Author: Helmi Aziz

  • ‘Momento’ Keluaran terkini Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan

    ‘Momento’ Keluaran terkini Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan

    Lagu terbaru dari Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan yang berjudul ‘Momento’ menyajikan keindahan lirik yang memukau.

    Kolaborasi mereka dalam duet ini bukan sahaja menawan, tetapi juga seakan membawa kita kembali ke momen-momen manis awal percintaan yang penuh debaran. Lagu ini diterbitkan oleh Alternate Records & Talents dan dihasilkan oleh komposer berbakat, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

    ‘Momento’ lebih daripada sekadar sebuah lagu cinta; ia mengisahkan pengalaman manis yang terukir di awal percintaan, menonjolkan detik-detik kecil yang memberikan kesan mendalam kepada setiap pendengar. Dengan sentuhan khas Firdaus Rahmat, lirik dan melodi lagu ini dibentuk untuk menjadi kenangan indah yang abadi di hati.

    Keserasian yang menakjubkan antara Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan dalam genre pop ini sangat selari dengan karakter ceria mereka dan keunikan suara masing-masing. Melalui kombinasi vokal yang saling melengkapi, mereka telah mencipta alunan muzik yang mampu menghidupkan kembali kenangan indah percintaan, meresap ke dalam jiwa pendengar.

    Firdaus Rahmat menjelaskan tentang pemilihan penyanyi untuk lagu ini: “Inspirasi di sebalik ‘Momento’ datang daripada pengalaman semua orang yang pernah merasai keindahan detik awal bercinta. Saya memilih Aqmal dan Ika kerana suara Aqmal yang rendah dan stabil berpadu dengan suara Ika yang lembut dan tinggi, mencipta harmoni yang sangat menarik. Keserasian vokal mereka membuat sesi rakaman berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.”

    Tambah Firdaus, “Aqmal dan Ika menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi sepanjang proses rakaman, menghasilkan karya yang sangat memuaskan. Mereka sangat profesional dan bijak dalam memanfaatkan kebolehan masing-masing untuk memperbaiki kekurangan. Saya berharap ‘Momento’ menjadi kenangan manis untuk semua pendengar, terutama bagi mereka yang berada di fasa awal percintaan. Lirik yang dekat dengan kehidupan seharian menjadikan lagu ini satu nostalgia cinta yang akan diingati.”

    Ika, yang merupakan peserta Program Lagu Cinta Kita Musim Ke 3 di TV3, berkongsi rasa terujanya setelah mendengar demo lagu ini: “‘Momento’ adalah duet pertama saya. Sejak mendengar demo, saya terus jatuh hati dengan lirik dan melodi yang manis untuk pasangan bercinta. Bekerja dengan Firdaus Rahmat juga sangat menyeronokkan, kerana beliau memberi kami kebebasan untuk mengekspresikan kreativiti.”

    “Cabaran utama bagi saya adalah membina chemistry dengan Aqmal, kerana lagu ini mempunyai makna mendalam yang dirasai oleh semua generasi. Alhamdulillah, kami berjaya mencipta sinergi yang harmoni. Sikap Aqmal yang ceria dan humoris menjadikan setiap detik di studio penuh keceriaan.”

    Aqmal Ramdan, yang merupakan Naib Juara program Terpaling Juara, menyatakan, “Lagu ‘Momento’ adalah single ketiga saya bersama Alternate Records selepas ‘Seindah Kasih’ dan ‘Only With You’. Lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya, dan saya berasa gembira dapat menyumbangkan suara dalam karya yang penuh makna ini. Saya berharap ‘Momento’ diterima baik oleh semua pendengar, terutamanya bagi mereka yang sedang merasai saat-saat awal percintaan. Melodi dan liriknya sangat menyentuh hati, dan saya yakin lagu ini akan kekal dalam ingatan. Saya bersyukur kepada Alternate Records kerana memberi peluang sekali lagi untuk lagu ini, memperkukuh kerjasama yang telah terjalin.”

    Kedua-dua Aqmal dan Ika berpendapat bahawa ‘Momento’ adalah lagu yang wajib didengar oleh setiap pasangan bercinta dan menjadi siulan ramai. Mereka berharap, “Kami berharap agar ‘Momento’ dapat meninggalkan kesan mendalam di hati pendengar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang dilamun cinta. Jika ada peluang untuk mempersembahkan lagu ini di pentas Anugerah Juara Lagu, itu pasti akan menjadi impian terbesar kami.”

    Lagu ini juga berfungsi sebagai runut bunyi (OST) untuk drama “My Stolen First Kiss” yang kini sedang disiarkan di Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati alunan indah ‘Momento’ nyanyian Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan yang kini sudah boleh didapati di platform iTunes serta aplikasi penstriman seperti Spotify dan YouTube Music.

  • Ina Curi Perhatian di Minggu Kedua Kilauan Emas 2024

    Ina Curi Perhatian di Minggu Kedua Kilauan Emas 2024

    Pertandingan nyanyian popular, Kilauan Emas 2024, yang kini memasuki minggu kedua, terus memukau para penonton dengan persembahan hebat dari para peserta yang berbakat. Bersiaran langsung dari Royal Theater Shah Alam, rancangan ini telah menjadi tumpuan saban minggu, terutama pada episod terbaru yang ditayangkan pada Sabtu, 21 September 2024.

    Pada minggu ini, peserta Ina berjaya mencuri perhatian apabila menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 86.70%. Persembahannya yang memukau menerusi lagu ikonik Nike Ardilla, ‘Ku Takkan Bersuara’, bukan sahaja mendapat pujian dari barisan juri tetapi juga daripada penonton. Vokalnya yang mantap dan penuh emosi memberi kelebihan kepadanya untuk berada di puncak kedudukan.

    Tidak ketinggalan, Dino dengan 81.28% dan Sue dengan 78.39% turut berjaya menduduki tangga kedua dan ketiga, mengekalkan persaingan sengit dalam pertandingan ini. Dino mempamerkan kawalan vokal yang kemas, manakala Sue menampilkan persembahan yang penuh tenaga dan jiwa, menjadikan mereka antara calon terkuat untuk minggu-minggu seterusnya.

    Yang menarik, Maria berjaya meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week selepas persembahannya yang memukau pada segmen terakhir. Persembahan Maria benar-benar menyentuh hati para juri dan penonton, sekali gus menjadikannya bintang yang semakin menyerlah di pentas Kilauan Emas.

    Namun, nasib tidak menyebelahi peserta Budin, yang sekali lagi menduduki kedudukan terbawah dengan markah keseluruhan terendah. Walaupun begitu, Budin masih mempunyai peluang untuk bangkit dan membuktikan kemampuannya pada minggu-minggu yang akan datang.

    Bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat perjalanan peserta dan persiapan persembahan mereka, Diari Kilauan Emas 2024 yang bersiaran setiap Jumaat selama 30 minit menjadi pilihan terbaik. Program ini memaparkan latihan intensif dan persiapan peserta sebelum mereka beraksi di pentas utama. Tambahan pula, Kapsul Kilauan Emas 2024, sebuah program lima minit yang disiarkan setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan gelagat di belakang tabir serta perbincangan para peserta.

    Sistem pemarkahan dalam Kilauan Emas 2024 juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan peserta. Sebanyak 70% markah diberikan oleh juri profesional, 20% daripada juri awam yang terdiri daripada penonton jemputan, dan 10% lagi adalah hasil undian penonton di rumah.

    Untuk musim ini, panel juri mengekalkan dua figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, di samping pelawak terkenal, Roy Azman. Gabungan ini menjanjikan komen yang kritis tetapi membina, serta suntikan humor yang menyegarkan.

    Juara Kilauan Emas 2024 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi eksklusif sumbangan Astro. Para penonton dan peminat juga diberi peluang untuk mengundi peserta kegemaran mereka menerusi laman web Astro Gempak bagi menentukan pemenang mingguan.

    Dengan semakin sengitnya persaingan, episod seterusnya Kilauan Emas 2024 pasti menjadi satu acara yang tidak boleh dilepaskan. Pastikan anda menyaksikan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, aplikasi Astro GO, dan sooka.

  • Empowering the Future: Asia-Pacific Digital Talent Summit 2024 co-hosted by Huawei

    Empowering the Future: Asia-Pacific Digital Talent Summit 2024 co-hosted by Huawei

    The 2024 Asia-Pacific Digital Talent Summit successfully brought together government leaders including Secretary-General of ASEAN, Minister of Ministry of Post and Telecommunications of the Kingdom of Cambodia, Permanent Secretary of Ministry of Education of Brunei Darussalam, industry experts, professionals from academy and 130+ young talents from 18 countries across the region to foster collaboration, innovation, and digital growth for a connected, digital and intelligent future. 

    Held in Nanning, this event provided a crucial platform to discuss the future of digital talent development in the rapidly evolving regional digital economy.

    In his welcome speech, H.E. Dr. Kao Kim Hourn, Secretary-General of ASEAN, emphasized the vital role of digital talent in driving the region’s growth and innovation, ensuring our region remains competitive in the global economy. “The collaboration between Huawei and the ASEAN Foundation, which has made this event possible, exemplifies the profound impact of public-private partnerships in enhancing digital skills among our youths across the Asia-Pacific region.

    This program offers more than 130 exceptional young talents an enriching one-week tour of China, where they will engage in a journey of learning and cultural exchange. As they embark on this exciting experience, I am confident they will make meaningful contributions to unlocking the region’s digital potential, driving forward innovation, and steering us toward a sustainable and inclusive digital future.

    In response, ASEAN is actively developing policies to facilitate digital talent mobility among its member states, enable mutual recognition of qualifications, and encourage collaboration on talent development. ASEAN countries also have much to gain from China’s approach to enhancing digital skills among its youth. China’s integration of digital education into school curricula, with a focus on subjects like coding and AI, serves as a model.

    Key initiatives such as the New Generation Artificial Intelligence Development Plan and collaborations with tech giants like Huawei—providing training and internships—are central to this endeavor.”

    In line with this vision, Mr. Simon Lin, President of Huawei Asia-Pacific, said “At Huawei, our digital talent program in the Asia-Pacific region is built on three key pillars: Partnership, Commitment, and Youth Empowerment.

    These principles have driven us to develop over 200,000 digital talents through initiatives like Huawei ICT Academy in more than 310 universities, Tech4City competition, and this Digital Talent Summit. We are committed to fostering future leaders of the Asia-Pacific digital economy and, together with our partners, we will continue building a bigger stage for young talent to thrive with technology.”

    Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Director of the Southeast Asian Ministers of Education Organization Secretariat and H.E. Ambassador M.I. Derry Aman, Chair of the ASEAN Foundation Board of Trustees, also shared their valuable perspectives on the importance of shaping a brighter digital future in ASEAN countries. “Investing in youth is key to unlocking the digital potential of not only ASEAN and the Asia-Pacific region but also the world”, as said by Ambassador Derry.

    In this light, Ambassador Derry appreciated the collaboration between the ASEAN Foundation and Huawei in co-hosting this program, which has a profound impact on youth development by equipping participants with vital digital and cultural skills. During the event, government representatives from across the region shared updates on their vision and progress in cultivating digital talent. 

    H.E. Dr. Chea Vandeth, Minister of Post and Telecommunications of the Kingdom of Cambodia, recognized the summit as a significant step towards enhancing collaboration in digital skills development among member countries and shared vibrant development of digital talent in Cambodia in his speech.

    “The future prosperity of our region depends not only on our ability to create new technologies but to equip our people with the skills they need to thrive with those technologies.” Dr. Haji Azman Bin Ahmad, Permanent Secretary for Higher Education in Brunei Darussalam, also shared valuable insights on digital talent cultivation.

    Distinguished guests and speakers were warmly welcomed onto the stage with the ASEAN-way handshake, a gesture symbolizing the commitment to strengthen regional unity.

    At the summit, Huawei together with Prince of Songkla University (PSU), launched the “PSU ICT TALENT DEVELOPMENT and INNOVATION CENTER”, which is the first of its kind in APAC, expected to benefiting students and broader community by driving digital transformation in education sector and beyond. 

    Asst. Prof. Dr. Pongthep Sutheravut, Vice President of PSU, Dr. Suthiporn Truktrong, Acting Vice President of PSU (Trang Campus), together with Fan Xiaoqian, Director of Huawei Global Enterprise Training & Certification Department and Zhou Jinjun, Director of Huawei Asia-Pacific Region Learning & Certification Services Department shared PSU and Huawei’s collaboration and vision. Huawei APAC aims to have certified engineers by 80,000 and create 1500 HCIE experts over the next five years”, as said by Zhoujinjun in his keynote speech.

    The joint launch in the presence of esteemed guests, Dr. Pongthep, Dr.Suthiporn, Fan Xiaoqian and Zhou Jinjun.

    The panel titled “Connecting the Future: Elevating Digital Skills for Success Ahead” was also part of the summit, opened by Dr. Thepchai Supnithi, Vice President of the Thailand AI Association, and led by Dr. Piti Srisangnam, Executive Director of ASEAN Foundation. This dynamic discussion featured experts from ITU APAC, PSU, Huawei Seeds Global Ambassadors. The panel explored the complexities of shaping tomorrow’s leaders by bridging digital gaps, and discuss the best way to harnessing digital skills and promote digital inclusivity.

    [Left to Right] Moderator: Dr. Piti Srisangnam, Executive Director of the ASEAN Foundation; Panelists: Diba Safitri, Publication & Multimedia Specialist, SEAMEO; Assistant Professor Dr. Ekarin Suethanuwong, Prince of Songkla University (PSU); Yu Cheng, Project Officer , ITU; Jozef Millenaar, Seeds Global Ambassador from the Netherlands; Chanrattnak Mong, Seeds Global Ambassador from the Kingdom of Cambodia.

    The summit concluded with 17 groups of student performance showcasing their own cultural heritage at the Departure Ceremony. Dr. Piti Srisangnam, Executive Director of ASEAN Foundation; Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, Director of SEAMEO Secretariat; Mr Simon Lin, the president of Huawei Asia-Pacific joined the students to ignite the roadmap, marking the start of an exciting and fruitful journey. 

    After the summit, students will embark on an immersive tour of Huawei’s campuses in Shenzhen and Dongguan, where they will participate in digital learning classes and study ICT technologies and applications. They will also compete in the Tech4Good Regional Semi-Final, with the top two winners advancing to the 2025 Global Final in China, receiving sponsorship opportunities, a trip to China, and one-on-one discussions with local Huawei executives. 

    ASEAN Foundation and ITU Students Cultural Performance

  • Embracing the Future: Samsung Galaxy AI and the Next Wave of Smartphones

    Embracing the Future: Samsung Galaxy AI and the Next Wave of Smartphones

    In today’s rapidly evolving tech landscape, the integration of artificial intelligence (AI) into our daily lives has shifted from a far-off dream to an immediate reality. For many, the next major advancement in smartphone technology can be found in Samsung’s latest offerings, particularly with Galaxy AI. As we explore this exciting development, it’s crucial to recognize how Galaxy AI meets the growing demands of users eager for a more sophisticated and intuitive mobile experience.

    Generation AI signifies a transformative moment in our relationship with technology. Unlike past technological advancements, AI is not merely an enhancement; it fundamentally redefines how our devices function and respond to us. This evolution goes beyond simple features like voice assistants or facial recognition; it entails a deeper, more intuitive integration that learns from and adapts to our needs.

    Today, regardless of age, we live in a world where technology is integral to our lives. Many have become digital natives, expecting our devices to be not only functional but also intelligent, adaptive, and seamlessly woven into our routines. For us, AI is more than just advanced capabilities; it represents personalization and efficiency in our daily interactions.

    As users seek to enhance their smartphone experience, they are drawn to cutting-edge features that push technological boundaries. Upgrading to a device with Galaxy AI offers compelling reasons to make the switch. Samsung’s S series, celebrated for its premium design and exceptional performance, now incorporates Galaxy AI, providing a new level of sophistication. This shift is more than just a hardware upgrade; it’s about redefining how we interact with our smartphones.

    Equipped with advanced processors and AI capabilities, the S series enhances users’ experiences with improved camera functionalities and smarter content creation tools. Imagine effortlessly capturing stunning photos optimized for clarity or enjoying a device that learns your preferences to streamline your daily tasks.

    While older Samsung phones have served their users well, they often lack the sophisticated AI features present in the latest models. As technology advances, these older devices can feel somewhat outdated compared to their newer counterparts. Upgrading to a Galaxy AI-equipped device opens the door to a world where your smartphone not only meets your expectations but anticipates your needs.

    With features ranging from enhanced security to intelligent app management and superior camera capabilities, the advantages of Galaxy AI are striking. Users will notice a significant improvement in performance and an enriched overall experience, making the upgrade a wise investment.

    Joining the S series family is more than just acquiring a new smartphone; it’s about entering a community of tech enthusiasts who appreciate cutting-edge technology and premium experiences. With the integration of Galaxy AI, Samsung’s S series offers a sophisticated blend of style and functionality. The AI-driven features are crafted to make every interaction smoother and more intuitive.

    For those considering this upgrade, the benefits are clear. Galaxy AI enhances not only the performance of your device but also enriches your overall user experience. Features like adaptive screen brightness, intelligent power management, and advanced photo editing tools exemplify how AI can streamline everyday tasks.

    The true strength of Galaxy AI lies in its seamless integration into our daily lives. It’s not just about high-tech capabilities; it’s about making technology genuinely beneficial. For example, Galaxy AI’s predictive text and personalized suggestions make communication more efficient, while its advanced camera technology ensures that every photo is perfectly optimized. Additionally, smart battery management adapts to your usage patterns, keeping your device running longer and more efficiently.

    Samsung’s Galaxy AI is setting a new benchmark for what smartphones can achieve. For Generation Z and anyone looking to upgrade from older A series or legacy devices, the S series offers an exciting opportunity to engage with the future of mobile technology today. By embedding AI into every aspect of the user experience, Samsung is not merely keeping pace with technological advancements; it’s leading the charge.

    Embracing Galaxy AI means stepping into a realm where your smartphone evolves into an intelligent companion, enhancing every dimension of your digital life. As we look toward the future, it’s evident that the next generation of smartphones is not just about being smart—it’s about being truly intelligent.

    To explore the latest Samsung Galaxy S Series phones, please visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/ 

  • Udit Narayan Akan Menghiburkan Peminat di Konsert Mega Kuala Lumpur

    Udit Narayan Akan Menghiburkan Peminat di Konsert Mega Kuala Lumpur

    Ikon muzik Bollywood yang dikenali sebagai Raja Melodi, Udit Narayan, bakal berjumpa dengan peminatnya di Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.

    Konsert yang dianjurkan oleh VVST Digital Creation ini akan membawa penonton ke zaman keemasan industri filem dan muzik Bollywood, merentasi era 90-an hingga ke hari ini.

    Udit Narayan telah merakamkan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang lebih tiga dekad dalam kerjayanya, dan terkenal dengan suaranya yang sering dipinjamkan kepada tiga Raja Khans Bollywood: Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Amir Khan, serta ramai pelakon lain.Antara lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” yang dipersembahkan dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak,” bukan sahaja mengangkat namanya, tetapi juga mencetuskan fenomena hebat dalam arena muzik Bollywood.

    Dalam konsert di Kuala Lumpur ini, Udit akan bertemu peminatnya selepas 12 tahun, dengan persembahan terakhir beliau berlangsung di sebuah hotel. Beliau akan menyanyikan koleksi lagu-lagu hits yang pernah menguasai carta muzik Bollywood. Udit, yang baru-baru ini mengadakan konsert di Dubai dan Eropah, menunjukkan rasa teruja untuk kembali ke Malaysia dan berinteraksi dengan peminat di Kuala Lumpur.

    Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa peminat yang hadir akan menikmati pengalaman yang istimewa untuk menutup tahun 2024, menjadikannya salah satu kenangan terbaik untuk tahun 2025.

    Udit Narayan

    Bagi meningkatkan keterujaan peminat, penganjur menyediakan peluang untuk mereka memilih lagu-lagu kegemaran melalui kempen dan pertandingan yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang.

    “Harapan kami adalah agar peminat Udit dapat terlibat dalam pemilihan lagu. Kami akan terus memberi maklumat terkini untuk melibatkan peminat dalam persiapan konsert ini. Oleh itu, kami menyeru semua peminat untuk tetap bersama kami,” kata Pengarah First Picture Sdn. Bhd., En Muhamad Dzul Hilmi Bin Zainol, semasa sidang media hari ini.

     

  • Kisah Ketabahan ‘Ternyata Sebuah Bahagia’

    Kisah Ketabahan ‘Ternyata Sebuah Bahagia’

    Astro akan melancarkan drama terbaru berjudul “Ternyata Sebuah Bahagia”, yang merupakan karya dari Suhan Movies. Drama ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang hampir merenggut nyawanya. Diberi kesempatan kedua untuk memperbaiki kehidupannya, dia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha membimbing keluarganya. Tayangan drama ini akan berlangsung di slot Tiara, bermula 23 September, setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6 petang di saluran Astro Ria (Saluran 104), serta boleh ditonton melalui platform On Demand, Astro GO, dan sooka.

    “Ternyata Sebuah Bahagia” adalah sebuah kisah keluarga yang sarat dengan pengajaran, menceritakan usaha seorang lelaki dalam membimbing keluarganya yang telah jauh tersasar dari ajaran agama. Elemen cinta segi tiga dan konflik kekeluargaan menjadi inti cerita ini. Lagu rasmi bertajuk “Perisai Cinta” yang dinyanyikan oleh Liza Hanim juga memberi nilai tambahan kepada drama ini.

    Drama ini terdiri daripada 40 episod dan memaparkan penceritaan yang penuh emosi hasil kerjasama pengarah Nur Ain Shariff dan Ejump Mohd. Antara barisan pelakon yang menyerlah termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Datin Jeanice, Zamarul Hisham sebagai Datuk Zamani, dan Datin Elvina Mohd sebagai Rhea, dengan sokongan dari Dewi Remaja Myra Afrina dan Lorenzo Irmann.

    Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, mengungkapkan, “Ternyata Sebuah Bahagia menampilkan pelakon berbakat serta skrip yang mantap, yang diharapkan dapat memberikan pengajaran dan hiburan kepada penonton. Kisah rumah tangga yang diolah dengan baik oleh pengarah, disertai konflik yang menyentuh pasti akan menggetarkan hati penonton. Kami juga mendengar permintaan penonton untuk menyaksikan gandingan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Zamarul Hisham, serta kemunculan Datin Elvina Mohamed yang sudah dikenali di kalangan peminat drama panjang.”

    Pengarah “Ternyata Sebuah Bahagia”, Nur Ain Shariff dan Ejump Mohd, berkata, “Kita sedar bahawa isu-isu yang berlaku dalam masyarakat dapat diterjemahkan dalam bentuk drama, yang pastinya akan menarik perhatian penonton. Harapan kami agar penonton dapat menikmati naskah ini sepenuhnya dan lebih menghargai keluarga mereka selepas menontonnya. Di samping mesej keagamaan, kekuatan watak seorang ayah yang berusaha memulihkan keluarganya yang berantakan adalah tema utama dalam drama ini.”

    Kisah ini berpusat kepada Datuk Zamani yang hampir kehilangan nyawanya akibat serangan angin ahmar di sebuah kelab malam. Insiden tersebut menyebabkan keluarganya berpecah. Setelah pulih, Datuk Zamani bertekad untuk mengubah cara hidupnya dan mendalami ilmu agama. Perubahan ini memberi kesan kepada isterinya, Jeanice, yang tidak pernah terdedah kepada ajaran Islam. Jeanice mula menyedari kepentingan agama dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan tersebut. Namun, Rhea yang dipinang oleh Jeanice memiliki agenda tersembunyi, bekerja sama dengan bekas kekasihnya untuk menjatuhkan perniagaan dan keluarga Datuk Zamani.

    Siri drama terbaru Astro, “Ternyata Sebuah Bahagia”, akan memulakan tayangannya pada 23 September, setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang di Astro Ria (Saluran 104), dan juga boleh diakses melalui On Demand, Astro GO, dan sooka.

    Daftar sekarang untuk mendapatkan tawaran terhad dari Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma*. Dapatkan hiburan terbaik dalam satu platform! Kunjungi astro.com.my untuk maklumat lanjut mengenai langganan.

  • ‘IMAN’ Karya Terbaharu Ismail Izzani Yang Lebih Segar

    ‘IMAN’ Karya Terbaharu Ismail Izzani Yang Lebih Segar

    Ismail Izzani terus menunjukkan komitmen dan semangatnya dalam mengeksplorasi muzik dengan pelancaran lagu terbarunya yang berjudul IMAN, yang dilancarkan secara rasmi pada 6 September. Lagu ini mempunyai makna yang mendalam bagi Ismail dan nuansa muziknya membawa keunikan berbanding karya-karya sebelumnya.

    Ismail Izzani percaya bahawa IMAN akan memberikan interpretasi yang berbeza kepada pendengar, sesuatu yang amat menarik perhatian. Beliau sangat teruja dengan keseluruhan konsep lagu ini, yang dianggapnya cukup moden dan relevan. Dalam muzik videonya, Ismail juga mempersembahkan koreografi tarian khas yang menambahkan lagi daya tarikan lagu tersebut.

    “Proses pembikinan lagu ini memakan masa yang lama. Pada awalnya, ketika mendengar demo pertamanya, saya tidak pasti jika saya ingin menyanyikannya. Namun, setelah menghayati melodi dan liriknya, rasa teruja itu muncul. Saya rasa lagu ini sangat segar dan unik,” jelasnya.

    Mengenai makna lagu tersebut, Ismail berkongsi bahawa IMAN mengisahkan tentang seorang wanita bernama Iman yang mengikat hati seorang pemuda. Lirik lagu ini dianggap istimewa kerana ia mampu menyampaikan mesej yang lebih mendalam. “Lagu ini mengandungi makna tersirat yang bergantung kepada bagaimana pendengar mentafsirkannya. Saya percaya ramai yang boleh merasakan hubungan dengan pengalaman mereka sendiri. Kita semua pasti pernah merasai cinta dan keinginan untuk memperbaiki diri,” tambahnya.

    Kreativiti dan bakat kolaborator yang terlibat dalam lagu ini juga patut diberi perhatian. Lirik ditulis oleh Joe Flizzow, manakala komposisi lagu adalah hasil kerjasama Joe Flizzow, SonaOne, Alexander Oghenetejiri Anidi, dan DeeKid.

    “Proses dari demo hingga ke versi akhir lagu sangat lancar. Apabila saya menghantar rentak kepada Joe, dia segera memberikan sentuhan kasar yang menggabungkan melodi Melayu dengan beat Afro. Ini benar-benar mengejutkan dan memotivasi saya untuk menyelesaikan produk akhir,” ujar Alexander.

    Melalui kolaborasi dengan nama-nama besar ini, Ismail membuktikan bahawa beliau tidak mengambil ringan dalam projek IMAN. Kini di bawah naungan Def Jam Malaysia, beliau semakin aktif dalam menghasilkan karya-karya berkualiti untuk peminat. “Pengalaman merakam lagu ini amat menggembirakan. Joe Flizzow dan SonaOne banyak membimbing saya dalam pelbagai aspek. Saya boleh katakan ini adalah salah satu karya paling mencabar yang pernah saya hasilkan. Sebenarnya, banyak lagi lagu yang saya ingin keluarkan, tetapi saya ingin meneroka pelbagai genre muzik yang ada,” tambahnya.

    Ismail juga tidak sabar untuk mendengar maklum balas daripada peminat muzik yang selalu memberi sokongan di media sosial seperti TikTok dan Instagram. Hasratnya untuk menghasilkan lebih banyak lagu semakin membara. “Saya sangat teruja untuk berkongsi lebih banyak muzik dengan peminat. Saya pernah melakukan persembahan di acara Pinkfish sebelum ini, menyanyikan lagu-lagu yang belum dilancarkan termasuk IMAN”, katanya.

    Sebagai kemuncak promosi, pada 24 September, Ismail Izzani akan mengadakan acara tandatangan peminat bertajuk ‘The IMANpiano Experience’ di UNDEFEATED, TRX. Peminat akan berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani sambil menikmati aktiviti tarian yang meriah. Acara ini dijangka akan membentuk suasana ceria dan menyeronokkan, membolehkan peminat berhubung dengan Ismail sambil menunjukkan bakat mereka dalam cara yang tidak dapat dilupakan.

    Lagu IMAN kini boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music sejak 6 September 2024, dan muzik video rasmi juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Ismail Izzani pada tarikh yang sama.

  • Ramayan Kembali dengan Single Terbaru ‘Jangan Biar’

    Ramayan Kembali dengan Single Terbaru ‘Jangan Biar’

    Kumpulan indie tempatan yang dinamis, Ramayan, kembali mencuri perhatian peminat muzik dengan pelancaran single terbaru mereka yang berjudul “Jangan Biar“. Lagu ini kini boleh didengar di semua platform digital, menandakan single ketiga dari album penuh mereka yang dinanti-nantikan, “Ini Adalah Ujian Transmisi!”

    “Jangan Biar” menjadi lebih istimewa kerana menampilkan Lunadira sebagai artis jemputan. Lunadira, yang sedang menanjak naik dalam industri muzik, biasanya menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam lagu ini, dia mencuba sesuatu yang berbeza dengan menyampaikan lirik dalam bahasa Melayu. Ini merupakan percubaan kedua beliau untuk menyanyi dalam bahasa ibunda, dan ia menunjukkan keberaniannya untuk bereksperimen dengan gaya muzik yang baru. Kehadiran Lunadira menambahkan elemen segar dan menarik kepada single ini, menjadikannya satu kolaborasi yang dinanti-nantikan.

    Selain itu, “Jangan Biar” turut menerima sentuhan magis daripada Faliq Mohd, lebih dikenali dengan nama FLQ, seorang penerbit terkenal tempatan. FLQ telah bekerja dengan ramai artis ternama seperti Hullera, Gard, The Islandz, dan Monoloque. Kerjasama ini tidak hanya menjanjikan kualiti muzik yang tinggi, tetapi juga memberikan pengalaman mendalam kepada pendengar, menghubungkan mereka dengan tema yang lebih besar yang ingin disampaikan oleh Ramayan.

    Lagu ini menggambarkan perasaan deja vu—pengalaman seolah-olah pernah mengalami sesuatu itu pada masa lalu, dan bagaimana kita terperangkap dalam saat tersebut. Walaupun pada pandangan pertama, ia mungkin terdengar seperti lagu cinta antara lelaki dan wanita, sebenarnya ia lebih kepada refleksi diri dan nasihat untuk meneruskan hidup tanpa meratapi perkara yang telah berlalu. Mesej ini sangat penting, terutamanya dalam konteks kehidupan yang sering dipenuhi dengan cabaran dan kehilangan.

    Dilancarkan di bawah naungan Luncai Emas, Ramayan berharap agar single “Jangan Biar” bukan sahaja menghiburkan pendengar, tetapi juga membawa mereka dalam satu perjalanan spiritual. Melalui lagu ini, Ramayan mengajak pendengar untuk merenung, menyerah, dan bersyukur—sesuai dengan tema keseluruhan album mereka yang lebih besar.

    Dengan pelancaran single ini, Ramayan mengajak semua peminat untuk merasakan kekuatan emosi dan mesej mendalam yang terkandung dalam lagu mereka. Mereka percaya bahawa muzik bukan sahaja sebuah hiburan, tetapi juga medium untuk menyampaikan cerita dan pengalaman hidup yang dapat menyentuh hati pendengar. Mari kita sama-sama menyokong karya seni tempatan dan merasai keindahan muzik melalui “Jangan Biar.”

  • Simfoni yang Menggugah: Persembahan Hebat di Kuala Lumpur 21 September 2024

    Simfoni yang Menggugah: Persembahan Hebat di Kuala Lumpur 21 September 2024

    Konsert berjudul “Search Symphonic Live In Kuala Lumpur” telah diadakan dengan jayanya pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

    Persatuan Rekreasi Global Malaysia sebagai penganjur menganggap kerjasama pertama mereka dengan kugiran terkenal Nusantara, Search, dalam konsert ini sebagai satu kejayaan penting bagi kedua-dua pihak.

    “Proses negosiasi untuk konsert ini bukanlah mudah, namun dengan pengalaman yang ada, Search bersetuju dengan konsep yang diajukan. Ia lebih daripada sekadar orkestra; ia juga merupakan sokongan kep

    ada muzik tempatan,” kata Pengarah Program PRGM, Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.Kugiran SEARCH merasakan bahawa Search Symphony Live In Kuala Lumpur adalah salah satu pengalaman yang paling memuaskan bagi peminat mereka.“Walaupun kami mempersembahkan lagu yang sama, ia akan diolah semula bersama pemain orkestra, menjadikan konsert ini yang terbaik yang pernah kami lakukan,” tambah Amy.

    Seramai 27 pemuzik orkestra dipimpin oleh Datuk Mokhzani Ismail sebagai konduktor, dengan Rie Tsuji berperanan sebagai pengarah dan penyusun muzik, dan Jenk Ali sebagai pemain dram.

    Sebagai tanda keprihatinan, penganjur dan produksi telah memutuskan bahawa setiap tiket yang dijual pada harga RM10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia untuk membantu artis yang memerlukan, dengan jumlah sumbangan mencapai RM5000.

    Antara artis yang hadir untuk memberi sokongan termasuk Kumpulan Wings, Spider, Exists, Sixth Sense, Shery Ibrahim, Neves Pretty Ugly, dan Ella.

  • Konsert The Real Cromok Raikan 36 Tahun Kegemilangan Cromok

    Konsert The Real Cromok Raikan 36 Tahun Kegemilangan Cromok

    Cromok menyambut tahun ke-36 penubuhannya dengan penuh kejutan melalui sebuah persembahan ikonik bertajuk The Real Cromok. Konsert ini bakal menampilkan dua pemuzik terkenal, Hillary Ang dan Man Keedal, dan dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember nanti. Ini adalah kali pertama band thrash heavy metal ini bersatu semula dengan dua gitaris hebat tersebut.

    Karl, salah seorang anggota terawal Cromok, menyatakan bahawa malam tersebut akan menjadi detik bersejarah, bukan hanya bagi Cromok tetapi juga untuk peminat yang telah menyokong perjalanan band ini sejak awal. Album sulung mereka, Image of Purity, yang dilancarkan pada tahun 1991, mencipta fenomena dengan lagu-lagu klasik seperti Journey dan Metallurgical.

    Persembahan ini telah lama dinantikan, terutama kemunculan semula Hillary yang menggantikan Karl pada tahun 1999 dan sempat merakamkan empat album studio bersama Cromok, termasuk album Mean, Meaner, Meanest. “Ibarat sirih pulang ke gagang, kembalinya Hillary selepas 24 tahun untuk Konsert The Real Cromok pastinya dapat mengubati kerinduan peminat, terutamanya dengan gandingan ikonik antara Karl dan Hillary,” katanya semasa sidang media.

    Selain itu, gandingan Karl dengan Man Keedal juga akan menjadi momen yang dinantikan, kerana ini adalah kali pertama mereka bermain secara langsung bersama sejak Man merakamkan gitar solo untuk lagu Misery daripada album Forever in Time pada tahun 1993.

    Perjalanan band ini yang dikenali sebagai pelopor muzik fusion, menggabungkan elemen muzik tradisional dengan heavy metal hingga melahirkan istilah “thrashditional“, diteruskan oleh Shamsudin Ali atau Sam, yang memainkan alat bass. Sam adalah antara pengasas bersama, bersama Allahyarham Tarmizi Mokhtar (Miji) yang meninggal dunia pada bulan Mac lalu, serta Allahyarham Muhammad Khairuddin (Din) yang lebih awal meninggalkan band ini pada tahun 1997.

    Konsert tersebut akan diiringi oleh Apis Cropox (dram), Shah Sidious (gitar), dan Archer (keyboard). Didukung oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd, konsert ini juga mendapat penajaan daripada pelbagai jenama termasuk Sudoku Drums & Keyboards, JL Guitars, The Guitar Store, dan Cort Guitars, serta rakan strategik seperti Mewah Event Management, Karl Legacy, dan MyArteez.

    Karl menekankan bahawa konsert ini bakal membawa pelbagai kejutan. “Gandingan rare The Real Cromok adalah signifikan bagi perjalanan kami yang bermula di Australia semasa kami masih menuntut di University of Wollongong, New South Wales. Bayangkan empat pemain gitar beraksi secara serentak di satu pentas—ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah pengalaman penuh kejutan,” ujarnya.

    Tiket Early Bird (Berdiri) berharga RM168 akan dijual mulai jam 8 malam, 27 September, dan dibuka hingga 10 Oktober. Tiket normal bermula dari RM188 (Berdiri), serta RM288 dan RM338 (Duduk). Terdapat juga Royal Box yang ditawarkan pada harga RM888 seorang, termasuk sesi Meet & Greet dan pemberian cenderahati eksklusif, seperti baju-T khas The Real Cromok. Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web www.therealcromok.com atau hubungi hotline +601113297822 (WhatsApp).

    Sebagai tambahan, produk eksklusif The Real Cromok seperti baju-T dan hoodie juga akan dilancarkan. Untuk pembelian, sila muat turun aplikasi MyArteez di Apple Store dan Play Store bagi memastikan anda mendapatkan produk tulen.

    Konsert berdurasi dua jam ini tidak hanya akan membawa penonton menyelami perjalanan 36 tahun Cromok, tetapi juga mempersembahkan lagu-lagu baharu yang belum pernah diperdengarkan secara langsung selepas album terakhir mereka, Untitled, pada tahun 2004. “Kami telah merancang segmen khas sebagai tribute kepada Allahyarham Miji dan Din,” kata Karl, yang juga mengumumkan cabutan bertuah untuk pembeli tiket, termasuk tiga buah gitar tajaan Cort Guitars yang ditandatangani oleh empat gitaris legenda.

    Acara ini terbuka kepada semua kategori tiket dan menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk dua pakej penginapan 2H/1M di Hard Rock Hotel, Penang, dan satu pakej di Hard Rock Hotel, Desaru. Seramai 15 pemegang tiket bertuah juga berpeluang menyertai sesi Meet & Greet di Studio Cromok pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.