Author: Helmi Aziz

  • Persembahan Duo Tomok dan Sharul Kamal di FAMILI DUO 4 Raih Standing Ovation!

    Persembahan Duo Tomok dan Sharul Kamal di FAMILI DUO 4 Raih Standing Ovation!

    Juri terkejut, penonton bersorak! Standing ovation dan markah penuh 10 dari kedua-dua juri! Mampukah duo sepupu, Tomok dan Sharul Kamal, yang telah menggemparkan pentas FAMILI DUO 4, untuk tampil berani sekali lagi?

    Apa yang akan berlaku apabila dua bintang dengan sejarah yang hebat dalam industri muzik bergabung di pentas FAMILI DUO? Tomok dan sepupunya, Sharul Kamal, telah mencipta sensasi yang luar biasa! Persembahan menakjubkan mereka melalui lagu “Aku Penghiburmu” dan “Gerhana,” yang asalnya dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan M.Nasir, telah berjaya memikat hati juri serta penonton, membawa pulang kemenangan dengan markah sempurna 10 dan hadiah mingguan sebanyak RM10,000! Mereka juga telah meraih standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Kini, persoalannya, adakah mereka mampu mengulangi keajaiban ini pada minggu depan dan seterusnya?

    Minggu ini, Tomok dan Sharul tampil dengan semangat yang tinggi dengan mengambil risiko besar melalui tema seram yang menggabungkan vokal yang memukau serta koreografi yang menakjubkan. Siapa sangka, tarian bertenaga ala rumah hantu yang dipersembahkan membawa kepada pujian positif daripada juri, yang menyatakan bahawa Tomok dan Sharul Kamal telah berjaya memberikan penghayatan mendalam terhadap lirik dan menghidupkan karakter lagu dengan begitu baik. Menggabungkan vokal padu sambil menari dengan penuh keyakinan adalah cabaran besar, tetapi mereka berjaya mengatasinya dengan cemerlang, meraih markah sempurna 10 dari kedua-dua juri dan undian tertinggi sebanyak 64.5%.

    “Kami tidak menyangka akan mendapat standing ovation! Kegembiraan ini memang tak dijangka, tetapi ia datang dengan tanggungjawab yang besar. Tekanan semakin terasa kerana juri dan penonton pastinya ingin melihat sesuatu yang lebih gempak dan luar biasa dari kami setiap minggu,” kata Tomok. “Kami perlu mencari idea baru dan tampil lebih hebat lagi!” tambah Sharul Kamal.

    Namun, persaingan sengit tidak boleh dipandang ringan, terutama dari Naqiu dan Joey! Pasangan sepupu ini telah mencuri perhatian ramai dengan kemunculan Joey di pentas setelah hampir 25 tahun tidak menyanyi. Keserasian mereka di atas pentas, digabungkan dengan vokal bertenaga Joey dan karisma Naqiu, telah memukau penonton dan juri. Walaupun berdepan dengan kritikan awal, Naqiu dan Joey telah membuktikan bahawa mereka adalah kekuatan yang perlu dipertimbangkan.

    Walaupun berada di tempat kedua dengan markah 59.0%, Naqiu mengakui, “Kami tidak meletakkan harapan besar pada minggu pertama. Dapat mengelirukan tentang pasangan yang akan berduo dengan saya pun sudah kira satu kejayaan. Saya dan Tomok telah berjuang bersama sejak kecil, jadi sudah tentu saya gembira dengan setiap persembahan dan peluang untuk berada di atas pentas yang sama.”

    Manakala Joey, yang akhirnya dipujuk oleh Naqiu untuk berduo, melahirkan semangat tinggi, “Walaupun ada masalah tonsil, saya tetap sahut cabaran ini. Umur pun dah macam pokok, apa salahnya mencuba dan membuat come back lagi. Saya anggap pentas ini sebagai tempat untuk orang mengenali asal usul saya. Setiap orang perlu establishment!”

    Kini, Tomok dan Sharul berdepan cabaran besar untuk mengulangi prestasi hebat mereka. Mereka tampil lebih berani dengan memilih tema Irama Malaysia dan Tradisional sebagai cabaran untuk minggu kedua. Adakah duo lain seperti Naqiu dan Joey mampu mengubah rentak dan merampas kedudukan teratas? Atau akan standing ovation sekali lagi menjadi milik Tomok dan Sharul?

    Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2024:
    1. Tomok & Sharul Kamal (sepupu) – 64.5%
    2. Naqiu & Joey (sepupu) – 59.0%
    3. Ayie Elham & Salma Asis (sepupu) – 48.3%
    4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik) – 46.9%
    5. Zahid & Anne (adik-beradik) – 35.8%
    6. Didi Astillah & Thamiera (sepupu) – 31.5%

    FAMILI DUO 4 musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital.

    Minggu hadapan pasti akan lebih hangat dengan strategi undian dari penonton. Undi dan Menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk mendapatkan undian tambahan dan beri sokongan kepada duo kegemaran anda! Jangan lupa, hadiah mingguan berupa dua Samsung Smart TV 65′ menanti anda yang bertuah! Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir FAMILI DUO berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000!

    Pemenang mingguan akan ditentukan dari penilaian juri iaitu 70%, dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton, yang menyumbang sebanyak 30%. Pengguna Tonton yang berdaftar layak untuk mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu, manakala semua pelanggan TontonUp tanpa mengira pelan 1 bulan, 3 bulan, atau 12 bulan, berpeluang untuk menerima 100 undian tambahan setiap minggu.

    Ini bermakna, penonton akan mendapat 150 jumlah undian dalam seminggu. Semakin banyak anda mengundi, semakin besar peluang duo pilihan anda untuk menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa RM8 daripada harga asal RM28. Pelanggan hanya perlu membayar RM20 bagi langganan 3 bulan, sambil memberi sokongan padu kepada duo pilihan anda.

    Lebih menarik, dua pelanggan berbayar juga berpeluang memenangi dua (2) buah Samsung Smart TV 65′ setiap minggu dengan hanya meneka Duo Terbaik Mingguan! Tawaran ini khas untuk pelanggan TontonUp pelan 3 bulan dan ke atas.

    Kongsikan pengalaman anda, gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik untuk berkongsi tekaan dan memeriahkan perbualan di laman sosial media. Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan FAMILI DUO nanti!

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, dan Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

  • Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 Raikan Tiga Dekad Muzik Malaysia

    Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 Raikan Tiga Dekad Muzik Malaysia

    Peminat muzik tempatan dijanjikan sebuah malam yang penuh kehebatan menerusi Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1, yang akan menampilkan sembilan penyanyi terkenal yang telah lama mencorak dan mempengaruhi industri muzik Malaysia.

    Konsert yang sangat dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis ternama seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Nurshila Amin, Andy Flop Poppy, dan Amir Masdi.

    Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 adalah sebuah penghormatan kepada tiga dekad serta tiga era kegemilangan dalam industri muzik Malaysia, yang menggabungkan artis-artis lagenda dari pelbagai genre muzik termasuk pop, rock, dan balada. Persembahan ini akan membawa penonton kembali ke era 80-an dan 90-an, memberikan pengalaman nostalgia yang mendalam bagi semua peminat muzik tempatan. Dalam konsert ini, penonton juga akan menyaksikan kolaborasi eksklusif antara artis yang jarang berlaku, yang pasti akan menambah lagi kemeriahan malam tersebut.

    Konsert ini bukan sahaja menjanjikan persembahan solo yang luar biasa, tetapi juga segmen istimewa di mana vokal-vokal hebat akan dipadukan, menjadikan konsert ini lebih istimewa. Peminat boleh menjangkakan detik-detik magis apabila artis-artis dari generasi yang berbeza bergabung dan memberikan sentuhan unik dalam setiap persembahan mereka. Di samping itu, konsert ini akan menyajikan 22 lagu yang pernah dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu, dengan semua lagu tersebut pernah meraih kemenangan di acara berprestij itu.

    Kemunculan istimewa Kid Search, yang juga merupakan pemain gitar asal kumpulan Gersang, menerusi lagu “Masih Aku Terasa,” diharapkan akan menjadi satu lagi momen berharga dalam konsert ini. Penganjur konsert, Afiezan Shah Mohd Zahari, yang juga merupakan Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events, menyatakan bahawa gabungan semua artis ini bertujuan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia yang pernah menjadi fenomena.

    “Konsert ini bukan sekadar meraikan artis-artis lagenda, tetapi juga bertujuan untuk mengingatkan kita tentang zaman kegemilangan industri muzik Malaysia. Setiap penyanyi dalam barisan ini telah meninggalkan impak yang luar biasa dalam dunia muzik, dan kami teruja untuk menyajikan satu malam yang penuh dengan kenangan dan muzik berkualiti tinggi,” ujar Afiezan. Beliau menambah bahawa karya-karya setiap penyanyi yang terlibat dalam konsert ini bukan hanya berjaya menyentuh hati pendengar, tetapi juga mencerminkan seni muzik dan budaya masyarakat kita.

    “Kami sangat teruja dan bersemangat untuk menawarkan kepada penonton pengalaman yang dipenuhi dengan kenangan manis serta nostalgia. Nantikan persembahan yang menjanjikan muzik berkualiti tinggi, di mana lagu-lagu hits daripada setiap artis tersohor akan diperdengarkan, membawa kembali memori indah untuk semua yang hadir,” tambahnya.

    Konsert MEGAHITZ

    Afiezan berharap agar konsert ini akan menjadi sebuah perayaan yang tidak akan dilupakan, di mana meriahnya muzik akan menghimpunkan peminat-peminat yang sudi bersama untuk meraikan perjalanan indah industri muzik Malaysia serta menghargai bakat-bakat hebat yang telah terbukti. Untuk melengkapkan suasana pada malam itu, penganjur mengajak penonton untuk mengenakan ‘dress code’ bertemakan retro, sekaligus mengabadikan momen bersejarah bersama.

    Konsert ini turut menampilkan pengarah muzik Shah Slam dan mendapat sokongan daripada beberapa stesen radio terkenal seperti Sinar FM, Gegar FM, dan Zayan FM yang bertindak sebagai radio rasmi konsert. Tiket bagi menyaksikan konsert ini telah mula dijual sejak 29 September lalu dan boleh didapati melalui laman web www.myticketempire.com.

    Maklumat lanjut mengenai tiket juga boleh diperoleh dengan melayari Instagram rasmi MEGAHITZ di @pentas365. Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 pastinya akan menjadi sebuah acara yang dinantikan oleh peminat muzik di seluruh negara.

  • Lotus’s Malaysia Lancar Semula Stor Melaka Peringgit

    Lotus’s Malaysia Lancar Semula Stor Melaka Peringgit

    Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah melancarkan semula stor pertama yang diperbaharui di luar Lembah Klang hari ini. Lotus’s Melaka Peringgit menyambut kedatangan pelanggan dengan pelbagai persembahan budaya yang menarik sebagai tanda meraikan pembukaan semula stor yang terletak di bandar bersejarah Melaka.

    Dalam usaha menghargai kekayaan warisan budaya negeri Melaka, pembaharuan stor ini telah menampilkan dekorasi baharu yang terinspirasi daripada seni rekaan Jubin Peranakan. Motif dan simfoni warna yang diambil daripada seni Peranakan memberi kesan visual yang menonjol kepada para pengunjung Lotus’s Melaka Peringgit. Selain daripada penambahbaikan di bahagian elektrik, ruang produk segar, daging, makanan laut, dan bakeri, penampilan ruangan baharu Ceria-Yah juga menawarkan pelbagai pengalaman interaktif yang menarik bagi para pelanggan.

    “Stor Melaka Peringgit telah berkhidmat kepada komuniti selama 22 tahun. Oleh itu, kami telah melaburkan lebih daripada RM1 juta untuk pembaharuan stor ini bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelanggan dapat dipenuhi dengan baik. Kami berkomitmen untuk memenuhi jangkaan pelanggan dengan menyediakan persekitaran membeli-belah yang lebih moden dan selesa,” kata Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.

    Sebelum ini, Lotus’s telah merasmikan pelancaran semula bagi tiga stor di Lembah Klang dengan jumlah pelaburan melebihi RM4 juta. Lotus’s juga merancang untuk memodenkan lebih banyak cawangannya di seluruh negara.

    Untuk meraikan perayaan Deepavali dan menambahkan keceriaan kepada pelanggan di Lotus’s Melaka Peringgit, stor ini menawarkan pelbagai tawaran pembukaan semula yang menarik, termasuk harga RM1.99 untuk brokoli, RM1.99 sekilogram untuk tomato, RM10 untuk dua pek Anggur Muscat, ayam seekor dari RM5.99, Sos Cili Maggi RM1 dengan pembelian dua ayam Rotisserie, dan banyak lagi. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik sedang menanti semua pelanggan sehingga 3 November 2024:

    Menangi eBaucar Lotus’s atau Beg Goody (24 Oktober – 27 Oktober 2024)

    • Siapa Cepat, Dia Dapat – belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 dan baucar Lotus’s Shop Online bernilai RM10 (50 pemenang sehari)
    • Timbang, Pastu Menang – capai berat minimum 30kg bagi setiap troli dan bawa pulang Baucar Hadiah Lotus’s bernilai RM10 (300 pemenang sehari)
    • Cabutan Bertuah – belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi baucar e-Lotus’s bernilai RM200.
    • Tiga ahli baru My Lotus’s yang mendaftar akan berpeluang memenangi jongkong emas seberat 10 gram bernilai RM4,300, atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada sepuluh pemenang).

    Manfaat Tambahan kepada Ahli My Lotus’s

    • Ahli My Lotus’s akan menikmati 2X mata My Lotus’s bagi setiap pembelian di Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024)
    • Dari 24 Oktober – 30 Oktober 2024, dengan perbelanjaan minimum RM120 di Lotus’s Melaka Peringgit, ahli My Lotus’s akan menerima baucar dalam aplikasi bernilai RM5 yang boleh digunakan dari 31 Oktober – 6 November 2024 dengan perbelanjaan minimum RM100 pada pembelian seterusnya.

    Persampelan Makanan dan Barangan Percuma di Ruang Acara Ceria-Yah

    • Pengambilan sampel dan acara promosi oleh 17 jenama terkenal seperti Oatside, Mie Sedaap, Dutch Lady, Maggi, Ambi Pur, Febreeze, Gillette, Mister Potato, Corn Toz, makanan kegemaran tempatan Melaka – Mamee, dan banyak lagi.
    • Sertai cabaran Mi Pedas Korea yang baharu di gerai Mie Sedaap secara percuma, dan berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Touch N’ Go Ahn Hyo Seop.
    • Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba dan membeli snek Thai kegemaran ramai seperti Lays, Koh Kae, Pocky, PAMA Mi Tom Yum dan banyak lagi dari 17 Oktober hingga 31 Oktober 2024.

    Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-belah (24 Oktober – 3 November 2024)

    • Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Melaka Peringgit, sertai pelbagai aktiviti bertemakan Deepavali seperti:
    Aktiviti Tarikh
    Sand Art 24 Oktober 2024, 31 Oktober 2024
    Lukisan Batik DIY 24 Oktober – 27 Oktober 2024

    31 Oktober – 3 November 2024

    Bengkel Gelang DIY
    Henna Percuma 25 Oktober 2024
    Pertandingan Mewarna 26 Oktober 2024
    Pertandingan Kraf Rangoli 27 Oktober 2024
    Pertandingan Mengasingkan Muruku 1 November 2024
    Aktiviti Kraf Vilaku 2 November 2024
    • Nikmati persembahan flash mob khas oleh Tropa De Santa Maria pada waktu berikut: 24 Oktober (9 pagi), 26 Oktober (12 tengah hari), 27 Oktober (5 petang), 2 November (2 petang), 3 November (12 tengah hari).
    • Temui Loki the bearded dragon di petting zoo yang terletak di pintu masuk sisi Lotus’s Melaka Peringgit dengan bayaran hanya RM6 setiap orang bagi umur 2 tahun ke atas.
    • Pameran motosikal dan kereta vintaj di pintu masuk Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024).
    • Nikmati diskaun sehingga 80 peratus, atau tawaran beli 2 percuma 3 di kedai peruncit yang mengambil bahagian di Lotus’s Melaka Peringgit.
    • Diskaun 5 peratus bagi menu terpilih di medan selera cawangan tersebut.

    Para pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat terkini serta aktiviti mengenai pembukaan semula Lotus’s Melaka Peringgit boleh melayari saluran rasmi Lotus’s di Facebook dan Instagram.

  • HONOR X9c 5G Tiba di Malaysia dengan Jaminan Penggantian 1:1 dan Pertahanan Ultra Kukuh

    HONOR X9c 5G Tiba di Malaysia dengan Jaminan Penggantian 1:1 dan Pertahanan Ultra Kukuh

    HONOR kini bersiap sedia untuk memperkenalkan model terbaharu mereka, HONOR X9c 5G, di Malaysia. Telefon pintar generasi baharu ini mendapat perhatian meluas di peringkat global sejak kemunculannya secara dalam talian, dan kini HONOR secara rasmi mengesahkan bahawa HONOR X9c 5G akan dilancarkan dalam masa terdekat. Meneruskan legasi kejayaan model sebelumnya, peranti ini dijangka akan memecah rekod baharu dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri ketahanan yang tiada tandingan serta program jaminan yang inovatif.

    Salah satu ciri paling menonjol yang ditawarkan oleh HONOR X9c 5G ialah Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang menetapkan penanda aras baharu dalam industri telefon pintar. Dengan tiga tahap utama — Anti-Jatuhan, Kalis Air 360°, dan Kalis Calar, peranti ini dirancang untuk bertahan dalam pelbagai situasi cabaran harian, memberikan pengguna ketenangan fikiran apabila menggunakan telefon mereka.

    Ciri Anti-Jatuhan generasi baharu yang diperkenalkan pada HONOR X9c 5G mampu menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter. Ini merupakan satu kelebihan besar bagi pengguna yang sering menghadapi risiko telefon terjatuh semasa penggunaan harian.

    HONOR juga memperkenalkan teknologi Kalis Air 360°, yang memastikan telefon ini terlindung sepenuhnya daripada air, kelembapan, dan debu dalam semua sudut, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang menginginkan peranti tahan lasak. Ditambah lagi dengan Kalis Calar yang dipertingkatkan, HONOR X9c 5G menjamin perlindungan menyeluruh bagi skrin dan bahagian belakang peranti daripada calar yang mungkin timbul semasa penggunaan harian.

    Sebagai bukti ketahanan luar biasa ini, HONOR X9c 5G telah menerima Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS, sebuah pengiktirafan berprestij yang mengesahkan kualiti dan daya tahan produk ini. Dengan pencapaian ini, HONOR memperkukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam inovasi dan ketahanan peranti mudah alih.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan, HONOR memperkenalkan Program Jaminan Tiga Tahap yang pertama dalam industri, direka khusus untuk melindungi pengguna daripada kos pembaikan yang tidak dijangka dan memberikan ketenangan dalam penggunaan peranti mereka.

    1. Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari – Jaminan selama setahun ini melindungi skrin depan serta kamera peranti daripada keretakan. Ini memberikan pengguna perlindungan komprehensif untuk memastikan peranti mereka sentiasa dalam keadaan baik walaupun terjatuh.

    2. Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari – Dalam tempoh 180 hari, pengguna yang menghadapi masalah peranti yang serius tidak perlu membaiki telefon mereka, sebaliknya mereka akan menerima peranti baharu sebagai pengganti. Polisi ini memberikan pengguna keyakinan tambahan bahawa mereka tidak akan berdepan kesulitan jika berlaku sebarang kerosakan besar.

    3. Jaminan Bateri 36 Bulan – Salah satu ciri yang sering diabaikan oleh pengeluar lain, HONOR memberikan jaminan selama tiga tahun untuk bateri telefon pintar mereka. Sekiranya prestasi bateri menurun dalam tempoh tersebut, pengguna berhak menerima penggantian bateri baharu tanpa sebarang kos tambahan.

    Dengan perlindungan menyeluruh ini, HONOR memastikan setiap pengguna HONOR X9c 5G dapat menikmati pengalaman menggunakan peranti mereka dengan keyakinan yang maksimum.

    Dengan kejayaan model terdahulu HONOR X9b 5G, yang menjadi antara telefon pintar kelas pertengahan paling laris di Malaysia pada tahun 2024, HONOR optimis bahawa HONOR X9c 5G akan terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran. Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li, menyatakan keyakinannya bahawa model terbaru ini akan menetapkan piawaian baharu dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.

    “Dengan HONOR X9c 5G, kami membawa teknologi yang lebih canggih dan lebih tahan lasak kepada pengguna. Kami berhasrat untuk memberikan pengalaman terbaik melalui peranti ini, yang direka untuk mengatasi cabaran harian pengguna moden. Ia lebih daripada sekadar peranti, ia adalah penyelesaian kepada keperluan pengguna yang mencari gabungan ketahanan dan prestasi,” kata Justin Li.

    HONOR X9c 5G bukan sahaja direka untuk bertahan lebih lama, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai ciri termaju yang membezakannya dalam kategori kelas pertengahan. Telefon pintar ini dijangka menawarkan prestasi yang lancar, teknologi kamera terkini, dan sambungan 5G yang pantas – semua pada harga yang kompetitif.

    Dengan pelancaran HONOR X9c 5G, HONOR bersedia untuk mencabar dan memecahkan rekod baharu dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan. Telefon pintar ini dioptimumkan untuk memberikan pengguna pengalaman yang luar biasa, bukan sahaja dari segi ketahanan tetapi juga dari segi teknologi yang ditawarkan. Ia ditujukan kepada mereka yang mencari peranti yang kukuh, tahan lasak, dan mampu memenuhi keperluan harian tanpa kompromi terhadap kualiti.

    HONOR X9c 5G bersedia untuk menjadi pilihan utama di kalangan pengguna Malaysia yang mahukan lebih daripada sekadar telefon pintar biasa. Dengan Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh dan Jaminan Tiga Tahap, peranti ini dijangka akan menjadi pesaing utama dalam segmen kelas pertengahan yang semakin kompetitif.

    Dengan pelancaran yang bakal tiba tidak lama lagi, HONOR X9c 5G dijangka bukan sahaja menakluk pasaran Malaysia tetapi juga memecahkan rekod dalam segmen telefon pintar tahan lasak dan berkualiti tinggi.

    Dalam pada itu, HONOR bakal mengumumkan tarikh pelancaran rasmi HONOR X9c 5G di Malaysia dalam masa terdekat. Untuk perkembangan dan pengumuman terkini, ikuti laman Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my.

  • Skyhill Clinic Terima Rekod Malaysia untuk Pemeriksaan Hormon Terbanyak

    Skyhill Clinic Terima Rekod Malaysia untuk Pemeriksaan Hormon Terbanyak

    Skyhill Clinic mencipta sejarah baru-baru ini apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia. Pengiktirafan ini disampaikan dalam satu majlis sidang media yang berlangsung di klinik tersebut, yang terletak di Denai Alam.

    Majlis ini bukan hanya meraikan kejayaan Skyhill Clinic tetapi juga memperkukuh statusnya sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di negara ini.

    Majlis itu lebih bermakna dengan kehadiran Ella, ikon rock terkenal Malaysia, yang merupakan penyokong kuat kepentingan penjagaan hormon, khususnya untuk wanita. Kehadirannya bukan sekadar simbol populariti tetapi juga sebagai bukti peribadi terhadap kesan positif rawatan hormon yang disediakan oleh Skyhill Clinic. Ella, yang telah lama mendapatkan rawatan di sini, berkongsi pengalamannya tentang bagaimana rawatan hormon membantu mengekalkan keseimbangan emosinya, serta menjadikannya kekal sihat dan bertenaga, walaupun usia semakin meningkat.

    Dalam ucapannya, Ella berkata, “Kesihatan hormon amat penting bagi wanita. Rawatan di Skyhill Clinic telah membantu saya merasa lebih bertenaga dan seimbang. Saya harap lebih ramai wanita tampil untuk menjalani pemeriksaan dan menjaga kesejahteraan hormon mereka.”

     

    Dr. Linda Mat Hassin, seorang doktor hormon berpengalaman dan peneraju Skyhill Clinic, menyatakan bahawa pengiktirafan ini adalah satu pencapaian besar. Ia tidak hanya mencerminkan bilangan pemeriksaan hormon yang dilakukan oleh klinik, tetapi juga dedikasi mereka untuk menyediakan penjagaan yang menyeluruh dan alami kepada wanita. “Kesihatan hormon yang baik adalah kunci kepada kesejahteraan keseluruhan wanita,” ujar Dr. Linda.

    Pendekatan holistik yang diambil oleh Skyhill Clinic dalam menangani masalah kesihatan hormon telah membantu ramai wanita mengatasi ketidakseimbangan hormon, keletihan yang melampau, dan pelbagai masalah kesihatan lain. Ini menempatkan Skyhill Clinic sebagai pusat rujukan utama untuk penjagaan hormon di Malaysia, terutamanya untuk wanita yang mengalami perubahan hormon pada peringkat-peringkat penting dalam kehidupan mereka.

    Sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records disampaikan oleh wakil rasmi, Pn. Siti Hajar Binti Johor dan Mr. Aaron Bong Keng Jin, yang mengakui sumbangan besar Skyhill Clinic dalam bidang kesihatan hormon. Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di negara ini.

    Dengan sokongan selebriti seperti Ella dan kepakaran Dr. Linda, Skyhill Clinic terus komited untuk memperjuangkan kesihatan hormon yang berkualiti bagi setiap wanita. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk klinik itu melangkah lebih jauh dalam memberikan penjagaan yang terbaik, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan hormon di kalangan wanita di Malaysia.

    Dr. Linda menutup majlis dengan harapan bahawa lebih ramai wanita akan tampil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan hormon dan menjaga kesejahteraan diri. “Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita Malaysia melalui penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin,” kata Dr. Linda.

    Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic kini menjadi simbol kepercayaan untuk wanita Malaysia yang ingin mendapatkan pemeriksaan hormon serta penjagaan kesihatan berkaitan hormon yang terbaik di negara ini.

  • Goodday Charge Arena Perkukuh Komuniti e-Sukan Malaysia

    Goodday Charge Arena Perkukuh Komuniti e-Sukan Malaysia

    Bersempena dengan Hari e-Sukan Sedunia, Goodday Charge mengambil langkah maju untuk mengangkat e-Sukan sebagai sukan yang diiktiraf secara meluas dengan melancarkan gim e-Sukan inklusif pertama di Malaysia.

    Goodday Charge Arena dibuka untuk semua peringkat umur. Majlis perasmian pada 14 Oktober lalu di Quill City Mall menyaksikan pemotongan reben oleh Pia Lisa, Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd, dan dihadiri oleh Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan Pemilik The Gaming Company.

    Bagi menyemarakkan pembukaan ini, Goodday Charge Arena menawarkan pelbagai aktiviti sepanjang hari, termasuk sesi FREE PLAY yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman di Charge Arena tanpa sebarang bayaran. Selain itu, terdapat bengkel PERCUMA mengenai industri e-Sukan khusus untuk kanak-kanak dan individu yang berminat menceburi bidang ini. Pengunjung juga berpeluang untuk bermain bersama beberapa penstrim terkenal Malaysia seperti Andrew ‘Stonkol69’ dan ‘Abangkepuk’, serta Team eMAS, pasukan e-Sukan senior pertama negara.

     

     

    Menjadi kesinambungan daripada kejayaan program Boomers2Gamers, Charge Arena akan mengadakan Watch Party dengan pratonton tiga episod eksklusif siri Boomers2Gamers, yang bakal disiarkan di Astro Arena. Siri ini akan mengupas perjalanan Team eMAS dalam meneroka dunia permainan video, sambil meneruskan misi Goodday Charge untuk mengiktiraf e-Sukan. Sesi ini juga bertujuan untuk merapatkan komuniti e-Sukan dan penggemar permainan dalam suasana yang meriah.

    goodday

     

    Charge Arena berfungsi sebagai pusat untuk meningkatkan penyertaan dalam e-Sukan di semua peringkat umur, termasuk warga emas. Goodday Charge berusaha mempromosikan permainan yang sihat dengan memberi perhatian kepada aspek fizikal, kognitif, dan pemakanan dalam e-Sukan. Menyamaikan pemakanan dan tenaga yang diperlukan pemain, susu coklat khusus oleh Goodday Charge yang diperkaya dengan Vitamin B kompleks menjadi fokus utama. Menariknya, setiap hari Selasa akan dikenali sebagai BOOMERS2GAMERS Day, di mana pengunjung warga emas dapat bermain secara percuma, menunjukkan komitmen Charge Arena untuk melibatkan semua golongan.

    Hab yang terletak di Tingkat 6 Quill City Mall, Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 2500 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai peralatan permainan untuk memenuhi keperluan setiap pemain, termasuk PC tercanggih, permainan konsol, simulator perlumbaan, serta ruang untuk permainan mudah alih. Pengunjung juga dapat mengakses sumber untuk penciptaan kandungan, kemudahan penstriman, dan bimbingan profesional daripada pasukan TGC untuk mewujudkan ruang inklusif bagi semua peminat e-Sukan.

    Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, menyatakan: “Goodday Charge bertekad untuk merubah tanggapan mengenai e-Sukan, dan pelancaran arena ini adalah satu lagi langkah ke arah itu. Dengan menyediakan ruang inklusif bagi semua peringkat umur, kami dapat membentuk amalan permainan yang sihat dan memupuk komuniti merentasi generasi. Saya sangat teruja melihat warga emas dan generasi muda berinteraksi dan bersaing di platform ini.”

    Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan pemilik The Gaming Company, menambah: “Goodday Charge Esports Arena lebih daripada sekadar fasiliti. Kewujudannya mengukuhkan bahawa e-Sukan adalah untuk semua, tanpa mengira usia atau latar belakang. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Goodday Charge dalam menganjurkan bengkel dan latihan untuk membantu belia mengambil langkah pertama dalam e-Sukan dan memperkukuhkan ekosistemnya di Malaysia.”

    Charge Arena juga akan mengadakan dua peraduan menarik bagi semua pemain dari sekarang hingga akhir November: Goodday Charge Esports Month Contest dan Charge Arena Contest. Esports Month Contest menawarkan peluang untuk merebut hadiah bernilai RM70,000 di kedai terpilih dan kedai TikTok Etika, termasuk PlayStation 5, laptop dan PC gaming PREDATOR, serta fon kepala JBL. Charge Arena Contest pula mengajak pengunjung untuk merakam foto kreatif di arena bagi peluang memenangi hadiah seperti PlayStation 5 dan e-dompet TNG.

    Dengan pelbagai hadiah menarik menanti sepanjang tahun, termasuk Charge Racing Sim Challenge dan promosi khas bagi pembelian minuman Goodday Charge yang memberikan masa permainan percuma, Charge Arena dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Ruang ini menyediakan platform bagi peminat permainan video untuk meningkatkan kemahiran, bersosial, dan mengamalkan gaya permainan yang sihat. Orang ramai dialu-alukan untuk hadir dengan bayaran bagi setiap jam.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook dan Instagram, serta Goodday Charge Malaysia di TikTok.

  • Find Your Phone Persona: Security-Obsessed, Trendsetter, or Smart-Buyer?

    Find Your Phone Persona: Security-Obsessed, Trendsetter, or Smart-Buyer?

    Choosing a smartphone isn’t just about the specs; it reflects your personality and priorities. Are you the cautious one who values security above all? Perhaps you’re the trendsetter who’s always in the know about the latest tech?

    Or maybe you’re the savvy shopper, always on the hunt for the best deals? Let’s explore the three distinct types of phone users and find out which one resonates with you!

    1. The Security-Obsessed User

    If you’re the type who double-checks locks and invests in alarm systems, you’re probably a security-obsessed user. You prefer to live in a world where you can anticipate and mitigate risks, ensuring your personal data and digital life remain secure. Surprises are not your style; you plan ahead to safeguard your peace of mind.

    The Galaxy A15 5G is the perfect companion for you. With its commitment to providing up to five years of security maintenance updates, this device acts as a digital fortress, shielding you from malware, data breaches, and online threats. With these regular updates, you can navigate your day-to-day life with confidence, knowing that your phone is fortified against potential dangers lurking in the online realm.

    2. The Trendsetter

    For you, being on the cutting edge is a way of life. Whether it’s the newest fashion statement or the latest app, you thrive on staying ahead of the curve. Friends often turn to you for advice on what’s hot, and you take pride in keeping your digital life as fresh and exciting as your wardrobe.

    With the Galaxy A15 5G, you’ll have access to up to four generations of OS upgrades, ensuring your phone evolves with the latest technological advancements. This means you can always experiment with the newest features and applications, keeping your digital experience as vibrant and trendy as you are.

    3. The Smart-Buyer

    If you’re the one who meticulously researches before making a purchase, you embody the smart-buyer persona. You’re not just after the latest gadget; you’re looking for the best value for your money. Whether you’re hunting for discounts or comparing prices, your savvy approach ensures you get the most bang for your buck without compromising on quality.

    The Galaxy A15 5G aligns perfectly with your mindset, starting at an affordable price of RM899. Not only does it offer exceptional features, but it also integrates seamlessly with Samsung Wallet, allowing you to earn up to RM720 in rebates each year. This makes saving money convenient and straightforward, providing you with added benefits that enhance your spending power.

    Regardless of which phone persona you identify with, the Galaxy A15 5G has something to offer everyone. With a special promotion currently running, you can snag this versatile smartphone starting at just RM899. Plus, enjoy a complimentary 1-year extended warranty worth RM99 when you purchase before December 31, 2024, giving you peace of mind for an entire year.

    So, which type of phone user are you? Whether you prioritize security, trendiness, or smart spending, the Galaxy A15 5G is designed to meet your needs. Embrace your persona and choose a smartphone that truly represents you!

    To purchase the Galaxy A15, visit: 

    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a15-black-256gb-sm-a155fzkixme/

    For more information on Samsung Wallet, please visit: 

    https://www.samsung.com/my/apps/samsung-wallet/

    For more information on Samsung Rewards, please visit: 

    https://www.samsung.com/my/rewards/ 

  • vivo V40 Lite 5G: Teman Seharian yang Tahan Lama dan Dipercayai

    vivo V40 Lite 5G: Teman Seharian yang Tahan Lama dan Dipercayai

    vivo Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran vivo V40 Lite 5G, sebuah peranti yang dinanti-nantikan yang direka khas untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Dengan mengutamakan ketahanan dan keandalan, vivo V40 Lite 5G mengusung slogan “Chill Lah 4 Tahun,” yang mencerminkan komitmen vivo untuk menyediakan peranti berkualiti tinggi yang boleh bertahan selama empat tahun. Dari bateri yang tahan lama hingga prestasi yang lancar, vivo V40 Lite 5G menjanjikan pengalaman penggunaan yang memuaskan dan boleh diandalkan dalam kehidupan seharian.

    Salah satu kelebihan utama vivo V40 Lite 5G adalah ketahanan baterinya. Dilengkapi dengan bateri 5000 mAh, telefon ini memberikan kebebasan untuk menjalani aktiviti harian tanpa risau tentang kehabisan tenaga. Dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 80W FlashCharge, anda boleh mengecas peranti dengan cepat dan kembali kepada aktiviti anda dalam masa yang singkat. Bateri ini direka untuk kekal sihat sehingga empat tahun, memastikan pengguna dapat menikmati prestasi yang konsisten tanpa perlu bimbang tentang penurunan kualiti.

    vivo V40 Lite 5G tidak hanya menawarkan prestasi yang tahan lama, tetapi juga ketahanan yang luar biasa. Dengan penarafan IP64, peranti ini tahan terhadap habuk dan air, memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna untuk menggunakannya dalam pelbagai situasi. Teknologi Wet-Hand Touch membolehkan pengguna mengendalikan skrin walaupun dalam keadaan tangan yang basah, menjadikannya lebih praktikal untuk digunakan semasa bersenam atau di luar rumah.

    Ciri Penggalak Memori yang terdapat pada vivo V40 Lite 5G juga menambah baik pengalaman penggunaan. Dengan Pelanjutan RAM, peranti ini menyokong sehingga 12 GB RAM maya, yang membolehkan multitasking yang lancar. Penjimat RAM menjimatkan sehingga 600 MB ruang memori, sementara Penyimpan RAM memastikan aplikasi kegemaran anda tetap aktif di latar belakang. Pengguna juga boleh memilih storan yang luas, dengan kapasiti yang boleh ditambah sehingga 2 TB, membolehkan anda menyimpan semua gambar, video, dan aplikasi tanpa kebimbangan.

    Sistem kamera vivo V40 Lite 5G menawarkan penggambaran yang berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan lensa. Dikenali dengan Kamera Potret 32 MP, Kamera Ultra Lebar 120° 8 MP, dan Kamera Utama 50 MP, peranti ini membolehkan anda merakam detik-detik berharga dengan jelas dan terperinci. Sistem AI Aura Light yang inovatif membawa pengalaman fotografi ke tahap yang lebih tinggi. Berbanding dengan lampu flash tradisional, AI Aura Light menghasilkan cahaya lembut dan merata, memberikan hasil gambar yang berkualiti studio.

    Cahaya lembut ini menekankan tekstur kulit semula jadi dan memberikan penampilan yang lebih berseri, menjadikan setiap potret terlihat profesional. Dengan kemudahan untuk menangkap gambar panorama dan foto berkumpulan melalui lensa Ultra Lebar 120°, vivo V40 Lite 5G adalah pilihan ideal untuk sesi penggambaran yang menyeronokkan.

    Pengalaman visual yang menakjubkan dijamin melalui paparan AMOLED FHD+ 6.67-inci yang memukau. Dikuasakan oleh platform Snapdragon 4 Gen 2, vivo V40 Lite 5G memberikan prestasi yang lancar dan penggunaan tenaga yang cekap. Paparan AMOLED dengan refresh rate 120 Hz, digabungkan dengan teknologi Dual Stereo Speaker dan Audio Booster, menjadikan pengalaman multimedia lebih mendalam dan mengasyikkan.

    vivo V40 Lite 5G menampilkan kemasan Titanium Silver yang memikat, dengan Tekstur Berlian Bercahaya yang unik. Reka bentuknya yang anggun dan elegan, dengan pilihan warna Dynamic Black dan Dreamy Violet, menjadikan peranti ini bukan hanya alat komunikasi tetapi juga aksesori gaya. Ketebalan 7.79 mm dan rangka metalik berkilat tinggi memberikan pegangan yang selesa dan bergaya.

    Dalam usaha untuk memperkuatkan kedudukan vivo V40 Lite 5G sebagai peranti yang menggabungkan gaya dan fungsi, vivo Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan ELLE Active, jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka. Melalui kerjasama ini, vivo V40 Lite 5G menawarkan pengalaman yang memenuhi keperluan individu yang aktif dan mementingkan penampilan. Dengan ketahanan debu dan air IP64, peranti ini sesuai untuk mereka yang selalu bergerak.

    Bagi pengguna yang membeli vivo V40 Lite 5G, terdapat pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan, termasuk:

    • Set Beg Sukan ELLE: Beg sukan yang bergaya dan praktikal akan disertakan dengan setiap pembelian.
    • Baucar Tunai RM50: Diskaun RM50 untuk pembelian dalam talian di stor ECOM vivo.
    • Baucar Tunai 20%: Nikmati diskaun 20% untuk pembelian luar talian vivo V40 Lite 5G.

    Harga dan Ketersediaan

    Pra-tempahan untuk vivo V40 Lite 5G akan dibuka sampai 25 Oktober 2024, dengan harga bermula dari RM1,299. Tempah sekarang dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM955, termasuk 4 tahun jaminan bateri vivo Care dan 4 tahun perlindungan skrin serta penutup pelindung, tertakluk kepada terma dan syarat. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa ini! Sudah bersedia untuk “Chill Lah 4 Tahun” bersama vivo V40 Lite 5G? Pra-tempah sekarang DI SINI! Untuk maklumat lanjut, kunjungi: 

    Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my

    Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

    Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

  • Infinix Unveils GT20 PRO as Official Gaming Smartphone for Mobile Legends Academy League Season 2!

    Infinix Unveils GT20 PRO as Official Gaming Smartphone for Mobile Legends Academy League Season 2!

    Infinix, a trendy tech brand tailored for young consumers, is gearing up to showcase the Infinix GT20 PRO as the Official Gaming Smartphone for the highly anticipated Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY) Season 2.

    This tournament promises to bring together some of the most promising esports talents in Malaysia and will take place from October 24th to 27th at Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur. The Infinix GT20 PRO is specifically designed for high-performance gaming, featuring a powerful dual-chip system that ensures exceptional gameplay experiences. This smartphone not only delivers top-tier performance but also comes equipped with professional-level features, all at an affordable price point.

    As part of the excitement surrounding the tournament, Infinix will set up an engaging booth that will be open from 10:00 AM to 10:00 PM during the event. Attendees can look forward to a plethora of exciting activities and giveaways, with a total prize pool worth up to RM 20,000. Participants will have the chance to immerse themselves in the competitive spirit of the tournament while enjoying interactive games like Infinix Dares You and taking part in the Photo Booth activity, where they can snap photos, share them, and redeem MLBB Diamonds.

    The giveaways at the Infinix booth include a wide array of fantastic freebies such as exclusive The Homebois jerseys, valuable in-game items for Mobile Legends, gadgets, and a variety of other thrilling gifts. Adding an extra layer of excitement, fans will have the unique opportunity to meet the Homebois team in person, giving them a chance to connect with their favorite players, take photos, and collect autographs.

    In addition to the giveaways, attendees can participate in the Homebois Jersey Giveaway, where 50 lucky fans will walk away with exclusive jerseys signed by Daddyhood, a prominent figure in the Mobile Legends community. This highly anticipated event will take place on October 24, 2024, from 4 PM to 6 PM, and with a limited number of signed jerseys available, gaming enthusiasts in Malaysia are sure to want to be a part of the action.

    Furthermore, visitors can explore Infinix’s latest smartphone offerings at the Product Experience Display. This showcase will feature a range of innovative models, including the ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 PRO, HOT 50 5G, HOT 50i, and SMART 9. Attendees will have the chance to experience firsthand the cutting-edge technology and advancements that Infinix has to offer.

    To stay updated on the latest news and announcements from Infinix, fans are encouraged to connect through the brand’s official channels, including its website, Facebook page, Instagram page, and TikTok channel. Don’t miss this exciting opportunity to experience the thrill of gaming and connect with fellow enthusiasts at the MAL MY Tournament!

  • TASK on World Food Day PepsiCo with Champions Food Access in Malaysia

    TASK on World Food Day PepsiCo with Champions Food Access in Malaysia

    In a significant initiative to mark World Food Day, PepsiCo has joined forces with The Assembly Soup Kitchen (TASK) to distribute over 1,000 food packs to underserved communities across Malaysia. This collaboration aims to provide essential nourishment to students in refugee schools, homeless individuals, and members of the B40 group in the Chow Kit area of Kuala Lumpur.

    The food distribution drive took place in two phases with The Assembly Soup Kitchen (TASK). The first phase involved PepsiCo employees and their families volunteering to prepare and serve fresh meals in August. The second phase, which runs from October 16 to 23, focuses on distributing Nourishing Food Packs that include popular items like Tropicana fruit drinks, Quaker 3in1 Cereal Drinks, Quaker Cookies, and Lay’s Potato Chips.

    This initiative aligns with PepsiCo’s commitment to improving access to nutritious food, reflecting this year’s World Food Day theme: “Right to Food for a Better Life and a Better Future.”

    “Food security is crucial for thriving communities,” said Aditya Ahuja, Commercial Director for PepsiCo Foods in Malaysia, Singapore & Pacific Islands. “This partnership with TASK builds on our ongoing efforts to ensure that underserved communities have access to proper nutrition as part of our PepsiCo Positive (pep+) mission.”

    Launched in 2021, PepsiCo Positive (pep+) focuses on three key pillars: Positive Agriculture, Positive Value Chain, and Positive Choices. These pillars emphasize PepsiCo’s commitment to sustainability and social responsibility, particularly in addressing food insecurity.

    The Positive Value Chain pillar aims to strengthen communities by tackling social issues like food insecurity and enhancing livelihoods. Through partnerships with local organizations like TASK, PepsiCo seeks to provide access to nutritious food and build stronger community networks. “In Malaysia, food insecurity is a growing concern,” added Ahuja. “We are dedicated to collaborating with local partners to deliver immediate relief and contribute to long-term solutions that empower communities.”

    The Positive Agriculture pillar focuses on advancing sustainable farming practices, while the Positive Choices pillar highlights PepsiCo’s commitment to improving the nutrient profiles of its products to help consumers make healthier choices.

    In addition to addressing food security, PepsiCo is committed to promoting health and wellness in Malaysian communities. On September 22, 2024, Quaker, a brand under PepsiCo, sponsored the Coway Run in Padang Merbok, Kuala Lumpur, showcasing its All-In-One Cereal Mixes and Cookies. The event not only supported nutrition but also encouraged physical activity and healthier lifestyles among participants.

    With 7,800 participants sampling Quaker products, this initiative effectively reinforced PepsiCo’s mission to foster stronger communities through both nutrition and active living.

    “We’re grateful for PepsiCo’s continuous support in providing food packs to those in need,” said Mun Keong, Founder of TASK. “This contribution is making a meaningful impact on vulnerable communities, ensuring they receive food and feel supported. Partnerships like these are essential in addressing the urgent issue of food insecurity.”