Author: Helmi Aziz

  • Calpis Soda One In A Million Catat Trending Nombor Satu dan Pecahkan Rekod Media Sosial!

    Calpis Soda One In A Million Catat Trending Nombor Satu dan Pecahkan Rekod Media Sosial!

    Malam pembukaan rancangan realiti paling dinantikan, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), telah mencuri perhatian dan mencipta fenomena luar biasa di seluruh negara. Dengan aura memukau, episod pertama program ini menyaksikan kemunculan bekas juara One In A Million, ikon legenda kumpulan KRU, serta aksi hebat daripada 20 peserta luar biasa. Persembahan penuh tenaga ini terus melonjakkan hashtag #OIAM ke trending nombor 1 di platform “X”, mencapai lebih 700 juta capaian media sosial dalam masa satu malam. CSOIAM bukan sekadar pertandingan realiti, tetapi sebuah fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

    CSOIAM terus mengungguli carta populariti, membuktikan pengaruhnya sebagai rancangan realiti paling berprestij di Malaysia. Angka capaian yang mengagumkan menunjukkan kemampuan program ini menarik penonton yang lebih luas di pelbagai platform. Interaksi tinggi daripada penonton menjadikan setiap episod lebih bermakna, membuktikan CSOIAM sebagai acara wajib tonton untuk peminat muzik tempatan.

    Daripada 20 peserta terpilih, hanya 14 berjaya mara ke minggu kedua selepas melalui proses penilaian ketat. Barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan memberikan penilaian berdasarkan persembahan pentas (70%) dan saringan awal (30%). Minggu pertama ini turut menyaksikan detik dramatik apabila Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, melengkapkan senarai Top 14.

    Antara persembahan paling mencuri perhatian adalah Zazzleen dengan lagu “I’m Outta Love”, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ menjadi milik Kai Deva, yang akan berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan.

    Pada minggu kedua, 14 peserta yang tinggal akan mempersembahkan lagu-lagu hit lama yang diberi nafas baru. Saksikan kreativiti mereka dalam mencipta X-faktor yang memukau penonton dan juri. Siaran eksklusif ini akan berlangsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim secara HD di Tonton di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    Bermula episod kedua, keputusan mingguan akan bergantung pada gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton. Penonton boleh mengundi secara percuma dengan mendaftar di Tonton, atau menambah undian melalui pembelian produk Calpis di Shopee.

    Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik, termasuk sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Untuk menyertai, imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan, jawab soalan dengan tepat, dan mungkin anda menjadi pemenang bertuah.

    Program ini adalah hasil kerjasama strategik antara Calpis Soda, TV3, dan Tonton, dengan sokongan daripada PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO. Ia turut dimeriahkan oleh rakan digital seperti SAYS, OhBulan!, XTRA, dan Seismik, serta rakan radio, Hot FM dan Fly FM.

    Ikuti sorotan eksklusif Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember. Untuk berita terkini, ikuti media sosial rasmi di @CalpisSodaOIAMTV3 dan rasai kemeriahan musim ini bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda! Jangan lupa saksikan keajaiban persembahan peserta Top 14 minggu hadapan.

  • Make the Most of Your Holiday Shopping with Samsung Wallet

    Make the Most of Your Holiday Shopping with Samsung Wallet

    The holiday season is finally here, and with it comes the excitement of shopping for gifts, indulging in festive treats, and treating yourself to something special. But let’s face it: amidst all the hustle and bustle of holiday planning, the last thing you want to worry about is fumbling for cash or cards. This year, take control of your spending and shopping experience with Samsung Wallet—your ultimate digital companion that streamlines payments, enhances security, and even rewards you for every transaction.

    Let’s explore how Samsung Wallet can revolutionize your shopping habits this festive season and beyond.

    During the holidays, you’ll likely be doing more shopping than usual—whether online or in-store. Samsung Wallet helps you simplify the process, eliminating the need for multiple physical cards and bulky wallets. With just your phone in hand, you can breeze through checkout lines in an instant.

    1. Quick Setup in Just a Few Steps
    Setting up Samsung Wallet is quick and easy. All you need is a compatible Samsung phone and a few minutes:
    – Tap your card on the back of your phone using NFC to add it.
    – Confirm your identity via OTP, and you’re all set to start making seamless transactions.

    Need to add more cards? Simply tap the + icon to add credit, debit, or loyalty cards in one place.

    2. Effortless and Secure Payments
    Gone are the days of rummaging through your wallet for the right card or worrying about carrying cash. With Samsung Wallet, making payments at physical stores, e-commerce platforms, or even for transport is easy and fast. Just tap your phone to make payments, and you’re good to go.

    Samsung Wallet uses fingerprint authentication or a secure PIN to verify each transaction, ensuring your money and personal information are safe, even if your phone gets lost or stolen.

    Shop Smart with Samsung Wallet Rewards

    Shopping doesn’t just become more convenient—it becomes more rewarding, too. Every time you use Samsung Wallet to pay, you earn reward points that can be redeemed for discounts, deals, and even exclusive vouchers.

    Earn Up to 2,000 Points a Month
    Whether you’re buying gifts, grabbing groceries, or enjoying a meal out, every purchase you make with Samsung Wallet counts toward reward points. In fact, you can earn up to 2,000 points per month, depending on your rewards tier. That means the more you shop, the more points you accumulate.

    Redeem Points for Discounts and Vouchers
    Accumulated points can be redeemed for amazing discounts and vouchers from popular brands such as Domino’s, Tealive, ZUS Coffee, and even Samsung itself. You can save on future purchases or treat yourself to something special this season—because who doesn’t love a good deal?

    Long-Term Benefits with Points Accumulation
    Don’t worry if you can’t redeem all your points right away. You can carry over your points for up to three years, allowing you to unlock more significant rewards over time—perfect for those larger, year-end purchases or tech upgrades.

    Samsung Galaxy A16 5G: The Perfect Holiday Gift

    Looking for the perfect holiday gift for yourself or a loved one? Look no further than the Samsung Galaxy A16 5G. This affordable, feature-packed phone is the ideal companion for anyone looking to stay connected, entertained, and organized through the festive season.

    5G Connectivity for Lightning-Fast Speeds
    Whether you’re streaming your favorite holiday movie or browsing online sales, enjoy ultra-fast 5G speeds on the Galaxy A16.

    Super AMOLED Display for Stunning Visuals
    Get the most out of your holiday photos and videos with the Super AMOLED display that delivers vibrant colors and sharp details.

    Affordable Price
    At just RM899, the Samsung Galaxy A16 5G is the perfect blend of performance, affordability, and style—making it an excellent gift or a smart upgrade for yourself.

    And for a limited time, get exclusive gifts when you purchase the Galaxy A16 5G before 31 December 2024. These include:
    A free 25W Travel Adapter (worth RM89).
    – A 128GB SD card (worth RM79).
    Free 1-Year Extended Warranty (worth RM99).

    If you haven’t already embraced digital payments, the holiday season is the perfect time to make the switch. With Samsung Wallet, you don’t just get a secure, hassle-free payment method; you also unlock rewards, save money, and enjoy the convenience of carrying only your phone while you shop.

    Whether you’re buying gifts for your family, treating yourself to some post-holiday deals, or grabbing your favorite festive snacks, Samsung Wallet is there to make your shopping smarter and easier.

    Speed: Quick, contactless payments save you time in busy holiday queues.
    Security: Advanced authentication methods keep your transactions safe.
    Convenience: All your cards, loyalty programs, and rewards in one place.
    Rewards: Earn points and redeem them for discounts and special deals at your favorite retailers.

    Make this holiday season even more exciting with Samsung Wallet and enjoy savings, security, and convenience like never before. Whether you’re upgrading your phone or doing your last-minute gift shopping, Samsung Wallet is your all-in-one tool for managing holiday expenses and rewards.

    Start the new year with a smarter way to shop. Download Samsung Wallet today, and if you’re in the market for a new phone, grab the Samsung Galaxy A16 5G at an unbeatable price and take advantage of the exclusive free gifts available until 31 December 2024.

    Happy Holidays, and happy shopping with Samsung Wallet!

    Models Recommended Retail Price Colours Promotion
    Galaxy A16 5G
    (8GB l 256GB)
    RM899
    • Gold 
    • Light Green 
    • Blue Black
    • Free 25W Travel Adapter with No Cable worth RM89

    • Free 128GB SD Card worth RM79

    • 1 year Extended Warranty worth RM99

    To purchase the Galaxy A16 5G, visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a16-5g-gold-256gb-sm-a166pzdixme/buy/ 

  • Sabah Lokasi Terakhir Karnival Jom Heboh 2024, Penutup Penuh Kemeriahan!

    Sabah Lokasi Terakhir Karnival Jom Heboh 2024, Penutup Penuh Kemeriahan!

    Berita baik buat warga Borneo! Selepas hampir lima tahun, Karnival Jom Heboh (KJH) akhirnya kembali ke Sabah sebagai lokasi penutup siri jelajah 2024. Kali ini, karnival ikonik anjuran Media Prima Berhad menjanjikan pengalaman lebih istimewa dan penuh kemeriahan. Bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah, acara ini akan berlangsung selama tiga hari, bermula 27 hingga 29 Disember 2024 (Jumaat hingga Ahad). Pastikan anda hadir untuk merasai sendiri kehebatan acara ini!

    Sebagai salah satu acara ikonik yang menjadi fenomena tahunan rakyat Malaysia, KJH terus menarik perhatian dengan kunjungan lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi. Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’, KJH 2024 telah menjelajah ke enam lokasi utama iaitu Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, dan Johor Bahru, sebelum tiba di Sabah sebagai penutup tirai.

    Acara tiga hari di Sabah ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti mencipta kenangan manis buat pengunjung. Reruai khas seperti Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Hot FM, serta New Straits Times Press akan menampilkan hadiah istimewa, termasuk cabutan bertuah Samsung Smart TV bernilai RM3,500. Selain itu, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan barisan pelakon terkenal seperti Khai Bahar, Reen Rahim, Imran Aqil, Rita Nadira, Nelissa Nizam, Sophia Albarakbah, Sharifah Rose dan ramai lagi!

    Buat pencinta e-sukan, kolaborasi eksklusif antara New Straits Times Press (NSTP) dan Todak bakal mengadakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), yang dijangka menjadi tarikan utama acara. Selain platform untuk menunjukkan bakat dan memenangi hadiah menarik, kejohanan ini juga bertujuan mengukuhkan relevansi e-sukan dalam kalangan generasi muda.

    Pengunjung KJH Sabah juga boleh menikmati promosi hebat daripada lebih 120 reruai, termasuk jenama seperti Yaya Empire, F&N, Marigold, dan 4Fingers. Tidak ketinggalan, perkhidmatan percuma seperti semakan penyata oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut disediakan.

    Kemeriahan KJH Sabah dilengkapkan dengan Konsert Jom Heboh yang dikuasakan oleh U Mobile, berlangsung pada 28 dan 29 Disember (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 malam. Konsert ini akan menampilkan persembahan luar biasa daripada bintang terkenal seperti Floor 88, Bella Astillah, Ara Johari, Wani Kayrie, Hael Husaini, Shila Amzah, Stacy, dan ramai lagi. Istimewanya, malam kedua konsert akan meraikan alumni One In A Million, menjadikan persembahan ini sebagai penutup terbaik untuk tahun 2024.

    Tidak ketinggalan, program Jom Lokal Jam kembali memberi peluang kepada bakat tempatan untuk menyerlah. Acara ini akan berlangsung pada malam pertama karnival, menampilkan pelbagai persembahan seni daripada peserta berbakat.

    Dalam kehangatan karnival, Media Prima turut menyeru pengunjung untuk menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat (1401 0008 8447 15) atau Maybank (5642 7651 0331). Usaha murni ini adalah sebahagian daripada komitmen Media Prima untuk membantu komuniti yang terjejas akibat krisis kemanusiaan.

    Jadi, tunggu apa lagi? Jom meriahkan Karnival Jom Heboh Sabah! Pastikan anda hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memanfaatkan peluang keemasan ini. Gunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #InspirasiGenerasi untuk berkongsi keseronokan di media sosial. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti laman sosial rasmi di @jomhebohofficial. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara tahunan paling meriah ini!

  • Muslimah Fest 2024: Ella Perkenal Koleksi Sulung ROCKQUEEN

    Muslimah Fest 2024: Ella Perkenal Koleksi Sulung ROCKQUEEN

    ROCKQUEEN, jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, hadir dengan visi baharu untuk merevolusi dunia fesyen. Ditubuhkan pada tahun 2021, ROCKQUEEN mengutamakan keseimbangan antara gaya berani dan elegan, sambil meraikan kesederhanaan. Jenama ini direka khusus untuk memperkasakan wanita agar lebih yakin dengan keunikan diri mereka.

    Dikenali dengan sentuhan muzik yang mencipta fenomena, Ella membawa keistimewaan itu ke dunia fesyen menerusi ROCKQUEEN. Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan elemen minimalis yang memukau, menggabungkan keselesaan dan keanggunan. Setiap rekaan menampilkan ciri-ciri yang praktikal tetapi tetap penuh gaya, meraikan kebebasan ekspresi tanpa mengetepikan nilai kesopanan.

    “ROCKQUEEN adalah lebih daripada sekadar jenama fesyen,” kata Ella. “Ia membawa mesej keyakinan, keberanian, dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri. Kami mengubah definisi kesederhanaan dengan sentuhan gaya yang segar dan unik.”

    Rekaan ROCKQUEEN sesuai untuk pelbagai suasana, daripada pakaian kasual hingga ke acara formal. Koleksinya direka untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti, menjadikannya pilihan terbaik untuk wanita moden yang menjalani kehidupan serba sibuk. Setiap helaian menggambarkan keseimbangan antara gaya dan fungsi, memenuhi keperluan wanita yang ingin tampil yakin dan elegan dalam setiap peranan kehidupan.

    Misi ROCKQUEEN juga melangkaui aspek fesyen semata-mata. Ia bertujuan membentuk komuniti wanita yang saling menyokong dan meraikan kekuatan dalam kepelbagaian. Dengan membawa nilai-nilai positif dan semangat perpaduan, ROCKQUEEN bercita-cita menjadi simbol inspirasi untuk semua wanita.

    Pelancaran rasmi jenama ini akan berlangsung pada 21 Disember 2024 sempena Program Muslimah Fest 2024 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Acara ini akan menampilkan pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN dan persembahan eksklusif oleh Ella sendiri.

  • Lagu ‘Apa Artinya Aku’ Ungkap Luka Cinta yang Tidak Terbalas

    Lagu ‘Apa Artinya Aku’ Ungkap Luka Cinta yang Tidak Terbalas

    Maestro muzik cinta Indonesia, Yovie Widianto, kembali dengan karya terbaharu yang mengangkat keindahan dan kepedihan cinta. Kali ini, beliau berkolaborasi bersama tiga bintang muda berbakat besar, Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya. Lagu terbaru mereka, “Apa Artinya Aku,” adalah hasil ciptaan Arsy Widianto, anak kepada Yovie, dan diterbitkan khas oleh Yovie sendiri untuk trio ini, yang dikenali sebagai LTZ.

    “Apa Artinya Aku” membawa kisah yang menyentuh tentang cinta yang tidak berbalas. Liriknya menggambarkan perasaan seseorang yang menaruh harapan tinggi, namun kecewa apabila dirinya hanya dianggap sebagai pilihan kedua oleh insan yang dicintainya.

    Menurut Arsy Widianto, komposer lagu ini, tema cinta tidak berbalas menjadi inti cerita. “Lagu ini ringkas tetapi sangat mendalam. Ia tentang seseorang yang terus menunggu dengan penuh harapan, hanya untuk berdepan dengan kenyataan yang menyakitkan. Lagu ini bertemakan kekecewaan dan kesedihan cinta,” jelas Arsy.

    Bagi Yovie Widianto, Lyodra, Tiara, dan Ziva dipilih kerana kehebatan vokal mereka yang memukau. “Proses rakaman bersama mereka amat menyentuh hati. Suara mereka yang unik menambah keindahan pada lagu ini, walaupun ada cabaran di bahagian ‘bridge’, namun hasilnya luar biasa,” kata Yovie.

    Yovie turut memuji kemampuan vokal mereka yang dianggap antara yang terbaik dalam industri muzik hari ini. “Saya sangat menyukai karakter suara mereka. Saya tahu bagaimana lagu ini harus disampaikan berdasarkan keunikan vokal mereka masing-masing,” tambahnya.

    Ini bukan kali pertama Yovie bekerjasama dengan LTZ. Pada tahun 2023, mereka mempersembahkan lagu “Menyesal” yang menjadi sebahagian daripada album Yovie & His Friends di bawah Universal Music Indonesia. Lagu itu meraih kejayaan besar dengan lebih 140 juta penstriman di Spotify dan 57 juta tontonan di YouTube.

    Sebelum itu, pada tahun 2020, Lyodra, Tiara, dan Ziva juga tampil dengan projek lagu #TerlanjurMencinta dalam tiga versi: “Mengapa Kita #TerlanjurMencinta” (Lyodra), “Maafkan Aku #TerlanjurMencinta” (Tiara), dan “Tak Sanggup Melupa #TerlanjurMencinta” (Ziva).

    Lagu “Apa Artinya Aku” menampilkan susunan muzik balada pop yang indah, menggabungkan alunan piano, rentak strings section, dan harmoni vokal yang mengasyikkan. Video muziknya diarahkan oleh Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V, dengan pelakon utama Michelle Ziudith, yang berjaya menyampaikan emosi watak wanita yang kecewa.

    “Video muzik ini dihasilkan dengan sangat teliti, menampilkan naratif mendalam dan visual sinematik yang menawan. Setiap elemen diolah untuk menyokong kisah lagu ini, termasuk pemilihan pakaian dan sinematografi,” ujar Yovie.

    Yovie berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh peminat muzik dan memberi kekuatan kepada mereka yang pernah mengalami kisah cinta yang sama.

    “Apa Artinya Aku” kini tersedia di semua platform digital, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto. Jangan lupa masukkan lagu ini dalam senarai main anda dan nikmati keindahan kisah cinta yang terselit dalam melodi dan liriknya.

    Penstriman di Semua Platform: “Apa Artinya Aku” LINK

    Video Muzik Rasmi: “Apa Artinya Aku” LINK

    Kredit Audio:

    • Komposer: Arsy Widianto
    • Penerbit: Yovie Widianto & Adrian Kitut
    • Al Keys, Piano, Pad: Adrian Kitut
    • Yamaha CP Piano: Yovie Widianto
    • Pengarah Vokal: Bowo Soulmate & Dennis Nussy
    • Rec Engineer: Yusup Albatani
    • Digital Editor: Hery Alesis
    • Mixing & Mastering: Ari Renaldi di ARU Studio
  • The Brand New Heavies Rayakan Ulang Tahun ‘Brother Sister’ di Malaysia

    The Brand New Heavies Rayakan Ulang Tahun ‘Brother Sister’ di Malaysia

    Penggemar muzik funk dan acid jazz di Malaysia pasti tidak sabar untuk menyaksikan The Brand New Heavies mengadakan Jelajah ‘Brother Sister 30’ yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Februari 2025. Konsert ini menjadi tanda penghormatan bagi album mereka yang ikonik, Brother Sister, yang kini memasuki usia 30 tahun. Album yang telah mengguncang dunia muzik pada tahun 1994 itu kini diraikan dalam sebuah jelajah khas yang menyaksikan kumpulan ini membawakan lagu-lagu klasik dan kegemaran peminat secara langsung.

    Dilancarkan pada tahun 1994, Brother Sister adalah titik perubahan besar bagi The Brand New Heavies. Album ini menjadi puncak kejayaan mereka, dengan lagu-lagu hit seperti Dream On Dreamer, Midnight At The Oasis, dan Back To Love yang meraih sambutan hangat dan menduduki carta-carta utama di UK dan dunia. Dengan jualan melebihi satu juta salinan dan pencalonan BRIT Awards, album ini meletakkan The Brand New Heavies sebagai peneraju utama acid jazz, genre yang menggabungkan jazz, funk, dan soul dengan sentuhan moden.

    Dalam masa tiga dekad, album Brother Sister terus diingati sebagai salah satu karya paling berpengaruh dalam sejarah muzik, dan kini kumpulan ini mengumumkan Jelajah ‘Brother Sister 30’ untuk merayakan ulang tahun yang amat bermakna ini.

    Jelajah ini bakal menyaksikan kemunculan Andrew Levy (bass) dan Simon Bartholomew (gitar), dua ahli asal kumpulan, bersama Angela Ricci, vokalis yang memberikan warna baru kepada The Brand New Heavies sejak beberapa tahun lalu. Bersama-sama, mereka akan mempersembahkan seluruh album Brother Sister dalam bentuk yang belum pernah dilihat sebelum ini. Lagu-lagu ikonik dari album ini akan dimainkan dengan iringan band secara langsung, membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan acid jazz.

    Dalam kenyataan mereka, Andrew Levy dan Simon Bartholomew berkata, “Kami rasa seolah-olah baru semalam kami melancarkan album Brother Sister. Sudah 30 tahun, dan kami amat teruja untuk menyambutnya bersama peminat kami, yang telah menyokong kami sepanjang perjalanan muzik ini. Jelajah ini adalah cara terbaik untuk merayakan momen istimewa ini.”

    Walaupun kejayaan besar yang diraih melalui Brother Sister, The Brand New Heavies tidak berhenti di situ. Mereka terus mengukir kejayaan dengan pelbagai album seterusnya, seperti Shelter dan TBNH yang memperkenalkan lagu-lagu seperti Sometimes dan You Are The Universe. Album TBNH yang dilancarkan pada 2019 turut menjadi titik permulaan bagi kerjasama mereka dengan Angela Ricci.

    Pada 2023, mereka kembali dengan Never Stop… The Best Of, yang menyatukan lagu-lagu terbaik mereka sepanjang tiga dekad. Jelajah ‘Never Stop… The Greatest Hits’ yang diadakan selepas itu menjadi kejayaan besar dengan tiket habis dijual, sementara mereka turut tampil bersama London Concert Orchestra.

    Jelajah ‘Brother Sister 30’ di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Februari 2025 akan menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan bagi semua peminat muzik funk dan acid jazz. Tiket untuk konsert ini boleh dibeli melalui Ticketek Malaysia di (https://bit.ly/tbnhmp). Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan langsung yang memukau ini.

    The Brand New Heavies adalah lambang dedikasi kepada irama funk dan jazz yang sentiasa segar. Dengan kejayaan album Brother Sister yang terus dikenang, mereka akan membawa penonton ke dalam perjalanan muzik yang penuh nostalgia. Jelajah ‘Brother Sister 30’ ini bukan sahaja merayakan album yang mengubah karier mereka, tetapi juga memberikan penghargaan kepada penggemar yang telah bersama mereka sepanjang perjalanan muzik ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ikonik The Brand New Heavies dalam Jelajah ‘Brother Sister 30’ di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Februari 2025. Pastikan anda hadir dan menjadi sebahagian daripada sejarah muzik yang akan dikenang selama-lamanya!

  • Balai Ringin School Library Receives 2,000 New Books to Empower Students

    Balai Ringin School Library Receives 2,000 New Books to Empower Students

    A significant number of students in the area face challenges due to a lack of essential learning resources. Although efforts to repair and enhance the facilities are ongoing, the library still struggles to provide enough materials for its large student population. Today’s donation will help close this gap, offering 1,512 students access to a wider variety of novels, educational resources, and activity books that will aid their academic and personal growth.

    This donation is part of the Books Build Legacy project, a program spearheaded by BESarawak. The event was jointly organized by the Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI) and the Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry (KCCI), both of whom adopted the initiative to maximize the event’s positive impact on the community.

    Hon. Datuk Snowdan Lawan, Deputy Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts in Sarawak and Member of Parliament for N30, remarked: “Education is a powerful tool that can transform lives. In today’s digital age, books remain indispensable for helping young people thrive both in school and in life. The Balai Ringin community is incredibly grateful for the generosity of DCCI, KCCI, BESarawak, and everyone who contributed to this effort. Thank you for uniting for such a noble cause.”

    Dato Allan Keripin Nangkai, President of DCCI, explained: “Our initial goal was to gather 1,000 books, but within two days, we managed to exceed that target, collecting 2,000 books. The remarkable support from the local community and event participants underscores our strength and unity when we work together toward a shared goal. DCCI remains committed to advancing socio-economic progress for the Dayak communities through various business initiatives and opportunities.”

    Amelia Roziman, CEO of BESarawak, shared: “The real impact of business events goes beyond the event itself; it lies in the relationships we foster. The success of the Books Build Legacy initiative during the 15th Joint DCCI-KCCI Gawai-Kaamatan 2024 Celebration proves the strength of these relationships and shows how meaningful our collective efforts can be when applied to a good cause.”

    The 15th Joint DCCI-KCCI Gawai-Kaamatan Celebration not only served as a platform for cultural unity between the communities of Sarawak and Sabah but also demonstrated the organizers’ dedication to uplifting and supporting indigenous communities.

  • Sime Motors Enhances BYD Aftersales Service Nationwide in 2024

    Sime Motors Enhances BYD Aftersales Service Nationwide in 2024

    As electric vehicles (EVs) become an increasingly popular choice for Malaysians seeking sustainable transportation solutions, Sime Motors, the official distributor of BYD cars in Malaysia, is ramping up its efforts to provide world-class aftersales support for all BYD owners. With a nationwide network of service centres now spanning 21 locations, including both Peninsular and East Malaysia, the company is committed to ensuring that every BYD customer enjoys a seamless, reliable, and convenient ownership experience.

    To keep pace with the rapidly growing number of BYD vehicles on Malaysian roads, Sime Motors has made significant investments in expanding its aftersales infrastructure. Currently, the company operates 21 service centres across the country, with 17 Authorised Service Centres offering an extensive range of services, including Body & Paint (B&P). These centres are strategically located in key regions such as Penang, Johor Bahru, the Klang Valley, East Coast, and Sabah, providing BYD owners with easy access to professional maintenance and repair services.

    With the growth of the electric vehicle market, it is essential to provide BYD owners with a network of facilities that can cater to their needs. These service centres are staffed by certified EV technicians, equipped with the latest diagnostic tools, making them highly capable of handling the unique maintenance requirements of electric vehicles.

    State-of-the-Art Service Facilities for Enhanced Customer Experience

    BYD’s service offerings are backed by state-of-the-art facilities that prioritise both efficiency and customer satisfaction. Sime Motors has invested in cutting-edge infrastructure, ensuring that every BYD customer can expect superior service from the moment they visit a service centre.

    1. Centralised Parts Distribution Centre (PDC): This facility manages the nationwide distribution of parts to service centres, ensuring that all BYD vehicles receive timely and efficient repairs. With a streamlined process, customers benefit from minimal downtime, keeping their vehicles on the road longer.

    2. Pre-Delivery Inspection (PDI) Centre: Each BYD vehicle undergoes a comprehensive inspection process at this centre before delivery to customers. This includes thorough quality assurance checks and a three-level mechanical parking system designed to optimise space while ensuring safe and efficient vehicle preparation.

    3. EV-Ready Service Centres: All BYD service centres are equipped with specialised tools to handle the maintenance needs of electric vehicles. Customers can also relax in premium lounges, which offer comfortable seating, workstations, and refreshments while their vehicles are being serviced.

    4. Body & Paint (B&P) Services: BYD’s service network includes professional B&P centres, where skilled technicians use advanced equipment to restore vehicles to their original condition. The centre ensures that all repairs meet BYD’s stringent standards for quality and safety.

    At the core of Sime Motors’ aftersales service is its highly trained team of BYD-certified technicians, specialising in electric vehicles. These technicians undergo continuous training to stay updated with the latest advancements in EV technology. Their expertise in high-voltage systems, battery management, and other critical EV components ensures that every BYD vehicle receives top-tier care.

    By investing in ongoing training, Sime Motors ensures that its technicians are always ready to tackle the unique challenges posed by electric vehicles, providing customers with the peace of mind that their cars are in expert hands.

    Comprehensive Warranty and 24/7 Roadside Assistance

    Sime Motors provides a robust warranty and customer support package to complement its aftersales services. The BYD warranty covers:

    6 years or 150,000 km for the vehicle
    8 years or 160,000 km for the battery (if the State of Health falls below 70%)
    8 years or 150,000 km for the drive unit

    In addition to the warranty, BYD owners are eligible for 24/7 roadside assistance across Malaysia. Whether it’s a flat tire, battery issue, or other emergencies, customers can rely on the BYD customer care line at 1300-38-1888 to get the help they need, any time of day or night.

    BYD is also offering flexible Service Packages to cater to a wide range of customer requirements. Available in 3, 6, and 8-year options, these packages are available in both Standard and Plus tiers to accommodate varying levels of vehicle use. These packages lock in current service prices, providing protection against inflation, and ensure that owners can maintain their vehicles in peak condition without worrying about rising costs.

    For added convenience, the service packages can be bundled with car loans, making them even easier to manage financially.

    As 2024 draws to a close, Sime Motors remains committed to growing its presence in the Malaysian market and enhancing the ownership experience for BYD customers. With plans for further expansion and upgrades to its service infrastructure in 2025, the company is focused on delivering cutting-edge solutions for electric vehicle owners.

    By offering comprehensive aftersales support, expert technicians, and a growing network of service centres, Sime Motors is helping to shape the future of electric mobility in Malaysia—one that is focused on sustainability, reliability, and customer satisfaction.

    For more information, visit https://byd.simedarbymotors.my or follow www.facebook.com/BYDCarsMalaysia or www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.  For enquiries, contact the Customer Care number at 1300-38-1888.

  • Tiket Konsert GENKRU Habis Dijual Dalam Tempoh Rekod!

    Tiket Konsert GENKRU Habis Dijual Dalam Tempoh Rekod!

    Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat setia KRU atas sokongan padu yang telah menjadikan tiket untuk konsert GENKRU habis dijual dalam tempoh hanya tiga jam! Fenomena luar biasa ini membuktikan betapa besar pengaruh dan populariti KRU sebagai ikon muzik tanah air. Tiket yang mula dijual pada pukul 11 pagi pada 20 Disember 2024 telah pun sold out tepat pada pukul 12 tengah hari.

    Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat ini. Beliau berkata, “Kami amat terharu dengan sambutan ini. Fenomena ini sudah dijangka memandangkan populariti dan profil KRU yang sudah sekian lama menjadi salah satu ikon negara kita. Kami membuka penjualan tiket pada pukul 11 pagi tadi, dan kini tiket sudah habis dijual. Kami berasa sangat bersyukur dan terharu kerana lebih 10 ribu pembeli tiket sudah bersedia untuk ‘battle’ seawal 8.30 pagi. Ini adalah penghargaan terbesar daripada peminat untuk artis tanah air kita.”

    KRU, kumpulan legenda yang telah menempuh pelbagai kejayaan dalam industri muzik tempatan, pastinya akan menjanjikan persembahan yang penuh dengan kenangan manis dan hits-hits legendarinya dalam konsert GENKRU. Berlokasi di Axiata Arena, Kuala Lumpur, konsert ini dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025, bermula jam 8.30 malam.

    Bersempena dengan sambutan luar biasa ini, Icon Entertainment mengumumkan bahawa konsert hari kedua akan diumumkan dalam masa terdekat. “Atas permintaan ramai, kami akan mengumumkan tarikh dan tiket untuk konsert hari kedua dalam masa yang sangat hampir. Teruskan mengikuti kami untuk maklumat lanjut!” ujar Iman Tang.

    INFORMASI ACARA:

    • Acara: Konsert GENKRU
    • Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
    • Tarikh: 3 Mei 2025
    • Masa: 8.30 Malam
    • Penganjur: Icon Entertainment
    • Harga Tiket:
      • OOH!LA!LA (RM 258)
      • AWAS (RM 358)
      • MENGERTI (RM 478)
      • TERHANGAT DI PASARAN (RM 508)
      • APASAJA (RM 548)
      • FANATIK (RM 588)

    Tiket untuk konsert ini telah mula dijual sejak 20 Disember 2024, dan bagi yang terlepas, anda boleh terus melayari ticket2u.com.my/kru untuk pembelian tiket bagi konsert yang akan datang.

    Konsert GENKRU dijangka akan menjadi sebuah acara yang penuh dengan persembahan yang mengujakan, mengimbau nostalgia dan membawa peminat melalui perjalanan muzik yang penuh bersejarah bersama kumpulan yang telah banyak meninggalkan kesan dalam industri muzik Malaysia.

    Dengan sold-out yang luar biasa ini, peminat KRU pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert penuh bersejarah ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini melalui saluran sosial rasmi Icon Entertainment untuk maklumat lanjut mengenai tiket hari kedua yang bakal diumumkan kelak.

  • Lotus’s Malaysia Memperkenalkan Kejutan Keceriaan Melalui Inisiatif #KitakanJiran di Pawsome Christmas Playdate

    Lotus’s Malaysia Memperkenalkan Kejutan Keceriaan Melalui Inisiatif #KitakanJiran di Pawsome Christmas Playdate

    Lotus’s Malaysia sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap komuniti dengan menganjurkan acara amal Pawsome Christmas Playdate yang penuh dengan keceriaan di Kepong. Acara yang diadakan pada bulan Disember ini menyaksikan 90 kanak-kanak dari tiga rumah kebajikan, iaitu Karunai Illam (Kepong), Sweet Home Care (Cheras), dan Good Samaritan Home (Klang), disambut dengan penuh mesra oleh sukarelawan Lotus’s, ahli media, serta keluarga mereka.

    Acara yang bertemakan #KitakanJiran ini dirancang dengan penuh kasih sayang untuk memberikan pengalaman istimewa kepada kanak-kanak yang mungkin tidak berpeluang merasai kemeriahan perayaan Hari Natal. Bekerjasama dengan jenama terkenal, termasuk Paw Patrol, Lotus’s Malaysia berjaya menghidupkan perayaan ini dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Dari pembuatan topeng karakter Paw Patrol hingga permainan dalam kolam bola gergasi, acara ini memastikan setiap kanak-kanak merasai kegembiraan yang tiada tandingannya.

    Selain daripada aktiviti yang mengujakan, kanak-kanak juga diberi kesempatan untuk menyaksikan tayangan filem Paw Patrol di GSC Kepong, yang memberi peluang kepada mereka untuk menikmati pengalaman menonton filem seperti yang dilakukan oleh keluarga lain pada musim perayaan. Santa Claus turut melawat acara ini, disertai oleh maskot Chase dan Marshall dari Paw Patrol, yang menjadikan acara ini semakin meriah.

    “Lotus’s Malaysia sangat berbangga kerana dapat berperanan dalam menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati kemeriahan Hari Natal. Melalui inisiatif #KitakanJiran, kami dapat menganjurkan satu acara yang memberi mereka pengalaman yang penuh makna. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan rakan niaga yang membantu menjayakan acara ini,” ujar Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

    Acara ini juga memperkenalkan kawasan permainan Howl for the Holidays di Lotus’s Kepong, yang menawarkan ruang seluas 400 kaki persegi untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi. Mereka juga dihidangkan dengan makan tengah hari istimewa yang ditaja oleh Burger King, dan menerima beg hadiah yang mengandungi pelbagai barangan menarik daripada jenama seperti Paw Patrol, Cosway Malaysia, dan All IT Hypermarket.

    Melissa Wong, Ketua Bahagian Pusat Beli-Belah Lotus’s Malaysia, menyatakan, “Kami berasa sangat terhormat dapat bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Paw Patrol untuk menyambut Hari Natal ini. Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai kegembiraan perayaan, tetapi juga membuka ruang untuk kami memberi impak yang positif kepada komuniti.”

    Lotus’s juga memberikan peluang kepada orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti Howl for the Holidays yang berlangsung sehingga 1 Januari 2024 di Lotus’s Kepong, Puchong, dan Tanjung Pinang. Aktiviti ini termasuk bengkel dan permainan interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.

    Sebagai tambahan, Lotus’s Malaysia menyediakan lebih banyak peluang untuk pelanggan turut sama meraikan perayaan ini dengan menyertai aktiviti dan promosi yang diadakan di pusat beli-belah mereka. Pelanggan boleh melayari laman Facebook rasmi Lotus’s Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan bengkel yang akan datang:(https://www.facebook.com/LotussMalaysia).