seorang artis serba boleh, Hannah Delisha bukan sahaja menyinar dengan bakat seni yang luar biasa, tetapi juga dengan nilai-nilai murni yang dijunjungnya.

    Kejayaannya dalam pelbagai bidang membuktikan bahawa dirinya lebih daripada sekadar bintang; beliau adalah inspirasi dan simbol kecantikan dari dalam dan luar.

    Dengan pelantikan sebagai duta Conboo, Hannah tidak hanya mempromosikan produk kecantikan, tetapi juga menyebarkan mesej tentang kepercayaan diri dan gaya hidup sihat yang boleh dicontohi semua. Ini menjadikan Hannah Delisha sebagai ikon masa kini yang mampu memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

  • LAGU TERBARU DARI NUR FATIMA YANG BERJUDUL ‘KU CUBA’ SELEPAS 3 TAHUN

    LAGU TERBARU DARI NUR FATIMA YANG BERJUDUL ‘KU CUBA’ SELEPAS 3 TAHUN

    Penyanyi bersuara merdu, Nur Fatima, kini hadir dengan single terbaru berjudul KU CUBA, meskipun sedang menetap jauh di Sydney, Australia. Single ini merupakan hasil ciptaan komposer ternama, Sharon Paul, dengan lirik oleh Shah Shamshiri, dan diedarkan oleh SoundOn.

    “Saya dan suami baru saja berpindah ke Sydney dari ibu kota Australia, Canberra, awal tahun ini kerana urusan kerja suami. Di sini, saya juga aktif membuat persembahan bersama band di sekitar Australia,” kongsi Nur Fatimah Abdul Wahab, pemilik nama sebenar Nur Fatima.

    Selepas hampir tiga tahun sejak melancarkan single Galeri, Nur kembali dengan karya terbaru. Apabila ditanya mengapa memerlukan waktu yang lama untuk menghasilkan single baru, Nur menjelaskan, “Sejak pandemik COVID-19, saya mengambil masa untuk mencari material yang tepat. Saya rasa genre balada lebih sesuai dengan karakter suara dan ekspresi saya.”

    “Lagu ini awalnya dicadangkan untuk dua penyanyi lain dan sempat dinyanyikan oleh seorang penyanyi dengan vokal yang kuat. Namun, pihak pengurusan dan produser berpendapat lagu ini lebih sesuai dengan kelembutan suara saya. Selain itu, liriknya yang ditulis oleh sahabat baik saya, Shah, benar-benar menyentuh hati saya.”

    KU CUBA menceritakan kisah seseorang yang tetap sabar dan tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan cinta. “Lagu ini menggambarkan pengorbanan dan kesetiaan dalam hubungan, di mana seseorang rela melakukan apa saja demi kebahagiaan kekasihnya,” jelas Nur.

    NUR FATIMA

    Dengan genre ‘power ballad’ yang menantang, lagu ini menguji kemampuan vokal Nur dengan nada tinggi dan rendah, serta memerlukan emosi yang mendalam agar nyanyiannya sampai ke hati pendengar. “Saya benar-benar mendalami liriknya sehingga produser, Sharon, berpuas hati dengan hasilnya. Saya berterima kasih kepada beliau atas bimbingan yang berharga.”

    Bagi para peminat yang merindui kemunculan Nur, mereka akan disajikan dengan video muzik (MV) istimewa yang tampil dengan konsep segar dan mengikuti tren fesyen terkini. “MV kali ini menampilkan ekspresi wajah dan gaya yang mendalam, di bawah arahan pengarah muda berbakat, Khyrill,” kongsi Nur.

    Nur juga berpeluang menggayakan busana rekaan pereka fesyen Hasfitri Yusof, dengan sentuhan penata gaya Zhee. A. Hussein, yang semakin memperkuatkan visual MV ini.

    NUR FATIMA

    Walaupun sudah bertahun dalam industri, Nur mengakui cabaran tetap ada. “Untuk kekal relevan dalam industri ini sangat mencabar kerana persaingan yang kuat. Namun, saya tidak pernah berputus asa. Saya juga mulai melibatkan diri dalam kerja-kerja di belakang tabir dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik untuk menambah ilmu.”

    Kepada pendatang baru, Nur menasihati agar mereka mengutamakan pelajaran sebelum terjun ke mana-mana bidang. “Pelajaran bukan hanya memberi ilmu, tetapi juga memupuk disiplin. Yang paling penting, sayangi diri sendiri dengan menjaga kesihatan fizikal dan emosi, dan jangan mudah berputus asa.”

    Nur berharap KU CUBA mendapat sambutan hangat dari pendengar, menyentuh hati mereka yang mendengarnya, dan mengubati kerinduan para peminat.

    Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes, dijadikan nada dering panggilan, dan didengar melalui aplikasi penstriman seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, serta YouTube Music. MV single ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Nur Fatima Music di youtube.com/@nurfatimamusic.

  • Vit’s Dan Persatuan Karyawan Malaysia Bersatu Mengadakan FESTIVAL MUZIK VITS “KONSERT TELAN KASET 90’AN.”

    Vit’s Dan Persatuan Karyawan Malaysia Bersatu Mengadakan FESTIVAL MUZIK VITS “KONSERT TELAN KASET 90’AN.”

    Vit’s, jenama mi segera terkemuka di Malaysia, dengan kolaborasi Persatuan Karyawan Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan Festival Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’. Acara ini diadakan bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang julung kali diadakan, berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2024 di Padang Timur, Petaling Jaya, dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam.

    Festival ini akan menampilkan barisan artis popular era 90-an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, serta DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.   

    Penganjur dari pihak Vit’s, Pn. Baizura Tazri, menyatakan, “Ini adalah kali pertama Vit’s menganjurkan festival muzik yang menggabungkan elemen muzik dan makanan. Vit’s Music Festival ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan berasaskan mi sambil dihiburkan dengan muzik 90-an.”

    vit's

    Beliau menambah, konsert ini bertujuan untuk mengubati kerinduan peminat muzik 90-an dengan mempersembahkan lagu-lagu hits dari era tersebut, serta menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan banyak lagi.

    “Selain itu, konsert ini juga bermatlamat untuk mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui jualan tiket. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan karyawan yang memerlukan bantuan, selaras dengan tujuan penubuhan persatuan ini,” kata Pn. Baizura.

    Festival Muzik Vits ini dijangka akan menampilkan 17 penyanyi 90-an yang akan mempersembahkan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop, dan irama Malaysia sepanjang dua hari acara berlangsung, dari jam 8 malam hingga 11:30 malam.

    vit's

    Para pengunjung juga berpeluang untuk mengunjungi lebih 80 gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan mi, serta menikmati pelbagai permainan karnival yang sesuai untuk seisi keluarga.

    “Setiap pengunjung yang hadir dengan berpakaian bertemakan 90-an seperti rock, hip hop, atau dangdut akan menerima hadiah. Selain itu, atas permintaan ramai di media sosial, kami juga akan mengadakan pertandingan karaoke pada kedua-dua hari acara dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi,” tambah Pn. Baizura.

    Festival ini turut mendapat sokongan daripada MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan Irama Maju Productions, selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia.

    Pn. Baizura mengakhiri, “Kami berharap festival makanan dan muzik berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90-an dan lagu-lagu hits mereka yang sentiasa segar dalam ingatan.”

    Mewakili Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez, beliau berharap agar para penonton dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini, dengan dana yang dikumpul akan disalurkan kepada persatuan.

    “Marilah beramai-ramai ke Vit’s Music Festival. Jumpa anda di sana!”

    Tiket untuk KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh didapati secara dalam talian mulai 16 Ogos 2024, jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang. Masuk ke Festival Mi Malaysia adalah percuma.

  • SSM Lancar Platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, Mudahkan Atau Easy Akses Maklumat Entiti Perniagaan 37 Jenis Produk SSM

    SSM Lancar Platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, Mudahkan Atau Easy Akses Maklumat Entiti Perniagaan 37 Jenis Produk SSM

    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan dua platform baharu iaitu SSM Search dan SAFEDATA-SSM untuk memudahkan akses kepada maklumat korporat secara dalam talian. Platform-platform ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM, sekaligus membantu mereka membuat keputusan yang berinformasi ketika berurusan dengan entiti-entiti ini.

    Dengan pengenalan platform baharu ini, SSM kini menawarkan empat saluran berbeza untuk membekalkan maklumat entiti perniagaan, yang memperluaskan lagi capaian dan kemudahan kepada orang ramai serta pihak berkepentingan.

    Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan, dan perkongsian liabiliti terhad (PLT), SSM turut menyediakan maklumat penting mengenai entiti-entiti perniagaan yang berdaftar di bawah undang-undang yang tertera dalam Jadual Pertama, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.

    Sejak tahun 2006, SSM telah memperkenalkan Portal SSM-Info yang membolehkan akses kepada maklumat entiti perniagaan secara dalam talian. Pada tahun 2016, Portal MYDATA SSM dilancarkan untuk memperluaskan lagi akses kepada maklumat tersebut.

    Dari tahun 2019 hingga 31 Julai 2024, lebih daripada 26.4 juta transaksi telah dicatatkan melalui Portal MYDATA-SSM dan Portal SSM e-Info. Dengan pelancaran SSM Search dan SAFEDATA-SSM, jumlah transaksi ini dijangka akan terus meningkat.

    Pengerusi SSM, Tuan Ahmad Sabki Yusof, dalam ucapan perasmiannya, menyatakan bahawa jumlah transaksi yang tinggi menunjukkan kepercayaan pelanggan terhadap platform pembekalan maklumat yang disediakan oleh SSM.

    “Melalui portal-portal ini, pelanggan boleh mendapatkan 37 jenis produk SSM termasuk profil perniagaan, profil syarikat, maklumat kewangan syarikat, dan salinan sijil pendaftaran perniagaan. Saya berharap platform-platform ini akan terus menjadi sumber rujukan utama bagi maklumat entiti perniagaan di Malaysia,” katanya.

    Beliau menyampaikan ucapan ini dalam Majlis Pelancaran Platform Baharu Pembekalan Maklumat Korporat SSM & Majlis Perasmian SSM BizDay 2024 yang diadakan di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, dengan kehadiran lebih daripada 600 peserta.

    SSM BizDay 2024 dianjurkan untuk memperkenalkan dan menawarkan produk serta perkhidmatan SSM, mendapatkan maklum balas pelanggan, meningkatkan tahap pematuhan perniagaan, dan memperkukuhkan hubungan antara komuniti perniagaan dengan SSM.

    Tuan Ahmad Sabki juga menggesa para peserta untuk mengambil peluang yang ditawarkan oleh SSM melalui program ini, dengan mendaftarkan perniagaan mereka bagi memastikan ia sah di sisi undang-undang.

    Sehingga 31 Julai 2024, terdapat 677,351 syarikat, 1,659,838 perniagaan, dan 35,821 PLT yang aktif dalam daftar SSM.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) melalui bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000, atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

  • “Terlalu Cinta” Berjaya Dengan Gambungan Yovie dan Lyodra setelah 28 Tahun

    “Terlalu Cinta” Berjaya Dengan Gambungan Yovie dan Lyodra setelah 28 Tahun

    Yovie Widianto, maestro muzik romantik Indonesia, kembali dengan inovasi baharu. Dia mengeluarkan semula lagu “Terlalu Cinta”, kali ini berkolaborasi dengan bintang muda berbakat, Lyodra.

    Lagu “Terlalu Cinta” dicipta oleh Yovie Widianto yang popular pada tahun 2006 apabila dinyanyikan oleh Dato Sri Rossa. Kini, Yovie telah memilih Lyodra untuk mempersembahkan semula lagu ini di bawah label Universal Music Indonesia.

    Yovie menjelaskan, “Suara Lyodra sangat sesuai untuk lagu ini. Sejak permulaan projek, saya telah memikirkan Lyodra, dan hasilnya sangat memuaskan.”

    Terlalu Cinta

    Lyodra mengakui dia segera menerima tawaran itu. “Walaupun ini tugas yang sukar kerana lagu ini sangat ikonik apabila dinyanyikan oleh Kak Rossa, saya tetap bersemangat. Pada mulanya ada tekanan, tetapi selepas menyanyikannya, semuanya terasa seronok,” katanya.

    Single “Terlalu Cinta” merupakan lagu cinta yang indah dalam genre pop balada. Liriknya menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tidak berbalas, menyampaikan perasaan putus asa dan sedih.

    Yovie tidak banyak mengubah susunan muzik supaya tidak kehilangan intipati asal. Bagaimanapun, dia menambah sentuhan hebat dengan mengukuhkan bahagian tali untuk mengiringi piano yang menjadi alat utama.

     

    Lyodra membawakan kesegaran lagu ini dengan ciri vokalnya. Kekuatan vokalnya menjadi tarikan utama dalam versi terbaru single “Terlalu Cinta” ini.

    Muzik video arahan Prialangga itu membawa konsep ringkas tetapi bermakna. Video ini seperti filem mini dengan konflik yang menarik. Nada visual yang dipaparkan juga sangat cantik. Selain Lyodra, video muzik ini turut dibintangi oleh Davina Karamoy dan Arbani Yasiz.

    Kehadiran Dato Sri Rossa di penghujung muzik video adalah satu sorotan yang menarik. Ini seolah-olah mengesahkan sokongan Dato Sri Rossa terhadap Lyodra dalam menyanyikan lagu “Terlalu Cinta”.

    Terlalu Cinta

    Yovie berharap lagu ini bukan sahaja menjadi nostalgia, malah dapat dinikmati oleh generasi kini. Lyodra juga berharap lagu ini dapat didengari ramai orang, menjadi sesuatu yang segar, dan menjadi runut bunyi bagi mereka yang mengaitkan dengan liriknya.

    Jadi, jangan ketinggalan lagu ini di platform muzik digital kegemaran anda, dan tonton video muzik di saluran YouTube rasmi Lyodra. Nikmati!