HONOR akan membawa lima peranti baharu. Salah satu daripadanya ialah tablet HONOR Pad X9a. Versi WiFi ini akan tiba di Malaysia. Pelancarannya akan berlangsung pada 26 Mac 2025.
HONOR Pad X9a adalah model yang dipertingkatkan. Tablet ini berdasarkan kejayaan HONOR Pad X9. Versi sebelumnya sangat popular pada tahun 2023. Kini, ia hadir dengan lebih banyak ciri.
Skrin 11.5 inci memberikan paparan berkualiti tinggi. Resolusi 2.5K menawarkan warna lebih terang. Tiada tablet lain dalam kelasnya yang menandinginya. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk hiburan.
Kadar segar semula 120Hz memastikan kelancaran penggunaan. Tatalan lebih responsif dan bebas gangguan. HONOR Eye Comfort mengurangkan keletihan mata. Pengguna boleh menonton dalam tempoh lama.
Bateri besar 8300mAh memberi masa guna lebih lama. Sehingga 11.5 jam tontonan tanpa henti. Pengecasan pantas 35W memastikan cas lebih cepat. Pengguna boleh menikmati hiburan tanpa gangguan.
Tablet ini juga sesuai untuk kerja. HONOR menyediakan papan kekunci dan stylus percuma. Pengguna boleh menulis dan melukis dengan selesa. Ia alat yang sesuai untuk pelajar dan profesional.
HONOR Pad X9a akan dilancarkan pada 26 Mac. Harga rasmi akan diumumkan pada hari tersebut. Tablet ini adalah produk pertama dalam siri baharu. Lebih banyak peranti akan diperkenalkan kemudian.
Ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk perkembangan terkini. Lawati laman web mereka untuk butiran lanjut. Jangan lepaskan peluang mendapatkan tablet ini. HONOR Pad X9a membawa inovasi terbaik untuk anda
HONOR akan membawa lima peranti baharu. Produk ini akan dilancarkan di Malaysia. HONOR mahu memperluaskan rangkaian mereka. Ini bagi memenuhi keperluan pengguna moden.
Sejak dahulu, HONOR terkenal dengan inovasi. Mereka menawarkan telefon pintar yang canggih. Selain itu, mereka juga ada tablet. Komputer riba dan jam pintar turut dijual.
HONOR kini lebih daripada telefon pintar. Mereka membina ekosistem peranti pintar. Semua produk boleh saling berhubung. Ini memberi pengalaman teknologi yang lancar.
Dengan teknologi AI, HONOR lebih maju. Produk mereka meningkatkan produktiviti pengguna. Ia juga membantu dalam hiburan harian. Setiap peranti direka untuk memudahkan kehidupan.
HONOR juga fokus pada kesihatan pengguna. Jam tangan pintar mereka sangat inovatif. Ia membantu dalam pemantauan kecergasan. Pengguna boleh menetapkan matlamat kecergasan dengan mudah.
Sebagai jenama Android utama, HONOR unik. Mereka menawarkan peranti yang lengkap. Semua produk boleh berhubung antara satu sama lain. Ini memberikan pengalaman lebih menyeronokkan.
Maklumat mengenai pelancaran akan diumumkan. HONOR akan berkongsi butiran tidak lama lagi. Pengguna disarankan mengikuti laman rasmi mereka. Jangan lepaskan peluang untuk melihat inovasi baru.
Ikuti HONOR Malaysia di Facebook. Anda juga boleh lawati laman web mereka. Pelancaran ini pasti membawa kejutan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya!
Berpegang teguh pada tradisi dan inovasi, Astro kembali menyemarakkan Syawal dengan hiburan “Meriah Lain Macam” tahun ini. Sebagai peneraju industri hiburan Malaysia, Astro menyajikan lebih 160 kandungan khas Raya merangkumi televisyen, platform digital, dan radio, memastikan setiap detik Aidilfitri lebih berwarna dan bermakna.
Sambutan Raya tidak lengkap tanpa iklan yang menyentuh emosi. Tahun ini, “Lain Macamnya Raya” mengisahkan Jumaah, seorang ibu tunggal yang berdepan cabaran menerima menantu berlainan adat, namun akhirnya menemukan erti kebahagiaan sebenar. Iklan ini diarahkan oleh Hyrul Anuar dengan barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Mierul Aiman, dan Qasrina Karim.
Menurut Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, tahun ini Astro menyajikan hiburan menyentuh hati serta menyatukan pelbagai generasi – dari drama, telefilem, komedi, hingga muzikal.
Sebagai pelengkap kemeriahan, Astro dan Rocketfuel turut mempersembahkan dua lagu istimewa, “Meriah Lain Macam” oleh Hael Husaini & Nadeera Zaini, serta “Nyam Nyam Ketupat” oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy.
Astro Semarakkan Syawal dengan Hiburan “Meriah Lain Macam” di Pelbagai Platform
Astro Gempak mempersembahkan pelbagai program digital menarik sempena Raya. Antaranya, Travel EV Balik Ganu menampilkan pengembaraan tiga pempengaruh pulang beraya dengan kereta elektrik. Borak Dulu Baru Kamu Raya Special pula mengundang Datuk Syafinaz Selamat, Fadhli Masoot, dan Noki K-Clique untuk berbicara santai. Tidak ketinggalan, drama vertikal Hey! Kita Lain mengisahkan empat sahabat mengejar impian, serta Reunion Raya Special yang menggabungkan pelakon dan pengarah filem Kahar: Kapla High Council.
Astro Radio turut membawakan program menarik khas buat pendengar setia. Antara yang ditawarkan termasuk Plus One ERA, di mana peminat berpeluang beraya bersama personaliti ERA. Berlagu Beraya BORNEO pula menghiburkan pendengar dengan lagu Raya daripada artis ERA Sabah & Sarawak. Selain itu, Lemang Drive Thru SINAR mengedarkan lemang percuma, Jelajah Raya Pata Timo oleh GEGAR akan berkunjung ke rumah pendengar di Pantai Timur, manakala Kad Raya ZAYAN mengadakan pertandingan reka bentuk kad Raya dengan hadiah wang tunai dan peluang menjadi kad rasmi ZAYAN.
Astro turut menceriakan Ramadan dan Raya dengan pelbagai kempen istimewa. Kempen “Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One” memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah bernilai hingga RM200,000, termasuk perkakas rumah, barangan elektrik, dan baucar. Tawaran ini berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April, terbuka kepada pelanggan baharu yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian, serta pelanggan sedia ada yang menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre.
Lebih meriah lagi, pelancaran video muzik ‘Nyam Nyam Ketupat’ membawakan peluang eksklusif untuk peminat bertemu Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy di empat lokasi terpilih. Acara ini turut menampilkan persembahan tarian, sesi bergambar bersama selebriti, serta cenderahati eksklusif seperti Paket Raya Astro dan kurma.
Pesta Meriah Lain Macam Astro bakal menjelajah tiga lokasi utama — Suria KLCC (15-16 Mac), Dataran Merdeka (22 Mac), dan Pavilion Kuala Lumpur (23 Mac). Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti interaktif dan penampilan selebriti seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Mierul Aiman, Faizal Hussein, Hael Husaini, Nadeera Zaini, dan Kamal Adli.
Astro juga memperkenalkan stiker eksklusif Raya Astro di WhatsApp yang boleh dimuat turun melalui aplikasi MyAstro, menambah lagi keceriaan perayaan.
Astro Fibre pula melancarkan kempen “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” bermula 17 Mac, menampilkan Hawa Rizwana dan Didi & Friends dalam lagu istimewa. Pelanggan boleh menikmati penstriman lebih lancar dengan tawaran WiFi Kencang 500Mbps serendah RM90/bulan. Maklumat lanjut boleh didapati di astro.com.my/fibre.
Dalam semangat memberi, Astro Kasih meneruskan usaha kebajikan melalui Program Kasih Ramadan dengan menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Ikhlas bersama ERA Sarawak, yang berlangsung pada 25 Februari 2025 di Miri. Orang ramai yang ingin turut serta boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun RHB Bank Berhad – Yayasan Astro Kasih (21412900254230).
Pada 21 Mac, Astro Kasih berkolaborasi dengan Radio Zayan dan Adabi untuk mengedarkan 1,500 bungkus bubur lambuk kepada warga emas dan komuniti di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih.
Kempen ini diteruskan di Dataran Merdeka pada 22 Mac 2025 dengan RASA Bubur Lambuk Rewang Wira, membabitkan 50 sukarelawan Astro serta selebriti seperti Faizal Ismail, Nana Mahazan, dan Anas Tahir. Radio ZAYAN turut bersiaran langsung dari lokasi bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Rumah Kemas, Raya Ceria! Sudah Bersedia Menyambut Syawal atau Masih Dalam Kekalutan? Setelah mencipta nama melalui rancangan realiti nyanyian, Top 5 Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali dengan kejutan terbaharu yang pasti memukau ramai! Mereka melancarkan lagu raya terbaru iaitu Kemas Kemas Raya yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden dalam genre pop. Lagu ini bukan sahaja menyemarakkan semangat raya, tetapi juga menawarkan perspektif segar yang berbeza daripada lagu-lagu raya yang biasa kita dengar.
Top 5 CSOIAM iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi, Zazzleen, dan Mariam berasa sangat teruja dengan projek Kemas Kemas Raya ini. Keistimewaan lagu ini terletak pada aura yang segar, lirik yang menyentuh hati, dan muzik yang catchy, mengikuti trend muzik semasa. Disampaikan dengan penuh semangat berkelompok dan korus yang mudah diikuti, lagu ini pasti menggamit minat Gen Z yang sedang mencari kelainan.
Seiring dengan kehadiran Syawal, Kemas Kemas Raya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya tradisi mengemas rumah sebelum menyambut hari raya. Lagu ini mengajak kita untuk merasai kemeriahan Aidilfitri bukan hanya dengan duit raya, pakaian baru, atau hidangan lazat, tetapi juga dengan suasana rumah yang teratur dan nyaman.
“Lagu raya biasanya berkisar tentang duit raya, lemang, dan bermaafan. Tapi kali ini, kami bawa sesuatu yang lebih berbeza dengan mesej yang mudah tetapi penting – iaitu mengemas rumah dulu sebelum raya,” kata Adam Stapler, komposer dan penulis lirik lagu ini.
Adam juga berkongsi pengalaman bekerjasama dengan kelima-lima Top 5 CSOIAM tersebut dalam mencipta lagu ini. “Bekerja dengan mereka sangat mudah. Mereka sudah biasa dengan disiplin semasa pertandingan, jadi setiap kali saya memberi arahan, mereka cepat tangkap. Dalam sehari sahaja, mereka sudah menghafal dan memberikan fokus penuh untuk memastikan lagu ini berjaya”, kata Adam.
Sesi rakaman lagu ini berlangsung sangat cepat, hanya mengambil masa sekitar empat jam sahaja. Zazzleen menceritakan bahawa “Setiap seorang hanya mengambil masa sekitar satu jam untuk rakam bahagian mereka. Kami dapat demo pada petang itu juga dan terus menjalani sesi rakaman pada malam yang sama. Semua orang memberikan komitmen yang terbaik!”
Walaupun proses rakaman yang singkat, Adam banyak memberi bimbingan kepada mereka untuk mencapai hasil yang terbaik. Pengalaman ini sangat positif sehingga membuatkan Top 5 CSOIAM teruja untuk terus bekerjasama di masa hadapan. Mariam berkata, “Adam banyak memberi panduan dan idea kreatif yang menjadikan lagu ini lebih menarik sepanjang proses rakaman.”
Tentu sahaja, lagu ini memberi cabaran tersendiri buat mereka berlima. Mereka perlu mengawal tona dan tenaga vokal, menyesuaikan melodi dengan cepat, serta menghayati emosi setiap lirik dengan sebaiknya. “Kami perlu memastikan semangat raya benar-benar dirasai melalui vokal yang ceria, penuh tenaga, dan meriah dalam setiap bait lirik,” kata Kai Deva.
Mereka berharap Kemas Kemas Raya dapat diterima baik oleh pendengar, lebih-lebih lagi sebagai lagu raya pertama mereka dalam industri muzik. Marygrace menyatakan, “Lagu ini wajib didengari sebab ramai yang pasti boleh relate dengan situasi perlu mengemas rumah sebelum raya. Pasang lagu ini sambil mengemas, tambah lagi mood raya!” Jimi pula menambah, “Harapan saya, lagu ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga, rakan-rakan, dan orang di sekeliling kita, menjadikan sambutan raya lebih bermakna.”
Jadikan Kemas Kemas Raya sebahagian daripada senarai lagu raya anda! Dengarkan sekarang di iTunes atau strim terus di Spotify dan YouTube Music. Jangan lupa untuk kongsikan lagu ini dan jadikan ia latar belakang dalam content raya anda. Ingat, raya lebih seronok dengan rumah kemas, badan sihat, dan hati yang tenang!
Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, layari media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).
BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan BYD ATTO 3 ULTRA, versi terbaru dengan spesifikasi canggih bagi Kenderaan Elektrik (EV) terlaris No.1 di negara ini.
Dijual pada harga RM123,800, BYD ATTO 3 ULTRA terus mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam segmen SUV elektrik. Penetapan harga ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengangkutan elektrik moden sambil mempercepatkan peralihan kepada EV dengan produk yang lengkap pada harga yang sangat kompetitif.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, berkata, “BYD ATTO 3 telah mengubah landskap EV di Malaysia dengan menyediakan pilihan yang lebih praktikal dan mudah diakses. Kami yakin BYD ATTO 3 ULTRA akan terus menjadi pilihan utama pengguna. Sebagai pengedar rasmi, kami tidak hanya menawarkan kenderaan hebat, tetapi juga sokongan selepas jualan yang luar biasa, termasuk Pakej Servis Percuma 8 Tahun dan jaminan komprehensif.”
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menambah, “BYD ATTO 3 telah mencatatkan kejayaan besar di Malaysia dan seluruh dunia, dengan lebih 950,000 unit terjual di 116 negara. Kadar aduan yang rendah dan tuntutan bateri voltan tinggi kurang dari 0.3% menunjukkan kualiti dan ketahanan teknologi bateri Blade kami.”
Kejayaan Jenama No. 1
Sejak diperkenalkan, BYD ATTO 3 telah mendominasi pasaran EV di Malaysia dan menjadi EV terlaris dua tahun berturut-turut. Dengan lebih 6,300 unit terjual di Malaysia, BYD ATTO 3 terus memikat hati pelanggan dengan prestasi, kebolehpercayaan, dan teknologi serba canggih.
Rekod Kebolehpercayaan Terbukti
Salah satu kelebihan utama BYD ATTO 3 adalah teknologi Blade Battery yang sangat selamat dan dipercayai. Dengan jaminan kenderaan dan bateri voltan tinggi yang mantap, BYD terus memperoleh kepercayaan tinggi di kalangan pelanggan Malaysia. Kadar tuntutan waranti bateri voltan tinggi kurang daripada 0.3%, menunjukkan kebolehpercayaan teknologi bateri ini.
Sokongan Selepas Jualan yang Kukuh
BYD Sime Motors memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dengan sokongan selepas jualan yang menyeluruh:
Rangkaian Perkhidmatan Luas: Lebih 35 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Pantai Timur dan Malaysia Timur, memastikan perkhidmatan profesional dan sokongan teknikal yang mudah diakses.
Kos Penyelenggaraan Rendah: Memiliki EV dengan BYD ATTO 3 menawarkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE), menjadikannya pilihan bijak untuk jangka panjang.
Pengalaman Pelanggan: Pengalaman pemilik BYD ATTO 3 sejak 2022 menunjukkan kepuasan tinggi terhadap kecekapan, ketahanan, dan prestasi kenderaan ini.
Encik Tee, pemilik BYD ATTO 3 sejak 2022 berkata, “Saya teruja dengan ketahanan BYD ATTO 3. Setelah lebih 100,000 km, kos penyelenggaraan saya jauh lebih rendah berbanding kereta petrol! BYD ATTO 3 memang EV yang boleh diandalkan dan menyeronokkan untuk dipandu!”
Ciri-Ciri Utama BYD ATTO 3 ULTRA yang Dinaik Taraf:
Teknologi Canggih: Kunci Digital (NFC) membolehkan pemandu membuka kunci pintu dan menghidupkan enjin hanya dengan satu ketikan pada telefon pintar. Fungsi Kekunci Bluetooth pula membolehkan akses tanpa sambungan Internet, menjanjikan kemudahan tanpa gangguan.
Kemas Kini Reka Bentuk Dalaman: Ruang dalaman serba hitam yang premium, dengan jahitan kontras kuning yang menambah gaya sukan, memberikan pengalaman lebih estetik dan moden.
Tempat Duduk Depan Berudara: Ditingkatkan untuk keselesaan tambahan, memastikan pemandu dan penumpang depan lebih sejuk dalam cuaca panas Malaysia.
Reka Bentuk Luar Bergaya: Reka bentuk rim baru yang elegan, melengkapkan profil aerodinamik BYD ATTO 3 ULTRA, memberikan penampilan yang lebih menarik di jalan raya.
Dengan tawaran lebih menarik dan pakej komprehensif, BYD ATTO 3 ULTRA terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman memandu elektrik terbaik.
Pakej Pelancaran ULTRA Eksklusif untuk 1,000 Pelanggan Pertama!
Spesifikasi BYD ATTO 3 ULTRA:
0-100 km/j: 7.3 saat
Jarak Pemanduan (NEDC): 480 km
Kuasa Maksimum (kW): 150
Tork Maksimum (Nm): 310
Kapasiti Bateri (kWj): 60.48
Jisim Kenderaan Kasar (kg): 2,160
Pilihan Warna Luar:
Ski White (Putih)
Harbour Grey (Kelabu)
Cosmos Black (Hitam)
Warna Dalam: Tempat duduk hitam dengan jahitan kontras kuning.
Pakej Pelancaran ULTRA Eksklusif untuk 1,000 Pelanggan Pertama! BYD Sime Motors menawarkan peluang eksklusif bagi 1,000 pelanggan pertama untuk memiliki BYD ATTO 3 ULTRA melalui Pakej Pelancaran ULTRA yang luar biasa. Dicipta untuk memberikan nilai terbaik, pakej ini menawarkan pelbagai manfaat hebat serta penjimatan maksimum kepada pembeli yang pantas!
Pakej Pelancaran ULTRA termasuk:
Rebat Tunai & Cas: Jimat RM5,000
Pakej Servis 8 Tahun (bernilai RM4,888)
Pengecas Dinding 7kW Percuma (bernilai RM3,699)
Alat Penyesuai V2L Percuma (bernilai RM988)
Kabel Jenis 2 Percuma (bernilai RM1,796)
Internet Tanpa Had Percuma selama 2 tahun
Waranti Komprehensif (Tertakluk kepada Terma dan Syarat):
Waranti kenderaan: 6 tahun atau 150,000km
Waranti bateri voltan tinggi: 8 tahun atau 160,000km
Waranti unit pacuan: 8 tahun atau 150,000km
Dengan liputan waranti yang sangat meluas, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman memandu yang lebih tenang dan yakin.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk membeli Pakej Service Plus, yang memberi manfaat tambahan seperti penggiliran, penjajaran, pengimbangan tayar, dan penggantian bateri 12V tahunan.
Tempah BYD ATTO 3 ULTRA Anda Hari Ini!
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki BYD ATTO 3 ULTRA dengan tawaran hebat ini! Pelanggan yang berminat kini boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti kami di Facebook dan Instagram. Untuk pertanyaan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.
Bergabunglah dengan revolusi EV dan nikmati pengalaman memandu tanpa had dengan BYD ATTO 3 ULTRA!
Setiap lagu mempunyai kisahnya tersendiri, dan bagi Hafiz Zainal, Memoir adalah lebih daripada sekadar sebuah single baru. Lagu ini membawa kisah emosi yang mendalam kerana ia berasal daripada melodi ciptaan mendiang Chaq, abang kepada Stacy. Dengan sentuhan magis daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim, lagu ini akhirnya disempurnakan menjadi sebuah karya yang penuh makna. Memoir bukan sekadar lagu tentang kehilangan, tetapi juga tentang menghargai kenangan yang pernah dicipta bersama insan tersayang.
Hafiz mengakui bahawa peluang untuk menyanyikan lagu ini merupakan satu penghormatan besar buat dirinya. Pada asalnya, lagu ini belum siap sepenuhnya dan Stacy yang melengkapkan serta menyerahkannya kepada Hafiz. “Saya masih ingat saat Stacy menghubungi saya dan berkata bahawa dia mahu saya menyanyikan lagu ini. Ia sesuatu yang sangat peribadi buat saya kerana lagu ini datang daripada seseorang yang sangat berbakat dan istimewa,” katanya.
Sebagai penyanyi, Hafiz amat menitikberatkan emosi dalam setiap lagu yang dinyanyikan, dan Memoir benar-benar menguji keupayaannya. Dari segi melodi, lagu ini mengambil inspirasi daripada muzik Cina tetapi tetap mengekalkan sentuhan balada Melayu yang dekat dengan pendengar tempatan. Hafiz juga menambah elemen R&B dalam vokalnya untuk memberikan sedikit kelainan. “Saya mahu lagu ini menjadi satu pengalaman emosi bagi pendengar, bukan sekadar sebuah lagu biasa,” jelas Hafiz.
Selain cabaran menyampaikan emosi, lagu ini turut menguji kemampuan vokal Hafiz kerana ia mempunyai julat nada yang luas. Lagu ini memerlukan penyanyi untuk bermain dengan teknik vokal yang berbeza, dari nada rendah yang penuh perasaan hingga ke nada tinggi yang bertenaga. “Ini antara lagu yang paling mencabar untuk saya nyanyikan, tetapi saya gembira kerana akhirnya ia dapat disempurnakan dengan baik,” tambahnya lagi.
Dalam proses rakaman, Hafiz menerima bimbingan penuh daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim, yang sudah berpengalaman dalam menghasilkan lagu-lagu berkualiti. Rakaman berlangsung dalam suasana yang sangat selesa kerana mereka memahami bagaimana untuk membawa emosi sebenar ke dalam lagu ini. “Saya belajar banyak perkara daripada mereka, dan saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan pasukan yang begitu berbakat,” katanya.
Bunga Cantik berkongsi bahawa pada asalnya, lirik Memoir mempunyai nada yang lebih sedih, tetapi mereka mengolahnya semula agar lebih universal. Mereka mahu lagu ini boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis memori kasih, sama ada tentang hubungan yang masih wujud atau yang telah berlalu. “Kami mahu lagu ini memberi ruang kepada pendengar untuk mentafsirkannya mengikut pengalaman mereka sendiri,” jelas Bunga Cantik.
Bagi Hafiz, beliau berharap lagu ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana ia membawa mesej yang begitu dekat dengan hati ramai orang. Impian beliau adalah untuk melihat Memoir mendapat pengiktirafan di peringkat lebih tinggi, seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) atau dijadikan OST drama atau filem. “Saya percaya lagu ini mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh kerana ia mengandungi emosi yang sangat kuat,” katanya penuh harapan.
Kini, Memoir boleh didengarkan di semua platform digital. Hafiz mengajak semua peminat untuk menikmati lagu ini dan merasai sendiri setiap bait liriknya. Untuk perkembangan terkini mengenai Hafiz dan Alternate Records & Talents, ikuti mereka di media sosial rasmi. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar Memoir dan hayati kisah yang ingin disampaikan dalam karya penuh emosi ini.
Penyanyi dan doktor pergigian, Hafiz Zainal, yang kini popular menerusi Calpis Soda One In A Million di TV3, kembali dengan single solo ketujuhnya berjudul “Memoir”. Lagu ini bukan sekadar karya biasa, tetapi sebuah perjalanan emosi istimewa — melodi asalnya dicipta oleh mendiang Chaq, abang kepada Stacy. Dengan sentuhan magis Bunga Cantik dan Hang Nadim, karya ini disempurnakan menjadi lagu yang meneruskan legasi muzik Chaq.
Menurut Hafiz, lagu ini pada asalnya belum siap sepenuhnya. Stacy melengkapkannya dan menyerahkan kepada Hafiz kerana merasakan emosi lagu ini lebih dekat dengan dirinya. “Stacy percaya saya mampu membawa karya ini dengan jiwa yang tepat,” katanya.
Lagu ini menggabungkan melodi berinspirasikan muzik Cina dengan gaya balada Melayu, ditambah elemen R&B yang memberikan kelainan. Hafiz turut berkongsi cabaran utama adalah kawalan vokal kerana julat melodi yang luas serta emosi fleksibel bergantung pada interpretasi pendengar.
Proses rakaman berlangsung selama tiga jam dengan bimbingan penuh daripada Bunga Cantik dan Hang Nadim. “Mereka sangat terperinci, ikhlas, dan kreatif. Setiap karya yang dihasilkan penuh dengan jiwa,” puji Hafiz.
Bunga Cantik menjelaskan, pada asalnya lirik lagu ini bernuansa sedih, tetapi dengan gubahan Hang Nadim, ia berkembang menjadi lebih universal — memori kasih, sama ada untuk hubungan yang masih ada mahupun kenangan terhadap yang telah tiada.
Hafiz berharap “Memoir” dapat menyentuh hati pendengar dan melangkah lebih jauh, mungkin ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) atau menjadi OST drama atau filem.
Kini, “Memoir” boleh dinikmati di semua platform penstriman. Hayati setiap bait lirik dan melodi yang penuh makna ini!
Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti akaun rasmi kami di Facebook (Alternate Records & Talents), Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_)!
DUKES, band indie rock yang semakin mendapat tempat dalam industri muzik Malaysia, kembali dengan single terbaru mereka bertajuk Little Talks. Lagu ini merupakan sebuah karya pop rock yang membawa kisah cinta, kehilangan, dan kenangan remaja dalam bentuk melodi yang menarik. Dengan sentuhan muzik yang segar dan lirik yang mudah difahami, Little Talks berpotensi menjadi lagu kegemaran ramai peminat muzik tempatan dan antarabangsa.
Kisah di sebalik lagu ini cukup menarik kerana ia berasal daripada pengalaman peribadi pemain gitar DUKES, Rayyan. Beliau menulis lagu ini ketika berusia 17 tahun sebagai luahan perasaan yang mendalam tentang cinta dan kehilangan. Pada waktu itu, Rayyan amat menggemari muzik punk rock, dan pengaruh tersebut dapat didengar dalam melodi dan susunan muzik Little Talks. Ini menjadikan lagu ini lebih unik dan mempunyai elemen nostalgia yang kuat.
Dari segi penceritaan, Little Talks mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin kembali kepada bekas kekasihnya selepas perpisahan. Meskipun melodinya rancak dan penuh tenaga, liriknya membawa unsur kesedihan yang tersirat. Lirik yang digunakan juga tidak terlalu kompleks, menjadikan mesejnya lebih jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Gabungan antara melodi yang ceria dan lirik yang penuh emosi menjadikan lagu ini lebih berkesan.
Sebagai sebuah band yang mementingkan kreativiti, DUKES memastikan setiap lagu mereka memiliki identiti tersendiri. Mereka lebih suka menulis dan menggubah lagu sendiri tanpa terlalu bergantung kepada penulis luar. Bagi mereka, mencipta lagu adalah satu bentuk ekspresi seni yang perlu datang daripada hati. Itulah sebabnya setiap karya mereka mempunyai keunikan dan kejujuran tersendiri.
Dalam menghasilkan Little Talks, DUKES mendapat kerjasama daripada penerbit berpengalaman, Jipie. Menurut beliau, lagu ini memiliki daya tarikan yang kuat kerana struktur melodinya yang dinamik. Lagu ini bermula dengan melodi perlahan sebelum berkembang menjadi lebih rancak, menjadikannya lebih menarik untuk didengarkan. Selain itu, Jipie juga memuji sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh DUKES sepanjang proses rakaman.
DUKES bukan sahaja mahu lagu ini didengari di Malaysia, tetapi juga berharap dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dengan gabungan lirik yang mudah dihayati dan melodi yang melekat dalam ingatan, mereka yakin Little Talks mampu mencipta impak yang besar. Mereka percaya bahawa muzik yang tulus akan sentiasa mendapat tempat di hati peminat, tidak kira di mana jua mereka berada.
Bagi pendengar, lagu ini mungkin mengingatkan mereka kepada pengalaman cinta pertama atau hubungan yang pernah gagal. Little Talks bukan sekadar lagu pop rock biasa, tetapi sebuah karya yang mampu menyentuh emosi dan membawa kita mengimbau kenangan lama. Ini menjadikan lagu ini lebih bermakna dan relevan kepada sesiapa sahaja yang pernah melalui kisah cinta yang serupa.
Kini, Little Talks sudah tersedia di semua platform digital. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ini dan hayati setiap bait lirik yang menyentuh hati. Siapa tahu, lagu ini mungkin menjadi lagu yang paling dekat dengan kisah hidup anda!
HONOR dengan penuh semangat dan kegembiraan mengumumkan pelancaran lima peranti baharu di Malaysia, menandakan satu langkah besar dalam memperluaskan rangkaian produk inovatif mereka yang memenuhi pelbagai keperluan. Melalui inisiatif HONOR ALPHA PLAN yang dilancarkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR bukan sahaja meneguhkan kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka, tetapi juga sebagai peneraju global dalam ekosistem peranti pintar berasaskan AI, membawa teknologi terkini yang menyentuh kehidupan pengguna di seluruh dunia.
Setiap produk baharu ini dihasilkan dengan visi yang jelas untuk mengoptimumkan potensi manusia dalam pelbagai situasi. Sama ada untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja, mencapai kecergasan peribadi, merancang perjalanan pembelajaran, atau sekadar menikmati hiburan luar biasa serta merangsang kreativiti, rangkaian peranti HONOR ini direka untuk memudahkan hidup anda dengan teknologi canggih yang menyatu sempurna dalam setiap langkah harian.
Maklumat lanjut tentang produk-produk ini akan diumumkan dalam masa terdekat, jadi pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan merasai sendiri pengalaman teknologi pelbagai senario HONOR yang terbaru di Malaysia. Untuk butiran lanjut, layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.
Dengan pelancaran ini, HONOR sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan hanya mengikuti arus perkembangan teknologi semasa, tetapi juga sedang mencorak masa depan ekosistem peranti pintar di Malaysia. Bersiaplah untuk merasai inovasi yang bakal mengubah cara anda berinteraksi dengan dunia di sekitar anda! Dengan komitmen untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam meningkatkan kualiti hidup, HONOR terus menonjol sebagai jenama Android yang tidak ternilai di Malaysia, menyediakan rangkaian peranti saling berhubung yang membawa pengalaman tiada tandingan.
Sime Motors, pemimpin dalam industri automotif di Asia Tenggara, telah mengumumkan kerjasama strategik dengan CompAsia, penyedia perkhidmatan kitaran peranti utama di rantau ini, bagi menangani isu peningkatan sisa elektronik atau e-waste. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Sime Motors terhadap kelestarian alam sekitar, dengan fokus kepada pengurusan sisa elektronik melalui program pelupusan bertanggungjawab dan pengitaran semula.
Kerjasama ini, yang melibatkan operasi Sime Motors di Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia, bertujuan untuk menyediakan solusi praktikal kepada pekerja dan pelanggan dalam menguruskan sisa elektronik secara bertanggungjawab. Sebagai sebahagian daripada program ini, pelanggan boleh menukar peranti lama mereka untuk mendapatkan wang tunai atau diskaun menarik bagi pembelian peranti baru melalui program tukar beli yang disediakan.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, menyatakan, “Kerjasama dengan CompAsia menawarkan pengalaman yang mudah dan efektif kepada kakitangan dan pelanggan kami untuk melupuskan peranti lama secara beretika. Kami berhasrat untuk menggalakkan ekonomi kitaran dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk menukar peranti mereka dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar akibat sisa elektronik.”
Menurut George Hashim, Ketua Pegawai Strategi bagi CompAsia, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Sime Motors dalam mempromosikan kelestarian melalui pendekatan inovatif. Dengan memanjangkan jangka hayat peranti, kami percaya pengguna akan didorong untuk memilih alternatif yang lebih mesra alam, sekaligus mengurangkan jumlah sisa elektronik yang dibuang ke tapak pelupusan.”
Selain itu, kerjasama ini turut memberi penekanan kepada kesedaran awam tentang kepentingan memanjangkan kitar hayat peranti, dengan lebih banyak pelanggan diminta untuk mempertimbangkan peranti yang telah diperbaharui sebagai pilihan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Usaha ini sejajar dengan ekonomi kitaran yang lebih mampan, di mana peranti yang masih berfungsi boleh terus digunakan semula.
Kerjasama ini juga merangkumi beberapa inisiatif korporat sosial (CSR), yang bertujuan mendermakan peranti elektronik yang masih memenuhi piawaian kualiti kepada komuniti yang kurang bernasib baik di Malaysia. Ini akan membantu memastikan peranti tersebut tidak hanya dibuang begitu sahaja, tetapi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, sekaligus menyokong usaha kitar semula yang lebih luas.
Dengan peningkatan jumlah sisa elektronik yang semakin membimbangkan, Sime Motors dan CompAsia terus menunjukkan komitmen mereka untuk mendidik masyarakat dan menggalakkan perubahan positif bagi memelihara alam sekitar dan meningkatkan kesedaran tentang kitar semula serta pelupusan elektronik secara bertanggungjawab.
Sime Motors berharap bahawa kerjasama ini akan memberi impak besar dalam memperkenalkan perubahan perilaku pengguna serta memperkukuhkan ekonomi kitaran di seluruh Asia Tenggara.